Thursday, August 19, 2010

Camne nak orang kenang kite??

Td, selepas test Calculus, hampir semua budak2 CS1121C ketensionan. (akibat menjawab soalan yg sgt menarik).. Pas kluar kelas, sy berborak la dgn kengkawan. Tibe2 timbul 1 isu,, CAMNE NAK BUAT ORANG INGAT KAT KITE..MySpace

Disebabkan isu yg sgt menarik, kitorang pun membincangkannya. Sy rase, jawapan yg sesuai ialah, buat jahat.. Ye ar, bile seseorg buat jahat, mesti kejahatannya akan dikenang. Betul x??

Manusia ni banyak macam LALAT. Mesti cari benda yg busuk. Kalau sekali orang buat salah, mesti itulah yg dye nampak. Even orang tu la yg selalu wat benda baik. Yg jahat, yg buruk, tu jugak dye nak cari. Susah nak cari manusia yg macam LEBAH. Sentiasa berusaha untuk mencari madu. Walau sesusah mane, mesti nak cari madu. Susah nak jumpe orang sentiasa mencari kebaikan orang lain walaupun orang tu perompak ke, penjahat ke..

Pada satu papan putih, kalau sy conteng sikit jer gune marker, mesti fokus utama kita pada contengan tu kan.. Sebesar-besar papan putih, contengan kecik tu jugak yg kita TERfokus lebih. Mcm tu jugak la manusia (termasuk sy jugak), biasanya akan nampak kejahatan orang lain walaupun kejahatan tu sangat sedikit jika dibandingkan dengan kebaikan yang telah dilakukannya. Kalau nak gune nisbah, 1 kejahatan: 1000 kebaikan.

Kesimpulan dari kisah ini;
1) Ingat setiap kebaikan orang pada kita, lupe semua kejahatan orang pada kita..
2) Ingat semua kejahatan kita pada orang, lupe semua kebaikan kita pada orang..
3) buatlah jahat kalo nak orang ingat kat kite..MySpace

No comments: