Friday, April 15, 2011

Lebah


Cite sal lebah ni, teringat masa form 5. Perarakan rumah kitorang, guna maskot LEBAH dan alhamdulillah, muslimin + muslimat dapat tempat pertama.. hehe

Bukan nak cite pasal kejayaan perarakan rumah sukan aku dulu.
Tapi, ingin merenung kelebihan perciptaan seekor lebah pekerja..

Lebah terdiri daripada 3 golongan :
- Ratu lebah
- Lebah pekerja
- Lebah jantan

Lebah pekerja ni, terdiri daripada lebih betina. Jom cite mengenai hebatnya penciptaan Allah pada lebah ni.. :)
- lebah pekerja yang membina sarangnya
- lebah pekerja yang menyara kehidupan lebah-lebah lain iaitu dengan mencari sari bunga / buah
- lebah pekerja menjaga kebersihan anak-anak lebah
- lebah pekerja menjaga keselamatan sarangnya. Kalau ada sesiapa yang terkena sengatan lebah, itu sengatan daripada lebah betina
- lebah pekerja membersihkan tempat penetasan dan menggantikan telur setelah anak-anak lebah menetas

Jika nak dibandingkan dengan lebah jantan, bilangan lebah pekerja lebih kurang 2/3 dan lebah jantan hanya 1/3. Pergerakan lebah jantan pula agak perlahan. Lebah jantan hanya berperanan untuk mengawan dan selepas itu akan mati..

Melihat kelebihan yang Allah kurniakan kepada lebah betina, aku mula membandingkan dengan manusia ; "perempuan bukan kaum yang lemah tapi memainkan peranan yang penting".

Lebah pekerja mencari sari buah/ bunga sebagai makanan dan menghasilkan madu. Mereka tak makan madu tu tapi menjadikannya manfaat untuk manusia seperti firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 69.

Menjadikan sang lebah pekerja sebagai motivator diri. Berusaha sekeras-kerasnya demi manfaat insan lain. Madu yang dihasilkan dengan kerja keras mencari sari bunga, digunakan oleh manusia bukan untuk si lebah itu sendiri.
Semangat si lebah pekerja yang bekerja sentiasa membuatkan aku malu sendiri. Apa manfaat aku pada insan lain?

Ayuh berkerja bersungguh-sungguh seperti lebah!!

read more about 'Lebah Madu'

No comments: