Masalah terakhir yang dibincangkan Dr. Bucaille ialah perbandingan ilmu moden dan ayat-ayat dalam al-Quran berkenaan dengan sejarah yang juga terdapat dalam Taurat.
Beliau menekankan persamaan antara ilmu moden dan ayat-ayat dalam al-Quran serta menunjukkan bahawa ayat-ayat dalam Taurat tidak dapat diterima oleh sains. Ini tidak menghairankan kerana kita mengetahi bahawa kisah penciptaan alam semesta dalam Taurat adalah karya pendeta-pendeta yang hidup pada abad keenam sebelum masihi dan kitab-kitab ini dinamakan pula sebagai “kitab pendeta”. Kisah penciptaan alam dibuat sedemikian rupa sebagai suatu dakwah yang dirancang supaya orang-orang Yahudi berehat pada hari Sabtu. Kisah ini diciptakan dengan sesuatu tujuan dan sebagaimana telah diterangkan oleh Father de Vaux (bekas pengetua Sekolah Byble di Baitul Muqaddis) tujuannya adalah supaya orang Yahudi mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.
Dalam Taurat, ada satu lagi kisah mengenai penciptaan alam semesta yang lebih pendek yang dinamakan bentuk Yahvist yang menghadapi masalah ini dari pandangan lain.
Kedua-dua kisah mengenai penciptaan alam semesta ini terkandung dalam buku pertama dalam Taurat; kononnya Nabi Musa yang menulisnya. Akan tetapi, kita mengetahui bahawa kitab ini telah mengalami banyak perubahan daripada bentuk asalnya.
Sebagaimana yang diterangkan di atas, al-Quran dengan sempurnanya sesuai benar dengan konsep moden mengenai penciptaan alam semesta. Akan tetapi kenyataan Taurat mengenainya bertentangan dengan sains moden. Konsep Taurat bahawa alam semesta pada mulanya berasal seluruhnya dari air tidak dapat diterima. Begitu juga kita tidak dapat menerima Taurat merangkumi penciptaan cahaya pada hari pertama sebelum penciptaan bintang-bintang yang mengeluarkan cahaya ini. Pun kita tidak dapat terima pula konsep Taurat mengenai cahaya ini. Pun kita tidak dapat terima pula konsep Taurat mengenai adanya siang dan malam sebelum wujudnya bumi ataupun penciptaan bumi pada hari ketiga sebelum diciptakan matahari pada hari keempat. Pun konsep Taurat bahawa burung-burung muncul pada hari kelima dan haiwan di darat pada hari keenam tidak dapat diterima kerana kita mengetahui bahawa haiwan muncul sebelum burung. Semua konsep ini di dalam Taurat adalah hasil dari kepercayaan manusia pada masa Taurat itu ditulis.
Silsilah-silsilah yang terkandung di dalam Taurat yang merupakan asas takwim Yahudi menunjukkan bahawa umur dunia ini adalah 5738 yahun dan ini sudah terang amat keliru. Sistem solar kita yakni matahari dan bintang-bintang siarah yang sembilan ini mungkin berumur 4 bilion tahun dan manusia seperti kita sekarang telah muncul sekurang-kurangnya berpuluh-puluh ribu tahun.
Penting sekali kita sedari di sini bahawa di dalam al-Quran tidak terdapat penentuan-penentuan mengenai tarikh-tarikh yang disebut secara jelas di dalam Taurat.
Kedua, kita juga boleh membandingkan kisah air bah pada zaman Nabi Nuh a.s sebagaimana terkandung dalam al-Quran dan membandingkannya dengan kisah sebagaimana terkandung dalam Taurat. Sebenarnya kisah dalam Taurat menggabungkan dua penjelasan yang diceritakan berlainan. Di dalam Taurat disebut bahawa air bah itu meliputi seluruh dunia dan terjadi 300 tahun sebelum Nabi Ibrahim. Menurut apa yang kita ketahui mengenai Nabi Ibrahim ini bererti terjadinya suatu bencana alam yang meliputi seluruh dunia pada abad 21 atau 22 sebelum masihi. Akan tetapi sejarah telah membuktikan ini tidak pernah terjadi.
Bagaimana kita dapat menerima konsep bahawa dalam abad 21 atau 22 sebelum masihi, semua manusia dihancurkan oleh suatu banjir di mana kita mengetahui bahawa pada masa itu di Mesir, misalnya, telah berkembang suatu tamadun yang tinggi.
Maka tidak ada satu dari kenyataan-kenyataan dalam Taurat tadi dapat diterima oleh sains moden.
Dari pandangan ini, dapatlah kita melihat jauhnya perbezaan Taurat dengan al-Quran.
Berbeza dengan Taurat, kita melihat kisah Nabi Nuh yang terkandung dalam al-Quran menceritakan suatu bencana yang dikenakan pada kaum Nabi Nuh sahaja. Mereka dihukum kerana dosa-dosa sebagaimana bangsa lain yang menyeleweng. Al-Quran tidak menentukan bila air bah ini terjadi. Kisah al-Quran mengenai masalah ini tidak dapat disoalkan dari pandangan sejarah atau ilmu purbakala.
Ketiga, kita boleh bandingkan mengenai kisah Nabi Musa terutama sekali mengenai kisah Bani Israel meninggalkan Mesir di mana mereka telah diperhambakan oleh Firaun. Dr. Bucaille menyimpulkan kisahnya begini. Antara Taurat dan al-Quran, ada persamaan dan ada pula yang bertentangan. Dalam beberapa hal, dua kitab ini saling terang-menerangkan. Menurut Dr. Maurice Bucaille, kemungkinan besar Merneptah, pengganti Ramessess II, yang menjadi Firaun pada masa Bani Israel meninggalkan Mesir. Kalau kita membandingkan butir-butir dalam Taurat dengan kenyataan-kenyataan ilmu kajipurba, kita lebih yakin bahawa Merneptah menduduki takhta Mesir pada masa itu. Apa yang terkandung dalam Taurat juga menunjukkan bahawa Nabi Musa dilahirkan pada masa pemerintahan Ramessess II.
Penyelidikan oleh pakar-pakar perubatan atas mayat Merneptah telah memberi banyak keterangan mengenai apa yang menyebabkan kematiannya.
Mayat Firaun tersebut ditemui mati pada tahun 1898. Dalam Taurat, disebut bahawa ia tenggelam di dalam laut tetapi tidak ada sebarang keterangan mengenai apa yang terjadi di atas mayatnya. Akan tetapi, dalam al-Quran disebut bahawa mayat Firaun yang akan masuk neraka akan diselamatkan dari air. Disebut dalam surah Yunus ayat 92;
“Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu (bangkainya) untuk menjadi tanda bagi orang-orang dibelakangmu”.
Suatu penyelidikan doktor-doktor atas mayat tersebut telah menunjukkan bahawa ianya tidak lama di dalam air kerana tidak ada tanda-tanda kerosakan yang akan terjadi kalau ia tenggelam dalam air pada masa yang panjang.
Sekali lagi kisah-kisah yang terkandung di dalam al-Quran sesuai dengan apa yang diketahui sekarang. Pun tidak ada sebarang pertentangan antara sains dengan ayat-ayat al-Quran.
Taurat merupakan suatu kumpulan karya-karya sastera yang dihasilkan selama 9 abad dan telah banyak ditokok tambah. Peranan manusia dalam isi kandungan Taurat sangat besar.
Akan tetapi wahyu Islam mempunyai sejarah yang berlainan sekali. Sejak diwahyukan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W, ia dihafal dan ditulis pada masa hayatnya. Maka tidak ada sedikit syak atau sebarang keraguan bahawa al-Quran hari ini sama dengan al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad 1400 tahun yang lalu.
Maka kalau diselediki al-Quran secara objektif dengan cara sains, kita dapat melihat persamaan antara keduanya. Sebagaimana telah diterangkan beberapa kali, tidak mungkin manusia yang hidup pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. dapat menulis mengenai masalah-masalah ini memandangkan keadaan ilmu pada masa hayatnya tidak memungkinkan manusia dapat mengetahui perkara-perkara ini. Inilah sebahagian dari pertimbangan-pertimbangan yang memberi tempat yang istimewa pada al-Quran dan memaksa seorang pakar sains yang benar-benar objektif untuk mengakui ia tidak dapat menjelaskan al-Quran hanya didasarkan alasan-alasan kebendaan.
~Tamat~
Wednesday, April 28, 2010
Tuesday, April 27, 2010
Al-Quran VS Taurat: Kelahiran Manusia.
Dalam al-Quran, masalah kelahiran manusia dibincangkan banyak kali dengan cara yang merupakan suatu cabaran bagi seorang pakar pada peringkat awal. Hanya selepas lahirnya sains-sains yang dapat menambah pengetahuan kita mengenai ilmu kajihayat dan lebih-lebih lagi selepas penciptaan teropong mikroskop, dapatlah manusia mengerti ayat-ayat ini. Tidak mungkin manusia yang hidup pada zaman Nabi S.A.W dapat mennjelaskan konsep seperti itu. Tidak ada bukti bahawa pada zaman itu manusia di Asia Barat dan Semenanjung Arab mengetahui lebih banyak mengenai masalah ini daripada orang-orang barat atau di lain-lain tempat di dunia.
Pada masa al-Quran diwahyukan, terdapat banyak tahyul dan cerita dongeng mengenai masalah kelahiran. Tetapi kalau kita membandingkan isi al-Quran dan ilmu moden, kita akan mengkagumi persamaan antara keduanya dan mengakui bahawa tidak ada di dalam al-Quran satupun ayat yang menerima konsep salah mengenai masalah kelahiran semula yang diterima oleh masyarakat pada waktu itu.
Kemudian Dr. Bucaille mengambil dari ayat-ayat al-Quran semua konsep air yang begitu komplex yang diperlukan untuk mensenyawakan dan juga kenyataan bahawa hanya diperlukan setitis air kecil untuk menentukan persenyawaan itu berhasil atau dalam erti kata lain hanya memerlukan intinya (saripatinya). Begitulah ia menterjemahkan perkataan sulalatin dalam surah al-Anfal ayat 32;
“Kamudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani)”.
Penanaman telur dalam rahim ibu dijelaskan dengan sempurna di dalam banyak ayat dengan mempergunakan perkataan ‘alaq. Dijelaskan dalam surah al-‘Alaq dalam ayat 2;
“Allah telah menjadikan manusia dari sesuatu yang melekat”.
Dr. Bucaille berpendapat bahawa perkataan yang tepat untuk menterjemahkan perkataan ‘alaq itu adalah “sesuatu yang melekat” dan bukanlah “segumpal darah”. Dan erti ini lebih sesuai dengan makna perkataan ‘alaq.
Perkembangan janin dalam rahim hanya dijelaskan sepintas lalu tetapi apa yang dijelaskan adalah sangat tepat kerana perkataan yang sederhana yang menyebutnya sesuai benar dengan peringkat-peringkat perkembangannya. Dalam surah al-Mukminun ayat 14;
“Kemudian Kami jadikan mani itu sesuatu yang melekat, lantas jadikan ia seketul daging itu, lantas daging itu Kami jadikan tulang. Lalu tulang-tulang itu Kami liputi dengan daging”.
Perkembangan janin sebagaimana dijelaskan dalam ayat ini sesuai benar dengan apa yang telah diketahui sains moden.
Perkataan mudgha sesuai benar dengan bentuk janin pada suatu peringkat yang tertentu dalam perkembangannya di mana ia memang nampak seperti seketul daging yang dikunyah.
Sekarang kita mengetahui bahawa tulang-tulang berkembang dalam mudgha ini dan kemudiannya diliputi dengan otot. Inilah makna dari perkataan lahm (daging keras).
Kemudian janin itu melalui perigkat di mana ada bahagian dari tubuhnya yang seimbang atau sempurna dengan apa yang nanti terbentuk ketika ia membesar. Kata Dr. Bucaille,mungkin inilah erti dari ayat 5 surah al-Hajj;
“Kami telah jadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitik mani, kemudian dari seketul darah, kemudian ini dari sekepal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna kejadiannya”.
Kemudian dalam ayat 9 surah as-Sajadah disebut masalah pancaindera dan bahagian tubuh yang berkenaan dengan hati (perasaan);
“Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam tubuhnya roh (ciptaan)Nya dan Dia jadikan bagi kamu pendengaran dan penglihatan dan hati”.
Tidak asas sesuatu di sini yang bertentangan dengan ilmu sains sekarang dan penyesuaian di antara kedua sangat jelas. Tetapi juga sangat perlu untuk ditekankan di sini bahawa pada waktu al-Quran diwahyukan, banyak terdapat khayalan dan kekeliruan dalam masalah ini tetapi satupun dari kekeliruan ini tidak terdapat di dalam al-Quran.

Sunday, April 25, 2010
Di beri satu nikmat, di tarik satu nikmat.
Setiap hari, setiap detik, terlalu banyak nikmat yang dikurniakan kepada kita. Nikmat dapat menyedut udara, dapat menggerakkan anggota badan, dan berbagai lagi. Alhamdulillah.. Beribu kesyukuran kepada Yang Mengurniakan Nikmat. Kerana kasih sayangNya, dapatlah kita merasai nikmat itu.
Kalau nak dihitung, terlalu banyak kurnia yang diberi. Tidak terhitung dek akal fikiran manusia yang terhad.
Namun, tanpa kita sedari, Dia mengurniakan nikmat berupa kesenangan. Hingga kita terleka dan terlalai tuk mengerjakan ibadah kepadaNya. Makin hari, kita makin jauh dariNya.
Jika pada zaman dahulu, para ulama’ bersusah payah bermusafir berbatu-batu hanya tuk mencari ilmu walaupun sekadar satu hadis soheh. Jika dahulu, Imam Syafie yang tidak mampu membeli kertas tuk belajar, menulis di atas tangannya menggunakan air liur. Kita sekarang? Sekolah berlambak. Dengan silibus pembelajaran yang telah ditetapkan. Tak perlu bermusafir jauh-jauh. Tapi cuba kita bandingkan ilmu kita dengan para ulama’ terdahulu. Mampukah kita menjadi seperti Imam Syafie yang menulis di atas pelepah tamar sedangkan kita mempunyai buku dan pena yang jauh lebih baik.
Jika di Bumi Waqafan dahulu, kita sibuk dengan pelbagai aktiviti. Tapi masih sempat lagi menunaikan solat sunat dhuha. Sanggup mengorbankan masa rehat pergi ke surau. Sempat mencuri masa 40 minit rehat sebelum bermulanya kertas seterusnya sewaktu SPM tuk menghadap Illahi. Tapi sekarang? Terlalu banyak masa terbuang begitu sahaja. Dari celik mata pagi hingga ke pejam mata semula, tak berganjak dari depan televisyen. Nak menunaikan solat sunat 2 rakaat pun dah terasa berat. Malahan,tuk solat berjemaah dan solat di awal waktu pun dah payah.
Kita sanggup berjaga malam semata-mata tuk menghabiskan novel cinta. Tapi al-Quran? Berapa banyak kita baca sehari? Sedangkan kita dikurniakan nikmat lampu. Bukan seperti zaman dahulu yang terpaksa menggunakan lampu pelita.
Oh, kita makin leka!!
Dikurniakan dengan nikmat yang berbagai tapi kita makin jauh dariNya. Alangkah ruginya jika kita hanyut dan terus hanyut.
Para pembaca sekalian, sedarlah bahawa kita sedang diuji sekarang. Diuji dengan nikmat kesenangan. Satu analogi, seekor monyet berpaut kuat pada dahan ketika angin kencang. Setelah reda, monyet tersebut berehat di atas dahan. Menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Namun, akhirnya monyet tersebut jatuh ke tanah kerana terlalu asyik menikmati angin yang nyaman itu.
Kita akan menjadi seperti monyet itu jika ketika diuji dengan kesusahan, padaNya kita mengadu dan bergantung harap. Tapi apabila kita diberi beribu kesenangan, kita jauh dan makin jauh dariNya. Nauzubillahi min zalik.

Saturday, April 24, 2010
Al-Quran VS Taurat : Tumbuh-tumbuhan dan Haiwan
Sekali lagi ditegaskan bahawa baru sejak zaman moden ini, dengan kemajuan sains kita dapat mengerti ayat-ayat al-Quran dengan mudah dan lebih mendalam. Ada banyak ayat lain yang pada zahirnya mudah difahami tetapi sebaliknya ada erti dari segi ilmu hayat yang mendalam maknanya. Misalnya surah al-Anbiya’ ayat 30;
اولم يرالنين كفروا ان السموت والارض كانتا رتقا ففتقنهما وجعلنا من الماء كل شئ حي افلا يوءمنون
“Dan tidakkah orang-orang kafir itu lihat bahawa sesungguhnya langit-langit dan bumi itu dahulunya adalah sekepal, lalu Kami pisahkan antara keduanya: dan Kami jadikan air dari tiap-tiap suatu yang hidup?”.
Ayat ini bukan hanya menunjukkan bahawa tiap-tiap benda yang hidup diciptakan dari air sebagai bahan bakanya tetapi juga ayat ini merupakan suatu pengakuan bahawa asal segala makhluk yang hidup adalah daripada air. Juga ia mengandungi fahaman bahawa tanpa air, sesuatu benda tidak dapat hidup.
Perkataan yang diterjemahkan sebagai air ialah maa’ yang bermakna air hujan, air laut atau sebarang benda yang encer. Dalam ertikata lain, air hujan merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan tumbuh-tumbuhan. Dalam surah Thaha ayat 53 menyebut;
وانزل من السماء ماء فاخرجنا به ازواجا من نبات شئ
”Dan diturunkan dari langit air hujan, maka Kami tumbuhkan dengan air hujan itu berjenis-jenis tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam”.
Dalam erti maa’ sebagai cecair tanpa perincian, kata maa’ tersebut dipakai secara tidak diterangkan lebih lanjut untuk menunjukkan dasar semua haiwan. Dalam surah an-Nur ayat 45 disebut;
والله خلق كل دابة من ماء
“Dan Allah menciptakan semua jenis haiwan dari air”.
Dengan keterangan itu, ayat-ayat al-Quran mengenai asal kehidupan pada amnya, atau unsur yang menyebabkan munculnya tumbuh-tumbuhan atas bumi atau asas bibit haiwan sesuai dengan fakta sains. Tidak ada dalam al-Quran mengenai masalah-masalah ini yang diyakini oleh manusia pada waktu al-Quran diwahyukan.
Kemajuan dalam ilmu hayat pada masa Rasulullah tidak cukup maju untuk menentukan sebagai suatu hukum bahawa biasanya tumbuh-tumbuhan mempunyai alat betina dan alat jantan. Tetapi dalam surah Thaha ayat 53;
وانزل من السماء ماء فأخرجنا به ازواجا من نبات شئ
“Dan (ia telah) turunkan air dari langit-langit, lalu Kami terbitkan dengan (air) itu beberapa jodoh dari tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam”.
Hari ini kita mengetahui bahawa buah-buahan dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan yang mempunyai sifat kelamin (walaupun ia datang dari bunga yang tidak disenyawakan seperti pisang). Dalam surah ar-Ra’du ayat 3 disebut;
ومن كل الثمرات جعل فيها زوجين اثنين
“Dan tiap-tiap buah-buahan ia jadikan sepasang”.
Renungan mengenai kelahiran haiwan dikaitkan dengan renungan mengenai manusia.
Dalam bidang kaji tugas alat tubuh (physiology), ia satu ayat yang sangat bererti. Seribu tahun sebelum manusia mengetahui peredaran darah dan tiga belas abad sebelum manusia mengetahui apa yang terjadi dalam usus untuk memberi zat makanan kepada tubuh dengan proses penyerapan percernaan ada sebuah ayat dalam al-Quran yang menjelaskan sumber unsur-unsur yang terkandung dalam susu sesuai dengan proses itu.
Untuk memahami ayat ini, kita mesti terlebih dahulu mengerti bahawa di dalam usus ada suatu reaksi kimia di mana bahan-bahan yang diambil dari makanan masuk dalam darah melalui suatu sistem yang amat komplex dan kadang-kadang melalui hati (liver) bergantung kepada susunan bentuk kimia bahan-bahan dalam makanan itu. Kemudian darah membawa bahan-bahan yang diambil dari makanan itu kepada bahagian-bahagian tubuh. Di antaranya adalah kelenjar yang mengeluarkan susu.
Tanpa dibincangkan ini terlalu mendalam, kita boleh menegaskan secara kasarnya bahawa terjadi ketibaan bahan-bahan dari usus yang diresapi oleh kulit usus kemudian bahan-bahan itu dibawa oleh darah.
Kita hanya dapat memahami ayat 66 dari surah an-Nahl;
وان لكم في الانعام لعبرة نسقيكم مما في بطونه من بين فرث ودم لبنا خالصا سا.ىغا للشاربين
“Dan sesungguhnya bagi kamu pada binatang ternakan itu (an’am) ada pelajaran: Kami beri minum kamu dari apa yang ada diperut-perutnya (yang terbit) dari antara isu ususnya dan darah iaitu susu bersih, yang sedap bagi orang-orang yang meminumnya”.

Thursday, April 22, 2010
Al-Quran VS Taurat : Bumi
Kalau dikaji surah az-Zumar ayat 21;
“Tidakkah engkau lihat bahawa Allah turunkan air dari langit, lalu Ia salurkan ia disumber-sumber di bumi kemudian Ia keluarkan dengannya tumbuh-tumbuhan yang bermacam-macam warnanya ........”.
Hari ini, kita tidak hairan dengan penjelasan yang sedemikian tetapi kita jangan lupa bahawa fakta ini tidak terdapat pada masa yang lampau. Hanya pada abad ke-15 dengan penemuan Bernard Palissy, dapat kita fahami peredaran air dengan lengkap. Peredaran air (air disejat dari laut, jadi awan, jatuh menjadi hujan dan diserap ke dalam tanah, kemudian menjadi sungai dan kembali semula ke laut). Sebelum Palissy, peredaran air tidak difahami dan teori yang dipegang ialah air di lautan dihala oleh angin ke pedalaman benua-benua. Kemudian air itu kembali ke lautan melalui suatu jurang yang tidak terduga dalamnya, yang sejak zaman Plato disebut sebagai Tartarus.
Pada abad ke-17, pemikir besar seperti Descartes pun mempercayai Tartarus dan sehinggalah abad ke-19 masih terdengar perbincangan mengenai teori Aristotles. Menurut Aristotles, air mengembun di gua besar yang sejuk dan di situ menjadi sebuah danau yang besar yang menjadi sumber air bagi sungai-sungai kecil. Hari ini kita sedar bahawa air di bawah tanah disebabkan penyusupan air dalam tanah. Kalau kita bandingkan kenyataan ilmu mengenai air dengan apa yang terkandung di dalam al-Quran, nampak terang penyesuaian antara keduanya dan di dalam al-Quran tidak terdapat fahaman-fahaman salah yang diterima manusia pada zaman Nabi Muhammad S.A.W.
Dari ilmu alam, suatu kenyataan yang baru disedari ialah kejadian lipatan batu yang membentuk gunung-ganang. Juga baru kita fahami kulit bumi ini boleh diibaratkan seperti kulit telur yang keras tetapi tipis yang boleh kita hiidup di atasnya. Sedangkan lapisan-lapisan di bawah itu adalah panas dan cair dan di dalamnya sebarang benda yang bernyawa tidak dapat hidup. Juga kita mengetahui bahawa teguhnya gunung-ganang adalah terikat dengan masalah lipatan ini kerana lipatan inilah yang membentuk batu asas bagi timbunan batu-batu yang menjadi gunung.
Marilah kita bandingkan fahaman sains dengan salah satu ayat yang membincangkan masalah ini iaitu dalam surah an-Naba’ ayat 6-7;
“bukankah Kami telah jadikan bumi itu terbentang luas dan gunung-ganang sebagai pasak (pancang)”.
Perkataan awtada (pasak) adalah ibarat pancang pada sebuah khemah yang membuatkan ia berdiri tegak. Awtada di sini pula bermaksud asas lipatan bumi ini.

An e-mail from my sis
In case you feel down:
1. Those who easily give up his/her dreams, sadly said: Are those who shouldn't live in this world :)
2. We are living to our fullest. Fully utilize all the sources and economically manages our dreams in the most efficient and effective ways. We are living in competitive market. Shouldn't think all things will run smoothly.
Allah tak uji hamba-Nya dengan sesuatu yang tak mampu untuk ditanggung. Ada hikmah yang tersembunyi; yang tak nampak sekarang tapi akan muncul suatu hari nanti :)
3. Don't you ever try to give up.
Be strong.
Thing that doesn't kill you make you stronger!
4. I will pray for your success. Always.
5. Go to hell with all the chats/talks. Go to hell with all the normality. We own our lives. Haha. Just tell them: Just keep your mouth shut!
6. I believe in you; so you better believe it too!
Truly, Madly, Deeply;
sincerely from the bottom of my heart,
you made us proud and will always make us proud!
Your sister,
zayda.

Monday, April 19, 2010
Al-Quran VS Taurat : Ilmu Falaq
Kadangkala kalau kita menyebut penemuan-penemuan ilmu falaq berkenaan dengan al-Quran, orang barat menyatakan bahawa ini tidak menghairankan kerana orang-orang arab mencapai banyak kemajuan dalam bidang ini jauh sebelum orang barat.
Tetapi kata-kata itu menunjukkan bahawa mereka tidak memahami sejarah. Pertama, sains berkembang di negeri-negeri arab selepas al-Quran diwahyukan. Keduanya, ilmu sains yang ada pada zaman keemasan ketamadunan Islam tidak memungkinkan manusia menulis ayat-ayat mengenai ilmu falaq seperti yang terkandung di dalam al-Quran. Hal ini kerana masalah ini sungguh luas maka di sini hanya dapat dikemukakan garis-garis besarnya.
Di dalam Taurat, matahari dan bulan disebut sebagai dua bintang yang berbeza besarnya. Tetapi al-Quran membezakan antara bulan dan matahari dengan menggunakan panggilan yang berlainan bagi cahayanya. Nur bagi bulan dan siraj / wahhaj bagi matahari. Disebut mengenai hal ini dalam surah Nuh ayat 15-16;
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat. Dan Allah menciptakan padanya bulan sebagai cahaya dan menjadikan matahari sebagai pelita”.
Dan juga di dalam Surah an-Naba’ ayat 12-13;
“Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh. Dan kami jadikan pelita yang amat terang (matahari)”.
Bulan merupakan sebuah benda yang tidak mempunyai kuasa sendiri yang hanya memancarkan panahan cahaya tetapi tidak mempunyai cahaya sendiri. Ini yang digambarkan dengan perkataan nur. Yang digambarkan dengan perkataan siraj dan wahhaj ialah suatu benda di langit yang kekal dalam keadaan berbakar dan suatu sumber cahaya dan panas.
