Thursday, April 28, 2011

Hidup budak U



Dulu masa kat KISAS, ada akak2 datang sekolah n cerita kisah kehidupan mereka di menara gading.
Kat luar, itu la. Kat luar, ini la.. Begitu, begini.. bla bla bla
Sekarang, zaman junior2 aku pulak tanya;
“Kak Nisa’, macam mana ar hidup kat U? takut la terpengaruh.. Org kate hidup kat U ni mencabar..”

Bile org tanya, aku apa lagi.. Mula laaa,
“Haah, kat luar ni memang SGT mencabar. Kena kuat.. bla bla bla” [entah ape aku mengarut]..

Terasa kejam pulak. Maaf, bukan menipu. Memang betul cuma tu semua hiperbola je lebih..

Ok adik2. Hidup kat U ni xde la sesusah mana.. Enjoy je rasa. Meh, nak cite sikit. Masa awal2 masuk U, minggu orientasi, jujur aku katakan yang aku agak ‘culture shock’. Kena bersorak men lawan2 cheers. Memang kat KISAS dulu ada gak tapi cheers masa hari sukan tu, kan? Ni cheers yg mengandungi unsur2 ketidaksenangan di hati. Dengan keterpaksaan kena buat gaya yg agak tidak sepatutnya.

Cara nak cegah, macam agak mustahil. Tapi cuba elakkan. Macam apa yg pernah aku buat, ambil tempat yg jauh dari kaum Adam. So, bila kena buat gaya2 yg x sepatutnya tu, mereka x nampak sgt la. Yela, kalau orientasi student mesti ramai kan.. Boleh nye.. Lagi satu, kalau dah duduk ceruk2 ni, x buat pun orang x perasan. Faci x nampak sangat.. So, kalau macam line clear, faci xde, x yah buat..

Next, selepas seminggu di’orientasi’kan di Shah Alam, kena pindah kampus ke Beiringin. Semua budak Act. Sc. Aku sorang dak KISAS kat sini [batch aku la].. Ok, xpe.. X de masalah. Simple je tu. Kan antara 5 unique things in KISAS ialah ‘FRIENDS’.. ‘Friends’ tu x bermakna kawan kat kisas je kan.? Kalau rasa ‘keseorangan’ kat U, atau takut TERleka or whatever, sentiasa contact dgn sahabat yg mampu utk ingatkan diri. Then, cari la kawan yg baik dekat U tu.. X kan la xde langsung insan yg baik? Tipu la.. InsyaAllah ada nyer.. Kalau xde sesangat, pegang pada prinsip, “Aku yg merubah bukan aku yg berubah”.

Dunia luar memang cabaran bagi seorang pelajar sekolah agama. [yg x sekolah agama pun, same jer].. Kat luar, kiri kanan nengok org berpasangan, dating sana sini, dgn aurat yg kurang terjaga, mcam2. Bila nengok korang guna tudung labuh, pandang semacam. Macam nengok alien. Tapi, bak kata Ustaz, “zaman sekarang ni org baik tu dianggap pelik. Awak x yah risau kalau org nengok awak pelik selagi awak buat benda yg betul..”

Cikgu English aku masa form 5 pernah cakap, “Masa awak kat U tu la yg awak akan rindu sgt2 sepanjang proses pembelajaran. Hargai setiap masa awak.”.. [walaupun bagi aku, masa di BW tu la yg paling dirindui].. Belajar utk sentiasa menghargai masa yg dilalui. Apa yg mendatang tu, jadikan panduan utk terus berjalan dalam kehidupan ini.. X perlu takut dgn kehidupan di alam universiti ni. Xde yg menakutkan..

Kadang2 kita mengharap utk dapat kos lain, U lain, tapi lain yg dapat. Xpe, yakin yang Allah tentukan kita kat situ sebab Dia taw kita mampu utk berada di situ. X bermakna kalau kita ditempatkan di U yg biah nya berbeza dengan kisas kita akan jadi teruk n kalau kita duduk di tempat yg biahnya spt kisas kita akan jadi baik. No!! Everything bergantung pada diri kita. Ingin kita yg berubah dengan persekitaran atau kita yg mengubah..

“Akak, macam mana dengan Babul Liqa’?”
[*tersenyum..].. Aku pun x mampu utk mengamalkan Babul liqa’ di dunia luar ni.. Tapi, aku masih terus mencuba.. Apa yg mampu dikatakan, kalau mampu untuk amalkannya, Alhamdulillah. Teruskan.. Jika x, cuba untuk kurangkan dgn sekurang-kurangnya berkomunikasi dengan jantina berlawanan. Kalau mereka nak cakap kita sombong sebab x tegur dorang pun, xpe.. Lantak la.. Apa hak dorang nak cakap camtu.. [haha.. emo]

Tu je yg mampu dikatakan.. Mana yg baik, ambil lah. Mana yg buruk, jgn terus dibuang. Tapis2 lah.. Mana taw, disebalik keburukan itu, terselit sejuta hikmah.. ^__^

Jom Kawen..


Pergh,, nisa’ nak cakap pasal kawen!! Haha.. Sila jangan pelik dan sila JGN berfikir yg sewaktu dgnnya.. Post ini tidak ada kaitan dgn kehidupan peribadi sy.. [errr..tipu je]


Ok here goes.. Bila makin mendewasa ni, mesti akan ada terkeluar isu kahwin. Fine, sila terus bertanya n berkata mengenainya kerana sy SGT suka bila org tanya2 nih..[haish]

Soalan yg famous, ‘bila target nak kahwin’, ‘apa ciri2 laki idaman’ n byk lagi sebenarnya. Penat juga ingin menjawab soalan2 sebegini sebab x pernah terfikir langsung. Bila ditanya, terpaksa mengambil masa utk create jawapan yg sesuai..

Meh, sy nak jawab persoalan2 tu [semangat nih!!].. Menjadikan Sultan Muhammad al-Fateh sebagai contoh yg ingin diikuti.. Menjadi seorang pemimpin negara ketika berumur 19 tahun.. Yer, umur sy sekarang! Ketika beliau berumur 19 tahun, fikirannya perlu dibahagi bukan hanya untuk memikirkan masalah diri, tapi masalah insan lain malah masalah seluruh dunia Islam. Sy ulang, ketika beliau berumur 19 tahun!! Itu fikiran seorang pengubah dunia, pembuka kota Constantinople. Pemimpin yg disebut Rasulullah ketika menggali khandak [parit sewaktu Perang Khandak].

Beliau telah memikirkan cara untuk membebaskan kota Constantinople seawal menjadi pemerintah, saat berumur 19 tahun! Sy juga ingin begitu. Sy ingin mengubah dunia. Maka, sy harus memikirkan caranya sejak dari sekarang. Jika Beliau berjaya membuka Kota Constantinople ketika berusia 21 tahun, apa sumbangan sy pada Islam 2 tahun lagi? Sy kena tumpukan fikiran sy pada itu dahulu..

Apa ciri lelaki idaman?
Errr.. Susah tol nak jawab soalan ni.. Ok2, ciri dia merupakan ciri yg ada pada diri sy. Jika sy mendamba insan yg soleh, sy dulu yg perlu menjadi solehah. Sy masih bertatih membetulkan diri agar sy menjadi insan yg terbaik buatnya.. Sy bukan bidadari dari syurga, cuma insan yg bertatih menuju syurga.

Berkata mengenai perkahwinan, sememangnya sy bukan pakar dalam hal ni. Tapi sy melihat n terus memerhati keadaan sekeliling. Mengapa ada rumahtangga yg kukuh tp ada juga yg rapuh. Memang benar, jodoh itu di tangan Allah. Mungkin jika perpecahan itu kerana sudah ketentuan.

Tapi sy ingin berkata mengenai asas pembinaan rumah itu. Kalau rumah nak kukuh, asasnya mesti kukuh. Bahan yg digunakan juga mesti kukuh. Bagi sy, yg utama adalah ILMU. Ilmu mengenai pembinaan Fardhul Muslim, pembinaan Baitul Muslim, seterusnya masyarakat muslim, membawa kpd negara Islam dan akhirnya membantu mengembalikan Khilafah Islamiyah.

Sy agak sedikit kecewa apabila seseorang berkata mengenai perkahwinan [baitul muslim] tanpa terlintas untuk meneliti kehidupan diri sebagai seorang muslim itu sendiri. Berkata mengenai perkahwinan tanpa pernah bersedia dengan ILMU mengenai perkahwinan itu sendiri. Jika tidak mempunyai ilmu secara keseluruhannya, sekurang-kurang terus mencari n menuntut ilmu mengenainya.

Jika asas diri seorang muslim masih rapuh, bagaimana ingin membentuk sebuah keluarga yg diredhai Allah? Jika tiada ilmu mengenai perkahwinan, tanggungjawab seorang suami/isteri, usah berfikir untuk mendirikan rumahtangga..

p/s : telah Allah tentukan bila masa n dengan siapa jodoh kita. Cepat atau lambat, baik atau buruk, Dia lebih mengetahui. Bukan mencari yg baik, tapi menjadi yg baik..
[ok, jgn tnye aku pasal kawen lagi!penat la..]

****************************

Dah habis menaip, dengar IKIM jap. Tetibe TERkeluar topik bab jodoh ni.. [haish,,].. Just nak share, Prof tu kata, utk parents, kalau anak2 nak kawen masa belajar, izinkan. Org yg dah kawen ni, syaitan menangis sebab x dpt goda dia utk buat maksiat. Xde duit, jgn risau.. Allah akan bukak pintu rezeki untuk dia.. Kemuliaan seorang wanita pada rendahnya mahar n cepat perkahwinannya.. Wallahu a’lam.


Wednesday, April 27, 2011

Mutiara Waqafan


Masuk KISAS, ayat yg glamour : “Kutiplah mutiara2 di Bumi Waqafan”… Penat dok perah otak, ape ‘mutiara’ tu? Mencari dan terus mencari.. Erghh, nothing special pun.. Mne ade mutiara!! Tipu je ni.. Buku Pearl of Waqafan [POW] ade la..

