Thursday, March 31, 2011
plan,,,!
Wednesday, March 30, 2011
Muhasabah diri : Jadikan aku seperti Beliau
Tuesday, March 29, 2011
Pencari diri
Aku melihat sekeliling.. Pelbagai ragam manusia. Terkadang boleh membawa kepada gembira, ada juga yang membawa ke arah derita. Tersenyum sendiri..
Menjadi si pemerhati. Ada perkara yang indah di mata, ada yang masih boleh diterima akal. Namun ada juga yang menyesakkan jiwa.
Hmm, inilah si manusia..
Amanah,
“Aku cuba consider semua orang. Tapi, diorang x pernah nak consider aku!”
Penat memerah otak memikir ayat yang paling sesuai untuk dikeluarkan.. Bimbang jika tersilap, memakan diri. Mungkin juga bisa menyakitkan hati. Terdiam..
Aku bukan insan terbaik untuk memberi nasihat.. Begini bagiku.. Dirimu amanah buatku. Tanggungjawab yang akan dipersoalkan dihadapan-Nya. Begitu juga diriku. Amanah bagi dirimu yang kau akan jawab di akhirat kelak. Maka, lengkapkanlah amanahmu. Amanahku? Biar aku yang jalankan. Tapi, jika aku terlalai, ingat-ingatkan aku..
Jika kau sudah menunaikan amanahmu, jangan personal mengapa ada insan yang tidak menjalankan amanahnya kerana itu antara dia dan sang pencipta..
Mengapa Baginda tidak setuju saat Jibril menawarkan untuk menghancurkan penduduk Thaif? “kerana mereka tidak mengetahui.” Tabahnya Baginda. Kita?
Ujian,
Terkadang rasa diri ini diuji begitu hebat. Ujian yang insan lain tidak merasainya. Berasa ujian buat diri inilah yang paling dahsyat.. Hingga terkadang tidak mampu untuk terus bertahan.
SABAR….
Lihat kiri dan kananmu.. Insan lain juga diuji. Bezanya, tahap ujian bagi diri setiap manusia mengikut tahap keimanan masing-masing..
Ujian yang terbesar dan jarang kau sedari adalah ujian berlandaskan ilmu yang kau perolehi. Cuba lihat, berapa ramai insan yang kecundang dengan ilmu yang dia ada? Kenapa? Kerana ilmu itu tidak disertai dengan amal. Jika ada amal, kurangnya ikhlas. Andai wujudnya ikhlas, berapa sahaja yang istiqamah..
Bertanya kepada diri, mengaku muslim, si pengejar muttaqin, tapi bila diuji mudah berasa resah. Hilang percaya pada qada’ dan qadar-Nya. Mana buktinya si pengejar muttaqin?
Hati,
Bila hati suci, ia menuntun ke arah kebenaran. Mencintai kebaikan. Tanpa ragu, menunaikan kewajipan sebagai abdi.
Jika sebaliknya, mencari ruang untuk melakukan kemaksiatan dengan apa jua cara. Datanglah ‘matlamat menghalalkan cara’. Andai terhalang, terciptalah sejuta satu alasan.
Bila hati inginkan kebaikan, carilah insan yang mampu membimbing ke arah itu. Usah biarkan hati tanpa ketenangan. Andai seseorang itu melakukan kejahatan, hatinya menjerit tanpa disedari. Iman nipis meminta hak. Hilang rasa kedamaian.
Bila hati sudah dicemari, bersihkanlah ia. Segumpal darah yang begitu berharga, pandangan pertama Pencipta. Hati yang membawa ke arah taqwa, menuju jannah-Nya..
Ilmu,
Si ‘alim (org yg berilmu) lebih ditakuti iblis daripada si ‘abid (org yg byk beribadah)..
Bagaimana yang dikatakan si ‘alim itu? Apakah cukup hanya dengan mencari ilmu? Tidak! Ilmu perlu disertakan dengan amal. Amal disertakan dengan ikhlas dan ikhlas perlu adanya istiqamah. Maka, barulah lengkap untuk menjadi ‘alim..
Rabbi, tanamkan dalam hati kami perasaan cinta akan ilmu-Mu seperti al-Ghazali yang sentiasa dahagakan ilmu. Permudahkan kami mengingati ilmu-Mu seperti Syafie mengingati kalam-Mu..
Pencari diri,
Aku mencari al-Fateh si pemimpin yang bertaqwa, Salahuddin al-Ayubi yang membuka lembaran baru, Nusaibah yang rela mengorbankan jiwa raga, Zainab yang tidak mengenal erti kalah.. Bakal wujudkah di zaman ini?
Hebatnya pemimpin dahulu kerana tarbiyah kedua ibu bapanya. Jika ingin mengembalikan mereka, mulakan dengan mengubah diri sendiri.. Perubahan generasi hari ini menuntun perubahan pewaris hari esok.
Monday, March 28, 2011
Fahami mereka
“nisa’, aku nak cakap something ni.. tp kau jangan marah pulak”
‘cakap je la.. ape?’… try to be professional.. walaupun dlm hati berdegup kencang.. ape pulak aku buat ni..
“ada orang mengadu kat aku pasal kau.. pasal malam tadi.. dia kata kau x serius lah.. asyik nak bantah je”
Gulp.. pasal malam tadi?? Ohh..
“dia kata kau x buat apa2 …….”
Ha?? Ni dah fitnah namenye!!
‘weyh, aku’ … mula nak naik angin.. x leh jadi ni.. nisa’, sabar! Tarik nafas dlm2.. ‘teruskan.. habiskan dulu cerita kau’
“ ……………………………… “
‘owh, macam tu..’ hati masih membara ni.. sabar nisa’.. Syaitan tgh goda kau supaya marah ni..
Aku pun explain apa yang berlaku.. mungkin hanya sedikit salah faham.
“aku taw.. kalau aku jadi kau pun, aku buat benda yg sama.. tapi mungkin diorang x faham kau macam mana.. so, kau lah yg kena faham mereka”
Dalam satu2 organisasi, pasti ada sedikit salah faham.. Yang membezakan, cara kita nak kawal salah faham tu. Kalau dua2 belah pihak x nak mengalah, susahlah.. Boleh membawa kearah perpecahan.
Kadang2 kita mengharap agar insan lain mengerti keadaan kita tanpa kita mencuba untuk mengerti keadaan insan disekeliling kita. Sepatutnya apa yang kita inginkan, itulah yang perlu kita laburkan..
Rabbi, teguhkanlah hati ini untuk menghadapi segala rintangan..
Bantulah diri ini mengerti insan di sekeliling ku..
Friday, March 25, 2011
Ponteng..
Revision bout today..
Thursday, March 24, 2011
KI, BW, ..
Wednesday, March 23, 2011
buat daie kecil
Allah knows...
Ama Zilna- Benammi
Tuesday, March 22, 2011
Biasa? Eh, Luar Biasa?
Sori Korang...
To all my friends, Qilah, Ain, Diza, Nazra, Fara n Azza.. [expecially Azza]..
Monday, March 21, 2011
out~~
aku suka hari ni..
Sunday, March 20, 2011
Nasihat mereka..
Saturday, March 19, 2011
Tekad..!!
Friday, March 18, 2011
Syair Imam Syafi'ie : Merantaulah
Pujuk diri
imaginasi..
Thursday, March 17, 2011
Rezkiku di tangan-Nya..
Tadi, meeting JPK.. Minggu ni kitorang baru dapat PPA baru.. Baru je daftar 2 hari.. So, tadi beliau nak berkenalanlah dgn exco2 yg mnguruskan kolej..