Sunday, December 26, 2010
Kisah Korea Prt 2
Setiap mukmin itu bersaudara..
Aku terbaca satu kisah. Diceritakan bahawa suatu hari Salman al-Farisi melakukan perjalanan bersama para sahabat. Termasuk juga Rasulullah S.A.W. Mereka berhenti di satu tempat untuk berehat. Usai mendirikan khemah, Salman langsung terlelap.
“Apakah tujuan orang ini, sesuka hati sahaja masuk ke khemah dan tidur mendengkur begitu,” ujar salah seorang di antara mereka. Dua orang sahabat kemudiannya mengumpat Salman yang tertidur itu. Selang beberapa kemudian, keduanya membangunkan Salman dan menyuruhnya agar pergi ke khemah Nabi yang agak jauh dari situ. Kedua sahabat itu mengharap agar Salman menemui Nabi dan meminta daging untuk makan malam.
Salman pun berangkat dan menyampaikan maksud kepada Nabi Muhammad namun baginda tidak memberi sekerat daging pun kepada Salman.
“Sampaikan kepada mereka bahawa mereka sudah memakan daging,”ujar Nabi.
Salman kemudian menyampaikan pesan Nabi tersebut. Namun keduanya bersumpah bahawa mereka belum makan sekerat daging pun. Lalu Salman mengajak mereka berdua untuk menghadap Nabi.
“Wahai Rasulullah, demi Allah kami belum makan lauk sama sekali,” ujar mereka.
“Aku melihat merahnya daging pada mulut kamu berdua,” jawab Nabi.
“Demi Allah, kami tidak makan lauk sedikitpun. Sehari suntuk perut kami belum memasuki apa pun!” kata mereka bersungguh-sungguh.
“Kamu telah mengumpat dan mengata saudaramu (Salman). Apakah kamu suka makan daging orang mati?” tanya Nabi.
“Tidak,”
“Kalau begitu, janganlah kamu mengumpat dan mengatakan keburukan orang lain. Kerana yang seperti itu bererti makan daging saudara sendiri,” kata Nabi lalu membacakan surah al-Hujurat ayat 12.
Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain,dan janganlah setengah yang kamu mengumpat yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranyayang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Mengasihani.
Dalam ayat ini, Allah telah menyatakan beberapa peringatan. Pertama, jauhi bersangka buruk. Sesungguhnya serendah-rendah ukhwah adalah bersangka baik. Apabila kita bersangka buruk pada seseorang, maka dimana letaknya ukhwah kita dengan insan tersebut??
Keduanya, jangan mencari kesalahan orang lain. Telah Allah ciptakan manusia ini sebagai hamba yang tidak sempurna. Memang lumrah, manusia sentiasa melakukan kesilapan. Berilah kesempatan pada insan untuk membetulkan kesilapannya bukan mencari kesalahannya dan mengaibkannya. Tambahan, diri kita juga sering melakukan kesilapan.
Ketiganya, jangan mengumpat orang lain apatah lagi jika orang itu adalah saudara seislam kita. Dalam tanpa kita sedari, kadangkala kita mengatakan; “aku berkata sesuatu yang betul mengenainya. Memang dia begitu dan begitu,”. Sesungguhnya tanpa kita sedar, kita telah mengumpat saudara kita sendiri. Mengumpat ialah mengatakan sesuatu (yang benar) mengenai orang lain yang apabila didengarinya pasti boleh mendatangkan perasaan kurang senang. Dalam erti lainnya, memceritakan aib seseorang.
Wa akhiran, Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Allah menyuruh kita agar BERTAKWA. Kenapa Allah menyuruh kita bertakwa bukan bertaubat? Kerana takwa itu adalah kunci ketaatan kepada Allah. Apabila hamba itu taat pada Pencipta, maka lahirlah taubat dan penyesalan atas dosa-dosanya..
Wallahu a’lam.
Wednesday, December 15, 2010
Result 1st Sem..
Setelah seminggu result keluar, baru aku berdaya untuk menceritakan kisahnya.. Mungkin tidak perlu sebenarnya,, hehe..
Wednesday, December 08, 2010
kenangan dulu2...
Wednesday, December 01, 2010
Jika Tapah, jika S.Alam, apa bezanya..??
Tak berape lama, dengar cite lagi, kena pindah Tapah semula. Kampus yg disediakan khas utk pelajar Fakulti Sains Komputer & Matematik terutamanya.. Jadi isu lagi~~
Tapah ke, Shah Alam ke, penting ke semua tu??
Mungkin bagi insan yg tak biasa berjauhan dengan mak ayah, itu adalah satu isu besar dalam diri..
Okeyla, mungkin bagi aku itu akan menjadi isu bila nak balik kampung yang tercorok ni kan.. Ye la, daerah tercorok sangat sampai agak sukar mendapatkan bas..
Tapi, bila difikirkan semula tujuan asal aku ke universiti tak lain tak bukan adalah tuk menimba ilmu. Then, whats the prob..?
Kalau dulu Imam Syafie sanggup bermusafir beribu batu, menumpang kabilah yg nak berdagang tuk mencari ilmu, kita pulak sekarang ni juz naik kereta je. Highway pun dah ada. Setakat kena pindah ke Tapah, dah nak keluar perkataan2 yg tak sepatutnya.. Tak boleh ke nak bersusah sikit tuk dapatkan seciput ilmu?
Ask ur self.. Datang kata nak belajar tapi kalau nak berkorban sikit pn tak boleh,,... Hmmm, tepuk dada tanya iman la..
Kisah Korea..
Sedang mengalami sedikit masalah ketika ini. Mungkin akibat cuti sem yang terlalu panjang serta mendapat berita yang sedikit mengecewakan.hehe..
Cuti semesta lebih 50 hari. Seakan-akan tidak tahu apa yang ingin dilakukan lagi. Hanya mampu menonton kisah The Fugitive: Plan B. Drama korea yang tengah ditayangkan di televisyen (Astro KBS). Lakonan Rain, pelakon dalam cerita Full House dan juga merupakan seorang penyanyi.
Bukan latar belakang Rain yang ingin diceritakan tetapi mengenai matlamat Rain dalam cerita The Fugitive:Plan B. Mula-mula tak terniat pun ingin menonton drama itu tapi TERmenonton (sbb ade Rain). Rain (as Jiwoo), seorang PI (Personal Investigator) yang mempunyai seorang clien. Clien tu suruh Rain mencari pembunuh ahli keluarganya terutama pak cik saudaranya. Pembunuhan itu disebabkan ingin merebut emas.
(tu je sinopsis yg sy taw sbb cite x habis lg..)
Matlamat Rain, ingin menjadi seorang PI yg hebat yg dapat menyelesaikan 1 kes dalam masa sehari. Berbekal matlamat yang ada, dia mengumpul maklumat dan bukti setiap kali ada kes jenayah walaupun tidak menyelesaikan kes tersebut. Tapi, terdapat usahanya disitu iaitu mengumpul maklumat dan bukti.
Dikaitkan dengan kehidupan realiti, pertama yang perlu dimiliki oleh setiap individu ialah MATLAMAT. Yang keduanya, langkah untuk mencapai matlamat tersebut.
Sebagai pengejar ilmu, antara matlamat yang ingin sy capai ialah PhD. Dan langkah harus dimulakan dari sekarang. Masih mencari tajuk yang sesuai dengan diri untuk dibuat tesis suatu hari nanti. InsyaAllah..
Tuesday, November 09, 2010
mianhae..
sebagai manusia, aku sayang korang.
A,
even kau macam tu, aku sangat2 kau berubah. masih sempat. Allah panjangkan umur kau untuk beri kau kesempatan agar kau berubah. tolonglah berhenti daripada ambik benda2 tu semua. kau tahu tak benda tu membahayakan kesihatan kau..?? kau tu perempuan, tak elok ambik benda tu.
badan kau cantik. lagi cantik bila kau tutup. simpan untuk yg lebih berhak.
F,
aku sangat respek kau. gi kelas mesti kau akan guna baju kurung. aku pun kadang guna t-shirt. tapi, aku tertanya-tanya, adakah tudung tu hanya perlu bila gi kelas je? tidak F. aku tahu kau dulu bukan macam ni. even kita baru jumpa, aku boleh tahu perangai kau. kau bukan macam ni! kenapa kau perlu siksa diri kau dengan menjadi insan lain? kenapa perlu menzalimi diri sendiri? F, aku yakin kau tahu pasal aurat. sebab tu kau guna tudung gi kelas. tapi, kebelakangan ni, kenapa kau jadi macam ni? aku rindu F yg dulu.
maaf sebab aku tak mampu tegur korang secara berdepan. korang pun tahu kan kenapa.
aku tulis post ni bukan tuk malukan korang tapi sebab aku sayang korang. aku tak nak korang pergi lebih jauh. aku pun bukanlah terlalu baik. selalu je melakukan kesilapan.
korang tanya lah diri sendiri, apa beza persahabatan n percintaan. kerana kekasih, kerana teguran, sahabat dipinggirkan. tidak !! sahabat sejati tegur sahabatnya kerana kasih. kekasih sejati, akan jaga korang bukan hancurkan korang. bukan ambil kesempatan pada korang..
aku SAYANG korang....
maafkan aku
last paper....
3 minggu berlalu begitu pantas.. yeah, akhirnye penantian sudah hmpir berakhir.. tinggal beberapa jam je lg utk aku meninggalkan kampus Beringin. Alamanda, masih menghitung hari..
Alamanda, begitu banyak sweet n sour memori. Yela, bukan duduk sejam dua, hampir 5 bulan lepak di tempat yg sangat mewah ni.
Biarlah segala kenangan yg pahit itu tinggal di Alamanda. Mlm2 pekse pn wat -tuuut-.. Argh, lemahnya diri bila aku hanya mampu mencegahnya dgn hati !! Ya Allah, berilah mereka hidayahMu..
Alam universiti, alam menguji keimanan. Kat sini lah korang nak test diri korang. Test iman korang. Memang sangat2 mengujikan expecially bila biahnya SGT berbeza dengan KISAS. Tak lagi terjaga macam kat kisas dulu. Korang nak test korang ni jenis camne, rajin ke tak, ape ke, test la mase korang kat U ni. Baru korang kenal diri korang yang sebenarnya camne.
Sejujurnya ada sedikit penyesalan di hati. Aku rasa diri ni dah terlalu banyak berubah. Bukan lagi seperti Nisa' yg diKISAS dulu. Mungkin luaran aku masih seperti dulu, tapi dalaman..? Siapa tahu?
"Mungkin kau jadi macam tu sebab persekitaran"..... Aku benci jika ada insan berkata begitu. Persekitaran? Apa guna iman seseorang? Persekitaran yang mengubahnya atau dia yg sepatutnya mengubah persekitaran?
To my 'oppa', aku harap kau faham keputusan aku.
Sorry to all my gengz.. Tak dapat nak lepaks Alamanda lame2 coz Mersing dah panggil. Kalau panjang umur, kite jmpe kt Tapah nanti k.
Friday, November 05, 2010
ask urself...
sume org SIBUK n MENYIBUKKAN diri dgn STUDI..
of course la sume org nk result yg gempakz wow meletup, kn?
tp,
sedar x sedar diri ini sbnrnye sedang diuji...
yer,
bile diri sibuk 100% dgn buku,
kadang2 TERlupa yg niat ini, bljr HANYA tuk mndkatkn diri dgn Allah..
tuk mndpt redha n berkat-Nya.
dulu,
mase kt kisas,
time exam je msti ade org ingtkn,
"kalo 24 jam stdy, x semestinye ley dpt result gempak...byk dekatkn diri pada Allah.. tanpa izin Allah, tgn pn x mampu nk pegang pen..............(n ayt yg sewaktu dgnnye)"
tp,
kt sini xde sape nk ingt aku..
maka,
suka aku mengingatkn diri aku sndiri n org yg bace blog ni...
ya Allah,
golongkan kami dalam golongan hamba2Mu yg bersyukur dgn rezki n nikmatMu..
golongkan kami dalam golongan hamba2Mu yg bertaubat..
Sunday, October 17, 2010
a journey...
atau juga kerana FINAL yg semakin hmpir......
baikla, juz a short coretan...
-journey to KISAS-
Alhamdulillah, dikuatkan hati utk ke sana. Tiba di sana, wujud satu perasaan TENANG yg sukar ditemui di tempat lain. Indahnya bumi waqafan....
Malam; berjumpa dgn Ustaz Ismail, yang merupakan ketua warden di situ. Diberi sedikit penerangan mengenai KISAS dan sebagainya.
Mendapat sedikit tazkirah dari ustaz. Semoga menjadi panduan dan pedoman buat diri. InsyaAllah...
Kesimpulan dari apa yg diperkatakn Ustaz: jage la diri sebagai bekas pljr kisas. Tidak berubah walau mcm mana sekalipun persekitaran..
Sabtu; 5 muslimin + 6 muslimat, menaiki van Kolej Islam Sultan Alam Shah menghala ke Kem Jalan Kebun. perjalanan yg agak dahsyat seakan menaiki roller coaster...haha
Setibanya di situ, disediakan sarapan.. (dh sarap dh awal2 kt KISAS sbnrnye)
Kesemua fasilitator sedikit cuak. Bimbang tidak dpt membuat yg terbaik. Alhamdulillah, ditenangkan oleh Cikgu Mariah. katanya: yg penting ikhlas. kalau awk buat yg terbaik tp x ikhlas, x guna gak.....
petang; keluar dari kem itu lebih kurang pukul 5 lebey.. Terus menuju ke Alamanda. Sedikit kecewa kerana tidak dapat mengikuti program hingga ke akhirnya. Namun SGT puas....... BAHAGIA dpt kembali ke Bumi Waqafan tercinta walau sekadar seketika sahaja.
thanx 4 Sarah Iman yg menjemput, Sakinah, Zaimah, Aisyah, n 2 kembar dari johor....
thanx buat cikgu2 yg mmberi layanan yg SGT BAIK..
thanx buat pelajar2 KISAS yg beri tmpat menginap n melayan kami..
Friday, October 01, 2010
it coming..!!!!
final,
ya.. ia makin hampir..
tinggal 28 hari lagi untuk aku menghabiskan silibus+ulangkaji..
sekarang, kurangkn masa utk main2.
FOKUS pd pelajaran anda!!
td baru taw jadual final dah keluar..
juz 6 subjek tp mngambil masa 3 mggu..
selamat berjuang to all warga Alamanda terutama CS112 1C (yg byk main)..
syukran 'alaikum..
Syukran ala kullu sahabati wa usrati..haha.. (lame x cakap Arab..)
Syukran buat semua sahabat2 yg wish my birthday, kasik hadiah..
Syukran atas semua doa kalian..
Semoga Allah merahmati kalian..
Thanx for ones that remind me that 'semakin bertambah usia kita, semakin dekat kita dgn kematian'..
Nak sebut nama sorang2 yg wish, ramai sgt..hehe
- my family,
- classmate SKT (6 Amanah)
- classmate SMK Mersing (dakz RKA)
- dak2 Mersing (especially dak siapu)
- Kisasian yg wish
- dakz UiTM kampus Beringin.. (CS1121C espeacially)
- n of course SPECIAL THANK to mereka yg baling bedak;
1. Diza
2. Ain
3. Fara
Sunday, September 26, 2010
satu perpisahan
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi
Tak pernah terpikir olehku
Tak sedikitpun ku bayangkan
Kau akan pergi tinggalkan kusendiri
Begitu sulit kubayangkan
Begitu sakit ku rasakan
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dgn izinnya sy mampu menulis post ini. Walaupun dgn hati yang sebak. Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW yg mengajar sy erti persahabatan, yg berlandaskan keimanan.
Buat sahabat yg ku kasihi kerana Allah,
Sahabat yg byk membantu aku melalui liku-liku perjuangan,
Sahabat yg byk membantu aku tika aku lemah, tika aku hilang arah, yg sedarkan aku tika aku terlena..
Buatmu, Zaiyan Masturah bt Mohd Yasin,
Pada mulanya, kita tak rapat langsung. Tak pernah bertegur sapa pun. Tp, dlm diam aku selalu kagum pada kau. Kau selalu kasi tazkirah kat depan, selalu yakin dgn apa yg kau buat, kau pernah wakil KISAS sampai ke Beijing.. Aku sangat kagum..
Aku beranikan diri untuk menegurmu. Tak sangka Yan seorang yang sangat peramah dan periang. Kita mula rapat..
Yan yg aku kenali, banyak membantu aku. Dari form 4, sampai kini. Sentiasa kasi aku nasihat, sentiasa ingatkan aku supaya banyak bergantung pada Allah. Aku masih ingat, selepas pulang dari Beijing, Yan kasi aku keychain yg ade gambar tembok besar China..
Masa form 5, kita dah makin kurang luangkan masa bersama. Yan sebuk dengan tugas sebagai KP dan exco Badar. Tapi, kita tetap balas2 surat. Waktu aku jatuh sebab result yg agak teruk, Yan beri aku semangat semula walau hanya sehelai kertas. Thanx..
Hari ini, emosi aku kembali tak stabil. Setelah beberapa bulan kami terpisah dek hala tuju kehidupan masing2, esok kami bakal terpisah beribu batu. Moga perjalananmu aman, kau selamat tiba, moga semangat juangmu tidak luntur dan istiqamah atas apa yg ditetapkan..
Yan, maafkan nisa sbb;
-x dpt gi rumah Yan..
-x dpt jmpe Yan sblm Yan gi..
-x dpt hntr Yan kt airport sbb esk klas full..
-sori kalau ade salah silap pd Yan
Doaku buatmu;
-semoga kau menjadi mukminah yg tsabat atas jalan perjuangan, berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah
-semoga kau mampu menghadapi apa jua situasi di sana..
-semoga kau diperkuatkan keimanan, tidak mudah kalah dalam perjuangan..
aku rindu saat bersamamu..
Dalam tali kisah persahabatan ilahi
Pegang erat tangan kita terakhir kalinya
Hapus air mata meski kita kan terpisah
Selamat jalan teman
Tetaplah berjuang
Semoga kita bertemu kembali
Kenang masa indah kita
Sebiru hari ini
Saturday, September 25, 2010
Rezki ku..
Then, kitorg menapak ke MPH. Tgh mninjau-ninjau kelibat buku, tiba2 terdgr announcement.
"kpd smua pminat novelis ..........., anda boley brjmpe dgn novelis kgmrn anda pd jam 2 ptg.."
(x ingt la pe ayt dye)
Ade la bbrp nme yg di sebut.
Salah satu nya, nama seorg novelis yg sy minat iaitu Ramlee Awang Mursyid..
Agak excited mlihat RAM dari dkat..(tp x tunjuk la ke-excitedan nye itu)
Bagaimanapn, x smpat mndgr soaln2 n jwpn nye sbb sy dh nk kluar mase tu..
Friday, September 24, 2010
Malam itu...
Masa : lebih kurang jam 11 ke atas..(yg pasti, mlm la)
Alkisah, tersebutla sebuah kisah. Satu kisah benar dan yang pasti bukan kisah yg tidak benar kerana ia adalah kisah benar dan tiada yg tidak benar mlainkn yg bnar2 blaka...
Suatu malam, ade la 8 saudara yg berasa ingin berjalan2 menikmati keindahan Mersing. Sememangnye mereka masih tidak cukup penat kerana pada hari itu sesungguhnya hari raya pertama. Mereka telah beraye mengelilingi Mersing dan ke Kluang pada siang hari. Namun, mereka masih juga ingin ke bandar Mersing. (degil sungguh mereka itu)...
Maka, pada jam 11 (ke atas), mereka menaiki 2 buah kereta (citra+kenari) menuju ke destinasi yg tidak di ketahui dan tidak dipastikan lg..
Tetbe, kami terdengar bnyi seretan kaki.. Eyh, sape plak mlm2 ni.. oo, mgkin org yg jge kt stesen bas tu kot.. Maka, kami membuat reaksi spt tiada apa2 yg ingin@bakal berlaku pd saat itu @akn dtg..
Ketika itu, model utama sedang berposing CUN GILER la..
"Korg, jomla blah", Ms Aisyah berkata tetbe..
Asal plak?? X abes posing lg ni....
"Jom la!!"ujarnya lg smbil mlangkah pergi ke kereta..
Alamak, potong line tol.. Baru nk bergmbr..
"Korg tw x, tu mat gian??!!"
Haa!!
Ketujuh-tujuh insan (slain Ms Aisyah) terkejut dan bergegas ke kereta.. (sy rase kerana mereka ketakutan YG AMAT)
Nak start enjin, lmbt plak.. Gabra menghantui pemandu kereta citra sehingga terlupa membuka lmpu kereta. Manakala pemandu kereta kenari, mengalami kesusahan tuk memakai sit belt..
Kasihan sungguh mereka.........
pelakon dlm movie ini;
-Ms Zaidah (pengarah)
-Mr Fikry (timb pengarah)
-Ms Aisyah (driver)
-Ms Atiqah
-Ms Nisa
-Mr Ra'uf
-Ms Mira
-Ms Anis
Monday, September 20, 2010
Penunjuk cintaku
Merancang utk mencari buku rujukan, maka aim ke MPH la dulu..
Sewaktu sedang asyik menunggu bas di dpan Alamanda tu, tetibe sy mndpt 1 msj.. Hanya SEPATAH perkataan shj yg dihntr oleh insan itu.
Tp,
Cukup utk membuatkan hati sy sakit!!
Smpai di MPH, sy mncari buku utk mengubat hati yg tgh panas dek msj td..
(td selingan shj)
Mengajar cara bercinta yg betul, menurut syarak n sebagainya..
Biasa la remaja, mesti ada perasaan cinta. Juz, yg beza bg setiap org ialah cara dia mengawal perasaan tu.. Tol x??hehe
Insaf la bace buku tu.. Sy suggest buku pd semua remaja.. Terutamanya utk sesape yg tgh dilema cinta, or ngah tension ngan pakwe/makwe nye itu.. Bace la buku ni.. =D
Sunday, September 19, 2010
Aku ingin berubah!!
Even niat tuk mnjd yg lebih baik tu dh ade...
Tp, seakan ade sesuatu yg menghalang perubahan itu..
Mengapa yer???
Mungkin niat x cukup ikhlas,,
Atau mind set yg x ckup kuat,,
Atau tiada keazaman yg utuh....
Hmmm, entah lah...
Ya Allah,
Hamba-Mu ini ingin menjadi yg lebih baik!!
(Hafiz Hamidun- titik mula)
BAWAKAN... PADAKU PAYUNGAN KASIHMU
JADI REDUPAN GEMAWAN
DI SAAT MENTARI DERITA MENGUJIKU...
SETIAP KALI AKU
MENCUBA MENGHADAPI
MENGAPA HATI INI
RAPUH BERDERAI
DOSA-DOSA SILAM ITU
YANG MEMBELENGGU
MENGGONCANG LANGKAH KAKI
UNTUK BERUBAH
PADAMU... KU SANDAR HARAPAN TERBENTANG
AGAR JIWAKU KAN SENTOSA
BIARPUN TERPAKSA KU REMPUH
RANJAU LUKA
TOLONGLAH INSAN INI
MENCARI KEHIDUPAN
MEMBUANG KISAH LAMA
HITAM BERNODA
ADAKALA KEBUNTUAN
SEAKAN MENGUNCIKU
KU CARI KHALIMAHMU
DALAM NAFASKU
OH....
INIKAH TITIK MULA
DALAM MENCIPTA HIJRAH
Hipokrit!!
tp, kite x sedar yg kite pn hipokrit sbnrnye...
Kenape kite slalu pikir yg org lain lg teruk dari kite??
sedangkn kite LG TERUK dari org tu!!
luaran, nmpk je baik..
tp, dlm org lain x taw...........
ntah2, kite beribu kali lg TERUK dari org tu.
Org anggap kite baik,,,
tp sebenarnye,,......................
Dpan org, pura2 baik!!
Blkg org??
Bile org x taw??
Nape la kite slalu hipokrit??
Pulang sudah..
Akhirnya sudah sampai ke bumi Alamanda..
Setelah 2 minggu bercuti rayer,, mungkin kini saatnye tuk mengubah mood..
Raye>study
Actually,
Rase sedey gak tuk tinggal kn bumi Mersing,
Meninggalkan mak, ayah n 'abang'ku..
Thanx my mum,
For prepare all of things to us..
