Saturday, April 10, 2010

ape cite nih??

Satu hari ni, sy balik kg. Rumah nenek belah ayah. Sy sampai petang. Kalau tak silap, lepas Zohor sebab ada sepupu ayah sy buat kenduri kahwin.

Selepas pergi kenduri kahwin, berehat la sekejap kat rumah nenek saya sebelum balik ke Mersing semula. Mak ayah saya ngobrol lah dgn atuk dan nenek sy. Sy dan adik sy hanya diam. Ye la, takkan la nak menyampuk bila org tua berborak. Kurang sopan.

Entah macam mana tiba2 atuk sy terbuka cerita. Atuk sy pergi menghadiri majlis akad nikah sepupu ayah sy tu. Akad nikahnya buat kat masjid yang berdekatan dgn rumah nenek sy. Dan akad nikahnya tu, guna mikrofon. Jadi, org kampung boleh dengar pengantin lelaki terima akad. Waktu tu, ada dua pasangan pengantin yg nak akad nikah.

Satu pasangan ni, selepas akad, tok kadi suruh la si pengantin lelaki membaca surah al-fatihah. Dengan menggunakan mikrofon, dan semua penduduk boleh dengar, si pengantin lelaki itu pun membaca surah al-fatihah seperti yang disuruh oleh tuk kadi tadi. Malangnya pengantin lelaki itu tidak lancar membaca surah al-fatihah. Beberapa kali kena ulang. Sampaikan tok kadi tu kata, “baru suruh baca surah al-fatihah bukan surah al-baqarah.”

Bayangkan betapa malunya. Majoriti penduduk disitu mendengar bacaannya yang tidak lancar dan mendengar “komen” tok kadi terhadap pengantin lelaki tersebut. Alangkan surah al-fatihah yang biasa kita baca dalam setiap rakaat setiap kali solat pun tidak lancar, apatah lagi surah lain. Dan bagaimana ingin membina sebuah institusi kekeluargaan jika perkara asas pun masih tergagap-gagap.

Jadi, sy nasihatkan kepada diri sendiri dan para pembaca sekalian, sama-samalah kita penuhkan diri kita dengan ilmu agama kerana ia merupakan ilmu yang dituntut ke atas setiap individu muslim.

Ambillah pengajaran dari kisah ini. (kalau surah fatihah pun x pas, x yah la nak pikir pasal kawin..camne nak bimbing anak dara org nnti)

No comments: