Saturday, November 05, 2011

Result sem 3

السلام عليكم ورحمة الله

Fuhh.. Lama x update blog.. Disebabkan ramai orang yg bising, terpaksalah meng'update' dgn kisah yg simple.. (cehh, macam ramai jer yg baca blog ni :D)

Semalam org sibuk2 check result.. For the 1st time, aku menjadi x tentu arah.. Tunggu result SPM pun x secuak ini.. Tambah mencuakkan, ada org yg dah check result then beritahu aku.. Adehh,, sabar je la..

Tetibe aku teringat kata2 seseorang, 'Masa muda ni la masa kita mengumpul bekalan untuk peperiksaan kat sana dan masa tua masa untuk kita istiqamah dgn apa yg kita dah kumpul. Masa muda, ingatan dan tenaga masih kuat.. Dan disitulah kelebihan kita'..

Sama ada peperiksaan dunia atau peperiksaan akhirat, sama je step dia.. Study dari awal supaya last minit, kita wat revision jer (peringatan utk diri sendiri).. Sebelum final, ada test n quiz.. Sama gak dengan real life kita.. Sebelum di hisab, ada test dan quiz berbentuk ujian2 dunia.. Kalau carry mark kita hebat, utk akhirat nnti, push sikit jer lagi.. Tapi, apa2 pun, hasilnya ditentukan oleh Allah.. Sehebat mana usaha kita, Allah yg menentukan..

Ok, malas nak taip berjela lagi.. Kpd student dip uitm, redha dgn hasil atas usaha anda.. Sekian :)

"Tak semestinya yg baik ini anugerah.. Ia juga tarbiyah.. Dan tak semestinya yg buruk ini kafarah.. Ia juga rahmah"

Friday, October 21, 2011

Call mak..

السلام عليكم ورحمة الله

Beberapa hari ni, mak sibuk bising adik aku x call2... Teringat waktu aku form 4.. Masa tu, subjek Sivik.. Cikgu tanya, "awak call mak berapa kali seminggu??".. Ada la yg jawab, sekali seminggu, 2-3 kali seminggu, n macam2 jawapan laa..

Sampai turn aku, 'errrr... sy call mak sy setiap hari..' (menjawab dgn muka penuh kesucian.. haha)

"Hah???!! Call setiap hari? awak buat apa call mak awak sampai setiap hari? cakap apa jer?"

Aku diam.. Malas nak jawab soalan cikgu tu (cam kejam jer).. Aku fikir, salah ke aku call mak aku setiap hari.. Buat pertama kali aku duduk asrama, yg jauh berjuta meter dari rumah aku, Johor- Selangor..

Mak aku x suruh call setiap hari.. Mak aku kata, call la 2-3 hari sekali.. Takut ada apa2 berita, susah nak contact..

In my opinion, aku dah buat keputusan yg betul.. Kita mungkin boleh ada berjuta kawan, tapi mak ayah tetap 1.. Dah la parents kita 'kehilangan' kita, kita masuk asrama, duduk berjauhan, x nampak apa yg kita buat hari2, salah ke kita contact mereka setiap hari??

Wednesday, October 12, 2011

Kisah e-kan

السلام عليكم ورحمة الله

Beberapa hari yg lalu:::
Mak Uda kasik beberapa ekor ikan laga.. Adehh,, kena menjaga ikan la pulak... Kalau ikut aku, campak je dalam parit depan rumah tu.. Tapi, sebab orang yg kasik kan..

Mak sibuk menjaga ‘anak2’ dia.. Seekor tu, tgh bunting.. Try la search camne nak jaga ikan laga.. Banyak ragam la pulak.. Kena asing lepas dia bertelur, kena selalu tukar air, jgn kasik dia boring, bla bla bla.. Adehh

Apa agaknya rasa jadi ikan ar?? Jadi ikan, nanti kena tangkap, orang duk bela.. Terkurung dalam balang.. Dapat nengok dunia luar tapi x dapat menikmati dengan sepuasnya.. X pun, orang siang, masak.. Terus tamat riwayat hidup..

Tapi, yg bestnya kalau jadi ikan, x dipertanggungjawabkan kat akhirat kelak.. hmmm

Tuesday, October 11, 2011

Think n Think n Think!!

السلام عليكم ورحمة الله

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ni, lepak kampung.. Lama tak jenguk atuk nenek kat kampung tu.. Cuti pn masih bersisa byk lagi.. Kalau balik kampung, memang xley jangka nak pulang ke rumah semula pukul berapa.. Apatah lagi, kunjungan sesaje..
Kebetulan, Tok Uda n Tok Mah ada sekali. Makin riuh la rumah jadinya...

Petang, menuju ke rumah urut Pak Sahak.. Tok Mah nak berurut tangan.. Sewaktu berurut, mak bersembang la dengan Pak Sahak tu.. Aku diam jer,, x kan nak menyampuk pulak..

Mak : Pak Sahak, buat rumah burung ni modal besar x??
Sebelah rumah Pak Sahak tu, ada rumah burung.. Untuk burung layang2..

Pak Sahak : Ada la dalam RMxxxx (saje xnak gtaw...haha).. Ala, ni buat sebab orang kata dapat untung besar.. Dok pikir pasal untung jer, x pikir pulak akibat dia.. haha

Mereka pun menyambung sembang.. (malas nak tulis kat sini sebab xde kaitan dengan apa yg aku nak cakap)

Aku berfikir-fikir apa yg Pak Sahak tu cakap.. Penat fikir banyak kali.. Betul jugak,, bila kita terfikir something, kita asyik duk cari yg bab2 positif jer.. Jarang untuk kita fikir kesan dan akibat.. Kalau terfikir pun, susah untuk merasionalkan semula fikiran.. Yela, bila hati dah terpaut, rasionalnya hilang.. Contoh, hati dah terpaut nak beli Galaxy Tab, fikir la sejuta kali, biarla orang cakap apa pun, hati sukar untuk goyah daripada membeli.. Lagi hebat apabila kita mencari berjuta alasan asalkan impian kecil kita itu tercapai..

Hurm.. Biasala, waktu tengah ‘hangat’, semua HEBAT.. Tapi bila dah sejuk, mulalah rasa itu x kena, ini x kena..

Kenapa sukar seseorang menjadi rasional bila keinginannya tinggi?? Sebab waktu tu, dia berada dalam arus beta.. Arus semangat, arus motivasi.. Dia tidak berada dalam arus alpha, arus ketenangan.. Masa arus beta, apa pun yg orang cakap, sukar untuk diterima dan dia akan rasa orang tu penghalang dia daripada mencapai matlamat.. (rase cam merepek sikit)

Ok2, nak cakap kat sini... Apa pun yg kita nak buat, fikir la pro n kontra.. Kita buat bukan utk jangka masa pendek, tapi matlamat kita sampai akhirat.. Kalau nak bercinta, bercintalah sampai ke syurga :D (tetibe..haha)

Monday, October 10, 2011

Naseb kamu la

السلام عليكم ورحمة الله

One day,, ada orang tanya;
"Agak2 sesuatu persahabatan tu boleh kekal x??"
Dengan muka ala2 serius, walhal hati sedikit memberontak.. Adehh, pe tanya soalan camni time aku tengah nak gi kelas... Sabar je la~~

'Before aku jawab, aku nak tanya kau 2 soalan.. 1st, apa yg kau dah dan sanggup beri pada kawan kau tu?'