Sian my mum,
Need to wake up early,
Prepare food, drink, n make sure we bring all things..
Terase cam sudah byk menyusahkn kedua ibu bapaku
(ayt touching lak)
Btw,
Ingin mengingatkn diri;
JGN byk main!!
STUDY...final tggal sebuln je lg.
^_*
Wednesday, September 01, 2010
Jika Terakhir Buatku
Hamba-Mu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu
Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara
Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan
Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanmu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku
Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan
Rahmat kasihMu Tuhan
Ampunan-Mu ku damba
Jom Qiamullail...
Actually, aktiviti ni sgt2 x bagus. Allah cipta malam tuk istirehat. Tapi, kita x berehat pulak. Kesian badan kita.. (sy bercakap pd diri sndri)...
So, sy telah menemukan satu inisiatif yg sy guna pakai sendiri. Dan sy rasa, sy nak share dgn semua org..=p
Tidur 1-2 jam sebelum pukul 12. Agak2 lepas terawikh ke. Pastu, bangun paling lambat pukul 12. Then, korang study la. Masa nak study tu, niat la belajar kerana Allah. So, study korang tu, termasuk dalam qiamullail sekali. Kalau korang malas nak solat tahajjud, study pun dah cukup la. Tapi study yg diniatkan kerana Allah taw..
Tapi kan, kalau korang solat tahajjud 2 rakaat lg bagus la... ^_*
Lepas study, korang tido la dalam pukul 3. Bangun semula tuk sahur dalam pukul 5 ke.. Sebenarnya, 1 jam tido sebelum tgh malam bersamaan 2 jam tido selepas tgh malam berdasarkan kualitinya. Tu mengikut kajian la. Sebab tu, sy tido sebelum tgh malam n study pd tgh malam..=D
That's all.. Juz a bit sharing for a simple way to qiamullail..(",)
Saturday, August 28, 2010
Dahulu & Sekarang..
Alhamdulillah, hari ini Dia telah menggerakkan hati sy untuk mengunjung 1 blog seorang sahabat sy ketika di KISAS dahulu. Sy tersedar, astaghfirullah!! Sy dah jauh menyimpang !!
Apa guna 2 tahun sy ditarbiyah di Bumi Waqafan dahulu jika hasilnya, seperti sekarang?? Ruginya!!
Apa gunanya sy menuntut ilmu jika sy x mengamalkannya??
Apa gunanya jika sy faham sesuatu tapi sy BERAT tuk berjuang??
HINANYA SY!!
Jika sy mengadu hal ini kepada manusia, mungkin mereka akan berkata, "mungkin kau jadi camni sebab persekitaran.."
Tapi, jika sy adukan hal ini kepada Dia, adakah Dia akan berkata sedemikian? Sedangkan telah Dia sediakan al-Quran dan as-Sunnah sebagai pegangan.. X cukup?? Diizinkan pula ijma' dan qias..
Tapi sy??
Allahu Rabbi..
Lemahnya iman sy. Baru diuji dengan ujian ini tapi telah LEMAH tuk hadapinya. Baru diuji dengan segala kemewahan tapi telah TERLALU lalai dan leka hingga sanggup mengenepikan perintah dan ajaran agama.
Astaghfirullahal 'azim...
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi
Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi
Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini
Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi
Sekian lama hidup di kegelapan,
Teraba-raba tanpa tujuan,
Akal dan budi seakan tak berfungsi,
Ke manakah diri??
Apa diturut kehendak yang meronta,
Menyeksa badan membakar jiwa,
Syaitan dan nafsu meracun dalam diri,
Renungkanlah ini,
Kita sekadar di persinggahan,
Pasti kembali pada yang menciptakan,
Ombak dan badai lumrah kehidupan insan,
Insaflah semua darinya jua
Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…….
Pada ilahi bantuannya menanti,
Iman dan takwa yang sejati,
Itulah bekalan diri…..
Doa’ senjata mereka yang beriman,
Tuhan pencipta maha penyayang,
Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan
Hanya pada tuhan
Attention plez !!!!
Satu hari, sy nengok satu ceramah Ustaz Azhar Idrus kat youtube. Tajuknye, Tunang.. Alhamdulillah, bertambah ilmu yg sedikit ni. So, sy nak share ngan korang semua.. =D
Kalau ada guys ckp; "sy nak jadikan awak isteri sy" & pompuan tu accept, maksudnye mereka dah bertunang. Bertunang mengikut agama, bukan mengikut adat. Agama WAJIB didahulukan.. Maka, haram kalau ada mana2 laki meminang pompuan tu !!
Sy rase, most of mereka yg couple akan keluar soalan tu.. And most of them x sedar yg mereka tu dah bertunang sebenarnya.. So, PLEASE take note..
Dalam bab agama, jgn main2!
dedicated to my fren.
1st, I want to say thanx for everything..
For being my sweet fren.
U're my bestfren..
My CUTE fren..
(ehekkkkk......-tiru azza-)
Yaya,
Sorry for any mistake that i'd make to you..
Maybe ade wat yaya kecik ati,
or TERguna barang yaya,
or anything that make u annoyed..
Pesanan wt my Yaya;
- jage diri baek2..
- jgn tinggal solat,
- suke nengok yaya gune tudung....comeyy
- study btol2...be a good nurse
- NEVER 4get us..(n our memory together)
this song is dedicated to u,
menitis air mataku
hilangnya sahabat sejati
yang riang dikau ku merindu
persahabatan abadi
setiap detik teringatkan dikau
walaupun kau pergi membawa diri
kasih sayang kita tidak terjangkau
ditemukan impian yang murni
perlukah daku ditinggalkan
perlukah engkau melupakanku
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu
Wednesday, August 25, 2010
My Fwenzz
Actually, sy berase amat bersalah bile sy kena buat smthg tuk shbt2 sy, tp sy x buat.. Mcm kejam kn?? Tp, tu la yg telah sy lakukan.. Kesian kwn2 sy. Silap betulla !! Nape la sy boleh terleka+terlalai smpai camni skali..huh
Harap shbt2 sy dpt maafkn sy..
