Sunday, April 25, 2010

Di beri satu nikmat, di tarik satu nikmat.

Setiap hari, setiap detik, terlalu banyak nikmat yang dikurniakan kepada kita. Nikmat dapat menyedut udara, dapat menggerakkan anggota badan, dan berbagai lagi. Alhamdulillah.. Beribu kesyukuran kepada Yang Mengurniakan Nikmat. Kerana kasih sayangNya, dapatlah kita merasai nikmat itu.

Kalau nak dihitung, terlalu banyak kurnia yang diberi. Tidak terhitung dek akal fikiran manusia yang terhad.

Namun, tanpa kita sedari, Dia mengurniakan nikmat berupa kesenangan. Hingga kita terleka dan terlalai tuk mengerjakan ibadah kepadaNya. Makin hari, kita makin jauh dariNya.

Jika pada zaman dahulu, para ulama’ bersusah payah bermusafir berbatu-batu hanya tuk mencari ilmu walaupun sekadar satu hadis soheh. Jika dahulu, Imam Syafie yang tidak mampu membeli kertas tuk belajar, menulis di atas tangannya menggunakan air liur. Kita sekarang? Sekolah berlambak. Dengan silibus pembelajaran yang telah ditetapkan. Tak perlu bermusafir jauh-jauh. Tapi cuba kita bandingkan ilmu kita dengan para ulama’ terdahulu. Mampukah kita menjadi seperti Imam Syafie yang menulis di atas pelepah tamar sedangkan kita mempunyai buku dan pena yang jauh lebih baik.

Jika di Bumi Waqafan dahulu, kita sibuk dengan pelbagai aktiviti. Tapi masih sempat lagi menunaikan solat sunat dhuha. Sanggup mengorbankan masa rehat pergi ke surau. Sempat mencuri masa 40 minit rehat sebelum bermulanya kertas seterusnya sewaktu SPM tuk menghadap Illahi. Tapi sekarang? Terlalu banyak masa terbuang begitu sahaja. Dari celik mata pagi hingga ke pejam mata semula, tak berganjak dari depan televisyen. Nak menunaikan solat sunat 2 rakaat pun dah terasa berat. Malahan,tuk solat berjemaah dan solat di awal waktu pun dah payah.

Kita sanggup berjaga malam semata-mata tuk menghabiskan novel cinta. Tapi al-Quran? Berapa banyak kita baca sehari? Sedangkan kita dikurniakan nikmat lampu. Bukan seperti zaman dahulu yang terpaksa menggunakan lampu pelita.

Oh, kita makin leka!!
Dikurniakan dengan nikmat yang berbagai tapi kita makin jauh dariNya. Alangkah ruginya jika kita hanyut dan terus hanyut.

Para pembaca sekalian, sedarlah bahawa kita sedang diuji sekarang. Diuji dengan nikmat kesenangan. Satu analogi, seekor monyet berpaut kuat pada dahan ketika angin kencang. Setelah reda, monyet tersebut berehat di atas dahan. Menikmati angin sepoi-sepoi bahasa. Namun, akhirnya monyet tersebut jatuh ke tanah kerana terlalu asyik menikmati angin yang nyaman itu.

Kita akan menjadi seperti monyet itu jika ketika diuji dengan kesusahan, padaNya kita mengadu dan bergantung harap. Tapi apabila kita diberi beribu kesenangan, kita jauh dan makin jauh dariNya. Nauzubillahi min zalik.

No comments: