Wednesday, August 18, 2010

Terawih VS Kucing

Tadi sy gi solat kat basement. Beberapa ketika selepas imam angkat takbir, sy nengok orang depan sy seakan-akan mengelak something. Dalam hati, asal la org dpn ni?? Rupe2 nye, ade seekor kucing yg mungkin ingin melihat reaksi insan yg 'malu' akannye..MySpace

Disebabkan imam telah beberapa ribu minit mengangkat takbir, maka sy tidak mampu untuk membantu insan dihadapan sy itu. (p/s; pastilah insan dihadapan sy itu perempuan kerana adalah sesuatu yg sangat pelik jika laki 'segan' dengan kucing)

Lepas solat tu, sy duduk termenung jap. Mungkin juga memikirkan penyelesaian masalah yg x berapa berat ni. Lantas satu sirah terbentang di fikiran sy yg ingin sy kongsikan. Mungkin boleh di ambil iktibar ketika anda diganggu kucing (bagi sesape yg alergi dgn kucing je la..)

Dulu, Saidina Ali pernah terkena anak panah kat kaki beliau. Para sahabat try tuk cabut anak panah tu tapi beliau tidak mampu menahan sakit yg amat. Satu2 nya cara tuk mencabut anak panah itu adalah ketika beliau solat. Lantas, beliau pun solat sunat 2 rakaat. Para sahabat pun mencabut anak panah itu dengan jayanya. Subhanallah, begitu hebatnya kekhusyukan beliau. Cuba kita bandingkan dengan kekhusyukan kita. Sy sendiri mengaku, ibarat langit dengan bumi.

Moral of the story, jom kita muhasabah diri kita balik. Jika kita diganggu sesuatu saat nak bertemu Allah, abaikan je even ular sawa sebesar bas canggih (bas kat alamanda).. Kita kan nak berjumpa BUAH HATI, mestilah sanggup meredah lautan api..=p

No comments: