Saturday, August 22, 2009

Sahabat..

Pada zaman Rasulullah, aqidah dan keimanan para sahabat sangat utuh. Kaum muhajirin dan ansar saling bantu-membantu antara satu sama lain. Pihak ansar membantu muhajirin yang ketika itu baru berpindah dari Makkah ke Madinah. Mereka sanggup memberi harta mahupun isteri mereka. Sedangkan ketika itu mereka baru memeluk Islam. Cuba kita bandingkan dengan keadaan kita pada hari ini. Betapa susahnya menjadi dan mencari insan yang sanggup berkorban jiwa dan raga..

Ana ingin berkongsi pengalaman ana sepanjang dikuarantin pada 11-14 ogos yang lalu. Pada hari selasa bersamaan 11 ogos, Allah menarik nikmat kesihatan daripada ana. Mungkin Allah memilih ana supaya ana berfikir tentang satu kejadian. Seorang sahabat ana yang telah dikuarantin sehari sebelum ana mengadu kepada ana. Dia cakap yang dia berasa sedikit terkilan kerana selepas sahabat2 dorm kami menghantarnya ke bilik sakit, xde sorang pun yang menjenguknya. Ana pun terasa gak dengan apa yang diceritakan kepada ana sebab ana pun salah seorang daripadanya.

Beberapa hari berada di bilik sakit, ana pun merasai apa yang dirasai oleh sahabat ana tadi. Alhamdulillah Allah telah menunjukkan kepada ana yang mana satu sahabat tika senang dan yang mana sahabat ketika susah. Tapi, lumrah kehidupan. Xde satu pn yang sempurna. Semoga selepas ini kita lebih concern terhadap sahabat2 kita.

1 comment:

mz.zyedz said...

dear,

mungkin ada sebab diorang tak turun melawat ke bilik sakit. jgn cepat menjatuhkan hukuman, u can't read others' mind. Hee

Diorang takut virus berjangkit ke diorang plak kot..

hehe..