Tuesday, March 29, 2011

Pencari diri

Aku melihat sekeliling.. Pelbagai ragam manusia. Terkadang boleh membawa kepada gembira, ada juga yang membawa ke arah derita. Tersenyum sendiri..

Menjadi si pemerhati. Ada perkara yang indah di mata, ada yang masih boleh diterima akal. Namun ada juga yang menyesakkan jiwa.

Hmm, inilah si manusia..

Amanah,

“Aku cuba consider semua orang. Tapi, diorang x pernah nak consider aku!”

Penat memerah otak memikir ayat yang paling sesuai untuk dikeluarkan.. Bimbang jika tersilap, memakan diri. Mungkin juga bisa menyakitkan hati. Terdiam..

Aku bukan insan terbaik untuk memberi nasihat.. Begini bagiku.. Dirimu amanah buatku. Tanggungjawab yang akan dipersoalkan dihadapan-Nya. Begitu juga diriku. Amanah bagi dirimu yang kau akan jawab di akhirat kelak. Maka, lengkapkanlah amanahmu. Amanahku? Biar aku yang jalankan. Tapi, jika aku terlalai, ingat-ingatkan aku..

Jika kau sudah menunaikan amanahmu, jangan personal mengapa ada insan yang tidak menjalankan amanahnya kerana itu antara dia dan sang pencipta..

Mengapa Baginda tidak setuju saat Jibril menawarkan untuk menghancurkan penduduk Thaif? “kerana mereka tidak mengetahui.” Tabahnya Baginda. Kita?

Ujian,

Terkadang rasa diri ini diuji begitu hebat. Ujian yang insan lain tidak merasainya. Berasa ujian buat diri inilah yang paling dahsyat.. Hingga terkadang tidak mampu untuk terus bertahan.

SABAR….

Lihat kiri dan kananmu.. Insan lain juga diuji. Bezanya, tahap ujian bagi diri setiap manusia mengikut tahap keimanan masing-masing..

Ujian yang terbesar dan jarang kau sedari adalah ujian berlandaskan ilmu yang kau perolehi. Cuba lihat, berapa ramai insan yang kecundang dengan ilmu yang dia ada? Kenapa? Kerana ilmu itu tidak disertai dengan amal. Jika ada amal, kurangnya ikhlas. Andai wujudnya ikhlas, berapa sahaja yang istiqamah..

Bertanya kepada diri, mengaku muslim, si pengejar muttaqin, tapi bila diuji mudah berasa resah. Hilang percaya pada qada’ dan qadar-Nya. Mana buktinya si pengejar muttaqin?

Hati,

Bila hati suci, ia menuntun ke arah kebenaran. Mencintai kebaikan. Tanpa ragu, menunaikan kewajipan sebagai abdi.

Jika sebaliknya, mencari ruang untuk melakukan kemaksiatan dengan apa jua cara. Datanglah ‘matlamat menghalalkan cara’. Andai terhalang, terciptalah sejuta satu alasan.

Bila hati inginkan kebaikan, carilah insan yang mampu membimbing ke arah itu. Usah biarkan hati tanpa ketenangan. Andai seseorang itu melakukan kejahatan, hatinya menjerit tanpa disedari. Iman nipis meminta hak. Hilang rasa kedamaian.

Bila hati sudah dicemari, bersihkanlah ia. Segumpal darah yang begitu berharga, pandangan pertama Pencipta. Hati yang membawa ke arah taqwa, menuju jannah-Nya..

Ilmu,

Si ‘alim (org yg berilmu) lebih ditakuti iblis daripada si ‘abid (org yg byk beribadah)..

Bagaimana yang dikatakan si ‘alim itu? Apakah cukup hanya dengan mencari ilmu? Tidak! Ilmu perlu disertakan dengan amal. Amal disertakan dengan ikhlas dan ikhlas perlu adanya istiqamah. Maka, barulah lengkap untuk menjadi ‘alim..

Rabbi, tanamkan dalam hati kami perasaan cinta akan ilmu-Mu seperti al-Ghazali yang sentiasa dahagakan ilmu. Permudahkan kami mengingati ilmu-Mu seperti Syafie mengingati kalam-Mu..

Pencari diri,

Aku mencari al-Fateh si pemimpin yang bertaqwa, Salahuddin al-Ayubi yang membuka lembaran baru, Nusaibah yang rela mengorbankan jiwa raga, Zainab yang tidak mengenal erti kalah.. Bakal wujudkah di zaman ini?

Hebatnya pemimpin dahulu kerana tarbiyah kedua ibu bapanya. Jika ingin mengembalikan mereka, mulakan dengan mengubah diri sendiri.. Perubahan generasi hari ini menuntun perubahan pewaris hari esok.

3 comments:

Anonymous hahahahahahaaha said...

"Bila hati inginkan kebaikan, carilah insan yang mampu membimbing ke arah itu. Usah biarkan hati tanpa ketenangan. Andai seseorang itu melakukan kejahatan, hatinya menjerit tanpa disedari. Iman nipis meminta hak. Hilang rasa kedamaian"

aku tak berapa setuju hahahahahahahahaaa

:khy: said...

asal??? salah ea?

Anonymous hahahahahahaaha said...

benda tu betul tapi cuma bagi aku sahaja, aku rasa salah hahahahahahahahah