Friday, April 22, 2011

aku rindu ..........

Hari ni aku tersedar bahawa aku merindui seseorang yang sangat jauh. Aku sendiri x sedar kehilangannya. ‘Dia’ pergi sedikit demi sedikit. Aku rindu diri aku yang dulu…

Dulu aku sama macam insan lain. Pernah merasa bersekolah di sekolah menengah biasa. Pernah merasa suasana yang bercampur baur. Kalau dulu, aku mengaku aku insan yang agak sosial. Macam2 pernah aku buat. Huh, pelakon terhebat. Luaran baik tapi sebenarnya, hanya tuhan yang tahu perangai aku sebenarnya.

Aku mengenali KISAS sejak aku darjah 5. Sangkaanku sekolah tu sangat gah. Dengan kemudahan yang sangat hebat. X terlintas langsung bahawa sekolah tu sekolah islamic. Aku rasa aku pernah aim nak masuk kisas masa tingkatan 2 jer. Masa tingkatan 3, aku aim nak masuk SMAP Labu. Kenapa? Haha.. Ada sebabnya.

Dapat result PMR, aku dah memang x aim untuk ke KISAS sebab aku x dapat straight A. Masa tu aku sangat berharap aku dapat MRSM Mersing. Aku dah terniat untuk buat sesuatu yang x sepatutnya. Tapi, Allah selamatkan aku. Dia campakkan aku ke KISAS bersama 2 orang sahabat baik aku [Ika n Emi].

Melihat persekitaran KISAS, aku mulanya agak terkejut. Awal2 lagi aku dah kena sound dengan senior kat musolla. Kejadiannya: aku berselisih dengan Emi. Then, aku senyum ar kat dia. Yela, kitorang kan kamcing giler mase kat siapu. Malam tu, masa tazkirah kena sound dengan senior. Memang terkena kaw2.
“Ada junior x jaga ikhtilat …….. “ bla bla bla..
Masa tu aku x tahu pasal Babul Liqa’, aku x tahu pasal ikhtilat, aku x tahu apa2. Yela, bak kata sorang muslimin batch aku: “Biah teruk sebab budak Sekolah Biasa la ni”.. Aku budak sekolah biasa yang x tahu apa2!! Masa tahun aku, mana ada KPTI [kem pengenalan tarbiyah islamiyah].. Mulanya agak sedih n terkilan sebab aku x tahu n tiba2 aku kena tegur macam tu. Fine, aku tahu aku dak sekolah biasa yang jahat dulunya. Lepas kejadian tu, aku tanam dalam diri aku untuk berubah. Aku nak jadi budak baik, aku x nak kena label ‘peruntuh tarbiyah’, aku nak buktikan yang bukan semua budak sekolah biasa ni teruk.

Lepas kejadian tu gak, aku sangat syadid dengan muslimin. Kat kelas, aku x cakap langsung dengan dorang melainkan teramat perlu. Kadang2, main tulis surat jer. Aku sangat x suka bila kena bekerjasama dgn dorang. [Kebetulan masa form 4, raya jatuh time birthday aku. Emi call mak sebab masa tu aku dah tukar nombor. Aku cakap sepatah-sepatah sampai mak pelik. Masa kat siapu rapat giler, tetibe aku syadid yang amat dengan dia.]

Naik tingkatan 5, aku x sangka budak yang pernah kena tegur kat musolla ni diberi taklifan yang sangat berat. Yer, mungkin nampak macam kecik, TJN Tsaqafah. Amanah yang aku pegang sangat berat bagi aku. Aku dah la selalu fail, kena pulak pegang TJN Akademik. Paling best bila aku sendiri tergolong dalam 20 orang pelajar yang dapat markah rendah dalam batch.

Awal tahun, aku diuji. Bila ‘si pemerhati’ terpaksa menjadi ‘si penyeru’. Aku masih terus berusaha untuk perbaiki diri. Keadaan sekeliling di KISAS sangat membantu aku untuk terus berubah. Bila terleka, terus mendapat tarbiyah direct dari Allah. Pernah aku TERbuat sesuatu yang x sepatutnya, Allah terus tegur aku. Dah la masa tu tengah SPM. Semangat jatuh menjunam. Tapi aku yakin, Allah sayang aku sebab tu Dia tegur aku. Bila tido lambat, ada je ‘benda’ yang ingatkan supaya tido awal. Nanti dapat bangun awal.

Kerja aku x terhenti setakat di Bumi Waqafan tapi berterusan hingga akhir hayat aku. Dulu mungkin aku masih boleh meneruskan kerja aku. Tapi kenapa sekarang aku terus mencari alasan untuk lari dari kerja2 aku? Aku tahu, aku x mampu buat 2 kerja dalam 1 masa. Aku benci diri aku yang teus mencari alasan. Walaupun tindakan aku bersebab, aku benci diri aku sebab aku x mampu. [nisa’, jgn tamak!!].. Aku benci dengan keadaan sekarang. Bila hati semua dah jauh. Bila aku x mampu menjadi ‘penjaga’ yang baik. bila tugas aku, orang lain yang settlekan. Kenapa sem lepas aku masih boleh ‘jaga’ dorang tapi sem ni, aku lepas tangan langsung??

Lepas SPM, aku terus diuji dan aku terleka. Setahun aku hanyut. Luarannya aku nampak masih seperti biasa tapi ………… Aku kembali kepada jahiliyah. Terus membiarkan ilmu hanya di kepala tanpa ada usaha untuk mengamalkannya. Bila ‘matlamat menghalalkan cara’. Lena di buai mimpi dunia.

Malu sendiri. Dulu aku yang menghalang orang lain buat perkara tu. Dulu aku yang berapi bila melihat orang buat benda tu. Dulu aku yang benar2 berjuang agar jangan ada insan yang membuat benda tu. Tapi, akhirnya aku sendiri yang buat benda tu!! Ujian besar yang aku hadapi. Bila dah terjebak, susah untuk keluar.

Teruknya diri. Sepatutnya aku yang jaga orang tapi diri sendiri x terjaga. Hasilnya? Nengok sendiri lah sekarang. Bila semua dah jauh, bila hati dah tercemar, bila iman makin terhakis, bila maksiat makin berleluasa.

Aku mencari diri aku yang dulu. Insan yang sentiasa berubah pada kebaikan. Insan yang kotakan apa yang dijanjikan. Insan yang mampu untuk terus istiqamah.

Ada orang kata, “mungkin perubahan tu kerana suasana. Keadaan kat luar berbeza dengan keadaan kat KISAS”.
[salahkan diri.. tu la, sape suh x stay dulu.. haha]
Sepatutnya aku yang merubah bukan aku yang berubah.

Rabbi, kembalikan aku yang dulu..

p/s:
- Kenangan paling indah di sana, masa aku melihat perkataan ‘ALLAH’ dekat langit. Subhanallah.
-Apa yang dihafaz makin lama makin hilang. Teruknya….

3 comments:

Anonymous hahahahahahaaha said...

“mungkin perubahan tu kerana suasana. Keadaan kat luar berbeza dengan keadaan kat KISAS”.

ko sepatutnya tetapkan pendirin ko,sekaranglah waktunya untuk pilih jalan masa depan ko samada menjadi muslimah sebenar atau muslimah IC kerana apabila masuk umur 25 nanti memang susahlah ko nak berubah

inilah namanya hidup berdikari yang susahnya bukannya nak cari makan tapi nak mempelihara iman tu yang susah, dengan budaya keliling yang dah jauh memesong.

dan terakhir sekali(panjang giler), memang susah kalo nak jadi musliminn atau muslimah sebenar pada zaman ni, banyak benda yang perlu ditinggalkan tapi itu semua bergantung kepada ko.
hahahaahaahahahahahah based on the true story hahahahahaha

thepioneer said...

erkk... tergamam jap..
haha
thanx bro

zazzy said...

macam mana ko tahu dia bro?