Setahun lebih meninggalkan bumi itu, baru rasa merindukan ‘sesuatu’.. Adakah itu ‘mutiara’ yg di katakan..? Walaupun aku yakin, pendapat setiap org berbeza mengenai ‘mutiara’ itu.. Tapi bagi aku, ia sesuatu yg SGT n TERlalu berharga. X ternilai harganya..

PERTAMA:

- Perkara PALING berharga yg aku jumpa kat sana ialah, TARBIYAH n BIAH SOLEHAH… Ok, Serius x pernah jumpa tempat yg mudah SGT doa nak maqbul [mgkin sbb x gi Mekah lg kot], x pernah jumpa tempat yg cepat SGT Allah nak tegur kalau buat silap..

Ada satu kisah yg berlaku waktu SPM. Kena tegur dengan Allah. Tu la, sape suruh x jage ikhtilat… One day, contact seorang muslimin ni atas urusan kerja. Tetibe TERguna bahasa yg agak kurang ajar kat dia. Kena sound dgn dia. Kisah terus berpanjangan utk beberapa lama.. Memang teruk gak ar rasa.. Dah la tgh SPM. Down yg amat.. Seorang sahabat berkata: “Sesungguhnya solat itu dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji n mungkar. Kalau kita solat tapi masih melakukan maksiat, cuba nilai balik solat kita macam mana.”..

Ya Allah, hanya Dia yg tahu apa perasaan aku [pikah sekalik] masa tu. Rasa macam dah x sanggup jumpa org. Aku yg selalu lepak kat dorm pun dah start lepak kat bilik BADAR [tempat paling aman masa tu].. Duduk bilik badar pun, orang still bising2 sampai kena gelar GBB.. Ah, lantak lah.. Korang x taw apa yg aku rasa mase tu..

Kisah lain, masa aku tidur lambat. Hmm, rasa mcm xde la lambat mana.. Pukul 2 lebih. Aku, Rahmah n Dayah tgh berborak2 kat katil aku. Masa tu, dah nak melelapkan mata. Cuma mereka x gerak2 lagi dari katil aku. Biarkan je la. Tetibe dgr satu suara garau. Semua terus terdiam n tidur. Byk lagi benda2 pelik sebenarnya. Org kata, kat KISAS ni ada ‘benda’ jaga. Menurut kefahaman aku, dia x kacau. Just suruh kitorang tido awal supaya dapat bangun awal, qiamullail, bgn Subuh awal, bla bla bla..

Antara kenangan paling best kat KISAS, banyak program tarbiyah.. Utk pelajar baru masuk, ada Kem Pengenalan Tarbiyah Islamiah.. Masa aku form 4, x de program ni. X dapat kelulusan drpd pihak atasan. Tapi, masa form 5, aku antara insan yg handle.. Kat KISAS x de kes buli membuli tapi nak membuli adalah masa kem.. [ada 1 mlm masa kem tu, aku wat sorang junior nangis..hihi]

Tazkirah..? Hmm, Subuh, lepas baca ma’thurat ada tazkirah. Perhimpunan pagi, ada tazkirah. Waktu free dalam kelas, ada tazkirah. Lepas baca ma’thurat Asar, ada tazkirah. Antara Maghrib-Isya’, ada tazkirah. Lepas baca al-Mulk, ada tazkirah.. Fuhh, hampir setiap masa ada orang beri peringatan..

2 program [hampir ada setiap tahun] ialah Minggu Fikriyah n Minggu Ruhiyah.. Minggu fikriyah memperkenalkan ideologi2 yg ada kat dunia sekarang ni. Eg, pluralism, hedonism, nasionalism, etc. Minggu ruhiyah pulak cite pasal [pasal ape yerk..?].. Tapi yg pasti program2 yg mengisi rohani laa. Masa form 4, satu kenangan minggu Ruhiyyah yg xley lupa.. Ada pentomen ‘Malam Zikrul Maut’. Penangan,fuhh. Rasa nak demam.

Setiap minggu ada usrah wajib.. Jumaat malam Sabtu. Masa form 4, aku bersama 2 org member menjadi anak usrah n mendapat 2 naqibah yg SGT baik hati.. Masa form 5, aku n seorang sahabat ni pegang 5 anak usrah.. Bukan senang nak menjadi mubaligh ni.. Walaupun ada briefing sblm usrah, still masih terasa ilmu ni kurang.

2 tahun menjadi sebahagian dari warga bumi ini mengajar aku banyak perkara. Walaupun x mampu praktik semua, tapi aku sentiasa cuba mengingatkan diri agar apa yg aku dapat 2 tahun tu menjadi ‘guidance’ sepanjang hidup ni.





bersambung….

Syukran Ya Rabb


Terima kasih Allah.. Ya Allah, hepi nye x terkata.. Alhamdulillah, tadi mencuba nasib. Call bonda yg berada di Tanah Suci. Dapat!! Berborak sekejap. Memohon doa..
Dah la call pukul 2 lebih [kat sane pukul 9 lebih]. Mak pesan;
“Tido!!! Nanti esok blank nk jawab.. Kirim salam kat kawan2. Belajar betul2. Byk2 doa”

Petang tadi, alhamdulillah dapat menambah ilmu. Walaupun agak segan sebab kali pertama bertemu, tapi cuba menyesuaikan diri. Alhamdulillah, berjaya [rasenye].. Terfikir, kalau ‘mereka’ taw, mesti kecoh ni..

Berborak sekejap dgn akak aku yg ke-3 [sekejap ke?]… Tibe2 dia bercerita;
“Malam lepas kau balik hari tu, aku, mak, ayah n Wahidah ada dlm bilik. Masa tu lepas mkn, nak tido dah ar.. Ayah ngah solat, mak ngah kemas2 barang. Dia mula2 nk bukak tv. Aku ckp, tggu pas ayah abes solat. Dia pn duduk la atas katil. Tetibe dia tadah tgn, bace doa n then amin kn. Mak tnye, angah doa utk sape? Then dia sebut nama kau..”
Erk.. Siyes, tergamam.. Ya Allah, kesiannya adik sedare aku ni..

Tadi jugak, mendapat surat secara rasminya drpd TP HEP.



To my Bro, wishing u all the best.. Buat betol2, mane taw dpt wakil Johor pulak nnti..

Monday, April 25, 2011

Satu keputusan

Bismillahirrahmanirrahim..
Masih tercari-cari jawapan bagi satu persoalan. Mungkin dasarnya, soalan yg begitu mudah tapi kesannya bakal membawa sejuta perubahan.

Aku masih bertanya dan terus bertanya. Mencari hasil yang terbaik. Aku takut jika keputusan yg diambil dalam keadaan tergesa-gesa. Bimbang niat tersilap, bukan kerana Allah semata. Dan yg paling utama, bimbang tidak mampu untuk terus istiqamah.

Bertanya pendapat mereka.
"Semuanya bergantung pada niat"
"X comel kalo kejap on, kejap off"
"Kampus kau xley buat kan"
"Tunggu masa yg sesuai. Masa yg kau boleh buat dengan istiqamah"

Memang mengharap syura dengan insan lain. Tapi, bila hati dah terpaut, tipu jika kata-kata insan lain x memberi apa-apa kesan pada diri.

Terfikir, masa sekolah dulu, ada yg on off jugak sebab kat sekolah x diizinkan. Hati berkata, kalau aku x mula sekarang, bila lagi? Kenapa x mula bertatih dari sekarang?

Memujuk diri untuk terus bersabar seketika. Masih berharap dapat menyimpulkan hasil yang terbaik. Hasil yg mengharap tuaian di Syurga kelak.

Kalau terlalu memikirkan 'masa depan', bila lagi aku dapat 'bergerak'..?

Allah,
Aku x mengharap adanya insan yg menyokong tindakanku jika tindakan ini hanya untuk-Mu kerana aku sedar bahawa ini hanya untuk-Mu bukan untuk mereka. Maka, kenapa aku perlu mendengar kata-kata mereka.
Allah,
Jika tindakan ini baik untukku dan agamaku, bantulah aku agar mudah aku melaksanakannya.

p/s to Azza: keinginan makin menebal. tapi, kekuatan?

Sunday, April 24, 2011

Aku & Chess

Hidup ni satu percaturan.. Erk, mase fisrt time dgr ayat ni, macam agak pelik. Hidup ni macam main catur ke?
Mengkaji balik kisah ‘catur’. Hmm, mungkin betul jugak hidup ni satu percaturan..

Kalau ditanya sape pemain chess yg sy kagumi, sy akan jawab ayah sy. Ok2, jom citer bab catur [walaupun sy bukan la insan yg pandai sgt main catur]..

Bile main chess, kena AIM nak buat checkmate dengan apa jua cara. Tapi biarla cara yg berSTRATEGI. Kadang2 banyak buah chess yang dah kena makan. Tapi, JGN MENGALAH. Sebab chess ni permainan psikologi. Bila nengok buah dah sikit, mudah nak rasa down. Kononnya macam segala peluang dan cara utk mematikan King tu dah terhazaf.

Berdasarkan pengalaman:

1- Buah banyak dah kena makan. Tapi yg paling sy jaga adalah knight n castle. Masa tu, queen da mati. Pihak lawan masih banyak buah lagi. Tapi byk yg duduk kat dalam, x keluar2. Sy me’make sure’ kan sy punya knight n castle berada di tempat yg strategik. Akhirnya, dapat wat checkmate dengan menggunakan knight, castle n pown.

2- Rasa takut + cuak bila kena lawan dgn orang yg 4 kali game berturut2 duduk kat meja first. Tapi once dapat kalahkan orang tu, semangat + keyakinan akan naik mendadak.

3- Jangan kasik lawan peluang nak attack kita. Set dalam otak yg kita sentiasa meng‘attack’ dia. Pastikan dia rasa terancam dengan setiap pergerakan kita walaupun kita hanya menggerakkan pown. Psiko dengan menggerakkan buah dengan penuh keyakinan.

Ok, cukup la tu..

