Tiada yg menarik untuk dikongsikan. Tapi tangan masih ingin terus menaip.
Hati berasa sedikit tidak enak dengan keadaan sekeliling.
Allah, terus berikan kami kekuatan.
Bukan perpecahan yang kami cari tapi satu penyelesaian.
Aku bukan pengadil yang menentukan siapa menang, siapa kalah.
Siapa benar, siapa salah.
Tapi aku mohon kau jangan terlalu memaksa dan dia jangan lari dari masalah.
Jika terlalu memaksa, aku bimbang lebih parah.
Jika terus berlari, sampai bila akan berakhir.
Aku sekadar si pemerhati dari jauh.
Aku x mahu memihak pada mana-mana belah.
Kerana aku mengharap yang terbaik dari kalian.
Buat insan yang dicintai kerana Allah,
Ini ujian buat kita.
Sejauh mana hati kita bertaut kerana-Nya..
Fikir semula,,
Baru ditimpa sedikit ujian, dah melatah.
Buat yang lain, ini pengajaran buat kita.
Sentiasa bersikap berlapang dada.
Apa yang x puas hati, jangan pendam.
Sesungguhnya tahap ukhwah tertinggi ialah itsar (melebihkan org lain drpd diri sendiri)
Dan serendah-rendah ukhwah ialah bersangka baik..
Rabbi, tautkan hati-hati ini dengan ikatan cinta kepada-Mu
Mencari jannah memerlukan mujahadah..
No comments:
Post a Comment