Penyelesaian secara Islam seperti yang dikehendaki iaitu wujudnya masyarakat dan pemerintahan Islam yang benar dan rasional, mengembalikan semula cara hidup Islam tidak mungkin dapat dicapai dengan beberapa arahan segera dari pentadbiran kerajaan. Tidak mungkin dapat dicapai dengan penggulingan bersenjata atau dengan ceramah-ceramah bimbingan sahaja.
Penyelesaian secara Islam mesti didahului dengan wujudnya gerakan Islam yang sedar dan insaf yang menyediakan suasana menyeru orang ramai agar menerima konsep perjuangan di samping mengeluarkan para penyokong dan pendukung harakah.
Usaha-usaha keIslaman yang diperlukan ini hendaklah suatu usaha yang dilakukan secara jamaie dan berorganisasi supaya ia mampu membuahkan hasil dan mencapai matlamat yang ditetapkan.
Tanpa kita sedar, musuh-musuh kita telah lama merancang penggulingan ke atas Islam. Mereka bergerak secara berjemaah. Dari segi syara’ dan pertimbangan akal yang waras, tidak bijaklah sekiranya kita melawan mereka secara individu. Sepertimana yang dikatakan oleh Saidina Abu Bakar kepada Khalid Ibn Walid; “perangilah mereka dengan senjata yang mereka gunakan. Pedang dengan pedang, tombak dengan tombak, panah dengan panah,”.
Firman Allah di dalam surah al-anfal, ayat ke 73; “orang-orang kafir setengahnya saling membantu setengah yang lain. Jika tidak kamu berbuat demikian (bantu-membantu menghadapi mereka), nescaya berlaku fitnah dan kerosakkan yang besar di bumi,”.
Tegasnya, sekiranya umat Islam tidak bersatu-padu untuk menghadapi orang kafir, maka mereka akan berkuasa di muka bumi ini sedangkan umat Islam lemah kerana berpecah-belah. Oleh itu, wujudnya gerakan Islamiyyah sebagai satu wadah untuk menyatu-padukan hati umat Islam. Agar jiwa-jiwa ini berjuang untuk mewujudkan daulah Islamiyyah dan mengembalikan kekhilafahan. InsyaAllah..
Tuesday, January 26, 2010
Saturday, January 23, 2010
Happy birthday!!!
1) Ana nk wish ‘hepi besday’ wat sesape yg dah, sedang n bakal sambut besday bulan nie especially tuk sahabat2 seperjuangan, my dormmates( haziqah,rahmah n tasnim), alianz & adik usrah ana(athirah).
2) Semoge dipanjangkan umo, dimurahkan rezki, diberi kemudahan dalam segala urusan dan sentiasa diberi nur & hidayah utk terus berada di jalan-Nya.
3) Umur kita sebenarnya bukan semakin bertambah tapi semakin berkurang. Juz menghitung hari tuk menyambut ketibaan ajal. Bermakna, masa tuk kita beramal dah semakin berkurang. Yakinkah kite dengan segala amal yg kita lakukan selama kita hidup ni dapat menempatkan kita tuk berada di syurga Allah kelak? Belum pasti!!
4) Selama kita hidup di dunia pinjaman Allah nie, berapa banyak bakti yg dah kita taburkan untuk Islam? Cukup ke?
5) Berapa byk lagi masa kita tuk betaubat? Berapa byk lagi masa kita tuk beramal? Berapa byk lagi masa kita tuk bangunkan Islam? Berapa byk lagi masa kita tuk berjuang, berjihad??? Tepuk dada tanya iman..

Friday, January 22, 2010
Dunia oh dunia.(khas buat sahabat2 ex-KISAS..)
Situasi 1: Qiamullail.
4.00 pagi, jam loceng berbunyi. Ah, kejap lagi la aku bangun!!
4.30 pagi, satu mesej diterima daripada seorang sahabat.. “da bangun belum?marilah kita sama2 dekatkan diri pada Allah..”.. Membalas mesej, “da bgn laa.”.. Beberapa minit kemudian,… kroh, krooh, kroh…
Situasi 2: Subuh n Ma’thurat.
5.54 pagi, azan berkumandang..(bagi kawasan Johor Bahru n kawasan yg sewaktu dgnnya..hehe). “nak, bangun. Jom kita ke surau,”suara ayah memanggil. “Ayah pergi sorang la. Orang tak sihat la hari ni,”..
6.54 pagi, baru bgn utk menunaikan solat Subuh..
Usai solat, ma’thurat x bace lagi. Sket lagi la. Sambung tido 5 minit..
Situasi 3: Solat Dhuha.
11.30 pagi,baru bangkit dari tido.. Alamak,x sempat tuk solat dhuha la. Pasni nk mandi dulu. Pastu g makan plak.. X sempat!!
Situasi 4: Solat Maghrib.
7.12 malam, azan berkumandang. Hmm, gi mandi dulu laa.. “Jom berjemaah,”.. “Ala, solat sendiri2 la.”(kalo berjemaah, ayah mesti baca surah panjang. Wirid lagi pastu..hmm)..
Usai solat, nk bace Quran kew?? X payah la. Dalam solat pun aku dah bace ayat Quran. Cukup la tu.
Situasi 5: Solat Isyak.
8.29 malam, azan isyak berkumandang.. Nak solat dulu kew?? Pukul 8.30 dah start citer Boys over Flower. X pe la. Aulakan solat dulu.huhu
Ketika solat, bace surah pendek je laa. Cepat!!!
Usai solat, x payah bace doa la. Bknnye wajib pun. Jun Pyo da tunggu aku!!
Situasi 6: Al-mulk.
1.50 pagi, baru selesai menonton televisyen. Arghh, ngantuknye. Bace al-mulk sambil baring la. Bismillahirrahmanirrahim, ………..……..
Kisah ini adalah rekaan semata-mata. Namun, cube kite semak balik kehidupan kita sehari-hari.
Adakah kite masih mengamalkan solat di awal waktu seperti di KISAS dulu? Mungkin di rumah tiada JAKSA yg mengambil nama jika kita lewat solat tapi ingatlah, kita tetap ada pengawal di bahu kiri dan kanan kita yg sentiasa mencatat segala perlakuan kita.
Kenapa ketika di sekolah dulu kitalah yg mengejut kawan2 utk qiamullail bersama-sama tapi sekarang kita pula yg dikejut??
Kenapa ketika dulu kitalah yg x pernah miss tazkirah asar tapi sekarang kitalah yg selalu meninggalkan ma’thurat?
Kenapa dulu kite sentiasa menjadi orang yg terakhir meninggalkan musolla tapi sekarang kite la yg paling payah tuk menambah amal2 kebaikan. Nak bace ayat al-Quran walau sepatah pun berat!!
Kenapa ketika dulu kitalah yg selalu mengetuai bacaan al-mulk tapi kini mengetuainya hanya dalam mimpi??
Cukupkah tarbiyah yg kita dapat selama 2 tahun di Bumi Waqafan?(kalo x cukup lg, stay la..) Mampukah kita istiqamah jika berada di IPT kelak? Fikir-fikirkanlah wahai sahabat2ku.. Semoga kite x tergolong dalam golongan seperti yg diceritakan di atas.
Sesungguhnya Allah menyukai amalan yg sedikit tetapi berterusan (istiqamah)..

Thursday, January 21, 2010
mengemis kasih
tuhan..
dulu pernah..
aku menagih simpati kepada manusia yang alpa jua murtad
lalu terheretlah aku dilorong gelisah
luka hati yang berdarah
kini jadi kian parah
semalam sudah sampai,
ke penghujungnya
kisah seribu duka,
kuharap sudah berlalu
tak ingin lagi
ku ulangi kembali
gerak dosa yang menghiris hati
tuhan..
dosaku meggunung tinggi
tapi rahmatmu melangit luas
harga selautan syukurku hanyalah setitis nikmat Mu di bumi
tuhan..
walau taubat seringku mungkir
namun pengampunanMu tak pernah bertepi
bila selangkah ku rapat padaMu
seribu langkah kau rapat padaku
tuhan..
dosaku menggunung tinggi
tapi rahmatMu melangit luas

Allah..........

