Thursday, April 28, 2011
Hidup budak U
Jom Kawen..
Wednesday, April 27, 2011
Mutiara Waqafan
Syukran Ya Rabb
Monday, April 25, 2011
Satu keputusan
Sunday, April 24, 2011
Aku & Chess
[No Title]
Bangun tido pagi ni, x bukak2 buku lagi. Tarik nafas. Merenung sekejap.
Apa tujuan aku tido lepas isyak, then bangun balik tgh malam? Selama ni ape yg aku dah buat sepanjang lebih kurang 5 jam berjaga sepanjang malam, saat orang lain baru nak tido, aku baru nak bangun? Nak kata fully study, x. Ah, pembaziran masa. Sedangkan Allah dah bersumpah demi masa, aku boleh pulak bermain dengan masa. Ruginya..
Tadi, argue dengan seorang sahabat pasal kahwin. Penat mempertahankan hujah walaupun xde la sekukuh mana. Ala, biasa la bagi budak kisas main lawan2 hujah ni. Lastly, akan ada yg mengalah n terima pendapat org lain. Just normal.
Conclusion daripada sedikit percanggahan pendapat tadi: Islam ni agama yang mudah. Bukan menyusahkan. Take it simple as long as Islam is ur guidance. Duit bukan perkara utama yg perlu difikirkan kalau nak kawen..
Exam pagi tadi, fuh. X cukup tangan nak menulis [sebab reti tulis guna 1 tangan jer].. X pernah dalam sejarah hidup aku, jawab exam sampai minit2 terakhir. Biasanya, memang akan ada lebih masa at least 15 minit. Ni, rasa dah x sanggup nak semak. Dengan kesejukan + tangan hampir cramp. Yela, ada orang bajet hebat, kena jawab 2 soalan dia gi jawab 3 soalan [walaupun isi entah pape]..
Berkata mengenai ‘balik rumah’, dah x rasa apa2. Dah x kenal apa erti ‘sedih’. Cuti sem sebulan bakal di habiskan untuk berkhidmat. Terus menjadi insan tabah walau hanya seminggu lebih di rumah. Cuma sangat terkilan bila x dapat ‘berkhidmat’ untuk pewaris generasi. Kalau 1, masih boleh terima. Ni, 2!! Pertembungan 2 program pada 1 masa. 1, masa kena uruskan pendaftaran. Ke-2, masa kemungkinan program jelajah silaturrahim [andai paperwork lulus].. Macam2 anasir negatif terlintas di kepala.. Ah sudah!
Baru tersedar yang dah lama x berhubung. Alhamdulillah, semoga terus berada dalam redha-Nya. Pernah hampir2 menekan button ‘call’. Tapi mujur tersedar semula. Aku dan dia hanya kisah silam. Cuba untuk menjaga diri sebaiknya. Persahabatan? Dia masih mempunyai ramai sahabat. Bukan ingin memutuskan silaturrahim, tapi itu yg terbaik. Semoga Allah memelihara kami.
Hidup dikelilingi semut2 kecil yg x kenal erti putus asa. Terkadang rasa geram sampai nak bunuh sekor2. Tapi x sampai hati bile nengok ada semut lain tolong angkat jenazah semut yg TERmati tu. Terfikir. Bila agaknya semut2 ni berehat yer? 24 jam ke hulu ke hilir. Nampak makanan, gi serbu walaupun makanan tu berjuta kali lebih besar. Nak jalan pun, beratur n tersusun je. Cuma kalau ada benda block, baru terpecah. Hmm nisa’, kena rajin macam semut. Kecik tapi kuat usaha!
p/s: malasnye nak bace eco!! sape nk tolong bace kn..?
Friday, April 22, 2011
aku rindu ..........
Thursday, April 21, 2011
final oo final
Di saat diri tengah kerunsingan memikirkan markah final [walaupun baru lepas 1 paper], Alhamdulillah dikurniakan insan yang sentiasa mengingatkan diri.. Terasa hina diri bila saat2 begini boleh down, sedangkan kuasa Dia melebihi segala-galanya.
Semalam, tergerak hati utk contact akhawat di seri iskandar.
“Nisa’, Allah x lihat pada hasil tapi Dia lihat pada usaha”
Semalam juga aku baru tersedar yang sepanjang sem ni aku telah melupakan seorang ukhtiku di Shah Alam. Ah, teruknya diri. X terasa dengan perlakuan aku, semalam dia tetap memberi nasihat dan kata2 semangat.
“Nisa’, memang perlu ada usaha. Tapi bagaimana yang dikatakan usaha tu? Adakah menghadap buku 24 jam? X, nisa’. Usaha bukan semata-mata pada pelajaran. Pelajaran hanya perkara kedua. Settlekan dulu perintah Allah yang wajib. Nengok balik macam mana solat kita. Khusyuk x? Solat pukul berapa? Kalau lewatkan solat, ada sebab yang mendesak ke?
Nengok balik cara kita jaga hubungan kita dengan manusia. Pernah x kita sakitkan hati orang lain? Pernah x kita buat orang lain terasa dengan sikap kita?
Bagaimana tahap pergantungan kita pada Allah? Berapa kali kita ingat Allah dalam sehari? Ada x usaha lain kita untuk menghadapi peperiksaan ni? Berapa banyak kali kita buat solat hajat? Berapa banyak kali kita berdoa? Berapa kali kita baca al-Quran sekali? Kita jaga x dakwah kita pada orang lain? Apa kerja yang kita buat untuk Islam?”
Terdiam. Aku jaga x semua tu? Layak ke aku mintak macam2 pada Allah kalau hak-Nya aku x tunaikan.. Ada x usaha aku pada semua tu? Kenapa aku perlu risau dengan natijah imtihan ni sedangkan ada lagi hal lain yang lebih penting untuk dirisaukan.
Bersangka baiklah dengan Allah. Masih ada masa untuk berusaha. Apa jua pun natijahnya nanti, redhalah kerana Dia tahu itu yang terbaik untuk aku.
Allah, apa jua yang Kau tentukan untuk aku, janganlah ia menjadi fitnah untuk agamaku..
post in early morning
Alhamdulillah, akhirnya dapat berjumpa dgn family. Walaupun hakikatnya memang x puas langsung.. Hanya dapat berjumpa utk beberapa jam.. Emak memujuk; "Xpe.. Hujung bulan ni jumpa lagi.."
Monday, April 18, 2011
Selamat BerCUTI..!!! :)
Sunday, April 17, 2011
to: All of us..
Friday, April 15, 2011
Memahami Pelajaran
alhamdulillah
AlhAmduLilLAh!!
Sengaja saya ulang kalimah hamdalah itu. Secara tidak langsung, saya telah membantu kalian melafazkan rasa syukur pada Allah. Syukur atas nikmat yang tidak terkira banyaknya, syukur atas rahmat-Nya yang sentiasa menaungi kita, syukur atas Rahim-Nya yang sentiasa memberikan yang terbaik untuk kita.. [bijakkan saya..? :p]
Kali ini ingin saya bicarakan mengenai ilmu. Ilmu, ilmu, ilmu.. Ilmu itu sesuatu yang SANGAT penting bagi seorang muslim untuk menjadi mukmin, melangkah terus untuk menjadi muttaqin..
Saya terbaca dalam satu buku [Pelajar Cemerlang karangan Muhd Kamil Ibrahim dan Nasrudin Mohammed], yang menerangkan maksud 'memahami pelajaran'.
Dalam buku tersebut, penulis menjelaskan bahawa maksud 'memahami pelajaran' itu sendiri mempunyai makna yang sangat meluas. Tetapi kita biasanya hanya ditekankan bahawa ia memberi makna yang menjurus ke arah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Sejujurnya, saya sangat tidak bersetuju dengan makna ini [seperti pendapat penulis buku tersebut]. Bagi saya, peperiksaan tidak bermakna apa-apa.
Tidak setuju dengan kenyataan saya? Saya berikan contoh. Kadang-kadang ada insan yang hebat. Sentiasa mendapat markah tinggi dalam peperiksaan. Tapi satu ketika dia diuji dengan kemalangan jalan raya yang membuatkan dia tidak dapat mengambil satu kertas. Maka, pointernya untuk semester tu jatuh.