Mungkin orang rasa main chess ni macam main permainan yg malas sebab x keluar peluh. Tapi disebaliknya, chess menjana otak untuk terus berfikir n berpsiko.haha. Kan islam menggalakkan umatnya tuk berfikir.

Aplikasi dalam kehidupan.

1. Letakkan matlamat dalam hidup. Macam main chess, aim utk hapuskan kehidupan King lawan. Macam tu jugak kehidupan, kena taw apa tujuan kita hidup. Nak buat something, kena taw apa tujuan kita buat benda tu.

2. Strategi. Setiap pergerakan pastikan berguna n x sia-sia. Kalau dah tersalah letak, take time utk ubah pergerakan n kasik peluang pada lawan utk attack kita. Macam tu jugak dengan kehidupan kita. Kena make sure yg setiap tindakan yg kita ambik ni, bermanfaat n berfaedah utk diri kita n sekeliling kita. Kalau dah tersilap, mungkin menimbulkan rasa penyesalan n memberi peluang pada org lain utk ambik kesempatan pada kita.

3. Positive thinking. Otak sangat2 memainkan peranan penting. Kalau rasa hampir2 kalah, kena terus berlagak macam bakal menang. Kena cepat2 MUHASABAH. Nengok balik step mana yg silap. Just our life, kena sentiasa rasa yg kita mampu buat walau peluang untuk berjaya sgt2 tipis. [sebab tu la kalo men chess kena tulis setiap pergerakan kita walaupun benda tu melecehkan.. supaya kita dapat check balik step2 kita n step2 lawan (da lupe cmne cara nk tulis step2 tu..haha)]

4. Bermain dengan minda. Setiap apa yg kita kerjakan, kena buat orang yakin n percaya dengan tindakan kita. Walaupun sebenarnya tindakan tu x berapa nk betul. Yela, manusia kan wat kesilapan.. Macam main catur, buat lawan rasa macam kita ada satu perancangan yg hebat [walaupun sebenarnya, x]. Bila org rasa yg kita mampu buat, dia akan wala’ pada kita. [haha..faham x?]

5. Take it as chance. Kena ambil semua perkara di sekeliling kita ni peluang. Walaupun kadang2 perkara tu menyusahkan n memeningkan kepala, atau rasa macam da xde harapan, tetap fikir yg itu adalah peluang utk kita terus maju. Walaupun dengan hanya menggerakkan pown, jadikan pergerakan pown itu peluang utk kita tawan King lawan.

6. Sacrifice something to get something. Ok, hidup memerlukan pengorbanan. Terlalu memerlukan sampai kadang2 tersalah korban.. hehe. Nak berjaya, kena ada pengorbanan. Main catur, mesti ada buah yg akan dimakan. Tapi pastikan buah yg dimakan tu, membawa hasil yg lebih bermakna. Pengorbanan buah kena makan tu, membawa pada penawanan King.

7. Menawan bukan ditawan. Main chess, kena terus attack n attack. Kalau di‘attack’, susah utk bangkit melainkan kena attack cikai2. Nengok balik dunia islam sekarang, kita yg kena attack supaya kita x di‘attack’.. Sebagai umat islam, kita yg kena sebarkan n amalkan islam, bukan kita yg terikut-ikut dgn isme2 yg disebarkan.

8. Perang psiko. Sehebat mana strategi pemain tu, once dia kalah dalam peperangan minda, dia akan jatuh. Pernah lawan dgn non-muslim yg agak hebat. Bermain psikologi dgnnya. Mulakan perlawanan dengan doa ringkas supaya dia nampak kelainan seorang muslim itu. Bila dia jalan, membuat mimik muka seakan-akan dia telah tersilap langkah. Kalau dia lambat, nengok jam n ketuk2 meja. Nak gerakkan buah, penuh strategi n keyakinan supaya dia rasa yg kita hampir menawan king dia. Bila bermain psiko, orang yang hebat pun boleh tersungkur sebab bila fikiran dia dah x stabil, dia akan membuat careless. Kemudian, menyesal dengan tindakan dia. Terpaksa membuat plan baru. Kadang2 peluang depan mata pun x nampak. Huh, hebat kan bila dapat ‘menawan’ minda seseorang..hehe

Dunia chess dan dunia daie.

Sy pernah mendengar bahawa pernah ketika suatu masa dahulu, tetera islam mengikat buah catur di pinggang mereka sewaktu melawan tentera kafir. Tapi sy x pasti kesahihan cerita tersebut. Kisah ni pun sy dapat tanggal 20 Jan 2009 [malam sebelum kami lawan chess] daripada guru kami.
Dikatakan tentera Islam membuat strategi peperangan seperti permainan chess.

Apa yg sy nak kaitkan dgn kehidupan seorang daie, STRATEGI atau uslub. Ingin ‘menawan’, perlu berstrategi dan yg paling utama, tawan minda mereka dulu..

Just a bit sharing drpd pemain catur yg x hebat.
Jom ambil iktibar drpd permainan catur.. :)

[No Title]

Bangun tido pagi ni, x bukak2 buku lagi. Tarik nafas. Merenung sekejap.

Apa tujuan aku tido lepas isyak, then bangun balik tgh malam? Selama ni ape yg aku dah buat sepanjang lebih kurang 5 jam berjaga sepanjang malam, saat orang lain baru nak tido, aku baru nak bangun? Nak kata fully study, x. Ah, pembaziran masa. Sedangkan Allah dah bersumpah demi masa, aku boleh pulak bermain dengan masa. Ruginya..

Tadi, argue dengan seorang sahabat pasal kahwin. Penat mempertahankan hujah walaupun xde la sekukuh mana. Ala, biasa la bagi budak kisas main lawan2 hujah ni. Lastly, akan ada yg mengalah n terima pendapat org lain. Just normal.

Conclusion daripada sedikit percanggahan pendapat tadi: Islam ni agama yang mudah. Bukan menyusahkan. Take it simple as long as Islam is ur guidance. Duit bukan perkara utama yg perlu difikirkan kalau nak kawen..

Exam pagi tadi, fuh. X cukup tangan nak menulis [sebab reti tulis guna 1 tangan jer].. X pernah dalam sejarah hidup aku, jawab exam sampai minit2 terakhir. Biasanya, memang akan ada lebih masa at least 15 minit. Ni, rasa dah x sanggup nak semak. Dengan kesejukan + tangan hampir cramp. Yela, ada orang bajet hebat, kena jawab 2 soalan dia gi jawab 3 soalan [walaupun isi entah pape]..

Berkata mengenai ‘balik rumah’, dah x rasa apa2. Dah x kenal apa erti ‘sedih’. Cuti sem sebulan bakal di habiskan untuk berkhidmat. Terus menjadi insan tabah walau hanya seminggu lebih di rumah. Cuma sangat terkilan bila x dapat ‘berkhidmat’ untuk pewaris generasi. Kalau 1, masih boleh terima. Ni, 2!! Pertembungan 2 program pada 1 masa. 1, masa kena uruskan pendaftaran. Ke-2, masa kemungkinan program jelajah silaturrahim [andai paperwork lulus].. Macam2 anasir negatif terlintas di kepala.. Ah sudah!

Baru tersedar yang dah lama x berhubung. Alhamdulillah, semoga terus berada dalam redha-Nya. Pernah hampir2 menekan button ‘call’. Tapi mujur tersedar semula. Aku dan dia hanya kisah silam. Cuba untuk menjaga diri sebaiknya. Persahabatan? Dia masih mempunyai ramai sahabat. Bukan ingin memutuskan silaturrahim, tapi itu yg terbaik. Semoga Allah memelihara kami.

Hidup dikelilingi semut2 kecil yg x kenal erti putus asa. Terkadang rasa geram sampai nak bunuh sekor2. Tapi x sampai hati bile nengok ada semut lain tolong angkat jenazah semut yg TERmati tu. Terfikir. Bila agaknya semut2 ni berehat yer? 24 jam ke hulu ke hilir. Nampak makanan, gi serbu walaupun makanan tu berjuta kali lebih besar. Nak jalan pun, beratur n tersusun je. Cuma kalau ada benda block, baru terpecah. Hmm nisa’, kena rajin macam semut. Kecik tapi kuat usaha!

p/s: malasnye nak bace eco!! sape nk tolong bace kn..?

Friday, April 22, 2011

aku rindu ..........

Hari ni aku tersedar bahawa aku merindui seseorang yang sangat jauh. Aku sendiri x sedar kehilangannya. ‘Dia’ pergi sedikit demi sedikit. Aku rindu diri aku yang dulu…

Dulu aku sama macam insan lain. Pernah merasa bersekolah di sekolah menengah biasa. Pernah merasa suasana yang bercampur baur. Kalau dulu, aku mengaku aku insan yang agak sosial. Macam2 pernah aku buat. Huh, pelakon terhebat. Luaran baik tapi sebenarnya, hanya tuhan yang tahu perangai aku sebenarnya.

Aku mengenali KISAS sejak aku darjah 5. Sangkaanku sekolah tu sangat gah. Dengan kemudahan yang sangat hebat. X terlintas langsung bahawa sekolah tu sekolah islamic. Aku rasa aku pernah aim nak masuk kisas masa tingkatan 2 jer. Masa tingkatan 3, aku aim nak masuk SMAP Labu. Kenapa? Haha.. Ada sebabnya.

Dapat result PMR, aku dah memang x aim untuk ke KISAS sebab aku x dapat straight A. Masa tu aku sangat berharap aku dapat MRSM Mersing. Aku dah terniat untuk buat sesuatu yang x sepatutnya. Tapi, Allah selamatkan aku. Dia campakkan aku ke KISAS bersama 2 orang sahabat baik aku [Ika n Emi].