Perkataan ‘bintang’ dalam bahasa Arab (najm) disertai dengan sesuatu perkataan lain (Tsaqib) yang menunjukkan bahawa najm ini membakar dan memakan dirinya sambil cahayanya menembus kegelapan malam. Ayat 1-3 surah at-Thariq menjelaskannya;
“Demi langit dan yang datang pada malam hari hari. Tahukah kamu apakah datang pada malam hari? Iaitu bintang yang cahayanya menembus”.
Dalam Quran, perkataan kawkab membawa erti bintang siarah (planet) yang hanya menerima panahan cahaya tetapi tidak mempunyai cahaya sendiri seperti matahari sebagaimana terdapat dalam surah an-Nur ayat 35;
“Allah itu pemberi cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya (Allah) adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang yang bercahaya seperti mutiara.”
Kita hari ini mengetahui bahawa alam semesta ini adalah dalam keadaan seimbang dengan letaknya bintang dalam suatu peredaran yang tertentu dan juga dengan kekuatan daya tarik yang terikat yang saling mempengaruhi antara satu sama lain bertalian dengan jisimnya dan kecepatannya yang tersendiri. Inilah yang dijelaskan di dalam al-Quran dengan kata-kata yang hanya dapat difahami pada zaman ini ketika ia menyebut keseimbangan ini di dalam surah al-Anbiya’ ayat 33;
“Dan Dialah Allah yang telah menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, (sedang semua itu) bergerak beredar di landasan (masing-masing)”.
Perkataan yasbahun dalam ayat memberi makna bahawa edaran atau gerakan itu terdapat dari apa saja benda yang bergerak, sama ada gerakan kaki sambil kita berlari ataupun gerakan sewaktu berenang di dalam air. Dalam hubungan dengan benda yang ada di langit, perkataan ini diterjemahkan dalam erti asal iaitu “berjalan dengan gerakannya sendiri”.
Penjelasan dalam al-Quran mengenai perselisihan siang dan malam mungkin cuma perkara biasa. Akan tetapi, di dalam al-Quran masalah ini disebut dengan kata-kata yang sangat bererti hari ini. Ini kerana kata perbuatan kawwara yang digunakan dalam surah az-Zumar ayat 5;
“Ia diputarkan malam atas siang, dan ia diputarkan siang atas malam”.
Perkataan kawwara digunakan untuk menggambarkan bagaimana siang dan malam bertukar dan melilit seperti serban dililit mengelilingi kepala. Ini merupakan suatu perbandingan yang tepat tetapi pada masa al-Quran diturunkan ilmu falaq yang diperlukan untuk mengambil kesimpulan ini langsung tidak ada. Hanya hari ini dengan satelit, dapatlah kita melihat gambaran yang terkandung di dalam al-Quran kerana kita melihat bumi berputar terus-menerus dengan putaran siang dan malam disebabkan cahaya matahari pada suatu masa hanya memenuhi separuh dari bumi sedangkan pada masa yang sama separuh lagi yang lain dalam keadaan gelap. Konsep bahawa bumi ini berputar dan matahari terletak dalam kedudukan yang tetap (dalam hubungannya dengan bumi) adalah konsep yang sangat moden.
Perkembangan langit-langit dan tempat matahari yang tetap juga dijelaskan di dalam al-Quran sesuai dengan kajian sains. Dengan menggunakan perkataan mustaqarr dalam surah Yasin ayat 38, al-Quran menjelaskan bahawa matahari mempunyai suatu tempat tertentu;
“Dan matahari berjalan di tempat peredarannya, demikian ketetapan (Tuhan) Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui”.
Ayat ini menjelaskan bahawa matahari berkembang dan menuju ke suatu tempat tertentu. Matahari merupakan suatu bintang yang berumur 4.5 bilion tahun, telah mengalami proses perkembangan dan ia akan berubah. Matahari disebut dalam ayat itu mengarah ke tempat yang khas. Tempat itu dinamakan dalam ilmu falaq sebagai apex dan dalam sistem matahari kita berkembang dalam angkasa dan menuju ke suatu tempat tertentu dengan kecepatan 19 kilometer sesaat.
Al-Quran juga menjelaskan perluasan alam semesta. Misalnya dalam surah az-Dzariyat ayat 47;
“Dan langit itu Kami bangunkan dengan kekuasaan Kami, dan Kami luaskannya”.
Perluasan alam semesta adalah suatu perkara yang dibuktikan oleh sains. Yang dipersoalkan, bagaimana ia terjadi? Dari ‘general theory of relativity’ perluasan alam semesta diakui oleh ilmu fizik dalam pemeriksaan mengenai bimasakti yang membuktikan bahawa bimasakti-bimasakti saling menjauhkan diri antara satu sama lain. Ayat diatas sangat sesuai dengan penemuan sains moden ini.
Manusia sekarang dapat meneroka dan menembus angkasa lepas. Penerbangan manusia ke angkasa lepas adalah kerana kemajuan teknologi yang memungkinkan pendaratan manusia di bulan. Tetapi surah ar-Rahman ayat 33, Allah menyebut;
“Hai golongan jin dan manusia! Jika kamu dapat keluar dari sempadan-sempadan langit-langit dan bumi, cubalah kamu tembusi. Kamu tidak dapat menembus keluar melainkan dengan sulthan (dari kami)”.
Sulthan atau kekuasaan berasal dari Allah dan seluruh surah itu menyuruh manusia mengakui nikmat dan kemudahan yang telah Allah berikan kepada manusia.

Thursday, April 15, 2010
Al-Quran VS Taurat : Penciptaan Alam.
Apa yang disebutkan di dalam al-Quran berbeza sekali dengan apa yang disebut di dalam Taurat. Ini menunjukkan kesilapan-kesilapan para penulis barat yang selalu menunjukkan persamaan antara al-Quran dan Taurat. Mereka hanya melihat penyesuaian tetapi tidak sedar atas perbezaan-perbezaan ini.
Di dunia barat bila disebut masalah pencipta alam semesta terdapat suatu kecenderungan yang kuat untuk menyatakan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. hanya meniru garis-garis besar yang terkandung dalam Taurat. Memang mungkin kita melihat ada persamaan antara kisah penciptaan alam semesta dalam masa enam hari yang ditambah dengan satu lagi rihat bagi Tuhan pada hari Sabbath (senagaimana terkandung dalam kitab Taurat) dengan ayat tujuh dari Surah al-A’raf:
“Sesungguhnya Tuhan kamu itu ialah Allah, yang menjadikan langit-langit dan bumi dalam enam (hari atau masa)”.
