Cuba kita renungkan balik,, apa care Rasulullah yang paling berkesan untuk menarik orang2 kafir?? Caranya ialah dengan menunjukkan qudwah hasanah, akhlaq yang baik, kan? Sebagaimana yang terdapat dalam sebuah hadis mafhumnya; Akhlaq rasulullah adalah Al-Quran.
Dalam sebuah kisah, terdapat seorang peminta sedekah berbangsa Yahudi yang mana kebenciannya terhadap Rasulullah sangat mnedalam. Dia sentiasa berpesan kepada orang disekitarnya agar tidak mendekati dan mengikuti Rasulullah.
Pada masa yang sama, Rasulullah selalu datang dan memberinya makan. Sebelum makanan tersebut masuk ke dalam mulut Yahudi tadi, Rasulullah menghancurkan dahulu makanan tersebut.. Namun, yahudi tersebut tidak mengetahui bahawa insan yang menyuapnya makanan adalah Rasulullah.
Pada suatu hari, yahudi tersebut berasa sangat lapar kerana insan yang selalu menyuapnya makanan tidak kunjung tiba. Ditanyanya kepada orang yang berada di sekeklilingnya tetapi tiada siapa yang melayan yahudi tersebut. Rupa2nya ketika itu umat islam sedang berdukacita kerana kehilangan insan mulia, Nabi Muhammaad S.A.W.. Abu Bakar telah mengetahui keadaan yahudi tersebut dan memberinya makan. Akan tetapi yahudi tersebut menolaknya kerana makanan yang diberi tidak dihancurkan terlebih dahulu. Setelah dipaksa oleh yahudi tersebut, Abu Bakar mengaku bahawa beliau bukanlah insan yang selalu memberi yahudi tersebut makan tetapi insan yang selalu memberi yahudi tersebut makan ialah Rasulullah.
Akhirnya, yahudi tersebut memeluk agama Islam kerana kemurnian akhlaq Rasulullah. Namun, ada yang mengatakan bahawa uslub ini tidak sesuai pada zaman sekarang. Di sini ana ingin membawa satu kisah yang ana alami sendiri..
Kisahnya bermula ketika kehadiran pelajar2 menara gading ke sekolah kami. Pelajar yang kesemuanya berasal daripada sekolah harian biasa. Pelajar yang tidak didedahkan dengan ilmu agama. Bayangkan insan2 terebut berada di sebuah sekolah agama yang insyaAllah memahami selok belok agama..
3 orang pelajar lelaki ditempatkan di kelas ana. Mereka ada mempersoalkan kenapa muslimat perlu memakai tudung labuh dan pelbagai lagi yang mereka persoalkan. Alhamdulillah, pihak muslimin telah menjawab soalan mereka dan memberi sedikit kefahaman kepaa mereka.
Selepas kepulangan mereka, ada muslimin kelas ana call seorang daripadanya. Pelajar tersebut memberitahu bahawa dia dah putus dengan awek dia. Katanya, buat apa couple, xmendatangkan faedah. Lagipun awek dia xmenjaga seperti pelajar perempuan sekolah kami..
Alhamdulillah, walaupun kami x berkomunikasi dengan mereka, mereka dapat berubah ke arah yang lebih baik.. (tapi kami bukanlah terlalu baik.ada juga silapnya..). So, kita perlulah beramal dengan akhlaq yang mulia sebagaimana yang disuruh dalam al-Quran dan as-Sunnah..
No comments:
Post a Comment