"Kalau dia susah, dia selalu cari sy.. Kalau dia xde duit, sy sanggup dulukan duit sy.. Kalau ..........."

Tak habis jawab lagi, aku dah tanya soalan ke-2.. Kejar masa sebenarnya, nak gi kelas.. X layan karang, nangis pulak..
'Apa yg kau harap dari dia?'

"Sy x harap dia balas apa yg sy buat.. Sy x kesah kalau dia x bayar duit sy.. Sy x ungkit kalau ..............."

Adehh, panjang pulak dia introduction jawapan dia..

"Sy cuma harap, dia x lupakan sy sampai bila2"

Tersenyum... Fuh,, akhirnya menjawab soalan jugak...
'Kalau camtu, persahabatan tu susah nak kekal..'

Tercengang budak yg tanya tu.. haha.. Dah agak, akan menerima reaksi sedemikian...
'Once kau harap something dari dia, kau akan dare buat apa2 untuk dia.. Sedangkan matlamat bersahabat tu sendiri apa?? Kenapa kau kawan ngan dia.. Kalau sekadar persahabatan sampai dunia, xyah bersahabat pun xpe.. Carilah sahabat untuk saling membimbing dan dibimbing.. Bila kau mengharap dia x lupakan kau, kau akan takut untuk tegur kesalahan dia kerana takut kehilangan dia'..

X sempat melihat respon dia, aku terus melangkah masuk ke kelas.. Dalam hati,, 'errr... betul ke apa yg aku cakap tadi??naseb la dik..'

Tuesday, October 04, 2011

Sutera .......err,, sutera bidadari??


السلام عليكم ورحمة الله

Baru tamat meriwayatkan kisah Sutera Bidadari.. Kesinambungan kisah Sunan karya Ramlee Awang Mursyid.. Bermula dari, Bagaikan Puteri-> Cinta Sang Ratu-> Hijab Sang Pecinta -> Sutera Bidadari..

Sejujurnya membaca 3 kisah mengenai Laksamana Sunan pada awalnya membuatkan aku kagum.. Andai wujud insan sedemikian.... Tapi bila membaca kesinambungannya yg keempat, aku terfikir, haruskah aku mengagumi insan yg sekadar wujud di alam fantasi sedangkan ada insan yg lebih hebat di alam realiti ini..? Yer, insan itu Muhammad ibn Abdullah, Rasulullah S.A.W.

Aku menyukai watak Sunan yg sentiasa cuba mengikuti sunnah Rasulullah.. Sentiasa menjadikan Baginda sebagai contoh hingga terkadang dalam melakukan sesuatu perkara, aku akan teringat, 'oh, Sunan ajar macam ni, kena ikut macam Sunan'..

Astagha, bimbang apa yg aku lakukan bukan utk mengikuti sunnah, tapi kerana terikut-ikut dalam menghayati watak Sunan yg berjaya mengalahkan musuh dengan mendekatkan diri kepada Allah..

Conclusion: Tak salah mengagumi tapi jangan sampai tersimpang hingga tak sengaja syirik.. Nauzubillah..

p/s: Tahniah buat Ustaz Norzarir yg pagi2 td hantar msj kelahiran anak sulungnya.. Barakallahu fik.. Semoga dapat menjadi murabbi yg mendidik bakal Muhammad al-Fateh, Umar al Aziz dan Salahuddin al Ayubi.. :)

Sunday, October 02, 2011

Korang punyer CINTA!!

السلام عليكم ورحمة الله

Beberapa kali taip, padam entri ini.. Tak tahu nak mulakan dari sudut mana..

Bismillahirrahmanirrahim,,
Rabbi, bantulah hamba-Mu ini untuk memberi yg terbaik..

Sahabat-sahabat yg ku kasihi kerana Allah,
Aku cuma manusia biasa, sama macam manusia lain.. Sebelum apa2, aku nak mintak maaf kalau ada yg terasa atau berkecil hati membaca entri ini.. Aku cuma inginkan yg terbaik buat kalian..

Aku bukan jemu mendengar masalah2 korang.. Sila, kalau rasa nak share, aku sentiasa ada untuk korang.. Tapi bila berkaitan dengan CINTA, berat untuk aku katakan apa2.. Aku percaya korang boleh menerima seadanya, tapi kebiasaannya, bila berkata mengenai CINTA, fikiran yg waras boleh menjadi kelam.. CINTA tu sesuatu yg sgt luar biasa anugerah Allah. Satu momentom, motivasi, aspirasi yg boleh menaikturunkan semangat seseorang sekelip mata jer.. Kerana CINTA itu buta, aku takut CINTA itu mematikan mata hati hingga kita tak nak menerima langsung pandangan org lain.. Nauzubillah..

Salah siapa..???

Aku selalu terfikir, kenapa berani memulakan tapi tak berani menerima kesan.. Ok, mungkin dulu kita terlalu naif menilai erti CINTA.. Sekadar berCINTA hanya ingin mencuba, merasai apa yg orang lain rasa.. Dan bila CINTA tu x kesampaian, kita sendiri yg merana dengan kesannya.. Sakit hati, benci, dendam, marah, dan macam2 lagi.. Aku jarang jumpa orang yg clash boleh berbaik.. Selalunya, mesti ada dendam.. (Sori kalau aku silap.. sekadar pemerhatian).. Bila dendam, kita akan rasa kita yg betul.. Ego, jarang orang rasa diri dia salah.. Terutama apabila kita menerima tekanan dari pelbagai pihak.. Rasa macam, ‘ni semua salah dia.. dia la yg menyebabkan aku jd mcm ni.. kalau dia x ........’. Yer,, semua salah dia!!

Pernah tak kita terfikir, ‘aku yg berCINTA, aku lah yg kena tanggung akibatnya’.. Lupa ke, kita lah yg memulakan hubungan tu.. Dari kawan rapat, menjadi kawan istimewa.. Bila tersedar yg kita tersilap langkah, kita menyalahkan orang lain.. Kenapa kita selalu nak seperti apa yg kita harapkan, bukan menerima apa yg ditakdirkan? Aku bukan nak menyalahkan sesiapa.. Tapi aku cuma nak ingatkan, dulu kitalah yg mengatakan; “kita couple nak?” atau, “sudi tak awak jd teman sy?” atau jika bukan kita yg berkata sedemikian, jgn terlupa bahwa kitalah yg menerima n mengatakan; “YA!!”.. Jangan menyalahkan sesiapa..

Always +ve to Allah

Bila kita tersedar dari kesilapan, bila kita nak berubah, banyak pulak halangan yg mendatang.. Itu x kena, ini tak kena.. Orang tu cakap camni, yg ni cakap macam ni.. Sabar, sahabatku.. At a whiteboard, and there is a small black dot, where are looking at the dot.. Right?? (jgn tegur grammar aku!!haha)... Mata yg melihat selalu memerhati yg ‘luar biasa’ dan mulut yg berkata akan mengatakan benda biasa menjadi ‘luar biasa’.. Tu la sikap manusia.. Itu la yg dinamakan ujian.. Berubah itu mudah tapi kekal dalam perubahan itu yg payah dek kerana adanya sikap2 macam ni.. Jgn pernah rasa patah semangat!! Orang2 hebat dulu, ulama’ dulu, hatta wali2 Allah pernah dianggap gila oleh masyarakat tapi darjatnya sangat tinggi di sisi tuhan.. Bila mana terdetik dalam hati ingin berubah, teruskan melangkah ke arah yg lebih baik.. Mohon pada Allah agar diberi kekuatan utk kekal di dalamnya.. :)

Jangan mulakan!!

