Sunday, April 24, 2011

Aku & Chess

Hidup ni satu percaturan.. Erk, mase fisrt time dgr ayat ni, macam agak pelik. Hidup ni macam main catur ke?
Mengkaji balik kisah ‘catur’. Hmm, mungkin betul jugak hidup ni satu percaturan..

Kalau ditanya sape pemain chess yg sy kagumi, sy akan jawab ayah sy. Ok2, jom citer bab catur [walaupun sy bukan la insan yg pandai sgt main catur]..

Bile main chess, kena AIM nak buat checkmate dengan apa jua cara. Tapi biarla cara yg berSTRATEGI. Kadang2 banyak buah chess yang dah kena makan. Tapi, JGN MENGALAH. Sebab chess ni permainan psikologi. Bila nengok buah dah sikit, mudah nak rasa down. Kononnya macam segala peluang dan cara utk mematikan King tu dah terhazaf.

Berdasarkan pengalaman:

1- Buah banyak dah kena makan. Tapi yg paling sy jaga adalah knight n castle. Masa tu, queen da mati. Pihak lawan masih banyak buah lagi. Tapi byk yg duduk kat dalam, x keluar2. Sy me’make sure’ kan sy punya knight n castle berada di tempat yg strategik. Akhirnya, dapat wat checkmate dengan menggunakan knight, castle n pown.

2- Rasa takut + cuak bila kena lawan dgn orang yg 4 kali game berturut2 duduk kat meja first. Tapi once dapat kalahkan orang tu, semangat + keyakinan akan naik mendadak.

3- Jangan kasik lawan peluang nak attack kita. Set dalam otak yg kita sentiasa meng‘attack’ dia. Pastikan dia rasa terancam dengan setiap pergerakan kita walaupun kita hanya menggerakkan pown. Psiko dengan menggerakkan buah dengan penuh keyakinan.

Ok, cukup la tu..

Mungkin orang rasa main chess ni macam main permainan yg malas sebab x keluar peluh. Tapi disebaliknya, chess menjana otak untuk terus berfikir n berpsiko.haha. Kan islam menggalakkan umatnya tuk berfikir.

Aplikasi dalam kehidupan.

1. Letakkan matlamat dalam hidup. Macam main chess, aim utk hapuskan kehidupan King lawan. Macam tu jugak kehidupan, kena taw apa tujuan kita hidup. Nak buat something, kena taw apa tujuan kita buat benda tu.

2. Strategi. Setiap pergerakan pastikan berguna n x sia-sia. Kalau dah tersalah letak, take time utk ubah pergerakan n kasik peluang pada lawan utk attack kita. Macam tu jugak dengan kehidupan kita. Kena make sure yg setiap tindakan yg kita ambik ni, bermanfaat n berfaedah utk diri kita n sekeliling kita. Kalau dah tersilap, mungkin menimbulkan rasa penyesalan n memberi peluang pada org lain utk ambik kesempatan pada kita.

3. Positive thinking. Otak sangat2 memainkan peranan penting. Kalau rasa hampir2 kalah, kena terus berlagak macam bakal menang. Kena cepat2 MUHASABAH. Nengok balik step mana yg silap. Just our life, kena sentiasa rasa yg kita mampu buat walau peluang untuk berjaya sgt2 tipis. [sebab tu la kalo men chess kena tulis setiap pergerakan kita walaupun benda tu melecehkan.. supaya kita dapat check balik step2 kita n step2 lawan (da lupe cmne cara nk tulis step2 tu..haha)]

4. Bermain dengan minda. Setiap apa yg kita kerjakan, kena buat orang yakin n percaya dengan tindakan kita. Walaupun sebenarnya tindakan tu x berapa nk betul. Yela, manusia kan wat kesilapan.. Macam main catur, buat lawan rasa macam kita ada satu perancangan yg hebat [walaupun sebenarnya, x]. Bila org rasa yg kita mampu buat, dia akan wala’ pada kita. [haha..faham x?]

5. Take it as chance. Kena ambil semua perkara di sekeliling kita ni peluang. Walaupun kadang2 perkara tu menyusahkan n memeningkan kepala, atau rasa macam da xde harapan, tetap fikir yg itu adalah peluang utk kita terus maju. Walaupun dengan hanya menggerakkan pown, jadikan pergerakan pown itu peluang utk kita tawan King lawan.

6. Sacrifice something to get something. Ok, hidup memerlukan pengorbanan. Terlalu memerlukan sampai kadang2 tersalah korban.. hehe. Nak berjaya, kena ada pengorbanan. Main catur, mesti ada buah yg akan dimakan. Tapi pastikan buah yg dimakan tu, membawa hasil yg lebih bermakna. Pengorbanan buah kena makan tu, membawa pada penawanan King.

7. Menawan bukan ditawan. Main chess, kena terus attack n attack. Kalau di‘attack’, susah utk bangkit melainkan kena attack cikai2. Nengok balik dunia islam sekarang, kita yg kena attack supaya kita x di‘attack’.. Sebagai umat islam, kita yg kena sebarkan n amalkan islam, bukan kita yg terikut-ikut dgn isme2 yg disebarkan.

8. Perang psiko. Sehebat mana strategi pemain tu, once dia kalah dalam peperangan minda, dia akan jatuh. Pernah lawan dgn non-muslim yg agak hebat. Bermain psikologi dgnnya. Mulakan perlawanan dengan doa ringkas supaya dia nampak kelainan seorang muslim itu. Bila dia jalan, membuat mimik muka seakan-akan dia telah tersilap langkah. Kalau dia lambat, nengok jam n ketuk2 meja. Nak gerakkan buah, penuh strategi n keyakinan supaya dia rasa yg kita hampir menawan king dia. Bila bermain psiko, orang yang hebat pun boleh tersungkur sebab bila fikiran dia dah x stabil, dia akan membuat careless. Kemudian, menyesal dengan tindakan dia. Terpaksa membuat plan baru. Kadang2 peluang depan mata pun x nampak. Huh, hebat kan bila dapat ‘menawan’ minda seseorang..hehe

Dunia chess dan dunia daie.

Sy pernah mendengar bahawa pernah ketika suatu masa dahulu, tetera islam mengikat buah catur di pinggang mereka sewaktu melawan tentera kafir. Tapi sy x pasti kesahihan cerita tersebut. Kisah ni pun sy dapat tanggal 20 Jan 2009 [malam sebelum kami lawan chess] daripada guru kami.
Dikatakan tentera Islam membuat strategi peperangan seperti permainan chess.

Apa yg sy nak kaitkan dgn kehidupan seorang daie, STRATEGI atau uslub. Ingin ‘menawan’, perlu berstrategi dan yg paling utama, tawan minda mereka dulu..

Just a bit sharing drpd pemain catur yg x hebat.
Jom ambil iktibar drpd permainan catur.. :)

1 comment:

tanpa nama said...

hahaha...double bracket...