Di saat diri tengah kerunsingan memikirkan markah final [walaupun baru lepas 1 paper], Alhamdulillah dikurniakan insan yang sentiasa mengingatkan diri.. Terasa hina diri bila saat2 begini boleh down, sedangkan kuasa Dia melebihi segala-galanya.
Semalam, tergerak hati utk contact akhawat di seri iskandar.
“Nisa’, Allah x lihat pada hasil tapi Dia lihat pada usaha”
Semalam juga aku baru tersedar yang sepanjang sem ni aku telah melupakan seorang ukhtiku di Shah Alam. Ah, teruknya diri. X terasa dengan perlakuan aku, semalam dia tetap memberi nasihat dan kata2 semangat.
“Nisa’, memang perlu ada usaha. Tapi bagaimana yang dikatakan usaha tu? Adakah menghadap buku 24 jam? X, nisa’. Usaha bukan semata-mata pada pelajaran. Pelajaran hanya perkara kedua. Settlekan dulu perintah Allah yang wajib. Nengok balik macam mana solat kita. Khusyuk x? Solat pukul berapa? Kalau lewatkan solat, ada sebab yang mendesak ke?
Nengok balik cara kita jaga hubungan kita dengan manusia. Pernah x kita sakitkan hati orang lain? Pernah x kita buat orang lain terasa dengan sikap kita?
Bagaimana tahap pergantungan kita pada Allah? Berapa kali kita ingat Allah dalam sehari? Ada x usaha lain kita untuk menghadapi peperiksaan ni? Berapa banyak kali kita buat solat hajat? Berapa banyak kali kita berdoa? Berapa kali kita baca al-Quran sekali? Kita jaga x dakwah kita pada orang lain? Apa kerja yang kita buat untuk Islam?”
Terdiam. Aku jaga x semua tu? Layak ke aku mintak macam2 pada Allah kalau hak-Nya aku x tunaikan.. Ada x usaha aku pada semua tu? Kenapa aku perlu risau dengan natijah imtihan ni sedangkan ada lagi hal lain yang lebih penting untuk dirisaukan.
Bersangka baiklah dengan Allah. Masih ada masa untuk berusaha. Apa jua pun natijahnya nanti, redhalah kerana Dia tahu itu yang terbaik untuk aku.
Allah, apa jua yang Kau tentukan untuk aku, janganlah ia menjadi fitnah untuk agamaku..
No comments:
Post a Comment