Contoh lain, ada seorang insan yang telah siap membuat persediaan menghadapi peperiksaan. Pada pagi peperiksaan, dia sakit perut dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian untuk menjawab peperiksaan itu. Disebabkan itu, keputusannya tidak sehebat mana.
Contoh-contoh yang saya berikan ini, membuktikan bahawa setiap yang berlaku telah ditentukan Allah. Maka, keputusan peperiksaan itu tidak dapat mengatakan sepenuhnya bahawa pelajar tersebut telah memahami pelajaran atau subjek tersebut.
Pemahaman sesuatu pelajaran bukan dilihat melalui apa yang dia dapat daripada subjek itu sahaja tetapi melalui pemikiran di luar kotak [out of the box] dan aplikasi dalam kehidupan. Pelajaran bukan untuk peperiksaan semata-mata tetapi apa yang di aplikasikan dalam kehidupan. Contohnya, matematik. Adakah insan yang dapat menyelesaikan masalah rumit matematik itu mampu menyelesaikan masalah-masalah dalam kehidupannya. Memang formula matematik dan formula kehidupan itu berbeza tapi asasnya tetap sama iaitu penetapan matlamat dan jalan kerja yang sistematik agar mendapat jawapan yang betul.
Insan yang memahami pelajarannya sedar bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bukan hanya di dalam kelas semata-mata tetapi merangkumi seluruh kehidupannya. Setiap saat adalah proses tarbiyah dari Allah. Jika kita sedar itu, setiap masalah yang timbul mampu diatasi dengan bijak dan segala kelebihan yang didapati, kita akan sentiasa tersedar bahawa itu adalah pengajaran dari Allah. Tiada apa yang perlu dibanggakan kerana segalanya datang dari-Nya.
Sejarah membuktikan bahawa insan yang memahami pelajarannya merupakan insan yang sentiasa berfikir. Antaranya ialah Imam al-Ghazali, Ibn Khaldun, Imam Bukhari dan ramai lagi. Mereka telah membuktikan kefahaman mereka dengan menghasilkan beribu jilid buku. Jika dibandingkan masyarakat Malaysia hari ini, kita bukan sahaja kurang menghasilkan buku malah malas untuk membaca!
Saya bukan insan yang memahami pelajaran tetapi insan yang sentiasa cuba untuk menjadi insan yang sentiasa menjana minda dengan berfikir.
Melihat kemajuan negara jiran, Jepun yang sangat maju, saya tertanya-tanya. Bagaimana negara yang baru dilanda musibah itu masih mampu terus mempertahankan mata wang mereka dalam pasaran dunia. Dapat saya simpulkan bahawa keazaman yang kuat dan praktikal 'kefahaman' mereka dalam kehidupan membuatkan mereka terus berdiri.
Lebah
Thursday, April 14, 2011
+ve VS -ve
Buat |S|a|H|a|B|a|T|
Wednesday, April 13, 2011
Saya Cemburu ........
Waqafkan dirimu pada Tuhan
InsyaAllah aku x de apa2 urusan yg TERLALU penting untuk berhubung dgn kau.
Kerja?
Dulu aku boleh send arahan pada orang lain utk sampaikan kat kau, knp skrg x boleh.. Kn?
Nak share something?
Bimbang niat TERberubah..
Alasan lain?
Jangan mudah mencari alasan.. Carilah redha-Nya..
Dia lebih mengetahui segala-galanya..
Mencari jannah, memerlukan mujahadah..
Menghitung Harii
Tuesday, April 12, 2011
kan DIA ada
Monday, April 11, 2011
Tinta Buatmu..
Sunday, April 10, 2011
Main reason for JPA..
Lepas baca entri ni, aku terfikir sendiri.. Kenapa aku mohon JPA dulu??
Awal tahun ni, adik aku suruh mohonkan biasiswa TM.. Masa PMR, dia dpt straight A.. Mulanya, mak aku suruh aku mohonkan tuk dia. Aku cakap kat mak aku, ‘la..kan mak ayah tanggung dia sorang je sekarang.bkn mak ayah still mampu lagi ke?kang kalo dia dapat, x ke menutup peluang orang yang lebih layak?’..
