Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk sekali lagi merasai nikmat Ramadhan. Satu bulan yang dipenuhi keberkatan. Bulan yang paling mudah untuk mendapat pahala. Yang mana satu amal digandakan sehingga 70 ganjarannya.
Bulan Ramadhan bulan yang paling unik. Kalau kita lihat zahirnya, bulan yang diwajibkan berpuasa.. Bulan yang ada solat terawikh. Secara dalamannya pula, dikurniakan dengan malam lailatul qadr. Dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu2 neraka. Selain itu, syaitan dibelenggu dan pelbagai lagi kelebihan yang ada.
“puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu dimanakah puasa kita
Adakah masih ditahap lama..”
Sahabat2, ayuhlah kita muhasabah kembali. Apakah yang kita dapat selama ini. Nauzubillah jika hanya mendapat lapar dan dahaga... Nauzubillah jika hanya mendapat lapar dan dahaga..
No comments:
Post a Comment