Tuesday, October 04, 2011

Sutera .......err,, sutera bidadari??


السلام عليكم ورحمة الله

Baru tamat meriwayatkan kisah Sutera Bidadari.. Kesinambungan kisah Sunan karya Ramlee Awang Mursyid.. Bermula dari, Bagaikan Puteri-> Cinta Sang Ratu-> Hijab Sang Pecinta -> Sutera Bidadari..

Sejujurnya membaca 3 kisah mengenai Laksamana Sunan pada awalnya membuatkan aku kagum.. Andai wujud insan sedemikian.... Tapi bila membaca kesinambungannya yg keempat, aku terfikir, haruskah aku mengagumi insan yg sekadar wujud di alam fantasi sedangkan ada insan yg lebih hebat di alam realiti ini..? Yer, insan itu Muhammad ibn Abdullah, Rasulullah S.A.W.

Aku menyukai watak Sunan yg sentiasa cuba mengikuti sunnah Rasulullah.. Sentiasa menjadikan Baginda sebagai contoh hingga terkadang dalam melakukan sesuatu perkara, aku akan teringat, 'oh, Sunan ajar macam ni, kena ikut macam Sunan'..

Astagha, bimbang apa yg aku lakukan bukan utk mengikuti sunnah, tapi kerana terikut-ikut dalam menghayati watak Sunan yg berjaya mengalahkan musuh dengan mendekatkan diri kepada Allah..

Conclusion: Tak salah mengagumi tapi jangan sampai tersimpang hingga tak sengaja syirik.. Nauzubillah..

p/s: Tahniah buat Ustaz Norzarir yg pagi2 td hantar msj kelahiran anak sulungnya.. Barakallahu fik.. Semoga dapat menjadi murabbi yg mendidik bakal Muhammad al-Fateh, Umar al Aziz dan Salahuddin al Ayubi.. :)

1 comment:

Anonymous said...

waa...ko pn baca...best sgt kan RAM..sume novel thriller dia best sgt...:)