السلام عليكم ورحمة الله
Beberapa kali taip, padam entri ini.. Tak tahu nak mulakan dari sudut mana..
Bismillahirrahmanirrahim,,
Rabbi, bantulah hamba-Mu ini untuk memberi yg terbaik..
Sahabat-sahabat yg ku kasihi kerana Allah,
Aku cuma manusia biasa, sama macam manusia lain.. Sebelum apa2, aku nak mintak maaf kalau ada yg terasa atau berkecil hati membaca entri ini.. Aku cuma inginkan yg terbaik buat kalian..
Aku bukan jemu mendengar masalah2 korang.. Sila, kalau rasa nak share, aku sentiasa ada untuk korang.. Tapi bila berkaitan dengan CINTA, berat untuk aku katakan apa2.. Aku percaya korang boleh menerima seadanya, tapi kebiasaannya, bila berkata mengenai CINTA, fikiran yg waras boleh menjadi kelam.. CINTA tu sesuatu yg sgt luar biasa anugerah Allah. Satu momentom, motivasi, aspirasi yg boleh menaikturunkan semangat seseorang sekelip mata jer.. Kerana CINTA itu buta, aku takut CINTA itu mematikan mata hati hingga kita tak nak menerima langsung pandangan org lain.. Nauzubillah..
Salah siapa..???
Aku selalu terfikir, kenapa berani memulakan tapi tak berani menerima kesan.. Ok, mungkin dulu kita terlalu naif menilai erti CINTA.. Sekadar berCINTA hanya ingin mencuba, merasai apa yg orang lain rasa.. Dan bila CINTA tu x kesampaian, kita sendiri yg merana dengan kesannya.. Sakit hati, benci, dendam, marah, dan macam2 lagi.. Aku jarang jumpa orang yg clash boleh berbaik.. Selalunya, mesti ada dendam.. (Sori kalau aku silap.. sekadar pemerhatian).. Bila dendam, kita akan rasa kita yg betul.. Ego, jarang orang rasa diri dia salah.. Terutama apabila kita menerima tekanan dari pelbagai pihak.. Rasa macam, ‘ni semua salah dia.. dia la yg menyebabkan aku jd mcm ni.. kalau dia x ........’. Yer,, semua salah dia!!
Pernah tak kita terfikir, ‘aku yg berCINTA, aku lah yg kena tanggung akibatnya’.. Lupa ke, kita lah yg memulakan hubungan tu.. Dari kawan rapat, menjadi kawan istimewa.. Bila tersedar yg kita tersilap langkah, kita menyalahkan orang lain.. Kenapa kita selalu nak seperti apa yg kita harapkan, bukan menerima apa yg ditakdirkan? Aku bukan nak menyalahkan sesiapa.. Tapi aku cuma nak ingatkan, dulu kitalah yg mengatakan; “kita couple nak?” atau, “sudi tak awak jd teman sy?” atau jika bukan kita yg berkata sedemikian, jgn terlupa bahwa kitalah yg menerima n mengatakan; “YA!!”.. Jangan menyalahkan sesiapa..
Always +ve to Allah
Bila kita tersedar dari kesilapan, bila kita nak berubah, banyak pulak halangan yg mendatang.. Itu x kena, ini tak kena.. Orang tu cakap camni, yg ni cakap macam ni.. Sabar, sahabatku.. At a whiteboard, and there is a small black dot, where are looking at the dot.. Right?? (jgn tegur grammar aku!!haha)... Mata yg melihat selalu memerhati yg ‘luar biasa’ dan mulut yg berkata akan mengatakan benda biasa menjadi ‘luar biasa’.. Tu la sikap manusia.. Itu la yg dinamakan ujian.. Berubah itu mudah tapi kekal dalam perubahan itu yg payah dek kerana adanya sikap2 macam ni.. Jgn pernah rasa patah semangat!! Orang2 hebat dulu, ulama’ dulu, hatta wali2 Allah pernah dianggap gila oleh masyarakat tapi darjatnya sangat tinggi di sisi tuhan.. Bila mana terdetik dalam hati ingin berubah, teruskan melangkah ke arah yg lebih baik.. Mohon pada Allah agar diberi kekuatan utk kekal di dalamnya.. :)
Jangan mulakan!!
Kalau kita rasa kita masih belum bersedia menerima pelbagai ujian, jangan mula untuk berCINTA.. Jgn mula untuk menerima.. Kalau dalam masa terdekat, kita yakin tidak akan mendirikan rumahtangga, jangan berani meluahkan rasa, jgn berani berkata “YA”..
"Nisa', nape dia buat aku camni?? Rasa digantung x bertali.. Dah luahkan, tinggal aku camtu jer"
Hurmm,, masa dia meluahkan tu, ada x korang tanya berapa tempoh atau terus je terima?? Kan dah terperangkap dalam perang psikologi yg kita sendiri cipta...
Biar 1 CINTA itu yg terkorban bukan 1000 CINTA
Satu lagi yg mengecewakan aku.. Kerana seorang tu yg kita syg, kita terlupa ramai disekeliling kita yg menyayangi kita.. Selamber je menghancurkan hati orang yg menyayangi kita hanya kerana orang yg kita sayang.. Tapi kenapa mereka yg menyayangi kita masih menerima kita?? Kerana mereka menyayangi kita tanpa syarat..
Cuba kita renung wajah mak ayah kita.. Kita tak lahir lagi, mereka dah sayang kita.. Sedangkan mereka tak tahu macam mana wajah kita, macam mana perangai kita, tapi mereka dah menyayangi kita!! Hanya kerana orang yg kita syg tu, kita sanggup bertikam lidah dgn parents kita, sanggup kurang ajar ngan mereka.. Tak pun, bila takde duit, mintak dgn parents kita.. sedangkan duit tu kita guna utk berhubung dgn org yg kita syg.. X kesian ke kat parents kita?? Bila parents kita x suka org yg kita syg, mcm2 alasan kita kasik kat parents kita agar mereka terima ‘dia’..
Kerana orang yg kita sayang, kita lupa kawan2 kita.. Kalau kita sakit, sape yg sanggup jaga kita?? Bila demam, sape yg lapkan badan kita, belikan kita makanan, kasi kita makan ubat, tolong angkat kita kalau kita tak larat? Hanya kerana orang yg kita sayang, kita lupa dengar kata hati kawan yg sentiasa ada kat sisi kita.. Fon x lekang dari tangan 24 jam sampai nak dengar masalah kwn kita seminit pun, kita x mampu.. Bila kita sedih di sakiti orang yg kita syg, kita cari kawan kita... Tapi bila kawan kita sedih, kadang kita langsung x perasan.. Bila org yg kita syg tu sedih,, mesej 7-8 page kita hantar, kasik nasihat..
Conclusion,,
Penat taip panjang2.. Act, byk lagi nak tulis buat kawan2 aku... Aku bukan nak tentukan hidup korang, sukati korang la nak buat apa.. Hidup korang kan.. Cuma 1 jer nasihat aku (yg panjang berjela td, bkn nasihat..haha), fikir la sebelum bertindak.. Ingatlah orang tersayang.. :)
Kita berCINTA bukan sekadar memenuhi fitrah, tapi kerana Allah.. Mencari CINTA bukan sekadar di dunia, tapi hingga ke syurga..
p/s: buat sesiapa yg berkaitan dlm post ni,, aku mintak maap dari awal sampai ujung nyawa.. x niat pun nak sakitkan hati mana2 pihak.. text me after read this post :)
2 comments:
Aku ingatkan ko dah betul dah buat last post haritu ni tiba2 ada ni.
Punya panjang sekali ha, bab cinta hahahahahahahaha habis luahan hati ko, ini mesti ada kes ni hahahahahaaha
Tapi aku agree dengan ko, kat tempat aku ni ada ramai lelaki yang celaka yang bercouple semata2 nak berzina dengan perempuan, setakat ni ada 10 orang yang telah aku jumpa hahahaahaha
Tapi aku pelik kenapa orang sampai gitu sekali bila bercinta, habis dah tak nampak mana baik dengan buruk ? hissh tak fahamlah hahahahahaha
nak kata perempuan je salah jugak sebab baru ni aku dah jumpa lelaki yang kena tipu dengan permpuan so sama je dua2 hahahahahahahah
Kalau dalam masa terdekat, kita yakin tidak akan mendirikan rumahtangga, jangan berani meluahkan rasa, jgn berani berkata “YA”.-cm kenal je ayat ni...ayat ustz hasrizal, isit??;)
btw, nice entry...:)
Post a Comment