Saturday, June 11, 2011

already a month


السلام عليكم ورحمة الله

Baru tersedar, sudah hampir sebulan meninggalkan rumah.. Saat insan lain boleh pulang sesuka hati, aku masih terus menghitung hari..
Masih terngiang-ngiang kata-kata mak sebelum kepulanganku ke kampus; "lepas ni dah x balik2 ke? Hmm, sekejapnya cuti. X puas rasa duduk ngan anak aku yang sorang ni"
Saat tu, hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan ini..

Sebulan yang aku lalui di bumi ini, di rantauan.. Sebulan yang bermacam-macam dugaan dan cabaran. Satu persatu sakit datang. Masih terus berusaha menguatkan semangat dan diri. Terus berkata, 'sakit itu datang dari Allah. Segala yang berlaku atas kehendaknya.. Selama ini Dia menuruti kehendakku, takkan aku x boleh mengikut kehendak-Nya walau cuma seketika'

Apa pun yang aku hadapi, aku yakin bahawa Allah tahu aku mampu melakukannya. Jika Dia memberikan aku satu taklifan, Dia tahu aku mampu untuk menjalankan amanah tersebut.
Ketika Allah memberi aku kepercayaan, kenapa aku tak yakin kebolehan diri?

Setiap detik waktu ini merupakan detik-detik pembelajaran. Bukan pembelajaran formal semata-mata. Tapi merangkumi segala aspek.. Pembelajaran tentang fitrah manusia. Bagaimana untuk mempercayai orang lain, bagaimana menerima dan memberi.. Dan yang paling utama, bagaimana untuk memahami..

Cuma aku harus bertegas pada diri, 'kadang matlamat x mampu tercapai dalam jangka masa yang singkat.. Yang penting sekarang, ada usaha menuju matlamat tersebut'.. Untuk menjadi cerdik pandai, tak boleh dalam tempoh sejam dua, tapi memerlukan pengorbanan masa.. Yang penting, ada usaha untuk menambah ilmu.

Selagi hati ditaut dengan rabitah menuju mardatillah, selagi itu aku mampu terus berdiri walau tanpa dirimu di sisi..

No comments: