Monday, August 29, 2011

Ramadhan bakal pergi..

السلام عليكم ورحمة الله


Bismilahirrahmanirrahim..

Ramadhan tahun ini tinggal beberapa detik sahaja lagi.. Sejak aku ditarbiyah di Bumi Waqafan, sudah menjadi kebiasaan pada ayah bertanya;

“Tahun ni dapat berapa juzuk?”

Malu sendiri bila ditanya. Tahun ini, mencari yang luar biasa hingga meninggalkan yang biasa..

‘Tahun ni dapat beberapa juzuk jer’..

“Ayah dah khatam. Nak ulang semula dah ni..”

Ibarat 1 perlumbaan buat aku dan ayah.. Berlumba, siapa paling banyak dapat menghabiskan al-Quran.

“Cik kan dah pandai baca Quran. Cuba baca tafsir pulak.. Sehari dapat dalam 5-6 ayat pun dah kira bagus,” nasihat ayah..

Aku mengganguk lemah..

“Tolong buatkan ayah air.. Ayah nak sambung mengaji,”

Mengangguk lagi.. Ayah bangun meninggalkan aku..

3 a.m:
“Cik nak tidur lambat lagi ke? Kalau dalam pukul 3.45 tak tidur lagi, tolong kejut ayah.”

Aku terfikir.. Tak penatkah ayah? Siang mencari nafkah, malam hanya berehat sebentar..

Aku melihat semula diri ini.. Terkadang menjadikan ‘sibuk’ sebagai alasan. Alasan untuk TERlebih berehat, alasan untuk kurang usaha untuk menambah amal, alasan untuk tidak buat sesuatu.. Layakkah aku? Ayah yang sibuk tu pun mampu menghabiskan bacaannya, tapi aku?

Detik2 penghujung Ramadhan kali ini..
Berjayakah aku dalam pencarian TAQWA?

1 comment: