Saturday, June 25, 2011

JS :)


السلام عليكم ورحمة الله

Minggu lepas, minggu penuh dengan tension..
Pusing kanan, erghhh keje ni x siap..
Pusing kiri, erghhh assignment berlambak..
Nengok depan, alamak!! prog jelajah cam x settle lg!!
Everything make me pressure..
Sampai seorang sahabat tegur, 'aku takut nengok nisa..muke ketat giler'

Dengan izin Allah, program Jelajah Silaturrahim [ke tmpat org asli] dpt berjalan dengan lancar..
Mungkin secara zahirnya, terdapat banyak kekurangan..
Tapi batinnya, infiniti pengalaman, pengajaran yg aku peroleh..

Kat sana, aku mengenal erti 'ketabahan'..
Free2 insan berumur 19 tahun ini ditegur oleh insan berumur 9 tahun..
Malu gak rasa, tapi apa yg dikatakan tu betul..
Masa tu, ustaz suggest kitorg jalan tanpa kasut. Sebab anak2 org asli tu x gune kasut walaupun mereka ada..
Ramai siswi yg bukak kasut n mengaduh kesakitan..
Tengah jalan ngan sorang budak ni tetibe dia cakap,
"Sebenarnya sy pun sakit tp sy tahan"..

Selama hampir seminggu aku stress dgn kerja yg berlambak, 2 hari di bumi Allah, Penderas membuatkan semua stress aku hilang.. Kenapa selama ni aku selalu berfikiran negatif, rasa x mampu utk buat mcam2 perkara.. Rasa lemah la, etc.. Sedangkan anak2 kecil kat sana, sentiasa belajar erti usaha walaupun hidup mereka serba kekurangan.. Dibandingkan dengan aku, tmpat mewah, makan mudah, ...... Ah, x bersyukurnya aku selama ni!!

Jungle Trekking, perjalanan yg aku x pasti berapa km... Fuhh,, memang penat. Mula ada gak rasa ingin mengalah.. Tp melihat semua org bersemangat, berusaha, aku malu sendiri.. Haishh,, xkan ketua program yg awal mengalah..

Belajar n terus belajar mengharungi kehidupan dengan penuh positif.. Kenapa mereka mampu,aku x mampu??

Ahad, 19 Jun, tiba di Tapah hampir jam 4 petang.. Semua keletihan tapi masih terpamer senyuman.. Beruntung menjadi salah seorang daripada 25 orang yg terpilih.. 25 daripada 300++ pelajar di kampus tapah.. Beruntungnya, menjadi pilihan Allah utk merasa pengalaman2 ini.. Terima kasih Allah.. Syukur yg x terhingga..

Satu Jelajah


السلام عليكم ورحمة الله

Pengalaman 2 hari 1 malam berada di perkampungan orang asli, sgt2 mengajar erti kehidupan.. Terlalu byk pengajaran yg aku peroleh daripada perjalanan singkat ini..







Jutaan terima kasih buat semua yg terlibat secara langsung/ x dlm program ni terutamanya Ustaz Norzarir, AJK2 prog, student2 yg terpilih n semua yg bertukus lumus mnjayakan prog ni la.. Walaupun byk kelemahan n kekurangan, jadikan itu iktibar.. [aku dah semakin berfikiran +ve selepas balik prog ni!!]


p/s:
-gambar byk sgt.. xmampu nk upload semua..
-kenangan terindah ^__^

Wednesday, June 15, 2011

Sekadar Persinggahan


السلام عليكم ورحمة الله

Kalau dari Tapah nak ke Mersing, mesti org ikut highway, kan? Sepanjang-panjang perjalanan tu, mesti ade singgah kat R&R. Berhenti solat, makan, etc.. Lame ke org berhenti kat R&R?? Mesti ar x.. Sebab kita taw yang destinasi kita yang sebenar, bukan R&R tu. Tapi Mersing..

Camtu gak dgn hidup ni. Sebenarnya dunia ni hanya sekadar persinggahan. Macam R&R.. Berhenti sekejap jer.. Destinasi sebenar kita, akhirat.

