Thursday, April 28, 2011

Jom Kawen..


Pergh,, nisa’ nak cakap pasal kawen!! Haha.. Sila jangan pelik dan sila JGN berfikir yg sewaktu dgnnya.. Post ini tidak ada kaitan dgn kehidupan peribadi sy.. [errr..tipu je]


Ok here goes.. Bila makin mendewasa ni, mesti akan ada terkeluar isu kahwin. Fine, sila terus bertanya n berkata mengenainya kerana sy SGT suka bila org tanya2 nih..[haish]

Soalan yg famous, ‘bila target nak kahwin’, ‘apa ciri2 laki idaman’ n byk lagi sebenarnya. Penat juga ingin menjawab soalan2 sebegini sebab x pernah terfikir langsung. Bila ditanya, terpaksa mengambil masa utk create jawapan yg sesuai..

Meh, sy nak jawab persoalan2 tu [semangat nih!!].. Menjadikan Sultan Muhammad al-Fateh sebagai contoh yg ingin diikuti.. Menjadi seorang pemimpin negara ketika berumur 19 tahun.. Yer, umur sy sekarang! Ketika beliau berumur 19 tahun, fikirannya perlu dibahagi bukan hanya untuk memikirkan masalah diri, tapi masalah insan lain malah masalah seluruh dunia Islam. Sy ulang, ketika beliau berumur 19 tahun!! Itu fikiran seorang pengubah dunia, pembuka kota Constantinople. Pemimpin yg disebut Rasulullah ketika menggali khandak [parit sewaktu Perang Khandak].

Beliau telah memikirkan cara untuk membebaskan kota Constantinople seawal menjadi pemerintah, saat berumur 19 tahun! Sy juga ingin begitu. Sy ingin mengubah dunia. Maka, sy harus memikirkan caranya sejak dari sekarang. Jika Beliau berjaya membuka Kota Constantinople ketika berusia 21 tahun, apa sumbangan sy pada Islam 2 tahun lagi? Sy kena tumpukan fikiran sy pada itu dahulu..

Apa ciri lelaki idaman?
Errr.. Susah tol nak jawab soalan ni.. Ok2, ciri dia merupakan ciri yg ada pada diri sy. Jika sy mendamba insan yg soleh, sy dulu yg perlu menjadi solehah. Sy masih bertatih membetulkan diri agar sy menjadi insan yg terbaik buatnya.. Sy bukan bidadari dari syurga, cuma insan yg bertatih menuju syurga.

Berkata mengenai perkahwinan, sememangnya sy bukan pakar dalam hal ni. Tapi sy melihat n terus memerhati keadaan sekeliling. Mengapa ada rumahtangga yg kukuh tp ada juga yg rapuh. Memang benar, jodoh itu di tangan Allah. Mungkin jika perpecahan itu kerana sudah ketentuan.

Tapi sy ingin berkata mengenai asas pembinaan rumah itu. Kalau rumah nak kukuh, asasnya mesti kukuh. Bahan yg digunakan juga mesti kukuh. Bagi sy, yg utama adalah ILMU. Ilmu mengenai pembinaan Fardhul Muslim, pembinaan Baitul Muslim, seterusnya masyarakat muslim, membawa kpd negara Islam dan akhirnya membantu mengembalikan Khilafah Islamiyah.

Sy agak sedikit kecewa apabila seseorang berkata mengenai perkahwinan [baitul muslim] tanpa terlintas untuk meneliti kehidupan diri sebagai seorang muslim itu sendiri. Berkata mengenai perkahwinan tanpa pernah bersedia dengan ILMU mengenai perkahwinan itu sendiri. Jika tidak mempunyai ilmu secara keseluruhannya, sekurang-kurang terus mencari n menuntut ilmu mengenainya.

Jika asas diri seorang muslim masih rapuh, bagaimana ingin membentuk sebuah keluarga yg diredhai Allah? Jika tiada ilmu mengenai perkahwinan, tanggungjawab seorang suami/isteri, usah berfikir untuk mendirikan rumahtangga..

p/s : telah Allah tentukan bila masa n dengan siapa jodoh kita. Cepat atau lambat, baik atau buruk, Dia lebih mengetahui. Bukan mencari yg baik, tapi menjadi yg baik..
[ok, jgn tnye aku pasal kawen lagi!penat la..]

****************************

Dah habis menaip, dengar IKIM jap. Tetibe TERkeluar topik bab jodoh ni.. [haish,,].. Just nak share, Prof tu kata, utk parents, kalau anak2 nak kawen masa belajar, izinkan. Org yg dah kawen ni, syaitan menangis sebab x dpt goda dia utk buat maksiat. Xde duit, jgn risau.. Allah akan bukak pintu rezeki untuk dia.. Kemuliaan seorang wanita pada rendahnya mahar n cepat perkahwinannya.. Wallahu a’lam.


3 comments:

Anonymous hahahahahahaaha said...

Tak silap aku ni post kedua tentang kawin
tak sabar giler ko ni nak kawin, yang penting pikir pasal tanggungjawab dulu

thepioneer said...

kan aku dah ckp, jgn fikir lain..

ah, lantak la nak fikir ape.. mmg aku x sabar nk kawen.. so what??haha geram tol

Hazwan Hariz said...

ahhaahahahahhahahahahahaah ok ok ok btw nice profile picture