Melihat persekitaran KISAS, aku mulanya agak terkejut. Awal2 lagi aku dah kena sound dengan senior kat musolla. Kejadiannya: aku berselisih dengan Emi. Then, aku senyum ar kat dia. Yela, kitorang kan kamcing giler mase kat siapu. Malam tu, masa tazkirah kena sound dengan senior. Memang terkena kaw2.
“Ada junior x jaga ikhtilat …….. “ bla bla bla..
Masa tu aku x tahu pasal Babul Liqa’, aku x tahu pasal ikhtilat, aku x tahu apa2. Yela, bak kata sorang muslimin batch aku: “Biah teruk sebab budak Sekolah Biasa la ni”.. Aku budak sekolah biasa yang x tahu apa2!! Masa tahun aku, mana ada KPTI [kem pengenalan tarbiyah islamiyah].. Mulanya agak sedih n terkilan sebab aku x tahu n tiba2 aku kena tegur macam tu. Fine, aku tahu aku dak sekolah biasa yang jahat dulunya. Lepas kejadian tu, aku tanam dalam diri aku untuk berubah. Aku nak jadi budak baik, aku x nak kena label ‘peruntuh tarbiyah’, aku nak buktikan yang bukan semua budak sekolah biasa ni teruk.

Lepas kejadian tu gak, aku sangat syadid dengan muslimin. Kat kelas, aku x cakap langsung dengan dorang melainkan teramat perlu. Kadang2, main tulis surat jer. Aku sangat x suka bila kena bekerjasama dgn dorang. [Kebetulan masa form 4, raya jatuh time birthday aku. Emi call mak sebab masa tu aku dah tukar nombor. Aku cakap sepatah-sepatah sampai mak pelik. Masa kat siapu rapat giler, tetibe aku syadid yang amat dengan dia.]

Naik tingkatan 5, aku x sangka budak yang pernah kena tegur kat musolla ni diberi taklifan yang sangat berat. Yer, mungkin nampak macam kecik, TJN Tsaqafah. Amanah yang aku pegang sangat berat bagi aku. Aku dah la selalu fail, kena pulak pegang TJN Akademik. Paling best bila aku sendiri tergolong dalam 20 orang pelajar yang dapat markah rendah dalam batch.

Awal tahun, aku diuji. Bila ‘si pemerhati’ terpaksa menjadi ‘si penyeru’. Aku masih terus berusaha untuk perbaiki diri. Keadaan sekeliling di KISAS sangat membantu aku untuk terus berubah. Bila terleka, terus mendapat tarbiyah direct dari Allah. Pernah aku TERbuat sesuatu yang x sepatutnya, Allah terus tegur aku. Dah la masa tu tengah SPM. Semangat jatuh menjunam. Tapi aku yakin, Allah sayang aku sebab tu Dia tegur aku. Bila tido lambat, ada je ‘benda’ yang ingatkan supaya tido awal. Nanti dapat bangun awal.

Kerja aku x terhenti setakat di Bumi Waqafan tapi berterusan hingga akhir hayat aku. Dulu mungkin aku masih boleh meneruskan kerja aku. Tapi kenapa sekarang aku terus mencari alasan untuk lari dari kerja2 aku? Aku tahu, aku x mampu buat 2 kerja dalam 1 masa. Aku benci diri aku yang teus mencari alasan. Walaupun tindakan aku bersebab, aku benci diri aku sebab aku x mampu. [nisa’, jgn tamak!!].. Aku benci dengan keadaan sekarang. Bila hati semua dah jauh. Bila aku x mampu menjadi ‘penjaga’ yang baik. bila tugas aku, orang lain yang settlekan. Kenapa sem lepas aku masih boleh ‘jaga’ dorang tapi sem ni, aku lepas tangan langsung??

Lepas SPM, aku terus diuji dan aku terleka. Setahun aku hanyut. Luarannya aku nampak masih seperti biasa tapi ………… Aku kembali kepada jahiliyah. Terus membiarkan ilmu hanya di kepala tanpa ada usaha untuk mengamalkannya. Bila ‘matlamat menghalalkan cara’. Lena di buai mimpi dunia.

Malu sendiri. Dulu aku yang menghalang orang lain buat perkara tu. Dulu aku yang berapi bila melihat orang buat benda tu. Dulu aku yang benar2 berjuang agar jangan ada insan yang membuat benda tu. Tapi, akhirnya aku sendiri yang buat benda tu!! Ujian besar yang aku hadapi. Bila dah terjebak, susah untuk keluar.

Teruknya diri. Sepatutnya aku yang jaga orang tapi diri sendiri x terjaga. Hasilnya? Nengok sendiri lah sekarang. Bila semua dah jauh, bila hati dah tercemar, bila iman makin terhakis, bila maksiat makin berleluasa.

Aku mencari diri aku yang dulu. Insan yang sentiasa berubah pada kebaikan. Insan yang kotakan apa yang dijanjikan. Insan yang mampu untuk terus istiqamah.

Ada orang kata, “mungkin perubahan tu kerana suasana. Keadaan kat luar berbeza dengan keadaan kat KISAS”.
[salahkan diri.. tu la, sape suh x stay dulu.. haha]
Sepatutnya aku yang merubah bukan aku yang berubah.

Rabbi, kembalikan aku yang dulu..

p/s:
- Kenangan paling indah di sana, masa aku melihat perkataan ‘ALLAH’ dekat langit. Subhanallah.
-Apa yang dihafaz makin lama makin hilang. Teruknya….

Thursday, April 21, 2011

final oo final

Di saat diri tengah kerunsingan memikirkan markah final [walaupun baru lepas 1 paper], Alhamdulillah dikurniakan insan yang sentiasa mengingatkan diri.. Terasa hina diri bila saat2 begini boleh down, sedangkan kuasa Dia melebihi segala-galanya.

Semalam, tergerak hati utk contact akhawat di seri iskandar.

“Nisa’, Allah x lihat pada hasil tapi Dia lihat pada usaha”


Semalam juga aku baru tersedar yang sepanjang sem ni aku telah melupakan seorang ukhtiku di Shah Alam. Ah, teruknya diri. X terasa dengan perlakuan aku, semalam dia tetap memberi nasihat dan kata2 semangat.

“Nisa’, memang perlu ada usaha. Tapi bagaimana yang dikatakan usaha tu? Adakah menghadap buku 24 jam? X, nisa’. Usaha bukan semata-mata pada pelajaran. Pelajaran hanya perkara kedua. Settlekan dulu perintah Allah yang wajib. Nengok balik macam mana solat kita. Khusyuk x? Solat pukul berapa? Kalau lewatkan solat, ada sebab yang mendesak ke?

Nengok balik cara kita jaga hubungan kita dengan manusia. Pernah x kita sakitkan hati orang lain? Pernah x kita buat orang lain terasa dengan sikap kita?

Bagaimana tahap pergantungan kita pada Allah? Berapa kali kita ingat Allah dalam sehari? Ada x usaha lain kita untuk menghadapi peperiksaan ni? Berapa banyak kali kita buat solat hajat? Berapa banyak kali kita berdoa? Berapa kali kita baca al-Quran sekali? Kita jaga x dakwah kita pada orang lain? Apa kerja yang kita buat untuk Islam?”

Terdiam. Aku jaga x semua tu? Layak ke aku mintak macam2 pada Allah kalau hak-Nya aku x tunaikan.. Ada x usaha aku pada semua tu? Kenapa aku perlu risau dengan natijah imtihan ni sedangkan ada lagi hal lain yang lebih penting untuk dirisaukan.

Bersangka baiklah dengan Allah. Masih ada masa untuk berusaha. Apa jua pun natijahnya nanti, redhalah kerana Dia tahu itu yang terbaik untuk aku.

Allah, apa jua yang Kau tentukan untuk aku, janganlah ia menjadi fitnah untuk agamaku..

post in early morning


Alhamdulillah, akhirnya dapat berjumpa dgn family. Walaupun hakikatnya memang x puas langsung.. Hanya dapat berjumpa utk beberapa jam.. Emak memujuk; "Xpe.. Hujung bulan ni jumpa lagi.."

Hampir terasa utk pulang ke kampus hari Rabu.. Tapi ada beberapa sebab, aku pulang gak hari Selasa.. Masa nak balik, aku telah membuat seorang budak menangis.. haha
[Btw, nasib baik aku balik Selasa sebab ustaz nak jumpa aku hari Rabu]

Mulanya merancang ingin study.. Tapi TERnengok gambar2 yg akak amek..





Ya Allah, selamatkanlah perjalanan mereka, terimalah ibadah mereka..


p/s:
- bajet je xnk post sampai next sem..haha
- Allah x nengok pd hasil tp Dia nengok pada usaha kita.. [study nisa'!!]
- teringt ayat someone: jage ikhtilat anda dgn sesiapa pun...

Monday, April 18, 2011

Selamat BerCUTI..!!! :)

Post terakhir aku di tapah utk sem ni...

Terlalu byk suka duka sepanjang sem ini.. Mana yg baik, jadikan panduan.. Yg buruk, buang jauh2. Tapi sblm buang, tapis2lah.. Mana taw, disebalik 'buruk' itu sbnrnye terdapat sejuta kebaikan..

Cuti sem yg bakal menjelma, manfaatkan sebaiknya. Spend time dgn family [jgn jadi cam aku... cuti2 pn xde kat umah].. Hmm, kualiti lebih penting drpd kuantiti.. Kalau duduk umah sebulan pun tp x wat pape yg bermanfaat, x gune gak..

Buat DIA, aku xtaw nape sem ni x rapat ngan kau.. Tapi, aku agak pelik.. Awal2 sem, ko still rapat dengan dia. Kenapa skrg kau macam nak jatuhkan dia? Bukan ke dulu kau yg selalu back up dia? She need ur support..

Im going to have a long holiday. So, nothing will be publish until next sem.



Sunday, April 17, 2011

to: All of us..

Xnak tulis panjang2 sbb rasenye semua aku dah luah kat our fb group.. Juz nak share kenangan2 kita..

1st party.. [birthday party]

kelas HKR 111

2nd party..


hehe... antara mangsa kekejaman aku!


bulan madu : grizmo n pink2

Friday, April 15, 2011

Memahami Pelajaran



Alhamdulillah...

alhamdulillah

AlhAmduLilLAh!!