Tapi berapa ramai je yang sedar bahawa hidup ini sekadar persinggahan?? Berapa ramai je yang menjadikan hidup ini tempat menyiapkan diri untuk kehidupan di destinasi yang sebenar?

Tepuk dada, tanya iman. Adakah kita tergolong dalam golongan yang terus menyiapkan diri, memenuhkan bekalan atau adakah kita tergolong dalam golongan yang lalai n terus terleka [nauzubillahi min zalik]..

Masih belum terlambat utk mengubah hala tuju hidup ini.. Ambillah dunia sekadarnya..

Bekerjalah seperti kamu akan hidup 1000 tahun n beramallah seperti kamu akan mati esok hari -Saidina Ali-

Saturday, June 11, 2011

Q&A: Jelajah Silaturrahim


السلام عليكم ورحمة الله

1) Senaraikan rukun solat.
1. BERDIRI BETUL
2. NIAT
3. TAKBIRATUL IHRAM
4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH
5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH
6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH
7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH
8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH
9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
11. MEMBACA SELAWAT
12. MEMBERI SALAM
13. TERTIB

2) Berapakah rukun wudu'? Senaraikan.
1. Niat
2. Membasuh muka
3. Membasuh dua tangan sampai siku
4. Menyapu sebahagian daripada kepala dengan air
5. Membasuh dua kaki sampai kedua buku lali
6. Tertib

3) Senaraikan 3 perkara yang membatalkan wudu'.
i. Keluar sesuatu dari dua saluran (qubul dan dubur) atau dari salah satu, sama ada yang keluar itu benda atau angin
ii. Hilang akal; hilang akal kerana mabuk atau gila
iii. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan dengan syarat keduanya sudah sampai umur dan antara keduanya bukan muhrim
iv. Menyentuh kemaluan atau pintu dubur dengan perut tapak tangan, sama ada kemaluan sendiri atau kemaluan orang lain, sama ada kemaluan orang dewasa atau kemaluan kanak-kanak.

4) Tulis definisi istinja' dan cara-cara beristinja' sekiranya tiada air.
Definisi : menghilangkan najis yang keluar dan qubul dan dubur selepas membuang air kecil atau air besar dengan menggunakan alat-alat instinjak.
Cara-cara istinja' sekiranya tiada air:
i. menggunakan benda kesat atau batu
ii. menggunakan air dan batu

5) Terdapat 3 jenis air. Senaraikan.
i. Air Mutlak
ii. Air Musta'mal
iii. Air Musyammas

6) Senaraikan rukun-rukun tayammum, 2 perkara yang membatalkan tayammum, dan 2 keadaan yang dibolehkan bertayammum.
Rukun :
1.NIAT
2. MENYAPU MUKA DENGAN TANAH
3. MENYAPU KEDUA TANGAN HINGGA KE SIKU DENGAN DEBU TANAH
4. TERTIB
Perkara membatalkan tayammum:
1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu’.
2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.
3. Masuk waktu solat yang lain.
Keadaan dibolehkan tayammum:
1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu’ atau mandi.
2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipun keperluan itu pada masa akan datang.
3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkan sembuh.

7) Nyatakan syarat-syarat dibolehkan solat jama' dan qasar.
1. Musafir adalah utk tujuan yang baik, bukan utk melakukan maksiat.
2. Destinasi yang dituju melalui 2 marhalah.
3. Mengetahui destinasi yang dituju.

8) Tuliskan surah al-Fatihah.

already a month


السلام عليكم ورحمة الله

Baru tersedar, sudah hampir sebulan meninggalkan rumah.. Saat insan lain boleh pulang sesuka hati, aku masih terus menghitung hari..
Masih terngiang-ngiang kata-kata mak sebelum kepulanganku ke kampus; "lepas ni dah x balik2 ke? Hmm, sekejapnya cuti. X puas rasa duduk ngan anak aku yang sorang ni"
Saat tu, hanya tuhan yang tahu bagaimana perasaan ini..