Btw, sy nk share cket pasal dak2 yg sekepale ngan sy kat Alamanda ni.. Malas nk describe pasal dorg.. Juz bace je la pe yg dorg mengarut kt blog ni;
* yaya
* ain
Sunday, August 22, 2010
Fasa kedua
Syukran ya Allah
Kerna Kau telah memanjangkan umurku tuk merasai fasa ini sekali lagi.
Fasa kedua,
Fasa yg Kau janjikan dengan keampunanMu..
Aku tahu,
Terlalu banyak dosa yg telah aku lakukan..
Maka ya Allah,
Aku mohon kepadaMu
Dgn hati yg rendah,
Kau ampunilah segala dosa ibu bapaku,
Guru2 ku,
Sahabat2 ku,
Kaum muslimin n muslimat,
Serta dosa2 ku yg tidak terhitung banyaknya.
Kau terimalah segala amal kami selama ini,
Ampunilah segala dosa kami selama ini,
Tambahkanlah keimanan kami,
Letakkanlah kami dalam golongan2 yg mensyukuri nikmatMu.
Amin Ya Rabbal 'Alamin
Thursday, August 19, 2010
Camne nak orang kenang kite??
Disebabkan isu yg sgt menarik, kitorang pun membincangkannya. Sy rase, jawapan yg sesuai ialah, buat jahat.. Ye ar, bile seseorg buat jahat, mesti kejahatannya akan dikenang. Betul x??
Manusia ni banyak macam LALAT. Mesti cari benda yg busuk. Kalau sekali orang buat salah, mesti itulah yg dye nampak. Even orang tu la yg selalu wat benda baik. Yg jahat, yg buruk, tu jugak dye nak cari. Susah nak cari manusia yg macam LEBAH. Sentiasa berusaha untuk mencari madu. Walau sesusah mane, mesti nak cari madu. Susah nak jumpe orang sentiasa mencari kebaikan orang lain walaupun orang tu perompak ke, penjahat ke..
Pada satu papan putih, kalau sy conteng sikit jer gune marker, mesti fokus utama kita pada contengan tu kan.. Sebesar-besar papan putih, contengan kecik tu jugak yg kita TERfokus lebih. Mcm tu jugak la manusia (termasuk sy jugak), biasanya akan nampak kejahatan orang lain walaupun kejahatan tu sangat sedikit jika dibandingkan dengan kebaikan yang telah dilakukannya. Kalau nak gune nisbah, 1 kejahatan: 1000 kebaikan.
Kesimpulan dari kisah ini;
1) Ingat setiap kebaikan orang pada kita, lupe semua kejahatan orang pada kita..
2) Ingat semua kejahatan kita pada orang, lupe semua kebaikan kita pada orang..
3) buatlah jahat kalo nak orang ingat kat kite..
Wednesday, August 18, 2010
Terawih VS Kucing
Disebabkan imam telah beberapa ribu minit mengangkat takbir, maka sy tidak mampu untuk membantu insan dihadapan sy itu. (p/s; pastilah insan dihadapan sy itu perempuan kerana adalah sesuatu yg sangat pelik jika laki 'segan' dengan kucing)
Lepas solat tu, sy duduk termenung jap. Mungkin juga memikirkan penyelesaian masalah yg x berapa berat ni. Lantas satu sirah terbentang di fikiran sy yg ingin sy kongsikan. Mungkin boleh di ambil iktibar ketika anda diganggu kucing (bagi sesape yg alergi dgn kucing je la..)
Dulu, Saidina Ali pernah terkena anak panah kat kaki beliau. Para sahabat try tuk cabut anak panah tu tapi beliau tidak mampu menahan sakit yg amat. Satu2 nya cara tuk mencabut anak panah itu adalah ketika beliau solat. Lantas, beliau pun solat sunat 2 rakaat. Para sahabat pun mencabut anak panah itu dengan jayanya. Subhanallah, begitu hebatnya kekhusyukan beliau. Cuba kita bandingkan dengan kekhusyukan kita. Sy sendiri mengaku, ibarat langit dengan bumi.
Moral of the story, jom kita muhasabah diri kita balik. Jika kita diganggu sesuatu saat nak bertemu Allah, abaikan je even ular sawa sebesar bas canggih (bas kat alamanda).. Kita kan nak berjumpa BUAH HATI, mestilah sanggup meredah lautan api..=p
Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan
U move without sigh;
like the white linen flair,
Purity is always an affair;
As sunshine creates morning glory,
fragrance fills years as Flory;
with the immaculate eternal smile,
attached to u mile after mile;
All darkness is far away,
As light is on its way
Wishing u 1 month of Ramadan,
4 weeks of barkat,
30 days of forgiveness,
720 hours of guidance,
43200 minutes of purification,
2592000 secs of Nuur..!!
Saturday, August 07, 2010
Tomyam Oh Tomyam...
1) Ms. N
2) Ms. S
Watak sampingan:
1) Ustz. NA
2) Ms. P
3) Ms. M
*****************************************************************************
Kisahnya bermula,,,,,,
"Ustazah, boleh tak masak tomyam ayam? Ayam ni dah potong." kata Ustz NA..
Berbekalkan keyakinan 200% dan dgn mantapnya Ms. N berkata, "InsyaAllah,boleh!!!".
Ustz NA lantas berlalu pergi...
Setelah Ustz NA pergi, keempat-empat budak x matang itu berbincang cara utk memasak tomyam ayam yg tidak pernah mereka masak sblm ini (juz nengok mak masak).. Insan yg paling bersemangat utk menunjukkan skillnya ialah Ms. N..
Ms. N lantas membersihkan ayam sehingga bajunya berbau ayam. Manakala Ms. S memotong bawang dah menyediakan apa yg patut. Di satu sudut, Ms. P dan Ms. M berpenat lelah memikirkan cara dan helah utk melembutkan doh cekodok mereka..
"Ms N, camne nak masak ni? Aku x reti.. Nak masuk apa dulu?" tanya Ms S dgn penuh kerisauan.
Dgn muka selamber n rileksnya, Ms N berkata, "masukkan bawang dulu. Pastu tumis....". Ms N menerangkan langkah2 memasak tomyam dgn yakinnya.
"Korg, kitorg nak naik atas dulu. Nak mandi." ujar Ms P dan Ms M. Maka tinggallah dua insan di dapur utk melaksanakan misi mereka iaitu memasak tomyam.
"Adik nak masak apa ni?" tanya seorang mak cik yg baik hati dan peramah itu. "Masak tomyam." jawab Ms S. Disebabkan rasa belas kasihan yg amat (akibat melihat muka 2 budak kecik yg terkial-kial nak masak), mak cik tu tolonglah menumis bahan2 utk membuat tomyam.
"Ms S, selamat kita." ujar Ms N. Setelah menumis, mak cik tu pun pergi meninggalkan 2 budak kecik itu (tp mak cik tu dah ajar dulu la langkah seterunya). Selepas beberapa minit Ms N menuang air ke dalam periuk, Ustz NA dtg meninjau. "Ustazah, boleh x siap lg sepuluh minit?" tanya Ustz NA. Ms N terkebil-kebil berfikir. Baru letak air. Mane sempat nak mendidih dlm masa sepuluh minit. Ustz NA berlalu (mungkin kerana penat menunggu Ms N memberi jwpn yg x muncul2). Sebelum itu, Ms S memberitahu bahawa mereka telah kehabisan gula utk membuat air.
Beberapa juta saat kemudian, Ustz NA dtg semula dgn mmbawa gula dan sambal. Setelah mereka pergi, Ms N dan Ms S hampir terguling-guling gelak kerana Ustz NA membeli gula halus. Haruskah mereka membancuh air utk bilangan yg agak byk dgn menggunakan gula halus??
-kembali ke kisah tomyam-
Akhirnya, Ms N dan Ms S telah berjaya melahirkan tomyam yg sangat hebat rasanya (walaupun ini adalah kali pertama mereka masak tomyam).. Namun begitu, mereka telah melupakan kewujudan si serai. "Ms S!! Kita lupe letak serai lah..". Dgn nada ceria, Ms S berkata, "ala, campak je dalam periuk tu. Kan still panas lg"..
Akibat kepenatan memasak dari pagi, Ms N naik ke kawasan istirehat lebih awal berbanding Ms S, Ms P dan Ms M. Sewaktu Ms P naik ke kawasan istirehat, dye berkata, "Ms N, ko kan yg bersihkan ayam?".. Ms N kepelikan. "nape?".. "Kitorang dah buang semua kaki ayam..". Kepelikan Ms N berganda-ganda. "Ko taw x, ko x buang **** ayam tu".. Dgn muke selamber Ms N berkata, " korang taw x nape perkara itu terjadi? sbb aku siang ayam gune pisau potong kek."....
Itulah kisah apabila budak2 kecik yg x matang bajet boleh melakukan semua perkara. (sebenarnya ego tinggi. malu nak ckp kt Ustz NA yg mereka x reti masak tomyam)..Ape pun, mereka telah melahirkan satu lauk yg best dan belajar byk perkara..
kisah ini telah diubah suai sesuka hati oleh pengarah cerita; KnZ..
Wednesday, August 04, 2010
Jom STUDY..
Prof. Abu Bakar tnye kitorg,
"awak taw x aktuari tu apa?"
"awak ingat aktuari ni senang ke yg awak nk main2?"
"knp awak semua x study, malas bace buku?"
"awak taw x, aktuari ni antara kos yg TERsusah?"
tu la antara soalan2 yg buat aq TERdiam..
tp, aq rase kesian nengok prof.mase dye 'meluahkan' perasaan dye, bole ade student yg tido....cuba bygkn kita kt tmpt prof, msti la angin..(aq pn ngantuk sbnrnye, sedaya upaya menahan..hehe)
by the way,moral of the story yg aq dpt hari ni,,,
1) hormati guru/ prof/ sesape yg kasik kite ilmu..
2) betulkan niat kita, masuk U nk study bkn main2.
thanx to Prof Abu Bakar sbb telah menaikkan lg smgt aq tuk study dgn bersungguh-sungguh. ..nak berjaya bukan senang. jom kita perbaharui niat kita!!
Ayuh BERJUANG menuntut ilmu...
Sunday, August 01, 2010
Pengajaran hari ini...
1) Jgn jd extrimis agama.
- Kita mmg perlu meletakkan Islam sbgai tunjang utama tp jgn kita jd ekstrim dgn agama. Kadang2 sikap ni menjadikan mad'u kita menyampah n seterusnya lari dari kita. Natijahnya, dakwah kita x berjaya. Kita sendiri yg rugi. Kita sepatutnya ikut tahap kemampuan mad'u tuk terima satu2 perkara. Beri mereka kefahaman mengikut kemampuan mereka dan jgn menggunakan tahap yg terlalu tinggi.
2) Benci pada jahiliyah tapi sayangi mereka yg melakukan jahiliyah.
- Kita patut benci pada perkara2 jahiliyah spt buang bayi, berzina, couple n sebagainya tapi kita kena sayang orang yg melakukannya. Cam pelik je kn bila kita kena 'syg' dorang.haha.. Bila tumbuh perasaan sayang pada mereka, kita akan mendekati mereka. Bila kita dekat dengan mereka, kita akan memahami mereka. Bila kita faham mereka, dekat dengan mereka, maka mudahlah kita untuk berdakwah kepada mereka.
3) Jgn terlalu taksub pada sesuatu perkara.
- Mad'u tak suka pada daie yg terlalu taksub pada sesuatu perkara. Even benda yg kita taksub tu benda baik. Kadang2 sikap taksub tu membuatkan daie rasa rendah diri. Seakan-akan mereka bersalah dalam satu2 perkara.
4) Bina attitude yg baik.
-Sebagai daie, kita mestilah berakhlak mulia. Attitude yg baik akan menyebabkan mad'u percaya pada daie. Menyebabkan mad'u akan menceritakan masalah, rahsia dan sebagaiya pada daie. Kepercayaan mad'u dibina atas attitude seorang daie. Dalam semua perkara yg daie tu buat, mad'u akan nilai. So, berhati-hatilah wahai daie sekalian kerana setiap perkara yg anda lakukan akan menjadi perhatian mad'u..=p
5) Trust yourself.
- Seorang daie mesti berkeyakinan tinggi dan yakin dgn setiap bicaranya. Jangan mudah mengalah dan takut tuk menghadapi sebarang kemungkinan.
6) Masuk dgn semua org.