Sengaja saya ulang kalimah hamdalah itu. Secara tidak langsung, saya telah membantu kalian melafazkan rasa syukur pada Allah. Syukur atas nikmat yang tidak terkira banyaknya, syukur atas rahmat-Nya yang sentiasa menaungi kita, syukur atas Rahim-Nya yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita.. [bijakkan saya..? :p]

Kali ini ingin saya bicarakan mengenai ilmu. Ilmu, ilmu, ilmu.. Ilmu itu sesuatu yang SANGAT penting bagi seorang muslim untuk menjadi mukmin, melangkah terus untuk menjadi muttaqin..

Saya terbaca dalam satu buku [Pelajar Cemerlang karangan Muhd Kamil Ibrahim dan Nasrudin Mohammed], yang menerangkan maksud 'memahami pelajaran'.
Dalam buku tersebut, penulis menjelaskan bahawa maksud 'memahami pelajaran' itu sendiri mempunyai makna yang sangat meluas. Tetapi kita biasanya hanya ditekankan bahawa ia memberi makna yang menjurus ke arah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sejujurnya, saya sangat tidak bersetuju dengan makna ini [seperti pendapat penulis buku tersebut]. Bagi saya, peperiksaan tidak bermakna apa-apa.

Tidak setuju dengan kenyataan saya? Saya berikan contoh. Kadang-kadang ada insan yang hebat. Sentiasa mendapat markah tinggi dalam peperiksaan. Tapi satu ketika dia diuji dengan kemalangan jalan raya yang membuatkan dia tidak dapat mengambil satu kertas. Maka, pointernya untuk semester tu jatuh.
Contoh lain, ada seorang insan yang telah siap membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Pada pagi peperiksaan, dia sakit perut dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk menjawab peperiksaan itu. Disebabkan itu, keputusannya tidak sehebat mana.
Contoh-contoh yang saya berikan ini, membuktikan bahawa setiap yang berlaku telah ditentukan Allah. Maka, keputusan peperiksaan itu tidak dapat mengatakan sepenuhnya bahawa pelajar tersebut telah memahami pelajaran atau subjek tersebut.

Pemahaman sesuatu pelajaran bukan dilihat melalui apa yang dia dapat daripada subjek itu sahaja tetapi melalui pemikiran di luar kotak [out of the box] dan aplikasi dalam kehidupan. Pelajaran bukan untuk peperiksaan semata-mata tetapi apa yang di aplikasikan dalam kehidupan. Contohnya, matematik. Adakah insan yang dapat menyelesaikan masalah rumit matematik itu mampu menyelesaikan masalah-masalah dalam kehidupannya. Memang formula matematik dan formula kehidupan itu berbeza tapi asasnya tetap sama iaitu penetapan matlamat dan jalan kerja yang sistematik agar mendapat jawapan yang betul.

Insan yang memahami pelajarannya sedar bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya di dalam kelas semata-mata tetapi merangkumi seluruh kehidupannya. Setiap saat adalah proses tarbiyah dari Allah. Jika kita sedar itu, setiap masalah yang timbul mampu diatasi dengan bijak dan segala kelebihan yang didapati, kita akan sentiasa tersedar bahawa itu adalah pengajaran dari Allah. Tiada apa yang perlu dibanggakan kerana segalanya datang dari-Nya.

Sejarah membuktikan bahawa insan yang memahami pelajarannya merupakan insan yang sentiasa berfikir. Antaranya ialah Imam al-Ghazali, Ibn Khaldun, Imam Bukhari dan ramai lagi. Mereka telah membuktikan kefahaman mereka dengan menghasilkan beribu jilid buku. Jika dibandingkan masyarakat Malaysia hari ini, kita bukan sahaja kurang menghasilkan buku malah malas untuk membaca!

Saya bukan insan yang memahami pelajaran tetapi insan yang sentiasa cuba untuk menjadi insan yang sentiasa menjana minda dengan berfikir.
Melihat kemajuan negara jiran, Jepun yang sangat maju, saya tertanya-tanya. Bagaimana negara yang baru dilanda musibah itu masih mampu terus mempertahankan mata wang mereka dalam pasaran dunia. Dapat saya simpulkan bahawa keazaman yang kuat dan praktikal 'kefahaman' mereka dalam kehidupan membuatkan mereka terus berdiri.

"Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan; Dan Dialah yang menetukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu mahu berfikir?" [al-Mukminun; 80]


Terlalu banyak ayat di dalam al-Quran yang mengajak kita untuk terus berfikir. Usah mengatakan bahawa 'otak dah tepu'. Otak kita merupakan satu penciptaan yang sangat hebat. Di dalamnya terdapat trilion neuron yang apabila diisi semakin bertambah ruangnya.

Sabda Rasulullah; "Pada setiap seratus tahun, akan diutus kepada umatku mujaddid, iaitu golongan yang berusaha memperbaharui urusan agama mereka" [HR Hakim]

Ayuh 'memahami pelajaran'..! Teruskan berfikir. Mungkinkah anda 'mujaddid' abad ini?


Lebah


Cite sal lebah ni, teringat masa form 5. Perarakan rumah kitorang, guna maskot LEBAH dan alhamdulillah, muslimin + muslimat dapat tempat pertama.. hehe

Bukan nak cite pasal kejayaan perarakan rumah sukan aku dulu.
Tapi, ingin merenung kelebihan perciptaan seekor lebah pekerja..

Lebah terdiri daripada 3 golongan :
- Ratu lebah
- Lebah pekerja
- Lebah jantan

Lebah pekerja ni, terdiri daripada lebih betina. Jom cite mengenai hebatnya penciptaan Allah pada lebah ni.. :)
- lebah pekerja yang membina sarangnya
- lebah pekerja yang menyara kehidupan lebah-lebah lain iaitu dengan mencari sari bunga / buah
- lebah pekerja menjaga kebersihan anak-anak lebah
- lebah pekerja menjaga keselamatan sarangnya. Kalau ada sesiapa yang terkena sengatan lebah, itu sengatan daripada lebah betina
- lebah pekerja membersihkan tempat penetasan dan menggantikan telur setelah anak-anak lebah menetas

Jika nak dibandingkan dengan lebah jantan, bilangan lebah pekerja lebih kurang 2/3 dan lebah jantan hanya 1/3. Pergerakan lebah jantan pula agak perlahan. Lebah jantan hanya berperanan untuk mengawan dan selepas itu akan mati..

Melihat kelebihan yang Allah kurniakan kepada lebah betina, aku mula membandingkan dengan manusia ; "perempuan bukan kaum yang lemah tapi memainkan peranan yang penting".

Lebah pekerja mencari sari buah/ bunga sebagai makanan dan menghasilkan madu. Mereka tak makan madu tu tapi menjadikannya manfaat untuk manusia seperti firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69.

Menjadikan sang lebah pekerja sebagai motivator diri. Berusaha sekeras-kerasnya demi manfaat insan lain. Madu yang dihasilkan dengan kerja keras mencari sari bunga, digunakan oleh manusia bukan untuk si lebah itu sendiri.
Semangat si lebah pekerja yang bekerja sentiasa membuatkan aku malu sendiri. Apa manfaat aku pada insan lain?

Ayuh berkerja bersungguh-sungguh seperti lebah!!

read more about 'Lebah Madu'

Thursday, April 14, 2011

+ve VS -ve

Kadang-kadang aku takut dengan diri sendiri. Seakan-akan ada 2 personaliti yang berbeza. Kejap menjadi si pemikir yang memikirkan perjalanan masa depan dengan penuh kecekalan. Kejap menjadi si pemikir yang patah semangat dan berputus asa.

Bimbang jika bakal psikologist ni yg menjadi psikiatri. Haha

Mulanya, aku sangat down. Dengan carry mark yang menyayat hati. Honestly, aku x kesah sangat dengan carry mark aku. Yang aku kesah bila nengok carry mark dia. Allah.. Seyes, rasa bersalah yang amat. Camne aku nak dapat 4 flat ni? Down n makin down n makin down sampai rasa xnak amek test CSC tadi.

Si pemikir yang cekal mula memainkan peranan.
Memujuk hati untuk terus cekal. X rasional la bila subjek lain dah down, nak gi down kan another subjek. Ape ni! Nonsense jer.. Wake up sis, u can do it!![ngeh3]

Masuk test yg senang giler tu, wow! Memang best.. Rasa 10 minit jawab dah ley siap [terbalik jer yer].. Awal2 test, ley pulak ngantuk. Dengar ar lagu.. Nak dekat abes, ade orang call pulak.. “Ct, jap2. Aku tgh test ni”..

Usai test yg senang, aku call orang yg call aku tadi.. Borak2, then terfikir utk tnye.
“Mek, yg 3.78 tu result sem ni ke CGPA?”
“CGPA”
“Abes tu result ko sem ni 4 flat la??!!!!!!!!” [nada: terkejut yg amat]

Makin la si pemikir yang mudah patah semangat n berputus asa ni memainkan peranan. Ah, camne ni? Orang lain ley dpt 4 flat. Ni la, dulu kalo aku wat camni camni.. Kalo aku wat itu ini.. Bla bla bla…..

Nengok muke member2, masing2 dah frust..
Balik, bengang dengan diri sendiri sebab masa tu pemikir yang patah semangat n berputus asa berkuasa..

Selepas proses bertenang, fikiran dalam arus beta n kembali kepada si pemikir yg penuh kecekalan.

Teringat nasihat diri buat seseorang, “ilmu bukan diukur pada keputusan tp pada pelaksanaan”.. Kembali merenung matlamat mencari ilmu. Kalau keputusan hebat tapi ilmu x berkat, pe cer? Biar lambat tuk memahami tapi bila dah faham, dapat amalkan.. Tu sejuta kali lebih baik..

p/s:
plan nak gi umah angah esok. Ari sabtu ley jmpe pikah jap ke, x pun gi kisas ke.. dah jd camni, terpakse cancel kan planning.. lgpun, kerja kat sini masih x settle lagi.. tapi masih berharap dapat jumpa parents sblm final.. insyaAllah


(kena jadi strong nisa'!!)