Kenapa guna tudung labuh??
Ade seseorang tanye kat ana,kenapa guna tudung labuh? Actually, soklan ni da lama ditanye Cuma ana x jawab2 lagi.. X taw ar nape ana lambat jawab soklan nie.
Ok2. ana rase ana da ade jawapan yg sesuai. Erm,ana rase most of us penah menghadapi peperiksaan kan? X kesah la peperikasaan dalaman atau peperiksaan awam. Ana amik contoh pekse SPM. Tuk mendapat gred A1, mestilah mendapat markh 80 ke atas. Untuk mendapat markah A2, kite mesti mendapat markh 70 ke atas. Untuk lulus plak, at least dapat markh 40. Sebagai pelajar yg mempunyai cita2 yg tinggi, kita nk markh berapa? 40 ke 80? Mestilah 80 kn?
Camtu jugak la mengenai pemakaian tudung. Allah berfirman; “dan katakanlah kpd para perempuan yg beriman agar mereka mnjaga pandangannya & memelihara kemaluannya & jgnlah menampakkan perhiasan(auratnya), kecuali yg (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya...”, surah an-nur:31. Allah menyuruh hambanya melabuhkan tudung hingga ke bawah dada. Memang benar, memakai tudung lerang 45 atau 50 sudah mencukupi syarat jika mampu menutupi dada. Namun apalah salahnya jika kita melabuhkan tudung dengan memakai lerang 60.
Mengapa kita ingin mendapat markah 80 jika markah 40 sudah mencukupi syarat untuk lulus dalam peperiksaan? Jika syarat lulus dalam pemakaian tudung ialah menutupi dada, mengapa kita tidak berusaha untuk mendapat ‘markah’ lebih di sisi Allah? Renung2 kanlah wahai saudari2 di luar sana..
Wallahua’lam.

Wednesday, January 20, 2010
Mujahidah Sejati
Di sisi mujahid ada mujahidah
Yang berjihad untuk Islam
Yang menyerikan Islam dan taman-Nya
Dengan peribadi solehah
Mereka serikandi
Istimewa sekali
Mengabdikan diri
Pada Allah dan suaminya
Mujahidah Islam banyak peranannya
Untuk membangunkan Islam
Tangan mereka bakal menggongcang dunia
Melalui didikannya
Ingatlah mujahidah
Anakmu amanah Allah
Ikutlah syariat-Nya
Agar dirimu dalam keredhaan-Nya
Didiklah mereka
Cara islamiyah
Agar insyaAllah
Mereka menjadi soleh dan solehah
Islam kini memerlukan mujahidah
Yang beriman, sabar, redha dan bertaqwa
Agar Islam yang dagang tegak kembali
Bersama mujahidah sejati
Yang berjihad untuk Islam
Yang menyerikan Islam dan taman-Nya
Dengan peribadi solehah
Mereka serikandi
Istimewa sekali
Mengabdikan diri
Pada Allah dan suaminya
Mujahidah Islam banyak peranannya
Untuk membangunkan Islam
Tangan mereka bakal menggongcang dunia
Melalui didikannya
Ingatlah mujahidah
Anakmu amanah Allah
Ikutlah syariat-Nya
Agar dirimu dalam keredhaan-Nya
Didiklah mereka
Cara islamiyah
Agar insyaAllah
Mereka menjadi soleh dan solehah
Islam kini memerlukan mujahidah
Yang beriman, sabar, redha dan bertaqwa
Agar Islam yang dagang tegak kembali
Bersama mujahidah sejati
Dakwah=Game… Apa kaitannya??
One day, ana men game Dinner Dish. Mule2 best la sebab dapat capai target. Tapi,makin lame makin susah. Target dye plak makin susah nk capai. Disebabkan da beberapa kali kene repeat, ana pn geram n bertukar kpd game Feeding Frenzy(sbb senang sket).. Tetibe, someone ckp kat ana, “cuba la atasi mehna tu. Susun la strategi”. Ana pun terfikir, betul jugak pe yg sahabat ana tu ckp.
Kalo kita nengok balik, dalam berdakwah ni macam2 ujian yg perlu kita hadapi. Macam kita men game. Kita perlu wat tul2 tuk dapat capai targetnye n kita perlu ade strategi. Dalam berdakwah mungkin perangai mad’u yg pelbagai tu adalah ujian wat kita. Sebab tu la berdakwah ni memerlukan pelbagai uslub n yg penting jgn jadi cam ana. Baru kene repeat beberapa kali men Dinner Dish dah mengalah. Sepatutnya seorang daie x ley cepat mengalah. Kalo da cuba byk cara n tetap x dapt, cara yg terakhir ialah memohon kpd Allah agar dibukakan pintu hati mad’u kita sbb Allah yg menjaga tiap hati.

