Monday, April 11, 2011

Tinta Buatmu..


Bismillahirrahmanirrahim..
Syukur Ya Rabbi kerana memberi aku telinga utk mendengar.. Memberi aku mata utk terus memerhati.. Dan memberi aku akal utk menilai.
Bukan mudah menjadi 'orang tengah'..
Aku sendiri bukan pakar motivasi, atau penasihat terbaik..
Cuma aku cuba menjadi insan terbaik..

Aku faham situasi yang berlaku..
Cuma aku x taw apa yg terbaik..
Yer, jika menginginkan pandanganku, jujur aku katakan, sama seperti ustaz..

Bukan mudah untuk mengubah mentaliti seseorang.
Ia memerlukan masa n pengorbanan.
Sebanyak mana masa n pengorbanan itu, xde orang yg taw..
Itu yg dinamakan ujian..
Ujian utk menguji tahap kesabaran.
Tahap kecekalan n istiqamahnya kita dalam mengharungi semua ni..

Mudah utk katakan, "jgn mudah mengalah".
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul..

Aku x taw apa yg patut aku katakan..
Cuma ingatlah bahawa hati manusia ni dipegang oleh Allah..
Segagah n sekuat mana seseorang tu, Allah jualah yg menjaganya..
Peliharalah hubunganmu dgn Allah. Itu lebih utama dari segalanya..
Banyakkan berdoa kerana doa itu senjata terhebat seorang mukmin..
Doalah agar Penjaga Hati membuka hati n minda mereka utk mengerti n melihat kebenaran.

Aku hanya mampu mencoret.
Yg terbaik itu tetap dariNya..
Wallahu a'lam..

p/s: aku sentiasa ada utk kau.. :)

No comments: