Saturday, February 26, 2011

-Bumi Itu-

Entah kenapa mata ni sukar untuk lelap.. Fikiran melayang-layang ke bumi itu.. Yer, sungguh aku rindu bumi itu.. Rindu yang tak pernah terlerai. Seribu kenangan manis aku di situ. Tanpa sedar, sudah lebih setahun aku meninggalkan bumi yang ku kenali sebagai Bumi Waqafan…

Kali pertama aku menjejakkan kaki ke sana, masih aku ingat.. Tanggal 12 Februari 2008. Ditempatkan di dorm E31. Arghh, seakan semalam aku baru mendaftar di Bumi itu..

Minggu pertama aku di sana, homesick!! Tak pernah aku duduk di asrama, tambahan asrama yang jauh beribu batu dari rumah. Aku kuatkan semangat. Aku yang ingin ke situ bukan atas permintaan ibu bapaku!! Pernah ibuku menghalang aku ke sana. Kerana kedegilanku, aku pergi jua.. Tapi, aku bersyukur di tempatkan di bumi itu.

Bumi itu, bumi yang mengubah aku. Daripada insan kerdil di ceruk kampung, aku belajar banyak perkara baru. Bumi yang mengubah sikap aku. Bumi yang mengajar aku.

Bumi itu, melihat jatuh bangun aku. Masih aku ingat, tahun pertama aku di situ. Ditempatkan di kelas pertama. Tekanan! Persaingan yang sangat hebat. Keputusan aku tahun itu tak membenarkan aku terus berada di kelas pertama. Jatuh ke tempat kedua. Tapi tak bermakna semangatku juga jatuh.

Aku teruskan perjuangan. Lulus, gagal, satu permainan. Dan aku buktikan pada kedua ibu bapaku dan adik beradikku, berjauhan tak bermakna aku gagal. Walau bukan straight A’s, cukuplah untuk mereka bangga denganku.

Masih aku ingat 5 unique things di bumi itu.. Tarbiyah, Biah Solehah, Teachers, Ukhuwah n Friends. Allah, aku rindu bumi itu!!

Banyak,, terlalu banyak bumi itu mengajar aku.. Niatku ke bumi itu untuk berubah. Dan Allah perkenankan. Aku belajar Babul Liqa’. Berhubung dgn kaum Adam disebalik pintu. Beri pendrive, pen, menggunakan buku. Menundukkan pandangan.

Di bumi itu, aku bertatih memberi dan menerima ilmu. Membaca al-mulk sebelum tidur. Tazkirah yang tak pernah kering. Selepas solat Subuh, sewaktu perhimpunan, di kelas, selepas Asar, antara Maghrib-Isya’, selepas al-Mulk… Boleh dikatakan, dari celik biji mata hingga pejam balik, dipenuhi dengan peringatan..

Belum dicampur dengan program-program khas. KPU, KPTI, Minggu Ruhiyyah, Minggu Fikriyyah, usrah n sebagainya.. Uniknya bumi itu..

Banyak kenangan aku di bumi itu. Tak tercoret rasanya.. Bumi yang penuh berkah. Tak pernah aku rasa ketenangan yang aku dapat di bumi itu.. Perbuatan jahat yang aku lakukan, di balas direct.. Dan yang PALING utama, bumi itu membuatkan aku faham erti sebenar Perjuangan..

Bumi Waqafan, dalam kenangan~~

(4 AV 10)


6 comments:

Anonymous said...

err,,ade beza ke ukhuwah n friend?subhanallah,hbt bia'h kt sne...

thepioneer said...

ntah..haha..5 unique things in kisas tu, turun temurun.. xtaw la start bile

Anonymous said...

hahaha...pon blh nisa....:D
oi,tido!=.=

thepioneer said...

ala,, pagi masih muda...
^__^

Anonymous said...

oh ok...esok jgn itik lak mkn kambing...:D

Anonymous ahahahahahaha said...

Kalo ko dah rasa gitu, ko amalkan lah ilmu tu, ajaklah mereka di sekeliling ko ke jalan islam yang sebenar, and of course its gonna be hard since you have make a lot mistake in your life, before one want to correct others, one must correct itself

muwahahahahahah if you want to choose that path then you will feel the pain of my suffering ahahahahah