Sunday, April 10, 2011

Ayah & Ibu


Berbakti kepada ibu bapa

“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. [4:36]

Sabda Rasulullah: “Berbaktilah kepada kedua ibu bapamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah daripada zina agar para isterimu memelihara dirinya”. [HR At-Thabrani]

Jika derhaka??

Sabda Rasulullah: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah didunia ini ialah zina dan derhaka kepada kedua ibu bapa”. [HR At-Thabrani]

Sabda Rasulullah : “Sebesar-besar (daripada) dosa ialah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada kedua ibubapa dan menjadi saksi palsu”. [HR Bukhari]

Jihad yang utama

Abdullah bin Umar berkata: Seseorang datang kepada Rasulullah dan berkata, “Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)”. Baginda bertanya, “Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?”. Jawabnya, “Ya, kedua-duanya”. Sabda Baginda, “Di dalam melayani keduanya ialah berjihad”.

Ketika Rasulullah ditanya, “Apakah amalan yang paling utama?”. Jawab Baginda, “Solat pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa, kemudian jihad fisabilillah”.

1 comment:

Anonymous said...

byk ayat dlm quran ckp psl ibu bapa...nak kongsi sikit...kalau x silap ana, ramai para sahabat yg bertanya psl apakah amalan yg plg utama dan sewaktu dgnnya...dan cmne nabi jwb?nabi jwb ikut sapa yg brtya...maknanya setiap org jwpn nabi lain2....ikut tahap iman....wallahu'alam

-mujahid waqafan-