Akak aku ada yg dah kerja, sorang sambung belajar tp dapat biasiswa, sorang belajar tp bulan2 dapat elaun. Aku pulak, dapat JPA. So, aku sangat x menggalakkan adik aku mohon biasiswa [conclusion: adik aku mmg x mohon]..
Masa aku dapat result PMR dulu, orang ramai tanye; “nisa’, mohon x sekolah teknik?”
Aku x mohon.. Sbb aku memang xnak pergi sekolah teknik.. So, kenape aku perlu mohon? Result aku memang layak untuk dapat. Kalau aku dapat, x ke nanti aku tutup peluang orang yang betul2 nak gi sane? Aku takut nanti, satu hari Allah balas kat aku.. X dapat benda yang aku nak.. Nauzubillah..
Fikir balik, kenapa aku mohon JPA dulu.. Mula2 mohon untuk ke ‘oversea’.. X dpt.. So, aku mohon utk dlm negara. Dapat JPA, bermaksud amanah utk aku.. Ke mana aku guna duit tu? Betul ke duit tu aku guna dgn sebaiknya?? Muhasabah diri balik, nisa’..
Tadi, pergi jumpa Kak Haidi.. Mulanya, cuma nak pas pendrive. Sekalik, dah tersangkut kat bilik dia. Borak2 pasal subjek sem ni n sem depan. Terkeluar cerita yg dulu dia amek kos Kuantitatif. Gulp.. Dia cerita kelebihan kuantitatif.. Ah, hati oo hati.. Kenapa mudah berbolak balik nih?? Kuantitatif, 1st choice aku dulu. Diikuti Statistic n seterusnya baru kos sekarang ni.. Mulanya geram, kenapa dpt aktuari bkn kuantitatif or statistik!! Tapi aku tahu, semua ada hikmahnya..
Mula nak tamak. Haisy, otak mula berfikir utk mengambil kos tu 1 hari nanti.. Nisa’, macam2 nak amek.. Statistik la, psikologi la.. Ni, nak tambah Kuantitatif pulak.. Kembali pada matlamat n niat nisa’..
Allah, tentukan yg terbaik utk ku..
p/s:
- belajar hingga akhir hayat.. Kurniakanlah insan yg memahamiku n sentiasa menyokong tindakanku selagi tidak bercanggah dengan agamaMu serta menegurku tika aku terleka.
- lagu penguat semangat!! [V6- Change the World.. lagu Inuyasha yg dah di'translate'kan]
I want to change the world
Piercing through the gales,
unafraid of anything,
Now I hold my courage and pieces of my smile
Change my mind
If we reach out to the soaring future without losing our passion,
we'll be able to shine,
it's wonderland
You've left something in the far reaches of the grey sky,
and you keep on searching as you wander.
In the night when your heart shook,
and I can't see tomorrow I can't believe anything, and close my ears.
When I met you, I found my true place in life.
An innocent kindness is right here.
And so we awaken...
I want to change the world I won't hesitate again.
If I can shape a future with you, then I can fly anywhere.
Change my mind
I can spread my wings and fly towards the unknown future without losing my passion.
It's wonderland
We keep swimming the same world until the day we reach our dreams.
All of us bear the same worries
When you stop and look,
I'll be right here gazing at you.
I want to change the world
If you accept my gaze as
I watch over you and don't let go of my hand,
I can do anything.
Change my mind I won't let you be alone.
Everyone is here.
Let's pierce our way through whatever may happen.
It's wonderland
I want to change the world
Piercing through the gales,
unafraid of anything,
Now I hold my courage and pieces of my smile
Change my mind
If we reach out to the soaring future without losing our passion,
we'll be able to shine.
It's wonderland
Ayah & Ibu
Berbakti kepada ibu bapa
“Dan hendaklah kamu beribadah kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. [4:36]
Sabda Rasulullah: “Berbaktilah kepada kedua ibu bapamu agar anak-anakmu kelak akan berbakti kepadamu. Dan peliharalah daripada zina agar para isterimu memelihara dirinya”. [HR At-Thabrani]
Jika derhaka??
