Thursday, August 27, 2009

Banyakkan bertawakkal..

Kita hanyalah insan yang mempunyai terlalu banyak kekurangan.. Segala apa yang berlaku adalah ketentuan Allah. Sebagai manusia, kta hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan.(ayat skema)..

Ana nak bawa satu kisah yang berkaitan dengan konsep tawakkal.. Tahun lepas, time nak balik kampung, ana suke travel sket. Bukan ape, sebabnya x de bas dari Klang terus ke Mersing. So, ana terpaksa la ambik 2 bas untuk sampai ke rumah..

Kisah pertama, ana naik bas daripada Klang ke Melaka. Sampai kat MC (Melaka Sentral), x de org tunggu ana. Biasenye, akak ana akan tunggu tapi time tu akak ana da balik dulu. Sampai kat Melaka pukul 5, bas ke Mersing pukul 6.30.. Lepas solat n makan, ana kene cari kawan akak ana sebab tiket pada die. Dah la ana x kenal pun org nye. Tambahan, x biase kat MC. Pusing2 kat situ, naseb bek jumpe.. Dah jumpe, satu hal pulak.. Sesat kat MC.. Cam lawak je kan. MC tu bukannya beso sgt pon. Ana x taw cmne nak wat, melangkah je la dengan penuh yakin. Mulut x henti2 berzikir. Alhamdulillah, akhirnya dapat gak keluar..J

Kisah kedua, berlaku tahun lepas gak.. Mase last year. First time ana naik bas dari Pudu ke Mersing. Mase tu ana berempat ngan kawan ana. Sorang nek bas jam 10.30, 2 orang lagi jam 11.00.Bas ana pukul 12.30.. Sejam setengah duduk kat Pudu sorang2. Bayangkan orang yang tak penah keluar dari kampung duduk sorang2 kat Pudu. Sejam setengah rase amat2 x senang duduk. Ana banyakkan istighfar, ingat Allah.. Then, bukak buku pastu buat2 berani. Alhamdulillah, Allah selamatkan ana daripada kejahatan manusia..

So, moral of the story is, banyakkanlah bertawakkal kepada Allah..

Monday, August 24, 2009

Uslub dakwah yang paling berkesan..

Cuba kita renungkan balik,, apa care Rasulullah yang paling berkesan untuk menarik orang2 kafir?? Caranya ialah dengan menunjukkan qudwah hasanah, akhlaq yang baik, kan? Sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis mafhumnya; Akhlaq rasulullah adalah Al-Quran.

Dalam sebuah kisah, terdapat seorang peminta sedekah berbangsa Yahudi yang mana kebenciannya terhadap Rasulullah sangat mnedalam. Dia sentiasa berpesan kepada orang disekitarnya agar tidak mendekati dan mengikuti Rasulullah.

Pada masa yang sama, Rasulullah selalu datang dan memberinya makan. Sebelum makanan tersebut masuk ke dalam mulut Yahudi tadi, Rasulullah menghancurkan dahulu makanan tersebut.. Namun, yahudi tersebut tidak mengetahui bahawa insan yang menyuapnya makanan adalah Rasulullah.

Pada suatu hari, yahudi tersebut berasa sangat lapar kerana insan yang selalu menyuapnya makanan tidak kunjung tiba. Ditanyanya kepada orang yang berada di sekeklilingnya tetapi tiada siapa yang melayan yahudi tersebut. Rupa2nya ketika itu umat islam sedang berdukacita kerana kehilangan insan mulia, Nabi Muhammaad S.A.W.. Abu Bakar telah mengetahui keadaan yahudi tersebut dan memberinya makan. Akan tetapi yahudi tersebut menolaknya kerana makanan yang diberi tidak dihancurkan terlebih dahulu. Setelah dipaksa oleh yahudi tersebut, Abu Bakar mengaku bahawa beliau bukanlah insan yang selalu memberi yahudi tersebut makan tetapi insan yang selalu memberi yahudi tersebut makan ialah Rasulullah.