Sebulan yang aku lalui di bumi ini, di rantauan.. Sebulan yang bermacam-macam dugaan dan cabaran. Satu persatu sakit datang. Masih terus berusaha menguatkan semangat dan diri. Terus berkata, 'sakit itu datang dari Allah. Segala yang berlaku atas kehendaknya.. Selama ini Dia menuruti kehendakku, takkan aku x boleh mengikut kehendak-Nya walau cuma seketika'

Apa pun yang aku hadapi, aku yakin bahawa Allah tahu aku mampu melakukannya. Jika Dia memberikan aku satu taklifan, Dia tahu aku mampu untuk menjalankan amanah tersebut.
Ketika Allah memberi aku kepercayaan, kenapa aku tak yakin kebolehan diri?

Setiap detik waktu ini merupakan detik-detik pembelajaran. Bukan pembelajaran formal semata-mata. Tapi merangkumi segala aspek.. Pembelajaran tentang fitrah manusia. Bagaimana untuk mempercayai orang lain, bagaimana menerima dan memberi.. Dan yang paling utama, bagaimana untuk memahami..

Cuma aku harus bertegas pada diri, 'kadang matlamat x mampu tercapai dalam jangka masa yang singkat.. Yang penting sekarang, ada usaha menuju matlamat tersebut'.. Untuk menjadi cerdik pandai, tak boleh dalam tempoh sejam dua, tapi memerlukan pengorbanan masa.. Yang penting, ada usaha untuk menambah ilmu.

Selagi hati ditaut dengan rabitah menuju mardatillah, selagi itu aku mampu terus berdiri walau tanpa dirimu di sisi..

Friday, June 10, 2011

Rintihan Kalbu


السلام عليكم ورحمة الله

Rabbi,
Lama aku terdampar di pulau yang penuh keasyikan
Hingga aku lalai n terleka,
Lupa untuk mendekati-Mu
Lupa menyiapkan diri untuk perjumpaan kita kelak.
Maafkan aku, Ya Rabbi

Ketika hati sedang terus alpa
Kau hadirkan insan untuk kembalikan hati ini
Agar diri-Mu terus menjadi ingatan setiap detik dan waktu

Setiap detik waktu,
Aku terus cuba dan mencuba
Kembali pada fitrah kejadianku
Sedaya upaya berubah dan merubah
Semoga ia berkekalan dan yang utama, diberkati-Mu

Wednesday, June 01, 2011

Fahim atau faqih (Part 2)


السلام عليكم ورحمة الله

Lama x mencoret di muka blog ini... hehe
Just nk berkongsi sedikit..

Memegang jawatan sebagai Exco Kerohanian, org asyik tnye, "masuk waktu pukul berapa yer?".. [sebelum ni xde azan kat kolej..Alhamdulillah, da ade azan]

Bukan 1 permasalahan utk menjawab sbb diri sendiri memang dah ada jadual waktu solat.. Cuma terimbas kembali satu kuliah yg pernah didengari suatu ketika dahulu.. Mengenai kepentingan mengetahui waktu solat..

Sekarang memang mudah, search internet, ley taw waktu solat.. X pun, just tunggu azan.. Disebabkan kemudahan2 yg ada, ramai yg hilang skill mengaplikasikan pelajaran2 waktu sekolah2 dulu.. Belajar cara2 camne nak taw dah masuk waktu ke belum.. Kalau xde azan, kalau xde internet, camne nak taw waktu solat?

Kita mungkin 'fahim'.. Taw bahawa syarat sah solat, mesti masuk waktu.. Tapi adakah kita cukup 'faqih' dengan mengetahui keadaan2 yg dikatakan 'masuk waktu solat' itu? Seingat sy, menurut kuliah yg sy dgr, FARDHU AIN ke atas setiap muslim itu utk taw bila waktu solat..

Conclusion: kita mengetahui masuknya waktu solat bukan hanya berlandaskan azan atau internet semata tapi kita PERLU tahu keadaan2 yg dikatakan masuknya waktu solat itu.. Cth, masuk waktu subuh, bila terbit fajar sadiq.. Kita perlu tahu mcm mana yg dikatakan terbit fajar sadiq itu..

Wallahu a'lam..