Sabda Rasulullah: “Dua (kejahatan) yang akan dibalas oleh Allah didunia ini ialah zina dan derhaka kepada kedua ibu bapa”. [HR At-Thabrani]
Sabda Rasulullah : “Sebesar-besar (daripada) dosa ialah menyekutukan Allah, membunuh manusia, derhaka kepada kedua ibubapa dan menjadi saksi palsu”. [HR Bukhari]
Jihad yang utama
Abdullah bin Umar berkata: Seseorang datang kepada Rasulullah dan berkata, “Saya ingin berjihad (perang fisabilillah)”. Baginda bertanya, “Apakah kedua ibu bapamu masih hidup?”. Jawabnya, “Ya, kedua-duanya”. Sabda Baginda, “Di dalam melayani keduanya ialah berjihad”.
Ketika Rasulullah ditanya, “Apakah amalan yang paling utama?”. Jawab Baginda, “Solat pada waktunya, kemudian taat kepada kedua ibu bapa, kemudian jihad fisabilillah”.
Saturday, April 09, 2011
Aku Matang!!
Test 2
“Nisa’, tolong kejutkan aku.. Paling lewat pukul 5.30 taw.”
“InsyaAllah..”
Berjaga sepanjang malam [dah tido sejam lebih masa awal malam].. Pasang tekad pada diri, ‘aku xley tido selagi dia x bgn!!’..
Buat revision.. Mula2 keseorangan, kemudian ain dah bgn..
Hampir pukul 4, aku dah x larat.. Badan dah lenguh semacam. Biasa la, orang ngantuk yg letih, mood akan berubah.. Rasa nak marah je sebab x dapat tido..
Tepat pukul 4 je, start mission untuk kejutkan dia. Yer, dia ingin pergi berjuang esok. Kalau dia TERbangun ni, aku gak dapat pahala..
Dengan kemengantukan + keletihan, tambah orang yang dikejut tu x beri respon. Memang rasa cam nak mengamuk jer.. Pujuk hati.. Sabar nisa’..
Dah jadi makin x tentu arah.. Kejap ke hulu, kejap ke hilir.. ‘Bile dia nak bgn ni!! Dah penat call..’
Keadaan sedikit tegang bila ada orang tanya soalan. Dah la benda yang aku x ingat.. Hampir2 melontarkan kemarahan padanya.. Alhamdulillah, mujur masih mampu mengawal kemarahan..
Tgn x henti2 membuat panggilan telefon.. Mesej pn dah hantar.. Asal xde respon ni??
Jam 5.55 pg, “dah2 la tu nisa’.. aku dah lame bgn.”
Gulp,
Ya Allah.. Memang Kau ingin menguji kesabaran aku.. Mulanya rasa bengang yg amat.. Mujur masih teringat..
Nisa’, ini tarbiyah dari Allah. Dia ingin menguji ukhuwah kau. Dia ingin Kau belajar sesuatu.. Yer, ini tarbiyah dari-Nya
Subuh, gerak orang.. Akhirnya lepas subuh, dapat gak tido..
Tgh2 test, aku ter’stuck’.. Lagi 20 minit nak abes masa.. Allah, camne ni..
Ok nisa’, bertenang..
Tutup kertas exam.. Rileks.. Fikir apa yg berkaitan dgn soklan tu [fikir pnye fikir, hmpir terlelap].. Ah, masih blur..
Kembali muhasabah.. Kenapa aku x dapat jawab ni..? Allah nak hijabkan aku ke atas dosa2 aku selama ni? Atau Allah nak uji aku sekejap..? Mungkin Dia nak suruh aku berfikir n jgn putus asa..
“5 minit lagi”..
Ah, lg 5 minit masa nak abes.. Masih blur.. Allah, ampunilah dosa2 kami n bantulah kami Ya Rabb.. Bukak kertas, baca balik soalan. Tanpa disangka-sangka, tangan terus menulis tanpa henti.. Terima kasih Allah.. Bersyukur yang amat. Walaupun x pasti jawapannya betul atau x, sekurang-kurangnya, aku x tinggalkan kosong..
p/s:
- tgh test, hampir2 mengalah.. tetibe teringat, ‘carry mark.. carry mark.. 4 flat’.. haha