Buat |S|a|H|a|B|a|T|

Tiada yg menarik untuk dikongsikan. Tapi tangan masih ingin terus menaip.

Hati berasa sedikit tidak enak dengan keadaan sekeliling.
Allah, terus berikan kami kekuatan.
Bukan perpecahan yang kami cari tapi satu penyelesaian.

Aku bukan pengadil yang menentukan siapa menang, siapa kalah.
Siapa benar, siapa salah.
Tapi aku mohon kau jangan terlalu memaksa dan dia jangan lari dari masalah.
Jika terlalu memaksa, aku bimbang lebih parah.
Jika terus berlari, sampai bila akan berakhir.

Aku sekadar si pemerhati dari jauh.
Aku x mahu memihak pada mana-mana belah.
Kerana aku mengharap yang terbaik dari kalian.

Buat insan yang dicintai kerana Allah,
Ini ujian buat kita.
Sejauh mana hati kita bertaut kerana-Nya..
Fikir semula,,
Baru ditimpa sedikit ujian, dah melatah.

Buat yang lain, ini pengajaran buat kita.
Sentiasa bersikap berlapang dada.
Apa yang x puas hati, jangan pendam.
Sesungguhnya tahap ukhwah tertinggi ialah itsar (melebihkan org lain drpd diri sendiri)
Dan serendah-rendah ukhwah ialah bersangka baik..

Rabbi, tautkan hati-hati ini dengan ikatan cinta kepada-Mu
Mencari jannah memerlukan mujahadah..

Wednesday, April 13, 2011

Saya Cemburu ........

Saya SGT cemburu dgn adik saya..
Pertama kali periksa n result teruk je, mak saya nak bawak dia balik rumah.. Brainwash. Tanya apa masalah dia..

Saya SGT cemburu dengan akak saya..
Walaupun belajar, masih ada masa nak balik umah.. Bila boring ujung minggu, balik umah..

Saya SGT cemburu dgn kawan2 saya..
Bila homesick, balik rumah. Bila boring duduk Tapah, balik rumah. Bila tension dengan study, balik rumah..

Sampai mana saya boleh bawak cemburu saya ni?
Tengah frust dengan result, saya masih di sini
Tengah boring di Tapah, saya masih tetap di sini
Tengah homesick, saya tetap jugak kat sini

Saya keraskan hati.
Ya, saya di tengah medan jihad!
Jihad mencari n menuntut ilmu Illahi.
Ganjarannya syahid..
Tidakkah saya mahu mati sebagai syuhada’?

Kenapa bersedih mengejar nikmat dunia yang sementara ni?
Sedangkan nikmat jannah di depan mata..
Hanya memerlukan sedikit pengorbanan di dunia.

Sedikit saja lagi duhai hati,
Menapak ke syurga…


Waqafkan dirimu pada Tuhan

Allah lebih mengetahui segala-galanya.
InsyaAllah aku x de apa2 urusan yg TERLALU penting untuk berhubung dgn kau.
Kerja?
Dulu aku boleh send arahan pada orang lain utk sampaikan kat kau, knp skrg x boleh.. Kn?
Nak share something?
Bimbang niat TERberubah..
Alasan lain?
Jangan mudah mencari alasan.. Carilah redha-Nya..
Dia lebih mengetahui segala-galanya..
Mencari jannah, memerlukan mujahadah..

Menghitung Harii

Jom kira hari cuti saya di rumah..
29 April : Last paper..
30 April : Clearance
1 Mei : Mak balik
[X pasti bila balik Mersing]
10 Mei : balik Tapah semula
11-13 Mei : Kursus kepimpinan
18-21 Mei : Kursus OC (orientation coordinator)
22-29 Mei : MDS (minggu destini siswa)

Congratezzzzzzzz nisa’!!
Setelah lebih 2 bulan x pulang ke rumah, anda hanya ada masa seminggu lebih utk berada di rumah sepanjang cuti sem ini..

-Tarik nafas dalam2…-

Terkadang berdoa, harap2 x dpt jd OC.. Aku nak duduk umah..
Memang cam bes jd OC.. Dapat timba pengalaman, dpt kenal ramai org, dpt jmpe akhawat kat Sri Iskandar, etc..
Tapi, aku rindu masa dgn family..!!

Allah,
Berikan yg terbaik utk aku..
Kalau mnjadi OC tu yg terbaik, aku redha..

Tuesday, April 12, 2011

kan DIA ada

Hari2 menjadi motivator x bertauliah.. Mungkin ciri2 menjadi seorang pakar psikologi semakin kelihatan..

Semalam, ada orang yang tanya aku:
"Agak2 nye, kalo x dpt fly ape aq nk wat yer?"
Tergamam... Haish, ape fikir camni?? Bermain psiko jap kat dia..
"Cuba seimbang antara kerja dgn study. Parents ko hantar intec nak suh ko stdy.. Ko kena jd cth utk adik2 ko.." bla bla bla
Alhamdulillah, dapat gak me'neutral'kan balik fikirannya..

"Ko la ni.. Sape suh jauh dari aku.."

Terdiam..
Andai aku mampu ubah semua...

Memang aku x sentiasa berada utk kau.. Aku x ada bila kau rasa susah.. Aku x ada bila kau sakit.. Aku x ada bila kau perlukan aku..
Tapi, cukuplah Allah sebaik-baik penjaga.. Aku serahkan kau padaNya.. Selagi kau yakin denganNya, insyaAllah Dia akan sentiasa jaga kau..

Siapa x risau bila insan yg disayangi sakit.. Bila insan yg di sayangi tgh kesusahan..

Tapi, kita masih manusia.. Ada batas n limit kuasa. Bila dah diserahkan segalaNya pada Allah, apa lagi yg perlu dirisaukan..?

Aku x mampu menjanjikan apa2 utk kau.. Sebab aku taw janji aku hanya janji seorang hamba. Tapi, yakinlah dengan janji Allah sebab janjiNya sentiasa ditepati..

p/s:
- kpd insan yg berkenaan, sila jaga kesihatan anda.. harap maklum :)

http://www.emocutez.com

Monday, April 11, 2011

Tinta Buatmu..


Bismillahirrahmanirrahim..
Syukur Ya Rabbi kerana memberi aku telinga utk mendengar.. Memberi aku mata utk terus memerhati.. Dan memberi aku akal utk menilai.
Bukan mudah menjadi 'orang tengah'..
Aku sendiri bukan pakar motivasi, atau penasihat terbaik..
Cuma aku cuba menjadi insan terbaik..

Aku faham situasi yang berlaku..
Cuma aku x taw apa yg terbaik..
Yer, jika menginginkan pandanganku, jujur aku katakan, sama seperti ustaz..

Bukan mudah untuk mengubah mentaliti seseorang.
Ia memerlukan masa n pengorbanan.
Sebanyak mana masa n pengorbanan itu, xde orang yg taw..
Itu yg dinamakan ujian..
Ujian utk menguji tahap kesabaran.
Tahap kecekalan n istiqamahnya kita dalam mengharungi semua ni..

Mudah utk katakan, "jgn mudah mengalah".
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Aku x taw apa yg patut aku katakan..
Cuma ingatlah bahawa hati manusia ni dipegang oleh Allah..
Segagah n sekuat mana seseorang tu, Allah jualah yg menjaganya..
Peliharalah hubunganmu dgn Allah. Itu lebih utama dari segalanya..
Banyakkan berdoa kerana doa itu senjata terhebat seorang mukmin..
Doalah agar Penjaga Hati membuka hati n minda mereka utk mengerti n melihat kebenaran.

Aku hanya mampu mencoret.
Yg terbaik itu tetap dariNya..
Wallahu a'lam..

p/s: aku sentiasa ada utk kau.. :)

Sunday, April 10, 2011

Main reason for JPA..

Lepas baca entri ni, aku terfikir sendiri.. Kenapa aku mohon JPA dulu??

Awal tahun ni, adik aku suruh mohonkan biasiswa TM.. Masa PMR, dia dpt straight A.. Mulanya, mak aku suruh aku mohonkan tuk dia. Aku cakap kat mak aku, ‘la..kan mak ayah tanggung dia sorang je sekarang.bkn mak ayah still mampu lagi ke?kang kalo dia dapat, x ke menutup peluang orang yang lebih layak?’..

Akak aku ada yg dah kerja, sorang sambung belajar tp dapat biasiswa, sorang belajar tp bulan2 dapat elaun. Aku pulak, dapat JPA. So, aku sangat x menggalakkan adik aku mohon biasiswa [conclusion: adik aku mmg x mohon]..

Masa aku dapat result PMR dulu, orang ramai tanye; “nisa’, mohon x sekolah teknik?”

Aku x mohon.. Sbb aku memang xnak pergi sekolah teknik.. So, kenape aku perlu mohon? Result aku memang layak untuk dapat. Kalau aku dapat, x ke nanti aku tutup peluang orang yang betul2 nak gi sane? Aku takut nanti, satu hari Allah balas kat aku.. X dapat benda yang aku nak.. Nauzubillah..

Fikir balik, kenapa aku mohon JPA dulu.. Mula2 mohon untuk ke ‘oversea’.. X dpt.. So, aku mohon utk dlm negara. Dapat JPA, bermaksud amanah utk aku.. Ke mana aku guna duit tu? Betul ke duit tu aku guna dgn sebaiknya?? Muhasabah diri balik, nisa’..


Tadi, pergi jumpa Kak Haidi.. Mulanya, cuma nak pas pendrive. Sekalik, dah tersangkut kat bilik dia. Borak2 pasal subjek sem ni n sem depan. Terkeluar cerita yg dulu dia amek kos Kuantitatif. Gulp.. Dia cerita kelebihan kuantitatif.. Ah, hati oo hati.. Kenapa mudah berbolak balik nih?? Kuantitatif, 1st choice aku dulu. Diikuti Statistic n seterusnya baru kos sekarang ni.. Mulanya geram, kenapa dpt aktuari bkn kuantitatif or statistik!! Tapi aku tahu, semua ada hikmahnya..