Kalau kita rasa kita masih belum bersedia menerima pelbagai ujian, jangan mula untuk berCINTA.. Jgn mula untuk menerima.. Kalau dalam masa terdekat, kita yakin tidak akan mendirikan rumahtangga, jangan berani meluahkan rasa, jgn berani berkata “YA”..

"Nisa', nape dia buat aku camni?? Rasa digantung x bertali.. Dah luahkan, tinggal aku camtu jer"
Hurmm,, masa dia meluahkan tu, ada x korang tanya berapa tempoh atau terus je terima?? Kan dah terperangkap dalam perang psikologi yg kita sendiri cipta...

Biar 1 CINTA itu yg terkorban bukan 1000 CINTA

Satu lagi yg mengecewakan aku.. Kerana seorang tu yg kita syg, kita terlupa ramai disekeliling kita yg menyayangi kita.. Selamber je menghancurkan hati orang yg menyayangi kita hanya kerana orang yg kita sayang.. Tapi kenapa mereka yg menyayangi kita masih menerima kita?? Kerana mereka menyayangi kita tanpa syarat..

Cuba kita renung wajah mak ayah kita.. Kita tak lahir lagi, mereka dah sayang kita.. Sedangkan mereka tak tahu macam mana wajah kita, macam mana perangai kita, tapi mereka dah menyayangi kita!! Hanya kerana orang yg kita syg tu, kita sanggup bertikam lidah dgn parents kita, sanggup kurang ajar ngan mereka.. Tak pun, bila takde duit, mintak dgn parents kita.. sedangkan duit tu kita guna utk berhubung dgn org yg kita syg.. X kesian ke kat parents kita?? Bila parents kita x suka org yg kita syg, mcm2 alasan kita kasik kat parents kita agar mereka terima ‘dia’..

Kerana orang yg kita sayang, kita lupa kawan2 kita.. Kalau kita sakit, sape yg sanggup jaga kita?? Bila demam, sape yg lapkan badan kita, belikan kita makanan, kasi kita makan ubat, tolong angkat kita kalau kita tak larat? Hanya kerana orang yg kita sayang, kita lupa dengar kata hati kawan yg sentiasa ada kat sisi kita.. Fon x lekang dari tangan 24 jam sampai nak dengar masalah kwn kita seminit pun, kita x mampu.. Bila kita sedih di sakiti orang yg kita syg, kita cari kawan kita... Tapi bila kawan kita sedih, kadang kita langsung x perasan.. Bila org yg kita syg tu sedih,, mesej 7-8 page kita hantar, kasik nasihat..

Conclusion,,
Penat taip panjang2.. Act, byk lagi nak tulis buat kawan2 aku... Aku bukan nak tentukan hidup korang, sukati korang la nak buat apa.. Hidup korang kan.. Cuma 1 jer nasihat aku (yg panjang berjela td, bkn nasihat..haha), fikir la sebelum bertindak.. Ingatlah orang tersayang.. :)

Kita berCINTA bukan sekadar memenuhi fitrah, tapi kerana Allah.. Mencari CINTA bukan sekadar di dunia, tapi hingga ke syurga..


p/s: buat sesiapa yg berkaitan dlm post ni,, aku mintak maap dari awal sampai ujung nyawa.. x niat pun nak sakitkan hati mana2 pihak.. text me after read this post :)

Friday, September 30, 2011

My Last Post

السلام عليكم ورحمة الله

Tanjō-bi omedetō!

Sanah helwah buat kembar aku,Ain Khairunnisa binti Mohd Zain.. Kullu 'am wa anti bilkhair. Already 19, sis.. Zahirnya kelihatan macam umur kian bertambah tapi jarang kita sedar bahawa sebenarnya umur kita makin berkurang.. Makin bertambah usia kita, makin dekat kita dengan kematian..

Buat Ain,
Believe that, apa yg terbaik itu anugerah dan apa yg datang tu suratan yg tertulis di qada' qadar kita :).. Dulu, kita tak pernah sangka yg kita ditaqdirkan utk bertemu. Dan apa yg datang tak akan dapat dijangka.. Apa yg kita hadapi sekarang adalah yg terbaik..!! Be strong, girl (girl lg ke??)..

My Last Post

Bismillahirrahmanirrahim,
This is my last post..... As tomorrow i'll be someone different,, :)

18 tahun meniti kehidupan di muka bumi ini.. Alhamdulillah, syukur yg tak terhingga apabila diri ini dilahirkan sebagai seorang muslim.. Tak terlintas di fikiran apa yg akan berlaku sekiranya aku dilahirkan bukan sebagai muslim... Tak terbayang apa yg akan terjadi pada diri ini.. Ya Allah, terima kasih yg tak terhingga.. Betapa besar dan tingginya kasih-Mu..

18 tahun meniti kehidupan.. Cukup 18 tahun menjadi pemerhati.. Kadang timbul satu persoalan demi persoalan yg terungkai dek pertambahan usia dan masa. Kian meningkat kefahaman seiring perkembangan minda :p.. Syukur buat-Mu Rabbi.. Dilahirkan lengkap anggota, tiada cacat cela ciptaan-Mu.. Kian bertambah kesyukuran pabila dikurniakan insan yg mencintaiku sebelum aku mengenali erti cinta.. Kasih ayah dan ibu yg tak terhingga yg membekalkan kekuatan demi kekuatan dalam menempuhi kehidupan..

18 tahun.. haha,, kadang terasa lawak.. Betapa banyak perkara sia2 dilakukan, betapa byk masa yg dibuang, betapa banyak keputusan dibuat tanpa berfikir, .... Terlalu byk kekurangan.. Tapi syukur, Dia masih beri kesempatan utk perbetulkan segalanya..
Syukran Ya Rabbi..

18 tahun... Sudahkah aku menjadi 'the real pioneer'..??

Tuesday, September 13, 2011

Kata Murabbi

السلام عليكم ورحمة الله

Jatuh bangun seseorang dalam kehidupan, perkara lumrah.Kadang-kadang, semangat terlalu tinggi.Itu ingin dicapai, ini ingin dicapai..Terkadang, semangat jatuh menjunam sehingga semua menjadi silap pada pandangan mata..Yer, manusia tidak sentiasa di atas.

Suatu ketika, diri ini terasa terlalu lemah.Itu tak kena, ini tak kena..Mula perkara yang tak silap, kelihatan salah 100%..Manisnya hilang sekelip mata..Rasa terlalu lemah. ‘Ni semua kerana taklifan!!’,hati memberontak.. Tanda-tanda awal ‘futur’ dari perjuangan..Nauzubillah..

Suatu hari, entah kenapa, hati terlalu ingin meletakkan jawatan sebagai Exco Kerohanian JPK..Tiba-tiba perasaan itu hadir tanpa diminta.Terus menggasak jiwa..Rabbi, kenapa jiwa ini??

Sebelum ini, pernah juga perasaan sama hadir tapi tidak sehebat ini sehingga berani berkata kepada Ustaz, “Ustaz, sy nak letak jawatan”..Sedikit terkejut, ustaz lantas berkata, “kalau free, jumpa sy.. Kita bincang”..

Petang hari tersebut, menapak ke bilik ustaz..Cuak juga mulanya (tau pn cuak)..Cuba mengalih topik perbualan.Berbincang sedikit mengenai program Night of Hope. Hingga akhirnya, tiba di noktah perbincangan program.Ustaz lantas bertanya…..

“Kenapa nak letak jawatan?”
‘Entah la ustaz.Sy rasa sy x mampu nak bawak lagi.Semua serba x kena ……………..’, meluahkan rasa walau masih ada sedikit yang cuba diselindung.

Ustaz menarik nafas.Mungkin cuba memberi kata yang terbaik. Satu persatu kisah beliau ketika di Jordan dirungkai.Ingin menjadikan panduan buat aku.

Tergamam.. Air mata di tahan (ego, x kan nak nangis depan ustaz)..Astaghfirullah, cabaran yang beliau hadapan jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan diri ini.Tadhiyyah beliau terlalu sukar untuk ditandingi.. Rabbi, malunya diri ini..Ujian-Mu sekecil ini sudah ingin mengalah..Tertanya sendiri, kemana hilangnya semangat sang mujahidah??

“Allah tidak membebani seseorang melainkan dengan apa yang dia mampu.Sy x nak paksa kamu utk teruskan atau letak jawatan.Mungkin ini ujian kecil Allah buat kamu..Rasa down tu perkara biasa dalam berpersatuan.Tension, stress, benda biasa.Sebab tu perlu ada pembahagian tugas.Kalau kamu rasa x mampu pergi meeting, ada test esok contohnya, kamu boleh suruh seki kamu pergi meeting, gantikan kamu.”

“Biasanya, apabila orang yang baik di beri taklifan, itu bukan datang dari manusia.Tapi amanah itu dari Allah.Kamu fikirlah, amanah yang kamu dapat ni dari manusia atau dari Allah.”

“Sy pernah jugak rasa macam yg kamu rasa.Pensyarah sy pernah tanya, sepanjang melakukan tugas persatuan, ada x kamu meninggalkan amanah Allah? Kalau xde, kenapa kamu nak lari dari amanah tu?”

“Balik, kamu amalkan tahajjud.Bangun malam, solat istikharah.Minta Allah beri petunjuk yang terbaik untuk kamu.Solat hajat, solat taubat banyak2.Dalam masa yang sama, perbaiki kelemahan kamu. Kalau kamu rasa nak letak jawatan kerana x manage masa dengan baik, perbaiki dengan buat jadual dan sebagainya. Jangan terus biar diri kamu terbelenggu dalam perasaan tu semata.Mungkin itu hanya hasutan syaitan”

“Sem ni, sy kasi masa utk kamu perbaiki.Kalau sem depan kamu rasa nak letak jawatan, silakan,” ustaz menoktahkan kata.

Aku hanya mampu tertunduk.Siapalah diri ini jika ingin dibandingkan dengan insan2 hebat di luar dan di hadapan mataku saat itu.Insan yang lebih banyak amanah yang dipikul, tapi lebih mampu untuk menjalankannya dengan baik.Malunya diri ini, ya Rabbi.Hanya sedikit ujian yang Kau beri, sudah mengangkat panji kekalahan sebelum melangkah ke medan perjuangan. Astaghfirullah…

Syukran jazilan buat murabbiku, al-Fadhil Ustaz Mohd Norzarir al-Haj bin Arshad al-Haj atas nasihat yg cukup menusuk kalbu.

Rabbi, siapa aku tanpa-Mu..Letakkanlah kami dalam golongan yang sabar saat menerima ujian-Mu dan bersyukur pabila menerima nikmat-Mu..

Sesungguhnya cinta-Mu, cinta tanpa syarat, yang menguatkan aku..

Monday, August 29, 2011

Ramadhan bakal pergi..

السلام عليكم ورحمة الله


Bismilahirrahmanirrahim..

Ramadhan tahun ini tinggal beberapa detik sahaja lagi.. Sejak aku ditarbiyah di Bumi Waqafan, sudah menjadi kebiasaan pada ayah bertanya;

“Tahun ni dapat berapa juzuk?”

Malu sendiri bila ditanya. Tahun ini, mencari yang luar biasa hingga meninggalkan yang biasa..

‘Tahun ni dapat beberapa juzuk jer’..

“Ayah dah khatam. Nak ulang semula dah ni..”

Ibarat 1 perlumbaan buat aku dan ayah.. Berlumba, siapa paling banyak dapat menghabiskan al-Quran.

“Cik kan dah pandai baca Quran. Cuba baca tafsir pulak.. Sehari dapat dalam 5-6 ayat pun dah kira bagus,” nasihat ayah..

Aku mengganguk lemah..

“Tolong buatkan ayah air.. Ayah nak sambung mengaji,”

Mengangguk lagi.. Ayah bangun meninggalkan aku..

3 a.m:
“Cik nak tidur lambat lagi ke? Kalau dalam pukul 3.45 tak tidur lagi, tolong kejut ayah.”

Aku terfikir.. Tak penatkah ayah? Siang mencari nafkah, malam hanya berehat sebentar..

Aku melihat semula diri ini.. Terkadang menjadikan ‘sibuk’ sebagai alasan. Alasan untuk TERlebih berehat, alasan untuk kurang usaha untuk menambah amal, alasan untuk tidak buat sesuatu.. Layakkah aku? Ayah yang sibuk tu pun mampu menghabiskan bacaannya, tapi aku?

Detik2 penghujung Ramadhan kali ini..
Berjayakah aku dalam pencarian TAQWA?

Tuesday, August 16, 2011

h-a-t-i

السلام عليكم ورحمة الله

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam Ramadhan...

16 Ramadhan.. Lebih separuh bulan kita berpuasa.. Terus bertanya pada diri, apakah yg telah aku peroleh sepanjang 16 hari ini? Mampukah aku mencapai tujuan utama dalam institut Ramadhan ini?
'Agar kamu bertaqwa'

Semenjak kebelakangan ni, hati dibolak balikkan... [Allah, tetapkanlah hati ini]..
Sekejap, rasa ingin meneruskan perjuangan ni.. Sekejap rasa, 'Allah,, x laratnya'..
Apatah lagi apabila semalam, ditawarkan dengan perletakkan jawatan..
Rabbi, moga keputusan ini terbaik untukku dan agama-Mu..
'Fastaqim kama umirt'

Meneliti kembali ucapan awal, mudahnya insan berkata tapi dalam mengamalkannya..?
Bukan mudah menjaga hati, apatah lagi untuk mengawal diri..
Nama pun manusia, selalu alpa n leka.
Mujur iman mengingatkan kembali tika tersimpang..
'aku x perlu mengenali'

Manusia diuji dengan apa yg dia ketahui..
Moga kita tergolong dalam golongan yg berjaya melepasi ujian ini..

