Tuesday, May 17, 2011

Biar Aku Jauh


السلام عليكم ورحمة الله

I’m guiding myself from doing that nonsense thing.. Sy tahu dgn bertindak sedemikian sy kelihatan kolot di mata anda.. Sy kelihatan sombong pada anda.. Ah, mengapa harus sy gadaikan perinsip sy utk menurut kemahuan anda. Jika sy rasa kemahuan anda itu tidak melanggar batas, sy akan turuti. Tapi,… Pergilah. Teruskan melangkah ke dunia anda yg penuh kemajuan. Biarkan sy terus di sini, terus tertinggal.

Sy memilih utk terus menjadi insan terasing. Jika itu yg dapat membuat sy terus dalam ketenangan.

Sombong? Sy hanya sombong dgn anda.. Kenapa? Kerana anda tiada apa2 hak ke atas sy.. Jika sy tersilap, anda tidak menanggung kesilapan sy..

Kolot? Yer, sy kolot utk tidak memilih keburukan. Sy musykil.. Mengapa yg baik itu dianggap kolot? Ah, sy hidup di akhir zaman..

Semalam sy punya silam yg kelam. Takkan sy ingin terus dibelenggu kekelaman tanpa ada usaha ke arah kemajuan? Perubahan ini kerana cinta pada kebaikan, rindu pada ketenangan, kasih pada kedamaian. Bukan perubahan kerana inginkan tarikan, perlukan kekuasaan, hingga perubahan itu mengarah kepada perubahan yg semakin mundur, tanpa kemajuan.

Biar rapuh dalam teguh. Rapuh pada pandangan manusia tapi teguh di sisi-Nya. Jgn indah khabar dari rupa.. Zahirnya penuh penghayatan tapi batinnya jauh dari tuhan. Nauzubillah..

Rabbi, tautkan hati2 ini dalam tautan kasih-Mu.. Rindukan hati2 ini dalam kerinduan kepada-Mu. Biar aku jauh, asal aku dekat pada-Mu

1 comment:

Anonymous hahahahahahaaha said...

Siapa yang tak puas hati tu, biar aku belasah dia