Mula nak tamak. Haisy, otak mula berfikir utk mengambil kos tu 1 hari nanti.. Nisa’, macam2 nak amek.. Statistik la, psikologi la.. Ni, nak tambah Kuantitatif pulak.. Kembali pada matlamat n niat nisa’..

Allah, tentukan yg terbaik utk ku..

p/s:

- belajar hingga akhir hayat.. Kurniakanlah insan yg memahamiku n sentiasa menyokong tindakanku selagi tidak bercanggah dengan agamaMu serta menegurku tika aku terleka.

- lagu penguat semangat!! [V6- Change the World.. lagu Inuyasha yg dah di'translate'kan]


I want to change the world

Piercing through the gales,

unafraid of anything,

Now I hold my courage and pieces of my smile

Change my mind

If we reach out to the soaring future without losing our passion,

we'll be able to shine,

it's wonderland


You've left something in the far reaches of the grey sky,

and you keep on searching as you wander.

In the night when your heart shook,

and I can't see tomorrow I can't believe anything, and close my ears.

When I met you, I found my true place in life.

An innocent kindness is right here.

And so we awaken...


I want to change the world I won't hesitate again.

If I can shape a future with you, then I can fly anywhere.

Change my mind

I can spread my wings and fly towards the unknown future without losing my passion.

It's wonderland


We keep swimming the same world until the day we reach our dreams.

All of us bear the same worries

When you stop and look,

I'll be right here gazing at you.


I want to change the world

If you accept my gaze as

I watch over you and don't let go of my hand,

I can do anything.

Change my mind I won't let you be alone.

Everyone is here.

Let's pierce our way through whatever may happen.

It's wonderland


I want to change the world

Piercing through the gales,

unafraid of anything,

Now I hold my courage and pieces of my smile

Change my mind

If we reach out to the soaring future without losing our passion,

we'll be able to shine.

It's wonderland

Ayah & Ibu


Berbakti kepada ibu bapa

“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. [4:36]

Sabda Rasulullah: “Berbaktilah kepada kedua ibu bapamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah daripada zina agar para isterimu memelihara dirinya”. [HR At-Thabrani]

Jika derhaka??

Sabda Rasulullah: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah didunia ini ialah zina dan derhaka kepada kedua ibu bapa”. [HR At-Thabrani]

Sabda Rasulullah : “Sebesar-besar (daripada) dosa ialah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada kedua ibubapa dan menjadi saksi palsu”. [HR Bukhari]

Jihad yang utama

Abdullah bin Umar berkata: Seseorang datang kepada Rasulullah dan berkata, “Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)”. Baginda bertanya, “Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?”. Jawabnya, “Ya, kedua-duanya”. Sabda Baginda, “Di dalam melayani keduanya ialah berjihad”.

Ketika Rasulullah ditanya, “Apakah amalan yang paling utama?”. Jawab Baginda, “Solat pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa, kemudian jihad fisabilillah”.

Saturday, April 09, 2011

Aku Matang!!

"eeiiii, nisa' ni x matang la.. macam budak2!"

Sering aku mendapat ayat camtu [kadang2 aku buat kat org gak].. tapi, aku selalu tertanya-tanya, apa kriteria org yg matang?? Adakah bile gune earphone gambar bear tu x matang? Atau mesej tone, suara upin ipin tu x matang? Atau ringtone LoroRoco tu x matang??



Untuk menambah ilmu yg sememangnya kurang ni, aku pun search la kat internet dgn bantuan pak cik google.. So, terjumpa la link ni..

kematangan itu adalah sejauh mana tahap kita menetapkan matlamat dan tugas kita dalam kehidupan ini

Dah terjumpa link tu, merayap n merayap lagi.. Terjumpa pulak pasal ;


Byk lagi sebenarnye.. Merayap sendiri la yerk..

Lastly, jom dgr lagu outlandish.. yeah!!


Lyrics - After Every Rainfall Must Come A Rainbow : OUTLANDISH

(ISAM)
Some people in our world today
Can dream and wonder why
Some people in our world today
Can only wait to die
Empty my conscience for your love
A bouncing finger lets me know I’m alive
& its still rains outside my window
Rains outside my window
Still rains outside my window

Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes be so absurd
So I cry my heart out Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

(WAQAS)
Uh
Some people got it bad
Sum people got it worse
Since the day of the birth
Everyday end of earth
Live to die another day
Sure I say “congratulations”
But désolé
If the roof should come down today
Rest assure I’m there to wipe away the dirt with pure intention
Some corrupt
Brought a lil bag of hope
What’s up (?)

(ISAM)
Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall
Must come a rainbow.

Some got it bad, some got it worse
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

I can’t run, I can’t hide
The struggle only makes us stronger tonight

(ISAM)
If I don’t find u here
Said if I don’t find u here
I hope to find u way up there
Some got it bad, some got it worse
Life can sometimes look like a curse
So I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

Some got it bad, some got it worse
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

(WAQAS)
Ansoo hain, behne do

(ISAM)
Cuz after every rainfall must come a rainbow.
I cry my heart out, Let it all go
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

(LENNY)
despues de cada gota sale el sol
despues de cada nota una cancion

[TRANSLATION:]
after each drop the sun rises, a
fter each note a song

(ISAM)
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

(LENNY)
despues de cada gota sale el sol
despues de cada nota una cancion

(ISAM)
Cuz after every rainfall must come a rainbow.

(WAQAS)
Ansoo hain, behne do

[TRANSLATION:]
they're tears, let them fall

(ISAM)
I said every rainfall must come a rainbow.

Test 2

“Nisa’, tolong kejutkan aku.. Paling lewat pukul 5.30 taw.”

“InsyaAllah..”

Berjaga sepanjang malam [dah tido sejam lebih masa awal malam].. Pasang tekad pada diri, ‘aku xley tido selagi dia x bgn!!’..

Buat revision.. Mula2 keseorangan, kemudian ain dah bgn..

Hampir pukul 4, aku dah x larat.. Badan dah lenguh semacam. Biasa la, orang ngantuk yg letih, mood akan berubah.. Rasa nak marah je sebab x dapat tido..

Tepat pukul 4 je, start mission untuk kejutkan dia. Yer, dia ingin pergi berjuang esok. Kalau dia TERbangun ni, aku gak dapat pahala..

Dengan kemengantukan + keletihan, tambah orang yang dikejut tu x beri respon. Memang rasa cam nak mengamuk jer.. Pujuk hati.. Sabar nisa’..

Dah jadi makin x tentu arah.. Kejap ke hulu, kejap ke hilir.. ‘Bile dia nak bgn ni!! Dah penat call..’

Keadaan sedikit tegang bila ada orang tanya soalan. Dah la benda yang aku x ingat.. Hampir2 melontarkan kemarahan padanya.. Alhamdulillah, mujur masih mampu mengawal kemarahan..

Tgn x henti2 membuat panggilan telefon.. Mesej pn dah hantar.. Asal xde respon ni??

Jam 5.55 pg, “dah2 la tu nisa’.. aku dah lame bgn.”

Gulp,

Ya Allah.. Memang Kau ingin menguji kesabaran aku.. Mulanya rasa bengang yg amat.. Mujur masih teringat..

Nisa’, ini tarbiyah dari Allah. Dia ingin menguji ukhuwah kau. Dia ingin Kau belajar sesuatu.. Yer, ini tarbiyah dari-Nya

Subuh, gerak orang.. Akhirnya lepas subuh, dapat gak tido..


**************************************

Tgh2 test, aku ter’stuck’.. Lagi 20 minit nak abes masa.. Allah, camne ni..

Ok nisa’, bertenang..

Tutup kertas exam.. Rileks.. Fikir apa yg berkaitan dgn soklan tu [fikir pnye fikir, hmpir terlelap].. Ah, masih blur..

Kembali muhasabah.. Kenapa aku x dapat jawab ni..? Allah nak hijabkan aku ke atas dosa2 aku selama ni? Atau Allah nak uji aku sekejap..? Mungkin Dia nak suruh aku berfikir n jgn putus asa..

“5 minit lagi”..

Ah, lg 5 minit masa nak abes.. Masih blur.. Allah, ampunilah dosa2 kami n bantulah kami Ya Rabb.. Bukak kertas, baca balik soalan. Tanpa disangka-sangka, tangan terus menulis tanpa henti.. Terima kasih Allah.. Bersyukur yang amat. Walaupun x pasti jawapannya betul atau x, sekurang-kurangnya, aku x tinggalkan kosong..

p/s:

- tgh test, hampir2 mengalah.. tetibe teringat, ‘carry mark.. carry mark.. 4 flat’.. haha

DST Test 2

Setiap malam sabtu aku x risau kalo tidur tanpa set jam.. Hari ni, 2 group bersatu di bilik aku.. Wow! Terima kasih la korang yerk ^__^
Azza tegur, “nisa’, malam ni xnak bengkak2 mate lg??”..
Tergelak.. haha.. Rentetan kejadian itu sewaktu test 1 statistik..

