Wednesday, April 27, 2011

Mutiara Waqafan


Masuk KISAS, ayat yg glamour : “Kutiplah mutiara2 di Bumi Waqafan”… Penat dok perah otak, ape ‘mutiara’ tu? Mencari dan terus mencari.. Erghh, nothing special pun.. Mne ade mutiara!! Tipu je ni.. Buku Pearl of Waqafan [POW] ade la..

Setahun lebih meninggalkan bumi itu, baru rasa merindukan ‘sesuatu’.. Adakah itu ‘mutiara’ yg di katakan..? Walaupun aku yakin, pendapat setiap org berbeza mengenai ‘mutiara’ itu.. Tapi bagi aku, ia sesuatu yg SGT n TERlalu berharga. X ternilai harganya..

PERTAMA:

- Perkara PALING berharga yg aku jumpa kat sana ialah, TARBIYAH n BIAH SOLEHAH… Ok, Serius x pernah jumpa tempat yg mudah SGT doa nak maqbul [mgkin sbb x gi Mekah lg kot], x pernah jumpa tempat yg cepat SGT Allah nak tegur kalau buat silap..

Ada satu kisah yg berlaku waktu SPM. Kena tegur dengan Allah. Tu la, sape suruh x jage ikhtilat… One day, contact seorang muslimin ni atas urusan kerja. Tetibe TERguna bahasa yg agak kurang ajar kat dia. Kena sound dgn dia. Kisah terus berpanjangan utk beberapa lama.. Memang teruk gak ar rasa.. Dah la tgh SPM. Down yg amat.. Seorang sahabat berkata: “Sesungguhnya solat itu dapat mencegah diri daripada melakukan perbuatan keji n mungkar. Kalau kita solat tapi masih melakukan maksiat, cuba nilai balik solat kita macam mana.”..

Ya Allah, hanya Dia yg tahu apa perasaan aku [pikah sekalik] masa tu. Rasa macam dah x sanggup jumpa org. Aku yg selalu lepak kat dorm pun dah start lepak kat bilik BADAR [tempat paling aman masa tu].. Duduk bilik badar pun, orang still bising2 sampai kena gelar GBB.. Ah, lantak lah.. Korang x taw apa yg aku rasa mase tu..

Kisah lain, masa aku tidur lambat. Hmm, rasa mcm xde la lambat mana.. Pukul 2 lebih. Aku, Rahmah n Dayah tgh berborak2 kat katil aku. Masa tu, dah nak melelapkan mata. Cuma mereka x gerak2 lagi dari katil aku. Biarkan je la. Tetibe dgr satu suara garau. Semua terus terdiam n tidur. Byk lagi benda2 pelik sebenarnya. Org kata, kat KISAS ni ada ‘benda’ jaga. Menurut kefahaman aku, dia x kacau. Just suruh kitorang tido awal supaya dapat bangun awal, qiamullail, bgn Subuh awal, bla bla bla..

Antara kenangan paling best kat KISAS, banyak program tarbiyah.. Utk pelajar baru masuk, ada Kem Pengenalan Tarbiyah Islamiah.. Masa aku form 4, x de program ni. X dapat kelulusan drpd pihak atasan. Tapi, masa form 5, aku antara insan yg handle.. Kat KISAS x de kes buli membuli tapi nak membuli adalah masa kem.. [ada 1 mlm masa kem tu, aku wat sorang junior nangis..hihi]

Tazkirah..? Hmm, Subuh, lepas baca ma’thurat ada tazkirah. Perhimpunan pagi, ada tazkirah. Waktu free dalam kelas, ada tazkirah. Lepas baca ma’thurat Asar, ada tazkirah. Antara Maghrib-Isya’, ada tazkirah. Lepas baca al-Mulk, ada tazkirah.. Fuhh, hampir setiap masa ada orang beri peringatan..

2 program [hampir ada setiap tahun] ialah Minggu Fikriyah n Minggu Ruhiyah.. Minggu fikriyah memperkenalkan ideologi2 yg ada kat dunia sekarang ni. Eg, pluralism, hedonism, nasionalism, etc. Minggu ruhiyah pulak cite pasal [pasal ape yerk..?].. Tapi yg pasti program2 yg mengisi rohani laa. Masa form 4, satu kenangan minggu Ruhiyyah yg xley lupa.. Ada pentomen ‘Malam Zikrul Maut’. Penangan,fuhh. Rasa nak demam.

Setiap minggu ada usrah wajib.. Jumaat malam Sabtu. Masa form 4, aku bersama 2 org member menjadi anak usrah n mendapat 2 naqibah yg SGT baik hati.. Masa form 5, aku n seorang sahabat ni pegang 5 anak usrah.. Bukan senang nak menjadi mubaligh ni.. Walaupun ada briefing sblm usrah, still masih terasa ilmu ni kurang.

2 tahun menjadi sebahagian dari warga bumi ini mengajar aku banyak perkara. Walaupun x mampu praktik semua, tapi aku sentiasa cuba mengingatkan diri agar apa yg aku dapat 2 tahun tu menjadi ‘guidance’ sepanjang hidup ni.





bersambung….

No comments: