Thursday, April 28, 2011

Hidup budak U



Dulu masa kat KISAS, ada akak2 datang sekolah n cerita kisah kehidupan mereka di menara gading.
Kat luar, itu la. Kat luar, ini la.. Begitu, begini.. bla bla bla
Sekarang, zaman junior2 aku pulak tanya;
“Kak Nisa’, macam mana ar hidup kat U? takut la terpengaruh.. Org kate hidup kat U ni mencabar..”

Bile org tanya, aku apa lagi.. Mula laaa,
“Haah, kat luar ni memang SGT mencabar. Kena kuat.. bla bla bla” [entah ape aku mengarut]..

Terasa kejam pulak. Maaf, bukan menipu. Memang betul cuma tu semua hiperbola je lebih..

Ok adik2. Hidup kat U ni xde la sesusah mana.. Enjoy je rasa. Meh, nak cite sikit. Masa awal2 masuk U, minggu orientasi, jujur aku katakan yang aku agak ‘culture shock’. Kena bersorak men lawan2 cheers. Memang kat KISAS dulu ada gak tapi cheers masa hari sukan tu, kan? Ni cheers yg mengandungi unsur2 ketidaksenangan di hati. Dengan keterpaksaan kena buat gaya yg agak tidak sepatutnya.

Cara nak cegah, macam agak mustahil. Tapi cuba elakkan. Macam apa yg pernah aku buat, ambil tempat yg jauh dari kaum Adam. So, bila kena buat gaya2 yg x sepatutnya tu, mereka x nampak sgt la. Yela, kalau orientasi student mesti ramai kan.. Boleh nye.. Lagi satu, kalau dah duduk ceruk2 ni, x buat pun orang x perasan. Faci x nampak sangat.. So, kalau macam line clear, faci xde, x yah buat..

Next, selepas seminggu di’orientasi’kan di Shah Alam, kena pindah kampus ke Beiringin. Semua budak Act. Sc. Aku sorang dak KISAS kat sini [batch aku la].. Ok, xpe.. X de masalah. Simple je tu. Kan antara 5 unique things in KISAS ialah ‘FRIENDS’.. ‘Friends’ tu x bermakna kawan kat kisas je kan.? Kalau rasa ‘keseorangan’ kat U, atau takut TERleka or whatever, sentiasa contact dgn sahabat yg mampu utk ingatkan diri. Then, cari la kawan yg baik dekat U tu.. X kan la xde langsung insan yg baik? Tipu la.. InsyaAllah ada nyer.. Kalau xde sesangat, pegang pada prinsip, “Aku yg merubah bukan aku yg berubah”.

Dunia luar memang cabaran bagi seorang pelajar sekolah agama. [yg x sekolah agama pun, same jer].. Kat luar, kiri kanan nengok org berpasangan, dating sana sini, dgn aurat yg kurang terjaga, mcam2. Bila nengok korang guna tudung labuh, pandang semacam. Macam nengok alien. Tapi, bak kata Ustaz, “zaman sekarang ni org baik tu dianggap pelik. Awak x yah risau kalau org nengok awak pelik selagi awak buat benda yg betul..”

Cikgu English aku masa form 5 pernah cakap, “Masa awak kat U tu la yg awak akan rindu sgt2 sepanjang proses pembelajaran. Hargai setiap masa awak.”.. [walaupun bagi aku, masa di BW tu la yg paling dirindui].. Belajar utk sentiasa menghargai masa yg dilalui. Apa yg mendatang tu, jadikan panduan utk terus berjalan dalam kehidupan ini.. X perlu takut dgn kehidupan di alam universiti ni. Xde yg menakutkan..

Kadang2 kita mengharap utk dapat kos lain, U lain, tapi lain yg dapat. Xpe, yakin yang Allah tentukan kita kat situ sebab Dia taw kita mampu utk berada di situ. X bermakna kalau kita ditempatkan di U yg biah nya berbeza dengan kisas kita akan jadi teruk n kalau kita duduk di tempat yg biahnya spt kisas kita akan jadi baik. No!! Everything bergantung pada diri kita. Ingin kita yg berubah dengan persekitaran atau kita yg mengubah..

“Akak, macam mana dengan Babul Liqa’?”
[*tersenyum..].. Aku pun x mampu utk mengamalkan Babul liqa’ di dunia luar ni.. Tapi, aku masih terus mencuba.. Apa yg mampu dikatakan, kalau mampu untuk amalkannya, Alhamdulillah. Teruskan.. Jika x, cuba untuk kurangkan dgn sekurang-kurangnya berkomunikasi dengan jantina berlawanan. Kalau mereka nak cakap kita sombong sebab x tegur dorang pun, xpe.. Lantak la.. Apa hak dorang nak cakap camtu.. [haha.. emo]

Tu je yg mampu dikatakan.. Mana yg baik, ambil lah. Mana yg buruk, jgn terus dibuang. Tapis2 lah.. Mana taw, disebalik keburukan itu, terselit sejuta hikmah.. ^__^

4 comments:

Hazwan Hariz said...

Oi nisa,Babul Liqa tu apa? pernah dengar tapi tak pernah tahu maksud hahahahahahahaahhaha

thepioneer said...

babul liqa' = pertemuan pintu...
haha

kalo kat kisas, babul liqa' tu memberi mksud perjumpaan di sebalik pintu/ tiang/ sesuatu yg sama waktu.. kalo xde sume2 tu, jumpa dgn jarak yg jauh.. lebih kurang cmtu la

thepioneer said...

btw, ape link blog ko..?

Hazwan Hariz said...

hahahahahahahahh sorry aku baru delete blog aku aritu hahahaahahahaah banyak sangat politik kolej aku walaupun baru je buat ahahaahahahah (bahaya aku nanti),aku sekarang ni tengah nak buat balik lah jugak hahahahaahahah