Monday, February 28, 2011

DST test (bbrp jam lg..)

Siang semalam : modul..

Malam: tido awal..

Pagi td : salin balik assignment..

Tgh hari + ptg : teman Qilah pergi pekan..

Lepas Isyak' : tidooo..

12. 40 : baru bgn..

3. 45 pg : baru sedar x bace pape lg..

sekarang : sempat ke study..?

.: x yah buat apa2..
^__^

Saturday, February 26, 2011

syukran ya Rabb

Rabbi,
Hari ini Kau beri aku corak dan warna
Yang mengindahkan lukisan hidup si daie..

Rabbi,
Hari ini Kau tambahkan lagi amanah buat diri.
Hari ini Kau tunjuki apa yang tak diketahui.
Hari ini Kau perbaiki diri ini.
Hari ini Kau masih disampingku lagi..

Rabbi,
Amanah demi amanah..
Hingga tak tertanggung rasa.
Inilah fitrah manusia...
Sanggup dan rela.
Hatta gunung pun tidak sanggup memikul amanah yang insan-Mu pikul.
Justeru Ya Rabb,
Peliharalah kaki dan langkahku ini.
Agar sebelah kaki yang tersedia ke neraka mampu ditarik kembali,
Agar aku bisa melaksanakannya dengan sempurna.
Bermatlamatkan satu, hanya untuk-Mu..

Rabbi,
Terima kasih atas kurniaan-Mu.
Hadirnya insan yang mengingatkanku
Tatkala hati ketandusan..

kadang hati resah tanpa tazkirah, jiwa sunyi tanpa tarbiyah.. namun ketahuilah, tazkirah dan tarbiyah secara langsung sentiasa berlaku dalam kehidupan.. cuma, adakah kita menyedari hakikat itu? bukalah mata, bukalah hati.. pengalaman hidup itu adalah tazkirah dan tarbiyah utama dari Allah.. carilah ibrah dalam setiap langkahmu.. moga redha Allah bersama langkahmu.. ^__^

-Bumi Itu-

Entah kenapa mata ni sukar untuk lelap.. Fikiran melayang-layang ke bumi itu.. Yer, sungguh aku rindu bumi itu.. Rindu yang tak pernah terlerai. Seribu kenangan manis aku di situ. Tanpa sedar, sudah lebih setahun aku meninggalkan bumi yang ku kenali sebagai Bumi Waqafan…

Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana, masih aku ingat.. Tanggal 12 Februari 2008. Ditempatkan di dorm E31. Arghh, seakan semalam aku baru mendaftar di Bumi itu..

Minggu pertama aku di sana, homesick!! Tak pernah aku duduk di asrama, tambahan asrama yang jauh beribu batu dari rumah. Aku kuatkan semangat. Aku yang ingin ke situ bukan atas permintaan ibu bapaku!! Pernah ibuku menghalang aku ke sana. Kerana kedegilanku, aku pergi jua.. Tapi, aku bersyukur di tempatkan di bumi itu.

Bumi itu, bumi yang mengubah aku. Daripada insan kerdil di ceruk kampung, aku belajar banyak perkara baru. Bumi yang mengubah sikap aku. Bumi yang mengajar aku.

Bumi itu, melihat jatuh bangun aku. Masih aku ingat, tahun pertama aku di situ. Ditempatkan di kelas pertama. Tekanan! Persaingan yang sangat hebat. Keputusan aku tahun itu tak membenarkan aku terus berada di kelas pertama. Jatuh ke tempat kedua. Tapi tak bermakna semangatku juga jatuh.

Aku teruskan perjuangan. Lulus, gagal, satu permainan. Dan aku buktikan pada kedua ibu bapaku dan adik beradikku, berjauhan tak bermakna aku gagal. Walau bukan straight A’s, cukuplah untuk mereka bangga denganku.

Masih aku ingat 5 unique things di bumi itu.. Tarbiyah, Biah Solehah, Teachers, Ukhuwah n Friends. Allah, aku rindu bumi itu!!

Banyak,, terlalu banyak bumi itu mengajar aku.. Niatku ke bumi itu untuk berubah. Dan Allah perkenankan. Aku belajar Babul Liqa’. Berhubung dgn kaum Adam disebalik pintu. Beri pendrive, pen, menggunakan buku. Menundukkan pandangan.

Di bumi itu, aku bertatih memberi dan menerima ilmu. Membaca al-mulk sebelum tidur. Tazkirah yang tak pernah kering. Selepas solat Subuh, sewaktu perhimpunan, di kelas, selepas Asar, antara Maghrib-Isya’, selepas al-Mulk… Boleh dikatakan, dari celik biji mata hingga pejam balik, dipenuhi dengan peringatan..

Belum dicampur dengan program-program khas. KPU, KPTI, Minggu Ruhiyyah, Minggu Fikriyyah, usrah n sebagainya.. Uniknya bumi itu..

Banyak kenangan aku di bumi itu. Tak tercoret rasanya.. Bumi yang penuh berkah. Tak pernah aku rasa ketenangan yang aku dapat di bumi itu.. Perbuatan jahat yang aku lakukan, di balas direct.. Dan yang PALING utama, bumi itu membuatkan aku faham erti sebenar Perjuangan..

Bumi Waqafan, dalam kenangan~~

(4 AV 10)


Friday, February 25, 2011

Aku pun MANUSIA!!

Siapa aku? Aku sama jer dgn insan lain kat luar sana.. Aku pun bekas pelajar sekolah harian biasa.. Aku pun bekas pelajar sekolah agama.. Aku pun pelajar universiti penuh dugaan.. Sama jer.. Xde beza.. Kalau korang berubah, aku pun berubah.. Aku pun ada impian, ada cita2, ada angan2.. Sama jer kan..?

Aku pun perempuan biasa. Ada 9 sembilan nafsu, 1 akal. Kadang2 nafsu lebih mempengaruhi daripada akal. Bile nengok orang lain ada phone baru, terasa nak beli gak.. Antara benda yg ada dalam list aku, Aino, mp3 n camera (dgn Nissan Latio Sport skali)..

Pernah satu hari aku cakap kat mak aku, kalau aku dapat pointer 3.8 n above sem ni, nak beli Sony Ericsson Aino.. Tapi kena marah ar pastu.. hehe

Alhamdulillah, bersyukur dapat mak camtu. Nak taw mak aku cakap ape..? Mak aku kata, “dah kaye sgt ke? Duit JPA tu untuk belajar.. Kalau xde Aino, xley belajar ke?” (lebey kurang camtu ar)..

Petang tadi, exercise keliling kampus + amek gambar (gune Chamcung Qilah).. Perasaan ingin memiliki kamera sendiri mebuak-buak balik.. Kalau nak beli, bile2 mase je boleh sbb mmg xde masalah kewangan. Tapi, aku fikir balik.. Apa tujuan aku beli kamera tu? Kalau dah ade kamera tu, camne plak aku uruskannya? Amek gmbar ape n sebagainya.. Mungkin sekarang bnde2 tu semua nampak kecik, tapi kadang2 x perasan, semua tu akan ditanya di akhirat kelak.. Ape aku nak jawab nnti..??!!

Keperluan atau kehendak..? Sekarang, aku cuba membiasakan diri.. Sebelum beli barang, aku akan tanya diri sama ada benda yg aku nak beli tu keperluan atau kehendak..

Biarlah aku guna phone cikai, laptop yg x seberapa, bersyukur ar.. X semua orang ada phone, x semua org beruntung dpt laptop free.. Cuma sekarang, aku harap aku guna dgn sebaiknya.. Ingat Nisa’, setiap apa yg kau buat dgn barang2 kau, akan ditanya di akhirat kelak..

Lagi 1, aku beruntung sbb dapat biasiswa.. X semua org dpt.. Bukan sikit.. PTPTN pn, 2 ribu lebih jer + kena bayar balik. Aku?? Dah la agak byk, x kena bayar balik pulak tu.. JPA kasik duit tu, utk belajar. Guna duit tu sebaiknya! Nak beli barang, biar ada kaitan dgn pmbelajaran (bak kata mak aku).. Biar duit yg aku dapat tu, ada berkatnya..

Nisa’,

Ingt!! Semua yg kau buat, akan ditanya kelak..

Allah,

Bantulah daku dalam mengejar redha-Mu…

aku x sngaja....

jujur atau tipu,,?
ok,
aku rasa aku x berkata yg tidak benar tentang itu,, !
yela, aku x declare apa2 tentang perkara tu, kn?

aku mintak maaf byk2 sbb buat kau cuak x tentu pasal..
mmg xde niat pun..
knp?
biar hnya aku n Allah yg tahu..

hati ini milik Allah,,
Dia tahu apa yg terbaik utk hambaNya..
semoga dia beri yg terbaik sepanjang kita menyusuri jln ini..
insyaAllah..

tapi, honestly mmg aku x sangka..
MAAAAFFF!!!
ya Allah, apa yg telah aku buat ni..??

Tuesday, February 22, 2011

sakiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiittt

1.
Ujian tu boley dtg bile2.. Kalau sekarang kita sihat, x semestinya kejap lagi kita still sihat kn..? Allah, jika kesihatan itu baik utkku, Kau sihatkanlah aku.. Tapi jika sakit ini lebih baik utkku, Kau berilah aku kesabaran tuk menghadapinya..

2.
Kuasa mind set..
Kalau doktor ckp yg kita mengidap penyakit xxx n otak pun TERset yg kita bnar2 mngidap penyakit tu, mesti body akan rase lemah n x larat n whatever.. Padahal, saket bukan teruk sgt pun.. Bile dah gi set 'sakit berat' kat otak,, abes ar..!
So Nisa', ko sihat kn..? ^__^

3.
Kalau mmg sure dlm 2-3 hari ni, aku nak gi hospital ari Sabtu lepas Modul.. X kire!! Xnak skip modul!! hahaha

kisah aku n dia

hidup ni penuh dgn warna warni.. smtimes hepi, smtimes, sedey n smtimes, diuji.. mgkin bile hidup dlm keadaan stabil, kita akan rasa kuat.. hinggalah satu masa, bile kita diuji.. erghh, lemahnya rasa..

siapa pun kita, x lepas dari ujian.. kadang-kadang hmpir mngalah n putus asa.. mujur ada sisa2 keimanan menguatkan hati.. ditambah dgn nasihat dari insan yg menyayangi diri..

hari ni aku terasa sesuatu hingga aku mengeluarkn satu statement, 'makin aku jauhkan diri dari dia, makin Allah uji aku'.. terfikir jugak, smpai bile aku akan terus berlari?? knp aku x menghadapinya jer??

yg lepas, biarlah lepas..jgn ungkit kisah lalu.. smlm, tinggalkan knangan.. hadapi hari ini dgn tabah.. antara aku n dia.. wujud satu jurang yg xkan kmbali erat.. hati,, hanya Illahi yg mmpu mngubahnya.. telah berakhir episod kisah kita..

(asal ayat aku mcm org putus cinta nih..??)

Ya Allah, sesungguhnya aku x mampu lagi menanggung kisah ini sendiri.. bntulah aku ya Rabbi

Monday, February 21, 2011

Jom Kerja!!

Nisa',
Hari ni, dpt kerja..
Juz remind words yg ko slalu ckp kat org;
"Taklifan tu amanah.. Sebelah kaki dh tersedia ke neraka"

Kadang-kadang taklifan ni bukan dipinta.. Ia datang sendiri.. Awalnya terkejut kerna perlu bekerja dgnnya.. Tapi, ketentuan-Nya pasti terkandung hikmah.. Hanya perlu redha dan sabar..

Alhamdulillah, 1 kerja dah siap.. Bimbang jugak melewatkan kerja ni.. Minggu ni pun, penuh dgn cabaran yg masih samar.. Semoga dapat ditempuhi dengan iman.. ^__^

Ayuh daie,
Persiapkan dirimu dgn ilmu n iman.. Dilengkapi dgn amal.. InsyaAllah, Dia sentiasa bersama kita.. Ayuh perbaiki diri seiring perbaiki 'amanah'mu.. Syurga itu bukan utk didiami seorang diri tapi berkongsi kenikmatan bersama..

Duhai diri,
Celakalah dirimu jika hidup berlandaskan nafsu, jika niat kerana cinta dunia, dan jika amanah kau perlekehkan.. Ikhlas, hadirlah kau dalam diriku..!!
^__^

Jalan ini berliku

Kadang-kadang rasa ingin terus berlari..
Jauh..
Berhenti di tempat asing agar tidak dikenali..
tapi,,
Sejauh mana, selaju mana aku berlari,
Aku tetap bernaung di bawah ketentuan-Nya

Allah,
Aku sedar ini adalah ketentuan-Mu
Aku yakin Kau tetapkan hikmah untukku
Izinkan aku berlari bebas mengejar matlamat
Jangan ini menjadi dinding

Aku tak mengharap kisah lalu berulang
Aku tak mengharap apa-apa
Cuma,,
Temani aku menempuh jalan ini sendiri
Jangan biar aku terpesong lagi
Luruskan niatku hanya kerna redha-Mu
Barulah aku mampu
Walaupun jika dia ada

Friday, February 18, 2011

A talk with sahabah..

C : enti, maaf x angkat fon td.. ana tgh dgr kuliah..
K : owhh,, xpe2.. ana pn nk mintak maaf.. xtaw plak enti tgh dlm taman syurga td.. :P
C : knp enti call ana td?
K : ana nk cerita, nenek ana sakit.. td ana call mak ana.. mak ana kata, nenek ana dh nazak..dh x lame lg katenya..
C : Allah,, enti ok x ni?? enti balik johor x?
K : insyaAllah ana ok lagi.. ana x balik kot.. sabtu ni ana ada hal lah..
C : enti, byk sabar yer.. semuanya ketentuan Allah. mgkin nmpk mcm dh teruk, tapi Dia lebih mengetahui segalanya.. byk2 doa.. kalau pergi itu lebih baik utknya, doalah Allah amek dia cepat2 supaya dia x terseksa.. kalau sihat tu lebih baik utknya, doakanlah Allah cepat sembuh kan sakit nya.. sakit ni kn kafarah dosa..
K : syukran ya ukhti..

*****************************


C : enti, ana risaulah..
K : knp enti? enti ada masalah ke??
C : mengenai ikhtilat.. ana risau nengok keadaan kita sekarang..
(ikhtilat.. Allah,, terkena batang hidung sndiri)
K : haah la enti.. ana sendiri mengaku.. dah jauh menyimpang.. beza sgt dgn kat kisas dulu.. dh hilang babul liqa', dh xdpt merasa ckp dgn muslimin 2 meter, dh xde ckp2 blakang pntu,..
C : btol2.. besar btul cabarn kat dunia luar ni.. apatah lagi, kita sbgai daie.. kalau kita sndiri x buat, cmne kita nak mad'u kita buat..