Dalam Taurat, ‘hari’ memang diertikan sebagai suatu masa antara dua terbit matahari yang berturut-turut atau antara dua terbenam matahari berturut-turut. Akan tetapi penafsir-penafsir Quran moden telah menjelaskan bahawa perkataan ayyam atau yaum tidak hanya bermakna suatu masa yang berjumlah 24 jam tetapi juga diertikan dengan makna ‘masa yang panjang’ atau ‘zaman’. Misalnya dalam surah as-Sajadah ayat 5;
“Dalam satu hari yang panjangnya seribu tahun perhitungan kamu”.
Atau dalam surah al-Ma’arij ayat 4;
“Dalam satu hari yang panjangnya lima puluh ribu tahun”.
Di dalam al-Quran, tidak disebut mana yang dicipta terlebih dahulu- langit atau bumi berbanding di dalam Taurat. Al-Quran ada menyebut bumi sebelum langit dan langit sebelum bumi. Juga al-Quran tidak menyebut urutan-urutan dalam penciptaan langit dan bumi bila disebut masalah penciptaan alam sebagaimana terdapat dalam surah Taha ayat 4;
“Diturunkan dari (Tuhan) yang menjadikan bumi dan langit-langit yang tinggi”.
Apa yang dapat difaham dari al-Quran, langit dan bumi berkembang seiringan. Terdapat juga butir-butir asas mengenai adanya sesuatu jisim asal bergas (dukhan) yang unggul. Unsur-unsur yang terkandung dalam dukhan ini walaupun pada awalnya terikat ketat (ratq) tetapi kemudian berpisah (fatq). Seperti yang diterangkan dalam surah Fusilat ayat 11;
“kemudian Ia (Allah) menuju kepada (pembikinan) langit, padahal ia itu asap”.
Dan juga terdapat dalam surah al-Anbiya’ ayat 30;
“Dan tidaklah orang-orang kafir itu lihat bahawa sesungguhnya langit-langit dan bumi itu (dahulunya) adalah sekepal, lalau Kami pisahkan antara keduanya.........”
Hasil daripada proses pemisahan ini adalah wujudnya alam yang banyak yang merupakan suatu konsep yang sering kali disebut di dalam al-Quran. Bahkan ayat pertama dari surah al-Fatihah menyebut alam dalam kata majmuk (‘alamin).
Semua ini sesuai dengan kajian sains mengenai wujudnya sekelompok bintang (nebulla) utama dan proses pemisahan antara unsur-unsur yang terkandung dalam jisim unggul yang asal. Akibatnya pemisahan ini ialah pembentukan bimasakti (gugusan bintang-bintang yang banyak), kemudian ketika ini berpecah terbentuk bintang dan dari bintang lahirlah siarah (planet).
Masalah adanya penciptaan antara penciptaan langit-langit dan bumi disebut di dalam surah Furqan ayat 59;
“Allah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan apa-apa yang ada diantara keduanya”.
Penciptaan antara langit-langit dan bumi selaras dengan penemuan moden mengenai jambatan bahan-bahan yang terdapat di luar sistem falaq yang tersusun.
Urutan-urutan penciptaan langit dan bumi sebagaimana disebutkan di dalam Taurat tidak dapat diterima. Khasnya kerana di dalam Taurat menyatakan bahawa bumi dicipta pada hari ketiga dan langit pada hari keempat.
Kesimpulannya, TIDAK MUNGKIN Nabi Muhammad S.A.W. mengambil pelajaran dari kitab Taurat kemudian membaikinya sendiri sehingga beliau dapat membuat suatu kesimpulan yang benar mengenai pembentukan alam padahal konsep ini hanya berkembang berabad-abad lama setelah baginda wafat.

Wednesday, April 14, 2010
Al-Quran VS Taurat : Pengenalan
Bismillahirrahmanirrahim.
Beberapa hari yg lalu, sy pulang ke kampung.. Masa tengah baca surat khabar kat ruang tamu, tiba2 pak sik sy datang ke meja (tempat sy baca surat khabar).. “Eh, ni buku yg pak uda beli masa kat Kolej Islam dulu..”kata pak cik sy.
Buku yg bertajuk ‘al-Quran dan sains moden’ karangan Maurice Bucaille tetapi di alih bahasa oleh Fadlulllah Wilmot.
Sebuah buku yg didasarkan kepada sebuah syarahan yg diberikan oleh Dr. Maurice Bucaille di Institut Komenwel di London pada 4hb Jun 1978 di bawah naungan Majlis Islam Eropah. Sebuah syarahan berpandukan buku ‘Quran, Bible dan Sains’ karya beliau sendiri.
Sebuah buku yg nipis tetapi mempunyai isi yg sgt2 berguna. Taurat yg dimaksudkan dalam buku ini bukanlah kitab taurat yg asli tetapi taurat yg ada pada orang Yahudi pada hari ini ataupun kitab Bible.
InsyaAllah sy akan postkan isinya dalam entry akan datang.. Semoga dengannya kita dapat melihat keagungan dan keindahan Islam.
Wallahu a’lam..

Saturday, April 10, 2010
ape cite nih??
Satu hari ni, sy balik kg. Rumah nenek belah ayah. Sy sampai petang. Kalau tak silap, lepas Zohor sebab ada sepupu ayah sy buat kenduri kahwin.
Selepas pergi kenduri kahwin, berehat la sekejap kat rumah nenek saya sebelum balik ke Mersing semula. Mak ayah saya ngobrol lah dgn atuk dan nenek sy. Sy dan adik sy hanya diam. Ye la, takkan la nak menyampuk bila org tua berborak. Kurang sopan.
Entah macam mana tiba2 atuk sy terbuka cerita. Atuk sy pergi menghadiri majlis akad nikah sepupu ayah sy tu. Akad nikahnya buat kat masjid yang berdekatan dgn rumah nenek sy. Dan akad nikahnya tu, guna mikrofon. Jadi, org kampung boleh dengar pengantin lelaki terima akad. Waktu tu, ada dua pasangan pengantin yg nak akad nikah.
Satu pasangan ni, selepas akad, tok kadi suruh la si pengantin lelaki membaca surah al-fatihah. Dengan menggunakan mikrofon, dan semua penduduk boleh dengar, si pengantin lelaki itu pun membaca surah al-fatihah seperti yang disuruh oleh tuk kadi tadi. Malangnya pengantin lelaki itu tidak lancar membaca surah al-fatihah. Beberapa kali kena ulang. Sampaikan tok kadi tu kata, “baru suruh baca surah al-fatihah bukan surah al-baqarah.”
Bayangkan betapa malunya. Majoriti penduduk disitu mendengar bacaannya yang tidak lancar dan mendengar “komen” tok kadi terhadap pengantin lelaki tersebut. Alangkan surah al-fatihah yang biasa kita baca dalam setiap rakaat setiap kali solat pun tidak lancar, apatah lagi surah lain. Dan bagaimana ingin membina sebuah institusi kekeluargaan jika perkara asas pun masih tergagap-gagap.
Jadi, sy nasihatkan kepada diri sendiri dan para pembaca sekalian, sama-samalah kita penuhkan diri kita dengan ilmu agama kerana ia merupakan ilmu yang dituntut ke atas setiap individu muslim.
Ambillah pengajaran dari kisah ini. (kalau surah fatihah pun x pas, x yah la nak pikir pasal kawin..camne nak bimbing anak dara org nnti)

Wednesday, April 07, 2010
Mati mengajar kita untuk hidup?
Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W ada mengatakan bahawa orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati. Pernah tak kita terfikir kenapa? Kenapa Rasulullah tak mengatakan bahawa orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak ilmunya?
Pada pendapat saya, mengingati mati merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh setiap individu setiap hari. Saya tekankan, “setiap individu setiap hari”. Kenapa?
Yakin tak bahawa setiap yang hidup akan merasai mati? Yakin tak bahawa selepas kematian, akan ada hari kehancuran? Dan selepas itu, saat sangkakala kedua ditiup, semua manusia akan dihidupkan kembali. Kemudian semua manusia akan ditanya mengenai amalnya di dunia. Yakin tak dengan janji Allah bahawa semua itu pasti berlaku?
Jika anda semua tidak yakin, usah teruskan pembacaan anda.
Kepada yang yakin, terima kasih kerana meneruskan pembacaan. Sekadar selingan..
Baiklah, kita semua yakin bahawa mati itu pasti. Dan untuk itu, kita perlu menyediakan diri untuk menghadapi saat-saat kematian. Bagaimana? Apa yang perlu dibawa?
Ayuh kita anggap seakan-akan kita ingin pergi melancong. Mesti membawa bekalan baju, wang dan sebagainya. Ataupun, kita anggap seakan-akan tuk menghadapi peperiksaan. Mesti baca buku, pen mesti ada dakwat, bawa pemadam, pensil dan sebagainya. Begitu juga mati. Mesti ada persediaan. Dan persediaan itu hanyalah boleh dibuat ketika kita masih hidup. Bagaimana persediaannya? Melalui amalan kita setiap hari.
Sekarang adakah anda lebih faham? Persediaan mati ialah melalui amalan kita sehari-hari.
Jom kita cuba sama-sama. Bila nak menonton televisyen, kita ingatkan diri kita bahawa “mati itu pasti”. Kemudian, kita tanya diri kita, “macam mana kalau aku mati saat menonton televisyen ni?”. Andai kata ketika itu rancangannya bagus, alhamdulillah. Andai kata ketika itu, yang sedang kita tonton rancangan yang menayangkan perempuan yang mendedahkan aurat? Bagaimana? Apa jawapan yang kita perlu berikan jika ditanya dihadapan Allah nanti?
Lupakan sebentar mengenai televisyen. Jom kita berangan seketika berada di tempat kerja. Anda nak memegang watak apa? Eksekutif? Atau CEO syarikat? Pilih satu watak. Ok, bayangkan anda sedang berada di dalam pejabat. Hari itu, bos anda terlalu pemurah kerana tidak memberikan anda sebarang kerja. Argh, bosannya!! Apakah yang anda akan lakukan? Tidur? Berborak? Atau keluar shopping sekejap?
Nanti! MATI ITU PASTI!! Anda kata anda yakin setiap pekerjaan anda di dunia ini akan disoal di Akhirat kelak. Adakah anda akan “curi tulang” di tempat kerja? Saya yakin, kalian bukan insan sebegitu. InsyaAllah.
Owh, azan telah berkumandang. Apakah anda akan duduk diam, menyambung bicara dengan rakan atau terus bangun untuk berjemaah disurau? MATI ITU PASTI. Ayuh beramal! Bangkitlah dan solatlah di awal waktu.
Seorang sahabat saya pernah memberitahu, kita perlu mengingati mati sekurang-kurangnya 21 kali sehari. 21 kali! Saya mengaku, saya sendiri belum mampu untuk mencapai tahap itu. Tapi, apa salahnya jika kita sama-sama mencuba kan? Saya ingatkan anda, anda juga ingat-ingatkan lah saya. Sesungghnya orang yang berkata akan diuji terlebih dahulu. Jadi, janganlah persalahkan saya jika saya telupa mengingati mati tapi bantulah saya. Kita saling melengkapi antara satu sama lain.
Sekarang, adakah anda lebih faham dengan penjelasan saya ini? Bagaimana mengingati mati itu mengajar kita untuk hidup.
Wallahu a’lam.
~Cetusan pendapat dari hamba yang khilaf~
Semoga bermanfaat.
Tuesday, April 06, 2010
Faiza azamta fatawakkal ‘alallah.
Sy yakin, saat ini most of us (lepasan SPM 09) sedang wat preparation tuk temuduge JPA, MARA, etc.. Dalam setiap perkara, kita mesti nak yang terbaik kan. 24 jam berdoa supaya lulus temuduga. Preparation pun sebulan awal dah buat.
Bila kita nak buat sesuatu, pastikan kita letak target untuk dapat yang TERBAIK. “Aku tak layak la...”..
“Siapalah aku ni, aku biasa-biasa je. Mana layak letak target tinggi-tinggi”
Biasa tak dengar alasan ni? Atau anda antara orang yang menggunakan alasan ini?
Kembali kepada al-Quran dan as-Sunah.. Jika berdoa, Allah menggalakkan kita mohon syurga yang mana? Syurga Firdaus kan? Kenapa? Kerana syurga Firdaus ialah syurga yang tertinggi. Lihat! Untuk meminta, mintalah yang paling besar. Untuk meletak target, letaklah target yang tertinggi bagi kita.
“watpe letak target tinggi-tinggi, kalau x dpt nanti kecewa”
Jauhi diri anda daripada berkata sedemikian kerana saya x suka!!
Pernah x dengar ayat, “faiza azamta, fatawakkal ‘alallah”? Apabila kamu berazam (berkehendak sesuatu), maka bertawakkallah kepada Allah. Adakah ayat ini menjelaskan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu kita hanya perlu bertawakkal? TIDAK! Menurut jumhur ulama’, ayat ini menjelaskan perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah meletakkan target (azam) kita. Dan perkara terakhir ialah bertawakkal. Apa yang berada di antara target dan tawakkal? Jawapannya, USAHA.
Setiap individu muslim perlu memahami, menghayati dan mengamalkan konsep tawakkal. Berserah diri dengan sepenuh penyerahan kepada-Nya selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh. Baik atau buruk keputusannya, itu adalah hak Allah. Jangan kecewa dan berputus asa jika mendapat kegagalan kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya cuma kita sedar atau tidak. Mungkin kegagalan itu adalah ujian untuk menguji keimanan kita ataupun kafarah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Jika berjaya, usah bangga dengan kejayaan anda kerana kejayaan itu datang dengan izin Allah. Mungkin sebagai hadiah atau ujian untuk menguji adakah anda akan bersyukur atau tidak apabila menerima nikmat.
Letaklah target dan mula buat perancangan dalam hidup anda. Tapi ingatlah, sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah.
Wallahu a’lam.
~hamba yg khilaf~

Saturday, April 03, 2010
Aku??
Sungguh aku diuji empat perkara
Selalu menjeratku dalam binasa
Iblis, dunia, nafsu dan syahwat
Bagaimana selamat, sedangkan mereka musuh semuanya
Ku lihat syahwat merayu anganku
Dikegelapan syahwat dan keinginanku
Diriku pendusta
Aku mengaku cinta pada-Mu
Namun kemudian melupakan-Mu
Sedang hatiku tetap lali
Padahal umur kian tiada
Dan dosaku makin bertambah
Malaikat maut datang bertamu
Namun hati tetap lalai
Nikmat-Mu di dunia
Hanyalah kepalsuan dan kerugian
Hidupku didunia
Adalah muhal dan batil
Ku fikirkan hari perhimpunan dan kiamat
Juga tertanamnya pipiku di bawah pusara
Sendirian, tanpa teman
Tubuhku tergadai dengan tanah liat
Ku renungkan panjang dan lebarnya hisab
Juga hinanya makamku waktu diberi kitab
Namun harapanku kepada Engkau
Wahai Tuhanku
Wahai Penciptaku
Engkau ampunilah kesalahanku
Wahai pemuda yang maksiat kepada Rabbul Izzati
Tahukah engkau balasan orang yang derhaka
Baginya neraka yang penuh gemuruh nyala api
Di hari tak boleh berbuat apa-apa lagi
Jika tahan api neraka berbuatlah derhaka
Jika tidak tinggalkan saja
Atas dosa yang telah engkau perbuat
Hapuskan sungguh-sungguh dengan bertaubat

Thursday, April 01, 2010
Goal ur life!
Pernah tak korang rase cam hidup ni xde matlamat? Or korang wat pape tapi korang xtaw pun nape korang wat mende tu? Pernah x??
Bagi sy, every single thing yang kite wat, mesti, wajib dan perlu ada matlamat. X kesahlah matlamat jangka pendek or matlamat jangka panjang. Tul x? Nak masak pn mesti ada matlamat. Nak makan pn mesti ada matlamat. Kalo boley sblm makan tu ckp, “Ya Allah, dengan rezki yang Engkau berikan ini, permudahkanlah aku untuk beribadah kepadaMu.”.. Matlamat kita makan tu supaya Allah berikan kita energy tuk permudahkan kita wat keje len. Senang nak solat, senang nak pergi majlis2 ilmu. X pasal2 kita dah dpt pahala ibadah. Ha!! Kan senang. Aim je ley membantu kita dapat pahala. 2 in 1.
Kenapa perlu ada matlamat? Sebab bile ada matlamat, korang akan boleh pastikan sama ada apa yg korang buat tu bergune ke x. Tercapai target ke x. Masuk “goal” ke x. Dan matlamat ni, lebey kurang mcm niat gak ar. Boley membezakan antara ibadat dan adat.
And bile korang dah aim something, korang kenelah pastikan xde apa yg boleh menghalang korang tuk mncapai matlamat tu. Tp, sblm tu korang kenelah taw camne nak bezakn “penghalang” dgn “pmbntu”. Contohnya, matlamat sy nk jd statistician (insyaAllah). Tp, ada something yg mghalang. Ada pulak universiti kat Korea offer amek accounting kat sane. Tetibe hati dah berbelah bagi plak. Dah lah kat Korea. Macam best je kn. Hehe. So, korang kene nengok balik matlamat asal korang. Nak jd statistician xkn amek accounting kn? Mestila matlamat x tercapai. Tu lah yg dinamakan “penghalang”.
“Pembantu” plak, contohnya korang ngah syok2 study tetibe ada member ajak wat conference. Nak bincang pasal Islam or dekatkan diri pada Allah. Korang time tu ngah study. Dari pagi sampai mlm study non stop. Rajin la katekan. (ada ker org camtu??).. Nak join conference ke x? Bape ramai yg akan join? Nak2 bile bncang pasal Islam nih. Adus, lemah tul.. Betul x? Tp, korang kene ingat.. Sape yg beri kita kejayaan? Allah gak kan? Xkan la nak luangkan sikit mase tuk bincang pasal bende2 camtu pn x boley. Dan sebenarnya itulah pmbantu kita. Allah berfirman dalam surah Muhammad ayat 7. Bukak sndiri tafsir. Sy malas nk tulis kat sini. Saja nk suruh para pmbaca rajin2 bukak Quran.hehe..
In everything yg korang buat, yg pnting jgn lari dari matlamat asal hidup kita. Apa? Mencari keredhaan Illahi. Ingatlah yg “matlamat x pernah menghalalkan cara”. Nak bermesej ngan yg bukan muhrim? Xpe, boley asalkan x menyalahi syariat. Nak berfacebook 24 jam? Xpe, boley asalkan korang solat di awal waktu, x wat bnde yg x spatutnya. Nak bersedekah? Xpe, asalkan duit tu halal. Jgn pulak korang gi rompak bank pastu sedekah duit tu kat rumah anak2 yatim. Mane boley camtu!!
Tuk capai matlamat ni, ada 2 cara. 1 cara mudah. 1 lagi cara susah sikit. Macam korang nak makan kuih la. Nak senang, beli je kat kedai. Kalau yg susah, korang kena buat. Tapi mana satu cara yg lebih korang hargai? Mesti la kuih yg dibuat tu kn? Yela, air tangan sendiri. X sedap pun laju je tibai. Berbanding yg korang beli kat kedai. X sedap bukan setakat men campak ke luar tingkap je, siap kutuk kaw2 lagi tu. “Ape la tukang buat ni. Kuih keras pn boleh gi jual. Kalo x reti wat kuih, jgn niaga.”contoh nye la..
Camtu jugak la tuk capai matlamat kita dlm hidup nih. Nak dapat result gempak. Cara mudah, tiru je la time exam. Xpun gi rasuah penanda kertas tu. Cara susah, belajar tul2. stay up sampai pukul 2-3 pagi. Keputusannya sama, dapat pointer 4.0.. Wow!! Mstilah kalau stay up, bersusah-payah wat nota, mendatangkan utiliti yg lebih byk kn.(terkeluar bhs ekonomi plak)..hehe.
So, letak matlamat dlm semua bnde yg korang nk wat. Nak tendang bola, mesti nak masukkn dlm gol kn. Dan ingat, tuk capai matlamat tu, terlalu byk mehnah dan tribulasi. Nak tendang bola, tetibe angin kuat. Terus bola terkena tiang.hehe (pape jer aku mengarut nih)..
Tinta dari hamba yg khilaf,

Subscribe to:
Posts (Atom)