- Sifat yg perlu ada pada diri setiap daie ialah 'masuk' dgn semua mad'u nya. X kesahlah anda bertudung labuh atau berkopiah sepanjang masa, anda perlulah berkawan dengan mereka yg berlawanan drpd anda. Salah ke jika seorang yg bertudung labuh berkawan dgn mereka yg free hair?
Sedikit perkongsian hari ini berdasarkan sedikit pengalaman dan luahan rasa dari shbt tadi...
Saturday, July 31, 2010
Mendidik hati
Kerna ia sebuah ukuran
Jika bersih ia
Maka selamatlah seluruh jiwa dan raga
Tapi jika sebaliknya
Maka azablah dunia sengsaralah akhirat..
Alangkah susahnya mendidik hati
Kadang terlintas walau sekadar sesaat
Fikiran buruk dan apatah lagi perasaan benci
Pada insan lain
Sedangkan tidak ku kenalinya seperti tuhan mengenalinya
Kadang bersangka jahat pada mereka
Sedangkan tidak ku tahu apa-apa
Pada apa yang mereka lakukan
Alangkah susahnya mendidik hati
Kadang menganggap diri 1000 kali lebih baik
Kadang bangga dengan kelebihan diri
Kadang mengungkit kebaikan yang dilakukan
Sedangkan ia cacian tuhan
Alangkah susahnya mendidik hati
Kadang terbit perasaan suka pada kaum berlawanan jenis
Hingga terlalai seketika dari mengingati tuhan
Hingga berlakulah zina hati, mata serta tangan
Alangkah susahnya mendidik hati
Kerna ia selalu berbolak balik
Ibarat lalang, ditiup ke kanan, kananlah pergi
Ditiup ke kiri, ke kirilah pergi
Tiada pegangan
Alangkah susahnya mendidik hati
Melainkan insan yang dekat dengan tuhan
Insan yang mengamalkan sunnah Rasulullah
Insan yang berpasakkan al-Quran dan as-Sunnah
Insan yang mengharapkan jihad fi sabilillah
Friday, July 30, 2010
Ingatan buat diri..
Tuesday, July 27, 2010
Aku Menghitung Hari
Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan hidup pada tanggal 15 Sya'ban.. Seperti mana yg kita ketahui, bulan Sya'ban ialah bulan Rasulullah. Alhamdulillah, begitu sygnya Allah pd kita hingga Dia memberi kita kesempatan merasai bahang Ramadhan..
Ana ingin kongsikan sesuatu yg ana dpt drpd seorg senior. Dia kata, pada tanggal 15 Sya'ban, Allah menggantikan buku amalan kita dgn buku yg baru.
So, ana nk mngajak kalian semua memperbaharui niat dan amalan kita. Semoga Allah ampunkan setiap kesalahan yg pernah kita lakukan n semoga buku amalan kita yg baru ini dipenuhi dgn amal dan pahala. InsyaAllah..
Hari ini, tinggal 15 hari je lagi kita nak menyambut bulan yg paling agung. Bulan yg paling istimewa, bulan yg paling dirindui. Macam mana persiapan kita? Dah ready ke semua??
Sunday, July 25, 2010
Ustaz Bercinta??
Niat asal, tuk berjalan-jalan.
Tapi niat sebenar, tuk dgr ceramah.
(apa beza niat asal ngan niat sbnr??)
Seminar Remaja- Kembara Cinta.
tmpt, dewan Kolej Seroja.
Asalnya, bukan nak gi sgt pn..(kejam tul statement)
Tapi TERpakse..haha
Lecturer pengucapan awam suruh, sbgai kelas ganti.lebey kurang camtu la.
-tutup pengenalan-
-buka isi utama-
slot pertama disampaikan oleh Ustaz Shamsul Bahrain. Tajuk slot tu,
'Aku Telah Jatuh Cinta'.
Ustaz cerita la yg dye BERCINTA dgn isteri dye 3 TAHUN(sblm kawen)!!
Nak taw cmne??
Dulu, Ustz Shamsul pernah jd guru sementara. Sebelum ustz masuk maktab. (x pasti la umur berapa).. Isterinya pulak, pljr kt sekolah tu. Anak murid ustz la. Masa dh dkat nk berhnti, ustz rase cam 'ade feeling' kat isteri dye. Lantas, ustz pn menulis 'surat cinta' yg lebih kurg berbunyi;
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W..
Tujuan sy menulis surat ini adalah untuk melamar saudari menjadi isteri saya.
Jika saudari sudi, sila balas surat ini.
Wassalam.
Ustz pn pos surat tu. Tp, TANPA menulis nama dan alamat pengirim!! Kalau aku yg dpt surat camtu, msti la tertanya-tanya sapa yg kirim, camne nak balas surat tu.. Seakan-akan ustz membuat sesuatu yg sia2. Ye la, mengharap org tu balas tp x kasik alamat mahupun nama dye.
Namun, bila Allah takdirkan sesuatu tu berlaku, maka ia tetap akan berlaku. Satu hari, ustz menerima sepucuk surat. Isinya, lebih kurang beginila;
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,
Selawat dan salam buat Junjungan Besar, Nabi Muhammad S.A.W..
Jika saudara adalah pengirim surat tersebut, dengan nama Allah, sy menerima lamaran saudara.
Wassalam..
Wow!!Unbelievable!!
Ustz x tulis pn nama dye tapi camne isteri ustz taw ustz yg kirim surat tu!!
Nk taw x cmne?
After dapat surat tanpa pengirim tu, isteri ustz wat solat sunat istikharah. Dgn izin Allah, isteri ustz dpt petunjuk yg pengirim surat tu adalah ustz. Unik kn? After that, ustz pn 'bercinta' dgn isterinya selama 3 tahun sblm mereka disatukn.
Tapi, ustz 'bercinta'?? Camne tu?
Camni, ustz bercinta dgn berkenalan keluarga isterinya dgn lebih rapat. Kalo mereka nk jmpe pn, dtg rumah. Xde la dating ke, keluar mkn ke, or whatever la..
Kalo kita ikut garis yg Islam tetapkan, mesti xde kes mengandung anak luar nikah ke. Buang bayi ke.
Kesimpulannya, bercinta seperti yg ditetapkan dalam Islam..=)