*****************************

P : susah la jadi bdak kisas ni.. kat mne2 tercampak, org angkat jd ketua..
K : haha.. mgkin org luar respect bdak kisas.. hmm, apa la lebihnya kita ni kn di mata mereka..
P : kadang2 rasa x larat.. byk sgt kerja kena buat, nk catch up study lagi..
K : Allah tahu kau mampu pikul tanggungjawab tu.. sbb tu Dia kasik kau byk taklifan.. ingat, amanah tu bnda yg paling berat.. sebelah kaki dah tersedia ke neraka..
P : tu la yg aku takutkan.. rasa mcm nak letak semua jawatn.. bukan aku nak pn jawatan2 ni, dorang yg pilih aku..
K : ukhti, tu tandanya dorang percayakan kau.. dorang rasa kau mampu buat.. kerja2 kita ni, saham utk akhirat.. biar berpenat lelah sementara, kita menanti rehat di syurga..
P : aku x larat dah.. kalau kau ada kat sini kan bagus..
K : jangan cakap macam tu.. kita terpisah dek jarak, tapi hati masih terikat dengan ikatan keimanan.. aku x mampu berada kat sana utk kau.. tapi, aku sentiasa ada utk kau.. mungkin sumbangan aku bukan dlm bentuk tenaga, tapi aku still boleh dgr masalah kau.. sabar yer.. ni pun a part of preparation tuk kau.. yela, kat Australia nnti, x taw ape yg akan berlaku kn..?

*****************************

bukan senang mencari insan yang sentiasa berada disamping kita.. satu nikmat terbesar bila dah jumpa.. Ya Allah, semoga hati-hati ini terus terikat dengan ikatan keimanan dan ukhwah kerana-Mu..

Hati ini telah bersatu...Berkumpul di perut bumi-Mu
Hati ini telah berpadu...Bersatu memikul beban dakwahMu
Hati ini telah mengikat setia...Untuk mendaulat untuk mendukung
Syariat-Mu di alam maya
Maka Ya Allah eratkanlah
Ikatan yang ada
Maka Ya Allah eratkanlah
Ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada
Tunjukkanlah jalan yang benar
Tunjukkanlah dengan cahaya-Mu
Tiada malap terangi alam-Mu
Hidup suburkanlah dengan ma'rifatMu
Tapi jika ingin mematikannya
Matikanlah sebagai syuhada'
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia


p/s :
- teringat kenangan nyanyi lagu doa rabitah di kisas... Allah, rindunya....
- masih simpan hadiah 'doa rabitah' dari Zaiyan Masturah..

Wednesday, February 16, 2011

>_<"

1.

kenapa kat luar, aku mampu buat tapi kat kampus, x..??

ape lagi yg aku nak tggu?!!

teringat kata2 ustaz smlm;

"nak perubahan, mula dgn ubah diri sndiri..kalau bukan skrg, bile lg? kalau bukan kita, sape lg?"

2.

Mne yg lagi pnting, sahabat atau wajibat..?

Ya Allah, 2-2 pnting skrg..tapi, mcm mane ni? Bntu lah aku utk membuat kptsn..

3.

Cmne nk betulkan salah faham yer..?

Nisa’,

jujur mngaku silap diri..

Ala,, cmne nk terus terang ni..

..::cinta::..




Tuesday, February 15, 2011

ayam makan kambing!!

-disebalik tabir sambutan maulidur rasul 15 Feb 2011-

Alhamdulillah, syukurrr.... pagi, dapat kuliah dhuha.. mengimbau kembali sirah Rasulullah.. tiba di auditorium, ustaz dah ada.. alamak, lambat ke?? nengok kat dalam, ada 6 orang akk part 3.. (hmm,maksudnye aku tergolong dlm top 10 ar ni..) haha.. lepas habis, menuju ke cafe utk mengisi perut..
sampai luar, call qilah.. nak ajak mkn.. masa di audi, nazra msj mereka n khabarnya mereka di bilik.. okke,, tetibe nampak mereka dtg dari arah audi.. hmm??
sampai cafe, wah!! kuat giler bau ayam..emm,,

azza: ayam mkn ape..?? eyh,
qila: ayam mkn kambing..

asal tetibe mereka ckp pasal ayam ni?? tgh2 mkn, terkantoi la yg mereka sbnrnye berada di audi.. bukan tido di bilik!! xpe la,

aku : asal ayam makan kambing??
azza: sbnrnye td aq terlepas ckp.. kan tadi ustaz ckp, ayam mkn tahi.. so, qila tolong cover, ayam mkn kambing..
aku : eyh, ustaz ada ckp eyh??
azza: ada la.. (sambil meng'explain')
aku : owhh, lupe.. aq tido

*******************************

puas!! sgt puas!! akhirnya aq dpt buat ape yg aq nk SGT buat di tapah.. ^__^

malam, ke surau batu 4, tapah road.. limit, 40 org.. tapi yg pergi rasenye 25 org je kot.. 1 trip bas.. hmm,
byk yg ingin dikongsikan, tapi maaf.. bkn skrg..

sampai di surau, turun2 bas je, kilat menyambar2.. owh kilat,, ingatkan ade orang amek gmbar..haha

smbutan yg cukup hangat.. begitu diraikan.. terharu~~

x lame kemudian, hujan turun dgn lebat.. alhamdulillah, hujan rahmat.. tiba2, angin bertiup kencang menerbangkan khemah.. Allah,,.. bak kata ustaz, semua yg berlaku ada hikmahnya..

dpt 1 ilmu baru: rukun SAMBUTAN Maulidur Rasul..
1) Marhaban
2) Ceramah
3) MAKAN!!


p/s: assignment HKR x siap lg + esok ade test n x stdy lg.. tahniah nisa'..!

muhasabah buat diri

- terbaca satu post dalam blog seorang sahabat, Akram Shamsuri.. a bit speechless dgn kisah yg diceritakan.. wow!!


- sesungguhnya, jalan ini SGT berliku.. masih tidak tergambar penghujungnya.. maka, bersabarlah.. kisah ini baru bermula.. penantian masih belum berakhir.. pengharapan masih berdetik.. tapi, perjalanan sebuah perjuangan tidak pernah terhenti.. insyaAllah, akan tiba satu pertemuan.. syukran Kak Bi atas pertolongan.. Tapah, titik perubahan..!

- tetibe rasa nak balik johor.. Allah, tabahkan lah hati ini dalam mencari ilmu..

- ujian itu tarbiyah n peringatan dari Allah.. sabar!!
"Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." (al insyirah;6)..
"Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik." (al Ma'aarij; 5)..
"Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu" (az Zukhruf;43)
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu" (Fussilat; 30)


- Perjalanan ini makin singkat.. sudahkah kau bersedia utk menempuhi fasa yg seterusnya.??

- bersyukurlah!!
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

Monday, February 14, 2011

rindu yg jauh

Ya Rasulullah,
sungguh aku rasa sangat malu!!
layakkah aku bergelar umatmu,
sedang dirimu sering ku lupa selalu..
layakkah aku,
andai sejarah hidupmu masih ada yg kabur di mataku
layakkah aku,
jika sunnahmu x pernah ku ingat selalu
layakkah aku,
jika hanya mengingatimu pada wktu2 tertentu..

ya Rasulullah,
sungguh aku malu dgn sikapku terhadapmu..


Sume problem, ade solution..

aku sedang mengalami masalah.. BIG problem.. masalahnya, x fokus dlm kelas.. sedangkan fokus dlm kelas tu la yg penting sebenarnye.. kenape aku cepat rase boring bile dlm kelas ar..? asal boring, mule ar men fon, mesej fiqah yg sedang ade klas gak.. pastu, start ngaco orang.. (pastu, sakitkan ati org)..

contohnya, mcm mase statistik td.. org lain ngah sebuk fikir sal permutation n combination, aku gi main fon.. bijak sgt dah ke..??
mase kelas BEL plak, sir suruh bncang, aku gi borak ngan Qila (tp speaking ar).. pastu, kena attack, dah terkial2..mmg padan muke ar..
time eco, aku gi buat bising.. mengarut ntah ape yg aku sndiri pn x faham..
n time calculus, aku ...... eyh, time calculus aku baik!!

kalau juz x fokus dlm kelas, ok lagi..ni, dah ar x fokus, x wat revision plak tu.. aduss,, mmg best ar..

masalahnye, attitude aku sndiri.. aduss, susahla camni..xkn nak biarkan duit melayang + hilang ipod nano..?? NO WAY!!
(mati kalau akak aku taw perangai aku nih.. mesti dia akan psiko dgn menyebarkan agenda ipod nano miliknya..)

Sunday, February 13, 2011

-Aku n wifi..-

Terima kasih pada wifi kt siswi kerana mengajar aq mnjdi lebih bersabar.. laju, 1 hal.. senang nk connect, 1 hal.. kalo time aq mmg x memerlukn wifi, xpe la.. dah la skrg aq kne update pasal laporan yg terlalu byk flow chart (nisa, diam!!)..

Ok, jom post mortem balik.. kalo wifi laju, msti ar hepi giler x terkate,.. cube kalo, slow cam ciput n kalo time2 xdpt connect.. perghh, x nk mnyirap lg darah.. expecially bile ade bnde pnting kne buat.. perkataan2 yg x spatutnya pn, hmpir2 terkeluar..

Cube kaitkan dgn iman kite.. msti cmtu jgak kan.. bile iman meningkat, byk buat amal, msti Allah suke.. msti Allah syg, rase bahagia.. tapi, bile iman berkurang??? Mesti Allah murka kn..?