Akhirnya, yahudi tersebut memeluk agama Islam kerana kemurnian akhlaq Rasulullah. Namun, ada yang mengatakan bahawa uslub ini tidak sesuai pada zaman sekarang. Di sini ana ingin membawa satu kisah yang ana alami sendiri..

Kisahnya bermula ketika kehadiran pelajar2 menara gading ke sekolah kami. Pelajar yang kesemuanya berasal daripada sekolah harian biasa. Pelajar yang tidak didedahkan dengan ilmu agama. Bayangkan insan2 terebut berada di sebuah sekolah agama yang insyaAllah memahami selok belok agama..

3 orang pelajar lelaki ditempatkan di kelas ana. Mereka ada mempersoalkan kenapa muslimat perlu memakai tudung labuh dan pelbagai lagi yang mereka persoalkan. Alhamdulillah, pihak muslimin telah menjawab soalan mereka dan memberi sedikit kefahaman kepaa mereka.

Selepas kepulangan mereka, ada muslimin kelas ana call seorang daripadanya. Pelajar tersebut memberitahu bahawa dia dah putus dengan awek dia. Katanya, buat apa couple, xmendatangkan faedah. Lagipun awek dia xmenjaga seperti pelajar perempuan sekolah kami..

Alhamdulillah, walaupun kami x berkomunikasi dengan mereka, mereka dapat berubah ke arah yang lebih baik.. (tapi kami bukanlah terlalu baik.ada juga silapnya..). So, kita perlulah beramal dengan akhlaq yang mulia sebagaimana yang disuruh dalam al-Quran dan as-Sunnah..

Saturday, August 22, 2009

Sahabat..

Pada zaman Rasulullah, aqidah dan keimanan para sahabat sangat utuh. Kaum muhajirin dan ansar saling bantu-membantu antara satu sama lain. Pihak ansar membantu muhajirin yang ketika itu baru berpindah dari Makkah ke Madinah. Mereka sanggup memberi harta mahupun isteri mereka. Sedangkan ketika itu mereka baru memeluk Islam. Cuba kita bandingkan dengan keadaan kita pada hari ini. Betapa susahnya menjadi dan mencari insan yang sanggup berkorban jiwa dan raga..

Ana ingin berkongsi pengalaman ana sepanjang dikuarantin pada 11-14 ogos yang lalu. Pada hari selasa bersamaan 11 ogos, Allah menarik nikmat kesihatan daripada ana. Mungkin Allah memilih ana supaya ana berfikir tentang satu kejadian. Seorang sahabat ana yang telah dikuarantin sehari sebelum ana mengadu kepada ana. Dia cakap yang dia berasa sedikit terkilan kerana selepas sahabat2 dorm kami menghantarnya ke bilik sakit, xde sorang pun yang menjenguknya. Ana pun terasa gak dengan apa yang diceritakan kepada ana sebab ana pun salah seorang daripadanya.

Beberapa hari berada di bilik sakit, ana pun merasai apa yang dirasai oleh sahabat ana tadi. Alhamdulillah Allah telah menunjukkan kepada ana yang mana satu sahabat tika senang dan yang mana sahabat ketika susah. Tapi, lumrah kehidupan. Xde satu pn yang sempurna. Semoga selepas ini kita lebih concern terhadap sahabat2 kita.

Ramadhan kembali!!!

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk sekali lagi merasai nikmat Ramadhan. Satu bulan yang dipenuhi keberkatan. Bulan yang paling mudah untuk mendapat pahala. Yang mana satu amal digandakan sehingga 70 ganjarannya.

Bulan Ramadhan bulan yang paling unik. Kalau kita lihat zahirnya, bulan yang diwajibkan berpuasa.. Bulan yang ada solat terawikh. Secara dalamannya pula, dikurniakan dengan malam lailatul qadr. Dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu2 neraka. Selain itu, syaitan dibelenggu dan pelbagai lagi kelebihan yang ada.

“puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu dimanakah puasa kita
Adakah masih ditahap lama..”

Sahabat2, ayuhlah kita muhasabah kembali. Apakah yang kita dapat selama ini. Nauzubillah jika hanya mendapat lapar dan dahaga... Nauzubillah jika hanya mendapat lapar dan dahaga..