Xnak cerita panjang pasal tu.. 1st nak cite, tadi call semua orang.. Kredit dah hampir habis.. Mula2 call mak. Then, call ayah.. Then, plan nak cakap ngan Tok Mak tp Tok Mak xde.. So, cakap ngan Tok Bak jer.. Then, call mak cik aku. Borak ngan dia jap, pastu borak ngan nenek aku n last mesti borak ngan Wahidah.. [fuhh, ramai nye]

Bile aku cerita kat orang yang aku call atuk+nenek aku, orang semua pelik.. Pelik ke? Mulanya aku pun jarang call grandparents aku. Tapi sejak masuk kisas, aku start call mereka. Boleh dikatakan setiap minggu aku akan call. Kalau x pun, selang dua minggu. Sekarang, macam agak busy. Kadang-kadang terlupa. Memang sekarang agak jarang call mereka. Tapi aku akan pastikan setiap bulan aku call dorang. [rasenye 2 minggu sekali].. Nak cakap ape?? Ala, juz tanye benda2 yg simple.. Tanye khabar, benda2 yg simple je pun. Actually, dorang sangat happy bile dgr cucu2 dorang call. Even cucu tu xde la rapat sgt. Lagi 1 kelebihan, aku selalu dpt extra money dari atuk aku. “Duit call Tok Bak,” katanye.. haha

Mak aku tanye, xde call budak2 kecik tu? Haa, ni antara insan yg aku akan selalu call. Kalau aku x call, kang ade pulak yg nanges sbb rindu akk sedare dia yg baik hati ni.. [cehh].. Aku rapat ngan adik3 sedare aku. Dah mcm adik sendiri. Dak kecik tu, terdiri oleh Wahidah [10 thn] n Izzati [6 thn]. Pernah Izzati call aku smpai 3-4 kali juz nak cerita lagu yg dia belajar kat sekolah. Pernah gak aku ngah cakap ngan Wahidah, tetibe dia nanges. Sbbnye, dia rindu aku.. hehe


Lepas settle semua, baru niat nak belajar. Tetibe fon berbunyi.. Isy, busy tol mlm nih.. Awek aku pulak call [sblm tu aku call 2-3 kali, dia x angkat2].. Masalah ar bila dia dah call. Hampir sejam kitorang sembang. Jujurnya, aku sangat tabik ngan dia. Dak intec, mesti ar busy berbanding ngan aku yg diploma je nih.. Boleh dikatakan every week dia ada program. Tapi dia boleh buat yg terbaik. Aku sangat jeles dengan dia!! Kenapa aku x mampu buat mcm dia..? Aku taw dia lg sebuk berbanding aku. Paperwork aku aritu, bajet juz kena cut RM300. Dia pnye paperwork, lebih half kena cut. Memang ar pening pale. Tapi camne dia ley settle kan problem tu. Aku? Program smlm yg simple tu pun dah serabut yg amat.. Nisa’, belajar n terus belajar n terus belajar..

Lagi 1 yang aku solute dgn Nor Afiqah bt Hj Isa ni, dia sentiasa ada masa utk ‘kami’. Aku? Ah, bengang dgn diri sendiri.. S/u hanya pada nama. Tapi kerja? Meeting jarang dtg, program x turun. Nisa’,, nisa’… Aku taw aku kena bertatih di sini. Tapi bila aku nak mula melangkah? Aku taw, tugas aku berat.. Kena jage 22 orang ni baik2. Tapi? Ada aku spent masa utk at least tanye khabar dorang.. Ya Allah, teruknya rasa diri.. Kerja aku, aku pas kat orang.. Nisa’!! Apa nak jadi ni!!

Habis bermain telefon, bukak buku utk study.. Yer, STUDY!! Esok ada test statistic [my 2nd choice dulu].. As usual, baca. Haha. Lawak bila orang BACA statistic. Ok, itu aku.. SPM dulu pun, aku akan BACA dulu add math [sbb tu add math A+.. haha]. Aku x suka wat latihan [sbb tu calculus aku teruk].. So, aku baca n tunggu orang tanye soklan.. [apatah lg selepas melihat paper aku yg cun giler akibat bermain hujan smpai lencun smlm]

p/s:
- sekarang aku suke dgr lagu English.. hmm
- sgt jeles ngan adik aku.. td, mak aku gi skola dia.. then, dia kuar outing ngan ckgu dia coz nak cari baju tuk nasyid.. esok, dia bakal keluar ngan ayah aku pulak.. hisy, masa aku kat kisas ley kira bape kalik mak ayah dtg..

Friday, April 08, 2011

Kata Hati



Alhamdulillah, beribu, berjuta, infiniti kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Illahi.. Walau berbagai halangan dan rintangan yang kami hadapi, Alhamdulillah program masih mampu diteruskan.. Syukur yang amat..

Nampak kecil tapi kesilapan tetap kesilapan. Semalam aku ditarbiyah. Tarbiyah direct dari-Nya. Terima kasih Allah.. =)

Program pertama yang aku handle. Program pertama sebagai pengarah. Anak kecil yang masih bertatih, baru belajar untuk berjalan, memang kadang akan terjatuh.

Mulanya aku hampir berputus asa. Hampir mengalah. Ah, nisa’…. Mudahnya mengalah… Melihat insan di sekeliling yang sentiasa support, semangat aku kembali bertambah. Abg2 maintenance yg byk membantu, JPK n Seki yg sentiasa ikut arahan, pihak pentadbiran, ustaz, En Meor terutamanya.. Ya Allah, terima kasih kerana mengurniakan mereka kepadaku..

Post mortem, agak teruk gak kena tibai. Haha. Xpe, belajar nisa’.. Terima kasih ustaz sbb tolong masa post mortem.

Balik program, semangat sedikit luntur. Kepala pening [tambah sbb kena hujan semalam].. Tergerak hati utk letak jawatan. [tergelak].. Ah nisa’, lemahnya.. Baru diuji sedikit dah mengalah.. Kembali semula melihat matlamat aku. Yer, si mujahidah memang akan diuji. ^__^

Terima kasih Allah.. Jadikan aku si mujahidah yang sentiasa rindu tarbiyah dari-Mu..
Terima kasih kpd semua pihak yg sentiasa berada di samping ku.. Menghulurkan tangan saat aku hampir terjatuh..
Terima kasih…



Wednesday, April 06, 2011

6 April 1985: Cinta ke Syurga


Hari ini, genap 26 tahun umur perkahwinan mereka. Insan yang terlalu di kasihi. Aku merenung, indahnya cinta, membawa ke syurga.

Tersenyum sendiri memikirkan liku-liku kehidupan yang di tempuhi. Aku tersedar, bukan mudah untuk menggalas satu tanggungjawab sebagai ibu bapa. Aku bersyukur kerana adanya mereka dalam hidup ini..

Dulu, aku tertanya-tanya bagaimana bermula kisah cinta dua hati ini. Akhirnya aku ketahui, cinta yang berlandas agama, cinta hingga ke syurga. Kisah perkenalan bermula dengan bertukar-tukar kaset dan buku agama. Ibuku yang mengikuti usrah bersama-sama ibu mertuanya. Akhirnya membawa kepada cinta yang diredhai agama.
Sepanjang tempoh perkenalan, bukanlah menjadi tabiat mak dan ayah untuk keluar bersama-sama. Tak pernah berjalan berdua. Jika ingin berjumpa pun, ayah yang akan bertandang ke rumah. Tempoh lebih kurang 6 bulan bertunang dijaga agar seiring dengan syarak. Sungguh aku kagum dengan mereka..

Setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata pengikat rasa cinta. Tanggungjawab kini bertambah. Jika dahulu hanya sebagai seorang suami atau isteri, kini sudah bergelar ayah dan ibu. Tapi itu bukanlah menjadi beban kepada mereka. Sabarnya mendidik anak-anak dengan tarbiyah agama. Mengharap anak-anak bakal menjadi insan soleh solehah yang berbakti kepada agama. Aku masih ingat, setiap hari kami wajib mengaji al-Quran selepas maghrib. Kalau silap atau tak dapat, mesti kena pukul. Kadang-kadang sampai Isyak pun tak habis mengaji lagi.
Walau kehidupan tidak semewah insan lain, hanya tinggal di rumah kayu, tapi cukuplah. Aku dan adik beradikku di ajar untuk berjimat cermat. Baju sekolah, mak jahit sendiri. Makan petang, mak buat kuih sendiri. Lauk pun, makan ala kadar. Yang paling best masa cari pucuk paku, pucuk ubi, dan macam-macam lagi untuk buat lauk. Kadang-kadang ayah pergi memburu. Teruja bila nengok mak cabut duri landak dan kijang yang tergantung kat dapur…

Tahun 2002, tahun yang aku rasa penuh cabaran. Tapi tak pernah walau sekali aku mendengar keluhan ayah, tak pernah melihat air mata mak mengalir. Ah, kuatnya mereka.. Tahun tu, akak aku ditawarkan untuk menyambung pelajaran di SMS Muar. Beberapa minggu sebelum daftar, rumah kami dimasuki pencuri. Bayangkan, duit yang dikumpul untuk mendaftar akak aku, habis semuanya. Mujur ada saudara-mara dan sahabat handai yang membantu. Tahun itu, berat hati kedua ibu bapaku melepaskan anak mereka. Berat untuk berjauhan. Tapi, demi ilmu mereka redha.

2003, anak kedua mereka pula terpaksa dilepaskan dengan hati yang berat. Mencari ilmu di SMKA Bandar Penawar, Kota Tinggi. Alangkah sabarnya hati mereka berjauhan dengan anak-anak yang selama ini sentiasa di depan mata. Hari ini baru aku tersedar. Kenapa dulu mak tak menggalakkan aku ke kisas.. Sekali kaki melangkah ke luar, susah nak nengok anak balik depan mata. Masa dengan anak-anak dah berkurang. Mak, ayah, redhailah kami pergi menuntut ilmu..

Perjalanan dua hati kini memasuki tahun ke-26. Tipu jika mengatakan tidak ada ujian dalam kehidupan rumahtangga mereka. Mujur agama dijadikan sandaran. Alhamdulillah, berjaya menempuh ujian itu berbekalkan sabar dan keimanan.

Ya Allah,
Telah Kau satukan dua hati ini 26 tahun yang lalu berlandaskan cinta kepada-Mu. Maka, Kau kekalkanlah perkahwinan mereka hingga ke syurga-Mu. Kuatkanlah hati mereka tuk menempuhi segala badai dalam kehidupan ini. Berkatilah dan redhailah umur mereka Ya Allah.

Buat ayah dan bonda yang dicintai kerana Allah,
Anakmu ini memohon ampun andai pernah melakukan kesilapan sepanjang 19 tahun dibawah jagaanmu. Andai pernah mengguris hatimu.
Terima kasih ayah dan ibu kerana menjaga anakmu dengan penuh kasih sayang. Memberi didikan agama yang sempurna. Menegur anakmu ini jika terleka. Memberi bekalan dunia dan akhirat.
Mak, ayah,
Tak terkira rasa pengorbanan yang telah kalian curahkan. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Halalkanlah semua yang telah mak dan ayah beri kepada kami..