Org kate, bese la tu.. name pn, umat akhir zaman.. iman senipis kulit bawang.. boleh jd pg beriman, ptg x.. tp, jgn terlalu pegang dgn kate2 tu.. yela, bile dah set otak kita dgn kate2 camtu, boleh jd kite malas berusaha utk mningkatkn iman kita.. nauzubillahi min zalik..

juz 4 ain..

this post khas wat tman bilik yg aq syg ^__^:

1st, aq nk minx maaf sbb aq TERlebih bace ape yg ade dlm fon ko..patut bace bnde laen, tp aq gi bce bnde laen.. kire, aq mncuri ar ni kn..?? sori sgt sbb mase tu aq men tekan je smpai aq TERbace msj yg aq x patut bce.. maka, aq telah TERtahu tnpa sngaja.. soriii

honestly, aq sndiri terkejut dgn ayat si dia.. kalau aq jadi ko pn, serius.. SGT SEDEY!! aq yg xde pape ni pn, ley rase sedey ape lg ko kn...

aq bknnye hebat tuk kasik ko nasihat or whatever.. mcm ko ckp, secara teori, mgkin boleh.. tp, praktikalnya, wallahu a'lam..

walaupun aq x tahu kbnrn berpihak kpd siapa, tp aq akan sntiasa support ko.. support bkn bermksud, kalo ko salah ke kalo ko btol ke, aq sokong.. tapi, kalo ko salah, aq btolkan n kalo ko btol, aq sokong..

ain,
pertama: Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (al- Baqarah; 286)

kedua: Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? (al Ankabut;2)

ketiga: boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al- Baqarah; 216)

mmg snang tuk brkata2 tapi susah tuk buat.. aq yakin ko boleh.. dekatkan diri dgn Allah.. bak kate Qilah, ade hikmahnye..^__^

insyaAllah kitorang akan sntiasa ada utk ko...


p/s: ain,, jgn marah taw..serius, aq TERbace msj tu..hehe

Saturday, February 12, 2011

biar ada jarak..

untuk 2 hari ni, aku terase terlalu byk yang aku coretkan..
xpe,,
this will be the last..
insyaAllah

aku rasa aku dah byk buat benda mengarut..
mungkin akibat perubahan emosi secara mendadak..
okke, maafkan aku..
aku x nak gaduh dengan kau sebab benda2 simple ni.
juz aku rasa aku perlu jarakkan diri dengan kau..
thats all..

aku rasa lega sikit bile dah send emel tu..
(plezz dont reply k!!)
aku harap kau x tuduh aku 'mudah putuskan hubungan'..
macam kau ckp, 'ini bukan titik permusuhan kita'..

aku masih anggap kau kawan aku..
kalau ada masalah, kau still ley cite kat aku..
tapi, 'aku redha'..

skrg, tinggal 3 cara je utk kita still terus berhubung..
(3??byk lg..)
hmmm, mungkin aku akan kurangkan ke--1..
blog ni, mungkin hanya tinggal kenangan..
dan mungkin aku akan tukar no fon aku
(lg pn, line celcom kat tmpat aku kan x clear sgt)

so, all the best dgn kehidupan kau..
dah ada 'Ir' nnti jgn lupa aku..
^__^

rinduuuuuuuuu

aritu, mak aku ade call.. tnye bile aku cuti.. ya Allah, siannya mak aku.. anak2 sume dah jauh.. tetibe rasa bersalah..

that day, aku rase down sikit.. sampai aku hampir2 mnyalahkan takdir.. knapa aku kena duduk tapah, jauh dari johor.. knape itu, knape ini.. Astaghfirullahal azim..

mujur sempat memuhasabah diri sblm terlajak..
Allah campak aku kat sini, ada hikmahnya.. Allah letak adik aku kat asrama, ada hikmahnya.. Allah biarkan adik beradik aku berada di serata muka bumi, jauh dari mak ayah, ada hikmahnya,..

start dari form 4, aku dah jarang duk umah.. ada kat umah juz bile cuti pnjang.. kadang2 smpai 2 bulan duk asrama, x blik2..

skrg, bile dah msuk U, makin susah.. nak2 bile duk kat tapah ni..

tapi, bile makin jauh dgn mak ayah, dgn adik beradik, baru aku rase excited tuk jmpe dorang.. dulu, aku n akak aku yg 3rd, mne pernah nk tunjukkan rase 'care'..tp skrg, kitorg lbey open..


p/s: - pagi td ayah aku call!! excited giler coz aku ayah aku jarang call. bese, mak aku je..^__^
- minggu ni aku asyik teringt bro aku jer...hmm



Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

Friday, February 11, 2011

Biar masa yg menentukan..

(kwang asam Ain!!)

biar aku jelaskan.. okke, aku x nak meletakkan apa2 harapan.. biar masa yang menentukan.. cepat ke, lambat ke, hanya Allah yang tahu..

Allah dah tentukan yang terbaik untuk hambaNya.. sabarlah..

honestly, aku takut.. takut bila buat orang berharap n takut bila aku sendiri berharap.. memang aku open dalam hal2 ni sbb aku takut untuk menolak.. aku takut kalau yang aku tolak tu yang aku dapat..

kalau ni subjek matematik, mungkin senang untuk aku predict natijahnya.. tapi ni soal hidup mati.. (wow!!)

Ternyatalah perjalanan ini
Tidak semudah yang ku tafsirkan
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yg kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

=.=


nisa,
SABAR!!
mgkin ini ujian buatmu..
yer,
mana mgkin manusia x diuji..
cuma antara sedar atau tidak..

Allah,
berilah aku secebis kekuatan
utk aku teruskan perjuangan ini

buatmu,
fahamilah daku...

Wednesday, February 09, 2011

GBA!!

dulu aku dapat taw ade orang gelar geng aku as GBA (Geng Budak Awal)..kenapa?? sbb kitorg selalu datang awal ke kelas n duduk msti part depan2.. dan dulu, aku agak bengang dgn gelaran tu.. but, start naik cuti ni, aku rasa BANGGA dgn gelaran tu.. ^__^

hari ni, kalau x silap aku, kali ke-3 aku dgr (plus mngalami) kes pntu dikunci.. fine~~ sblum ni aku x sedar sgt dgn bnde2 ni.. mgkin x perasan..

pg td, kelas statistic.. as usual, kitorg bertujuh akan dtg awal ke kelas n duduk baris depan.. (tp aku duduk 2nd row).. after about 15 minit, puan kunci pintu.. x lame lepas tu, ade student yg dtg lmbt, gi ketuk pintu.. (agak kurang beradab aku rasa).. then, puan bukak pintu n ckp kat mereka; "kalau sy boleh tunggu awak 15 minit, xkan awak x boleh tunggu sy 15 minit."... pastu, puan meneruskn pengajaran.. 8.30 pg, baru beliau bukak pintu..

kejadian sebelum ni, kelas calculus.. tapi aku macam x perasan sgt la mase tu.. kes, bdak datang lewat n pintu dikunci.. tapi, pastu kakak kitorg bukak gak ar.. (mgkin sbb dia sgt baik hati)..

kes yg paling teruk dalam sejarah pembelajaran aku setakat ni, ustaz kunci pintu.. (ni bkan kes kat kelas aku). ustaz x kasik student yg lmbat masuk.. ade la sorang student ni, x puas ati n ngutuk ustaz tu kat FB dia.. Astaghfirullah,,

rasionalnya pensyarah2 buat mcm tu, bkn sbb xnk kasik kita ilmu or whatever,,.. mgkin 1st time dtg lewat, xpe lg.. ni, kalau dah slalu?? sape yg nk ilmu sbnrnye??kita or pnsyarah2 tu?? lg pun, kita belajar kan adab dgn guru.. antaranya, dtg awal drpd guru.. lantak orang nak label kita as 'bdak skema' or pape pun, yg penting ilmu yg kita dpt tu berkat.. pensyarah pun senang ati nak ajo kita, makin mudah ilmu nak masuk..

macam mase kelas computer tadi, pensyarah kena repeat ape yg dia ajar.. masa awal kelas, x ramai yg dtg lagi.. then, beliau teruskan gak.. dah terang panjang berjela (nak abes dah pun), ade bdak baru datang.. x pasal2 beliau kena repeat lg sekali.. "sir, repeat semula.. x nampak la..", request dari sorang budak yg lmbat.. "awak buta ke?", pensyarah reply.. tapi slow je la.. mungkin dia dah bengang ngan student kot.. dah la kelas sejam je (pukul 12-1).. dorang datang pukul 12.30.. sape x bengang.. kalau aku jd lecturer, aku pn bengang..

tp, credit la bg sesape yg dtg awal kelas computer td.. kan dpt ilmu tu 2x.. hehe

p/s: lepas ni, selalu la dtg awal ke kels yerk!!


BACALAH- DEMASCUS

Turun ayat pertama
dengan suruhan membaca
kalau renung dalam-dalam memang itu ada makna
bukan saja-saja ada yang nak di bagitau
kan kita semua jelas membaca jambatan ilmu
kita hidup tak lama untuk himpun pengalaman
tapi kita dapat kongsi melalui pembacaan
kita ambil pengajaran dari setiap tulisan
hayati keindahan dari setiap nukilan
ilmu disebarkan buat jadi bahan rujukan
kekal tersimpan erat buat guna masa depan
tokoh-tokoh lakarkan ilmu diorang atas kertas
rugi kalau kita buat usaha diorang macam hampas
kita perlu menjelajah dalam pencarian ilmu
bongkar kitab bongkar pemikiran bongkar buku-buku

bacalah dengan nama tuhanmu
yang menciptakan dan mematikan
bacalah dengan nama tuhanmu
yang maha pemurah dan penyayang
bacalah..bacalah..bacalah dengan nama tuhanmu

bukan semua bacaan yang ada ilmu mantap
jauhkan bahan lagha walau baca memang sedap
kita terap dalam masyarakat budaya yang elok
setiap ilmu kita hadam untuk hari esok
jadi bacalah jangan kalah dengan sikap malas
menelaah bacaan bukan sekadar menghafaz
nilai dulu setiap ilmu yang baru kita dapat
pastikan bersesuaian dengan tuntutan syariat
kita buang yang keroh kita ambil yang jernih
barulah bila baca boleh dapat ilmu lebih
buka minda bersedia untuk dapat benda baru
berfikiran kritis dalam menuntut ilmu
jangan terima buta apa yang dihidangkan
Al-Quran dan Sunnah mesti jadi pegangan
mesti jadi panduan agar kita tak sesat
bacalah kawan-kawan sementara masih sempat

Sunday, February 06, 2011

to my bro:


seminggu cuti telah berakhir.. beberapa hri meluangkn masa dgn abg kat rumah.. prepare barang2 dia nak ke asrama utk pertama kali dlm hidup..

prepare barang dia terasa mcm prepare barang sndiri.. teringat memori masa nak ke kisas dulu..
mule2 mak menghalang gak, tapi biasala.. degil sikit.. pergi jugak ke kisas.. yang paling best bile dapat result teruk, mak akan kate; "tu la,, nak sgt gi kisas kan?padan muke"..dah ar ngah sedey2 dpt result teruk, then kene marah cmtu.. mmg sgt pressure ar.. dan kenangan yg paling best mase last year form 4, aku kena turun kelas. dari kelas 4AV10 ke 5AV11.. mak kate; "barang2 sume bawak balik kan??form 5 masuk balik sekola lame..xyah gi kisas"..

1st week kat kisas, mmg aku x ingt ape yg berlaku.. mase tu SGT homesick!!da la x penah duk asrama.. plus, jauh plak uh..

naseb bek la diri ni x mudah putus asa.. dpt pulak shbt2 di kisas yg SGT baik.. alhamdulillah berjaya bertahan selama 2 tahun di sana.. sekarang, abang aku pulak.. honestly, a bit jelez la ngan dia.. skola bape minit je perjalanan dari umah.. mak ley dtg hari2, x perlu basuh baju evry week, x yah kuar outing sgt.. kalo brg x ckup, call jer..

btw, all the best my bro.. duduk kt asrama x same cam duduk kat umah.. no more tv, no more fon n .... dulu mak selalu cakap kat aku; "kalau result lagi teruk dari budak siapu, wat malu je la..".. Alhamdulillah, aku dah prove kat mak.. now, ur time.. xkn nak kalah ngan budak sri mersing kot..??


p/s: aku cabar kau wakil SMSSI masuk hafazan..sblm ni asyik kalah ngan dorg je kn..agak2, boley x??

adakah ia ujian buatku??

alhamdulillah, selamat sampai di kampus.. beribu kesyukuran ku panjatkan kepadaNya.. saat diri ini selamat tiba di kampus, ada insan lain yg masih tidak dapat pulang ke kampus..

tiba-tiba hati berasa amat kesal dgn perbuatan diri sndiri.. timbul penyesalan, keinsafan.. yer, Dia mengujiku sebegini.. pernah terlintas, mengapa aku diuji sebegini?? mungkin kerana Allah ingin menguji ukhuwah aku dan dia..

ya Allah, aku mengaku aku bersalah padanya.. hari ini, Kau tunjukkan sesuatu agar aku menyesal dengan sikapku padanya.. aku mohon ya Rabb, Kau peliharalah Dia.. tabahkanlah hatinya menempuhi segala rintangan ini..

andai aku perlu menggantikan tempatnya, aku rela..

Wednesday, February 02, 2011

CuTiiii

Alhamdulillah, 2 hari ni mentari mula menunjukkan sinarnya setelah beberapa hari memencilkan diri.. Banjir di daerah ni pn dah makin surut..

Balik aritu, jiwaku sgt TENANG (disebabkan peperangan di zon TENANG).. Balik rumah, bergelora.. argghh,, ape khabar shbt2 ku di Mesir.. Risau, bimbang, worry, n so on la.. ya Allah, peliharalah mereka seperti mana Kau memelihara mereka sejak mereka kecil..

Seminggu percutian.. diri diuji.. yer, saat insan yg sorang tu terus berusaha utk ipod nano, aku terpaksa membantu adiknya membuat persiapan.. nasib baik hujan dah x sehebat haritu.. boleh lah kluar umah tanpa terlalu bimbang..

Prepare barang utk adik seakan-akan prepare barang tuk diri sndri.. Sume aku kena buat (xde la sume).. yang lawaknya, bila kat kedai, sume ok.. dah balik umah, nk tukar pulak.. aduss,,

Assignment agama masih belum terusik.. Lack of idea.. Tmbhn, assignment group..camne nk bincang.. Tutorial, masih terlupa utk print.. Nisa, cmne nk dpt 4.0 ni?? camne nk dpt ipod nano nih??

Td, pergi ke hospital. teman adik buat medical check up.. then, ke kedai buku.. tetiba brjumpa dgn ckgu bio adik aku.. "ni adik Rauf ke??".. alamak ckgu,, comel sgt ke sy ni..

cuba utk memanfaatkan cuti yg singkat ni.. siapkan keje,JGN tangguh!! tolong mak,, balik kampung jmpe atuk nenek, (pe lg ar)....

p/s: duk tapah mengidam nak makan keropok..Alhamdulillah, dah dapt.. ^__^