Monday, January 18, 2010
Dakwah: satu keperluan
Kalau mendengar perkataan DAKWAH, pasti minda kita membayangkan sesuatu yang berat dan tak tercapai dek akal. Namun, konsep dakwah yang sebenar lebih mudah difahami melalui perkataan, AMAR MA’RUF NAHI MUNGKAR(mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran).
Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 110 yang maksudnya; kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah ………….
Islam adalah agama yang mudah. Tiada suatupun perintah yangmenyusahkan penganutnya. Begitu juga dakwah. Jika difahami konsepnya secara mendalam, pasti kita sedar bahawa ia sesuatu yang senang untuk dilakukan. Baiklah, pernah tak sebelum ini kita mengajak orang lain melakukan solat? Ataupun mengejutkan orang untuk bersolat? Itupun telah dikira dakwah kerana kita mengajak orang melakukan kebaikan. Senang kan?
Mengapa dakwah ini perlu? Kenapa perlu menyibuk hal orang lain? Bukankah kubur masing-masing? Sering kedengaran suara-suara yang mengemukakan persoalan-persoalan sebegini. Jawapannya mudah. Sudah menjadi fitrah manusia sukakan kebaikan dan membenci kemungkaran. Tapi, manusia atau dalam bahasa arabnya ‘insan’ yang berasal daripada perkataan ‘an-nis yan’ yang bermaksud lupa. Manusia merupakan makhluk yang dikurniakan akal oleh Allah tetapi kadangkala terlupa. Disebabkan itu, perlulah ingat-mengingati antara satu sama lain.
Dalam satu hadis, Rasulullah bersabda; barangsiapa yang melihat kemungkaran, hendaklah dia mencegahnya dengan tangan. Jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan lisan. Jika tidak mampu, hendaklah mencegahnya dengan hati. Dan itulah (mencegah dengan hati) adalah selemah-lemah iman. Rasulullah menerangkan peringkat dakwah atau nahi mungkar boleh dilakukan secara 3 peringkat. Yang pertama, mencegah melalui tangan ataupun kuasa. Sebagai contoh, seorang ketua atau bos mengajak anak buahnya melakukan kebaikan atau mencegah daripada melakukan sesuatu kemungkaran. Jika tidak mampu atau tidak mempunyai sebarang kuasa, kita bolehlah mencegah melalui lisan iaitu dengan memberi nasihat yang baik atau menegurnya dengan cara yang berhikmah. Cara yang terakhir, melalui hati. Sekiranya kita tidak mampu mengajak orang melakukan kebaikan atau menghalangnya melakukan kemungkaran, hendaklah kita membenci sesuatu kemungkaran..
Terkadang kita sudah lali melihat kemungkaran sehinggakan kita sudah tidak rasa apa-apa lagi melihatnya. Sebagai contoh, kita menonton rancangan televisyen. Cerita yang dipaparkan menunjukkan artis atau pelakon yang tidak menutup aurat. Kita melihatnya tanpa rasa bersalah. Hal ini bermakna kita telah membenarkan dia melakukan kemungkaran tersebut. Bermakna kita telah bersubahat dengannya melakukan kemungkaran tersebut. Dan di akhirat kelak kita akan ditarik olehnya masuk ke dalam neraka bersama-sama. Nauzubillahi min zalik.
Cara yang terbaik dalam berdakwah ialah dakwah bil hal. Iaitu menunjukkan akhlak yang baik. Sudah menjadi fitrah, yang terbaik pasti yang susah didapati. Hanya beberapa orang sahaja yang mampu melakukan dakwah dengan cara ini. Kebanyakan insan hanya hebat berkata-kata tapi kalah dalam mengamalkannya. Oleh itu,kita hendaklah sama-sama berusaha agar kita dapat berdakwah dengan cara ini. Dan tanpa kita sedari, kita sedang berdakwah dengan cara ini. Ana bawakan satu contoh, orang-orang kafir di luar sedang melihat perbuatan dan tingkah laku kita. Jika baik, mereka akan berkata; Islam itu bagus. Penganutnya menepati masa . Jika buruk, mereka akan berkata; Islam itu buruk kerana penganutnya tidak menepati masa. Bayangkan, pandangan orang terhadap Islam dilihat melalui penganutnya iaitu KITA!!
Wahai saudara-saudariku di luar sana, kita pembawa Islam. Jika bukan kita,siapa lagi? Tapi ingatlah, jika kamu tidak bawa Islam, Allah tak rugi kerana Dia akan datangkan satu golongan yang akan membawa Islam. Yang rugi itu adalah insan yang tidak membawa Islam kerana Allah menjanjikan ganjaran yang tidak ternilai harganya. Dan ingatlah, janji Allah itu pasti.

Subscribe to:
Posts (Atom)