Ya Allah, kuatkan hati-hati kami untuk menempuhi ujian yang Kau cipta.. Ujian yg kami tahu, bukan bermaksud menjatuhkan kami, tapi untuk mendekatkan kami pada-Mu

Saturday, July 23, 2011

Kajian

السلام عليكم ورحمة الله

Bismillahirrahmanirrahim..

One day, saya tengah khusyuk baca mengenai Personaliti Diri. Kajian Dr Fadzilah Kamsah.. Tetiba ada orang tegur,.. “Nisa’, kan x elok baca tu.. Macam baca ramalan.... bla bla bla”

-tersenyum-

Dalam bidang psikologi, ada satu pengkhususan yg mengkaji mengenai manusia. Sifat dan tingkah laku. Bidang ini dikaji secara berterusan sejak dari dahulu lagi.. Kajian ini dilakukan secara berterusan untuk menyesuaikan mengikut keadaan tempat dan masa..

Kajian berbeza dengan ramalan horoskop.. Bukan untuk membenarkan apa yang telah saya lakukan, tapi membenarkan kenyataan.. :)

Nama pun ‘kajian’, mesti benda tu dikaji dahulu.. Tak semestinya betul, tak semestinya salah.. Saya memetik kata-kata Dato’ Dr Fadzilah, kita jadikan kajian ini sebagai satu wasilah untuk kita mengenali diri kita. Dengan mengenal diri, kita mampu untuk mengekalkan mana yang baik dan membetulkan mana yang buruk..

Berbeza dengan horoskop, horoskop lebih kepada ramalan.. Ramalan mengenai kewangan, etc..

Saya rasa membaca kajian bukanlah sesuatu yang salah. Dengan mengenali diri kita, kita mampu menggunakan kelebihan di jalan yang betul dan memperbaiki kelemahan yang ada supaya dapat menjadi insan yang lebih hebat pada masa akan datang..

Wednesday, July 13, 2011

exco

السلام عليكم ورحمة الله

Bismillah..

Awal semester, sedikit terbeban dengan segala macam gerak kerja. Tapi alhamdulillah, mujur ada insan2 yg sentiasa memberi sokongan..

Delegation..
Yer, amat perlu dalam sesebuah organisasi.. X kira besar atau kecik.. As exco, aku x nak dapat ilmu management sorang2.. Mungkin la belajar 'management' kat kelas, tapi secara praktiknya, xkan xnak seki2 aku dapat.. Kejam tol..

So, aku bahagi tugas kat dorang.. Sori kalo rasa pembahagian tu menyusahkan.. Tapi tu la soft skill yg korang akan guna satu hari nanti.. Apa guna jadi a part of JPK kalau x dapat apa2.. Tol x?? So, please jgn persoalkan kenapa.. BUKAN NAK MENYUSAHKAN KORANG..

Sekarang ni, ramai exco yg tengah bertimbang tara utk sambung menjadi exco or x.. Dan ada yg suruh aku terus menjadi exco.. Fuh,, nisa jadi exco lg??

Masih memikirkan.. Nak atau x.. Kalau teruskan, mungkin kelebihan aku.. Dapat macam2 pengalaman yg orang lain susah nak dapat.. Bukan senang dapat meeting dengan timb rektor!! haha.. Tapi bila kejar jawatan, adakah hanya nak pangkat semata?? Kat situ, ada amanah yg perlu kita tanggung.. Sanggup x nak pegang amanah tu?? Dah la pegang jawatan ni, org sume pandang kita.. Baik buruk kita, akan di nilai oleh setiap pandangan manusia dan pastinya, pandangan manusia tu macam2.. Kdg2 kena dgr org ni ckp camni, yg ni ckp camni.. Sanggup??

Satu yg aku terkilan.. Aku pegang amanah yg besar. tapi aku masih x mampu perbetulkan keadaan.. Mungkin hati selalu menjerit, 'kalau uitm ni ley jadi macam kisas!!'.. Tapi, aku taw, aku hnya pemula.. Kdg2, natijahnya bukan sekarang, tapi mungkin akan datang.. Kalau nk pengakhiran yg baik, permulaan mestilah baik.. Adkah permulaan ini satu permulaan yg baik??

Oh God, please guide my stepsss....


p/s: pernantian 2 bulan bakal berakhir.. :)

Saturday, June 25, 2011

JS :)


السلام عليكم ورحمة الله

Minggu lepas, minggu penuh dengan tension..
Pusing kanan, erghhh keje ni x siap..
Pusing kiri, erghhh assignment berlambak..
Nengok depan, alamak!! prog jelajah cam x settle lg!!
Everything make me pressure..
Sampai seorang sahabat tegur, 'aku takut nengok nisa..muke ketat giler'

Dengan izin Allah, program Jelajah Silaturrahim [ke tmpat org asli] dpt berjalan dengan lancar..
Mungkin secara zahirnya, terdapat banyak kekurangan..
Tapi batinnya, infiniti pengalaman, pengajaran yg aku peroleh..

Kat sana, aku mengenal erti 'ketabahan'..
Free2 insan berumur 19 tahun ini ditegur oleh insan berumur 9 tahun..
Malu gak rasa, tapi apa yg dikatakan tu betul..
Masa tu, ustaz suggest kitorg jalan tanpa kasut. Sebab anak2 org asli tu x gune kasut walaupun mereka ada..
Ramai siswi yg bukak kasut n mengaduh kesakitan..
Tengah jalan ngan sorang budak ni tetibe dia cakap,
"Sebenarnya sy pun sakit tp sy tahan"..

Selama hampir seminggu aku stress dgn kerja yg berlambak, 2 hari di bumi Allah, Penderas membuatkan semua stress aku hilang.. Kenapa selama ni aku selalu berfikiran negatif, rasa x mampu utk buat mcam2 perkara.. Rasa lemah la, etc.. Sedangkan anak2 kecil kat sana, sentiasa belajar erti usaha walaupun hidup mereka serba kekurangan.. Dibandingkan dengan aku, tmpat mewah, makan mudah, ...... Ah, x bersyukurnya aku selama ni!!

Jungle Trekking, perjalanan yg aku x pasti berapa km... Fuhh,, memang penat. Mula ada gak rasa ingin mengalah.. Tp melihat semua org bersemangat, berusaha, aku malu sendiri.. Haishh,, xkan ketua program yg awal mengalah..

Belajar n terus belajar mengharungi kehidupan dengan penuh positif.. Kenapa mereka mampu,aku x mampu??

Ahad, 19 Jun, tiba di Tapah hampir jam 4 petang.. Semua keletihan tapi masih terpamer senyuman.. Beruntung menjadi salah seorang daripada 25 orang yg terpilih.. 25 daripada 300++ pelajar di kampus tapah.. Beruntungnya, menjadi pilihan Allah utk merasa pengalaman2 ini.. Terima kasih Allah.. Syukur yg x terhingga..

Satu Jelajah


السلام عليكم ورحمة الله

Pengalaman 2 hari 1 malam berada di perkampungan orang asli, sgt2 mengajar erti kehidupan.. Terlalu byk pengajaran yg aku peroleh daripada perjalanan singkat ini..







Jutaan terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung/ x dlm program ni terutamanya Ustaz Norzarir, AJK2 prog, student2 yg terpilih n semua yg bertukus lumus mnjayakan prog ni la.. Walaupun byk kelemahan n kekurangan, jadikan itu iktibar.. [aku dah semakin berfikiran +ve selepas balik prog ni!!]


p/s:
-gambar byk sgt.. xmampu nk upload semua..
-kenangan terindah ^__^

Wednesday, June 15, 2011

Sekadar Persinggahan


السلام عليكم ورحمة الله

Kalau dari Tapah nak ke Mersing, mesti org ikut highway, kan? Sepanjang-panjang perjalanan tu, mesti ade singgah kat R&R. Berhenti solat, makan, etc.. Lame ke org berhenti kat R&R?? Mesti ar x.. Sebab kita taw yang destinasi kita yang sebenar, bukan R&R tu. Tapi Mersing..

Camtu gak dgn hidup ni. Sebenarnya dunia ni hanya sekadar persinggahan. Macam R&R.. Berhenti sekejap jer.. Destinasi sebenar kita, akhirat.

Tapi berapa ramai je yang sedar bahawa hidup ini sekadar persinggahan?? Berapa ramai je yang menjadikan hidup ini tempat menyiapkan diri untuk kehidupan di destinasi yang sebenar?

Tepuk dada, tanya iman. Adakah kita tergolong dalam golongan yang terus menyiapkan diri, memenuhkan bekalan atau adakah kita tergolong dalam golongan yang lalai n terus terleka [nauzubillahi min zalik]..

Masih belum terlambat utk mengubah hala tuju hidup ini.. Ambillah dunia sekadarnya..

Bekerjalah seperti kamu akan hidup 1000 tahun n beramallah seperti kamu akan mati esok hari -Saidina Ali-

Saturday, June 11, 2011

Q&A: Jelajah Silaturrahim


السلام عليكم ورحمة الله

1) Senaraikan rukun solat.
1. BERDIRI BETUL
2. NIAT
3. TAKBIRATUL IHRAM
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT
12. MEMBERI SALAM
13. TERTIB

2) Berapakah rukun wudu'? Senaraikan.
1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh dua tangan sampai siku
4. Menyapu sebahagian daripada kepala dengan air
5. Membasuh dua kaki sampai kedua buku lali
6. Tertib

3) Senaraikan 3 perkara yang membatalkan wudu'.
i. Keluar sesuatu dari dua saluran (qubul dan dubur) atau dari salah satu, sama ada yang keluar itu benda atau angin
ii. Hilang akal; hilang akal kerana mabuk atau gila
iii. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan dengan syarat keduanya sudah sampai umur dan antara keduanya bukan muhrim
iv. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan perut tapak tangan, sama ada kemaluan sendiri atau kemaluan orang lain, sama ada kemaluan orang dewasa atau kemaluan kanak-kanak.

4) Tulis definisi istinja' dan cara-cara beristinja' sekiranya tiada air.
Definisi : menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.
Cara-cara istinja' sekiranya tiada air:
i. menggunakan benda kesat atau batu
ii. menggunakan air dan batu

5) Terdapat 3 jenis air. Senaraikan.
i. Air Mutlak
ii. Air Musta'mal
iii. Air Musyammas

6) Senaraikan rukun-rukun tayammum, 2 perkara yang membatalkan tayammum, dan 2 keadaan yang dibolehkan bertayammum.
Rukun :
1.NIAT
2. MENYAPU MUKA DENGAN TANAH
3. MENYAPU KEDUA TANGAN HINGGA KE SIKU DENGAN DEBU TANAH
4. TERTIB
Perkara membatalkan tayammum:
1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
3. Masuk waktu solat yang lain.
Keadaan dibolehkan tayammum:
1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.
2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.
3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.

7) Nyatakan syarat-syarat dibolehkan solat jama' dan qasar.
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah.
3. Mengetahui destinasi yang dituju.

8) Tuliskan surah al-Fatihah.

already a month


السلام عليكم ورحمة الله

Baru tersedar, sudah hampir sebulan meninggalkan rumah.. Saat insan lain boleh pulang sesuka hati, aku masih terus menghitung hari..
Masih terngiang-ngiang kata-kata mak sebelum kepulanganku ke kampus; "lepas ni dah x balik2 ke? Hmm, sekejapnya cuti. X puas rasa duduk ngan anak aku yang sorang ni"
Saat tu, hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan ini..

Sebulan yang aku lalui di bumi ini, di rantauan.. Sebulan yang bermacam-macam dugaan dan cabaran. Satu persatu sakit datang. Masih terus berusaha menguatkan semangat dan diri. Terus berkata, 'sakit itu datang dari Allah. Segala yang berlaku atas kehendaknya.. Selama ini Dia menuruti kehendakku, takkan aku x boleh mengikut kehendak-Nya walau cuma seketika'

Apa pun yang aku hadapi, aku yakin bahawa Allah tahu aku mampu melakukannya. Jika Dia memberikan aku satu taklifan, Dia tahu aku mampu untuk menjalankan amanah tersebut.
Ketika Allah memberi aku kepercayaan, kenapa aku tak yakin kebolehan diri?

Setiap detik waktu ini merupakan detik-detik pembelajaran. Bukan pembelajaran formal semata-mata. Tapi merangkumi segala aspek.. Pembelajaran tentang fitrah manusia. Bagaimana untuk mempercayai orang lain, bagaimana menerima dan memberi.. Dan yang paling utama, bagaimana untuk memahami..

Cuma aku harus bertegas pada diri, 'kadang matlamat x mampu tercapai dalam jangka masa yang singkat.. Yang penting sekarang, ada usaha menuju matlamat tersebut'.. Untuk menjadi cerdik pandai, tak boleh dalam tempoh sejam dua, tapi memerlukan pengorbanan masa.. Yang penting, ada usaha untuk menambah ilmu.

Selagi hati ditaut dengan rabitah menuju mardatillah, selagi itu aku mampu terus berdiri walau tanpa dirimu di sisi..

Friday, June 10, 2011

Rintihan Kalbu


السلام عليكم ورحمة الله

Rabbi,
Lama aku terdampar di pulau yang penuh keasyikan
Hingga aku lalai n terleka,
Lupa untuk mendekati-Mu
Lupa menyiapkan diri untuk perjumpaan kita kelak.
Maafkan aku, Ya Rabbi

Ketika hati sedang terus alpa
Kau hadirkan insan untuk kembalikan hati ini
Agar diri-Mu terus menjadi ingatan setiap detik dan waktu

Setiap detik waktu,
Aku terus cuba dan mencuba
Kembali pada fitrah kejadianku
Sedaya upaya berubah dan merubah
Semoga ia berkekalan dan yang utama, diberkati-Mu

Wednesday, June 01, 2011

Fahim atau faqih (Part 2)


السلام عليكم ورحمة الله

Lama x mencoret di muka blog ini... hehe
Just nk berkongsi sedikit..

Memegang jawatan sebagai Exco Kerohanian, org asyik tnye, "masuk waktu pukul berapa yer?".. [sebelum ni xde azan kat kolej..Alhamdulillah, da ade azan]

Bukan 1 permasalahan utk menjawab sbb diri sendiri memang dah ada jadual waktu solat.. Cuma terimbas kembali satu kuliah yg pernah didengari suatu ketika dahulu.. Mengenai kepentingan mengetahui waktu solat..

Sekarang memang mudah, search internet, ley taw waktu solat.. X pun, just tunggu azan.. Disebabkan kemudahan2 yg ada, ramai yg hilang skill mengaplikasikan pelajaran2 waktu sekolah2 dulu.. Belajar cara2 camne nak taw dah masuk waktu ke belum.. Kalau xde azan, kalau xde internet, camne nak taw waktu solat?

Kita mungkin 'fahim'.. Taw bahawa syarat sah solat, mesti masuk waktu.. Tapi adakah kita cukup 'faqih' dengan mengetahui keadaan2 yg dikatakan 'masuk waktu solat' itu? Seingat sy, menurut kuliah yg sy dgr, FARDHU AIN ke atas setiap muslim itu utk taw bila waktu solat..

Conclusion: kita mengetahui masuknya waktu solat bukan hanya berlandaskan azan atau internet semata tapi kita PERLU tahu keadaan2 yg dikatakan masuknya waktu solat itu.. Cth, masuk waktu subuh, bila terbit fajar sadiq.. Kita perlu tahu mcm mana yg dikatakan terbit fajar sadiq itu..

Wallahu a'lam..

Saturday, May 21, 2011

Fahim atau faqih..?


السلام عليكم ورحمة الله

Alhamdulillah, terima kasih Allah… Masih bernafas hingga saat ini, masih merasa infiniti nikmat yg Kau kurniakan.. Terima kasih Allah.. Syukur yg x terhingga Kau kepada-Mu..

Perjalanan pulang dari SI ke Tapah td, ustaz bukak ceramah [x sure CD or kaset].. Alhamdulillah, bertambah ilmu baru..

Just a little bit sharing.. Antara ‘fahim’ & ‘faqih’.. Fahim ialah orang yg faham mengenai sesuatu perkara manakala faqih ialah org yg benar2 mengetahui perkara tersebut. Org yg fahim hanya tahu secara teori tapi orang yg faqih mampu mempraktikkannya.

Kalau nengok sekeliling, ramai ‘fahim’ tapi sikit ‘faqih’.. Ramai graduan yg dapat 4 flat tp praktikalnya, fail. X ramai yg hebat dalam ilmu, dan hebat mempraktiknya. [mungkin sebab tu kerajaan menekankan aspek kokurikulum]

p/s: cukup la kot.. just nk sampai kan ilmu walau sedikit..
mood: letih~~

Tuesday, May 17, 2011

Biar Aku Jauh


السلام عليكم ورحمة الله

I’m guiding myself from doing that nonsense thing.. Sy tahu dgn bertindak sedemikian sy kelihatan kolot di mata anda.. Sy kelihatan sombong pada anda.. Ah, mengapa harus sy gadaikan perinsip sy utk menurut kemahuan anda. Jika sy rasa kemahuan anda itu tidak melanggar batas, sy akan turuti. Tapi,… Pergilah. Teruskan melangkah ke dunia anda yg penuh kemajuan. Biarkan sy terus di sini, terus tertinggal.

Sy memilih utk terus menjadi insan terasing. Jika itu yg dapat membuat sy terus dalam ketenangan.

Sombong? Sy hanya sombong dgn anda.. Kenapa? Kerana anda tiada apa2 hak ke atas sy.. Jika sy tersilap, anda tidak menanggung kesilapan sy..

Kolot? Yer, sy kolot utk tidak memilih keburukan. Sy musykil.. Mengapa yg baik itu dianggap kolot? Ah, sy hidup di akhir zaman..

Semalam sy punya silam yg kelam. Takkan sy ingin terus dibelenggu kekelaman tanpa ada usaha ke arah kemajuan? Perubahan ini kerana cinta pada kebaikan, rindu pada ketenangan, kasih pada kedamaian. Bukan perubahan kerana inginkan tarikan, perlukan kekuasaan, hingga perubahan itu mengarah kepada perubahan yg semakin mundur, tanpa kemajuan.

Biar rapuh dalam teguh. Rapuh pada pandangan manusia tapi teguh di sisi-Nya. Jgn indah khabar dari rupa.. Zahirnya penuh penghayatan tapi batinnya jauh dari tuhan. Nauzubillah..

Rabbi, tautkan hati2 ini dalam tautan kasih-Mu.. Rindukan hati2 ini dalam kerinduan kepada-Mu. Biar aku jauh, asal aku dekat pada-Mu

Be strong..!!

السلام عليكم ورحمة الله

Keep smiling..

Nisa',
-Allah x jadikan sesuatu tu sia2..
-Allah x membebani hambaNya melainkan dgn sesuatu yg dia mampu..
-Sabar itu indah..

Hari ni, pulang ke kampus dengan beg berat.. Masuk tren, hampir2 menangis.. Masih mampu bertahan..

Tiba di Slim River, mesej seorang sahabat.. Dia dah sampai.
"Nisa baru lepas slim river. Dalam 20 mnt lg smpai la. InsyaAllah.."

Menyangka ujian sudah reda.. Rupenye Dia masih ingin menguji kesabaran.. Enjin tren rosak, lebih 2 jam tersadai di tengah jalan..

Rabbi,
Tambahkan kesabaranku..

Tiba di Tapah, sesuatu berlaku dan aku injured.. Masih memaksa diri untuk tersenyum walau hati meraung kesakitan.. Rabbi, Kau uji aku dengan kesakitan.. Terus tambah kesabaranku kerana mungkin selama ini aku terlupa mensyukuri nikmat sihat yg Kau kurniakan.. Ampuni aku Ya Allah..

Malam, membuka facebook sebentar.. Mendapat teguran dari Allah yg disampaikan melalui hambaNya..

Nisa', masih belum mampu menjadi daie yg baik.. Uslub masih tersalah..
Nisa', mungkin ini sebenarnya kesilapanmu hingga kau di uji hari ini..

Tersilap langkah.. Terus membuat orang jauh dari kebenaran.. Ah, teruknya diri!

For that person:
-Tolong la jgn salah faham n tolong la dgr penjelasan sy.. Please!!
-I'm not the perfect one.. Sy selalu buat silap..

Thursday, May 12, 2011

thanx taw.. ^___^


السلام عليكم ورحمة الله

awal2 cuti, ade orang dah ingatkan, "cuti ni abeskan masa dgn perkara berfaedah..abeskan bku pdf, abeskan video2 n mp3, jgn tengok tv, jgn tgk movie je, jgn dgr lagu jer..lagu boleh gelapkan hati .... bla bla bla"

thanx sebab ingatkan..

maka, kisah percutian aku, ...

balik rumah, akak tengah nengok tv.. err, cite cam best jer.. baru nak numpang sekaki, tetibe teringat pesan orang tu.. upss, terus masuk bilik, xpun pura2 ke dapur, cari benda utk di makan...

ada satu masa, mak panggil duk kat ruang tgh.. tv sedang terbuka.. oh dugaan!! punyer cover utk x nengok tv [cehh...]

hmm, nak wat pe yer?? dah xley nengok tv ni.. bese kalo cuti akan bukak channel KBS.. isy, xley jadi!! bukak lappy, bukak pdf yg DIBERI.. bace cket, 'ala...'. xley2.. bukak pulak video yg diberi.. 'hmm, cam best je..'. tapi malas nak nengok kat lappy, so convert n masukkan dalam fon.. fon ley bwk ke hulu ke hilir.. free2, nengok..

one day, TERdengar la ceramah yg DIBERI.. ceramah pasal mengenali personaliti diri drpd Dato Fadilah Kamsah.. syok pulak.. take note!! kenal diri utk perubahan kpd yg lebih baik.. insyaAllah..

x puas lagi,, mengembur buku2 yg ada kat rumah.. cari balik buku Psikologi yg akak pernah tunjuk suatu ketika dahulu.. bukak, wow! best2..


pergi rak buku kat depan, 'eh, buku ni x bace lagi... eh, buku ni pun x abes bace lagi...'. mula menjadi tamak.. [sampai lupe nak bawak balik 1 buku ni]..





tapi, berjaya utk x nengok tv [tipu!! ade gak TERnengok].. x nengok movie [tipu!! nengok gak kan??].. nengok video2 yg DIBERI [yg ni btol =) ].. dgr mp3 yg DIBERI [x semua laa..still dlm proses]..

gi kuantan, beli buku psikologi..

haish, mule otak nak merepek;
'kalau minat psikologi, asal amek actuary?? nape dulu letak pilihan sume berkaitan math??'
hey girl, compile je psiko n actuary.. why not?? ley je kan? pandai2 ar nak survive.. otak kasik kreatif cket :p

p/s: jumpe budak CS111 seri iskandar.. [errr, jeles!!]

AKU YANG AKAN KAU NIKAHI HANYALAH WANITA BIASA ^_^


السلام عليكم ورحمة الله

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak..

Terima kasih karena telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana
yang siap untuk kau pilih..
Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa,
yang sangat jauh dari sempurna.

Karenanya ku ingin kau tahu,
aku bukan wanita yang sempurna,
aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah..
Kepadamu yang akan memilihku kelak..

Aku tak sebijak bonda khadijah,
karenanya ku ingin kau tahu,
aku boleh saja berbuat salah dan begitu menyebalkan.

Maka ku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku,
jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah,
karena bagiku kaulah pemimpinku,
tak akan berani ku membangkang padamu..

Duhai kau yang telah memilihku kelak..
Ingatlah, tak selamanya aku dapat nampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan begitu kusam dan jelek.

Mungkin karena aku begitu sibuk di dapur,
menyiapkan makan untuk kau dan mujahid dn mujahidah kita nanti
–insya’Allah-.

Maka aku akan tampak kotor dan berbau asap.
Atau karena seharian ku harus membenahi istana kecil kita,
agar kau dan mujahid dn mujahidah kita dapat tinggal dengan nyaman dan sihat.

Maka mungkin aku tak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja..
maka tegurlah aku, dan khabarkan padaku dengan lemah lembut dan bijaksana...

Ataukah kau akan menemukanku tersenguk-senguk saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan karena aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasa,
tapi karena semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur karena harus menjaga mujahid dn mujahidah kecil kita yang sedang sakit,
dan ku tau kau letih mengais rezeki untuk kami,
maka tak ingin ku mengusik sedikit pun lelapmu..

Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku,
karena kau adalah sumber kekuatanku..

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, mungkin ada saatnya, aku tak sesabar Fatimah,
ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak terkawal,
bukan karena ku membangkang padamu,
tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga memerlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku,
tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu,
atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah,
yang aku perlukan hanya pelukan dan belaianmu..

Karena bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadamkan segala resahku..

Ataukah ada kalanya tanganku akan mencubit dan
memukul pelan si kecil karena lelah dan penatku di tambh rengekannya yang tak habis-habisnya.

Sungguh bukan karena ku ingin menyakitinya,
tapi kadang aku kehabisan cara untuk menenangkan hatinya.

Maka jangan membentakku karena telah menyakiti buah hati kita,
tapi cukup kau usap kepalaku, dan bisikkan kata sayang di telingaku,
tegurlah aku dengan hikmah,
karena dengan itu ku tau kau selalu menghargai semua yang ku lakukan untuk kalian,
dan kau akan menemukanku menangis menyesali perlakuanku pada malaikat kita,
dan aku akan merasakan ribuan kali rasa sakit dari cubitan yang ku berikan padanya,
dan aku akan berjanji tak akan mengulanginya lagi..

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak..

Ketahuilah, aku tak secerdas Siti Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajariku,
membimbingku ke arah-Nya,
walau terkadang aku begitu bebal dan bodoh,
tapi jangan pernah letih mengajariku..

Jangan segan membangunkanku di sepertiga malam untuk
bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..

Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..
Bimbing tanganku ke JannahNya,
agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya.

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku..

Seiring berjalannya waktu,
kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dan memutih.
Kulitku yang bersih akan mulai keriput.
Tanganku yang halus akan menjadi kasar..
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik,
yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu..
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu..

Maka jangan pernah berpaling dariku..
Karena satu yang tak pernah berubah,
bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian membuncah,
yaitu rasa cintaku padamu..

Ketahuilah..
Tiap harinya, tiap jam, minit dan detiknya,
telah aku lewati dengan selalu jatuh cinta padamu..

Maka, cintailah aku,
dengan apa adanya aku..
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna..

Maafkan aku karena aku bukan puteri..
Aku hanya wanita biasa....

Terimalah aku apa adanya dan bimbinglah aku menuju jalanNYA.....
Semoga kita bisa sama-sama bahagia...

Copy from : [link]

My holiday.. o_0"


السلام عليكم ورحمة الله

Actually byk cite nak share.. Tapi, tangan malas sikit nak menaip.. Haish nisa',.. Rajin2 kan sikit diri.. Ok la, start dgn kisah sepanjang cuti ni..

Habis exam hari tu, 29 April.. Abes paper terus cabut... Bagus kan?? hihi.. Act, xnak nyusahkan akak aku sebab 1 Mei tu mak aku balik..

1 mei --> KLIA
1st time sampai KLIA [sian kan aku..].. Menyambut insan tersayang yg baru pulang dari tanah suci..






Then, 5 buah kereta bergerak ke Putrajaya.. Akak aku sewa homestay kat situ.. Duduk 1 family besar. Pak Ngah n family, Pak Cik n family, Acu n family, Mak Anjang n family pun datang singgah jap..

Isnin, balik ke rumah.. huh, akhirnya dapat menjejak kaki ke rumah setelah 3 bulan x balik rumah..!!

Jumaat, pergi ke Kuantan sebab malam nak bawak adik2 sedare gi Cameron Highland.. Nasib baik dorang x byk kerenah.. hehe.. [terase comel plak ikut rombongan dak2 6 tahun]






Isnin, 9 Mei, bertolak pulang ke rumah.. Dan keesokkannya pulang ke kampus.. Ingat malam isnin tu nak balik kampung jap, tapi cam x sempat.. So, cancel..

Sekejapnye masa cuti.... Ok, mula rasa cam nak marah sebab SGT x puas duduk umah.. Baru nak kecahkan umah sikit, tapi,,,, xpe la..

'Having fun' di kampus...

p/s: musytaq ilaik!!!!!!!!!! [hmm, if U can know how ,,,,]

*love this pic...hahaha