Sunday, December 26, 2010

Kisah Korea Prt 2



The Fugitive:Plan B..
(ending yg dah boleh agak..haha)

ok, niat nak cerita drama tu.. lets go on k..
ceritanya mengenai atuk Jini yg simpan emas selepas perang dunia. disebabkan emas tu, keluarganya dibunuh.. utk cari emas tu, klu nya berdasarkan kod duit.

lepas emas tu dijumpai, macam2 perkara berlaku. bertambah ramai yang terkorban termasuklah detektif Soran.. tp akhirnya, kejahatan Yang Doo Ui terbongkar dan anaknya terpaksa meletakkan jawatan sebagai ahli politik.

kesimpulan drpd drama yg smgt ditonton ini;
- everything yg kite nak wat msti ad plan..
- org yg rapat ngn kite pn ley jd musuh bile jiwa dah dibeli dgn dunia n seluruh isinya..
- (jgn simpan sume harta 1 tempat jer!!)

Setiap mukmin itu bersaudara..

Aku terbaca satu kisah. Diceritakan bahawa suatu hari Salman al-Farisi melakukan perjalanan bersama para sahabat. Termasuk juga Rasulullah S.A.W. Mereka berhenti di satu tempat untuk berehat. Usai mendirikan khemah, Salman langsung terlelap.


“Apakah tujuan orang ini, sesuka hati sahaja masuk ke khemah dan tidur mendengkur begitu,” ujar salah seorang di antara mereka. Dua orang sahabat kemudiannya mengumpat Salman yang tertidur itu. Selang beberapa kemudian, keduanya membangunkan Salman dan menyuruhnya agar pergi ke khemah Nabi yang agak jauh dari situ. Kedua sahabat itu mengharap agar Salman menemui Nabi dan meminta daging untuk makan malam.


Salman pun berangkat dan menyampaikan maksud kepada Nabi Muhammad namun baginda tidak memberi sekerat daging pun kepada Salman.

“Sampaikan kepada mereka bahawa mereka sudah memakan daging,”ujar Nabi.

Salman kemudian menyampaikan pesan Nabi tersebut. Namun keduanya bersumpah bahawa mereka belum makan sekerat daging pun. Lalu Salman mengajak mereka berdua untuk menghadap Nabi.

“Wahai Rasulullah, demi Allah kami belum makan lauk sama sekali,” ujar mereka.

“Aku melihat merahnya daging pada mulut kamu berdua,” jawab Nabi.

“Demi Allah, kami tidak makan lauk sedikitpun. Sehari suntuk perut kami belum memasuki apa pun!” kata mereka bersungguh-sungguh.

“Kamu telah mengumpat dan mengata saudaramu (Salman). Apakah kamu suka makan daging orang mati?” tanya Nabi.

“Tidak,”

“Kalau begitu, janganlah kamu mengumpat dan mengatakan keburukan orang lain. Kerana yang seperti itu bererti makan daging saudara sendiri,” kata Nabi lalu membacakan surah al-Hujurat ayat 12.


Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain,dan janganlah setengah yang kamu mengumpat yang lain. Adakah kamu suka makan daging saudaranyayang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Mengasihani.

Dalam ayat ini, Allah telah menyatakan beberapa peringatan. Pertama, jauhi bersangka buruk. Sesungguhnya serendah-rendah ukhwah adalah bersangka baik. Apabila kita bersangka buruk pada seseorang, maka dimana letaknya ukhwah kita dengan insan tersebut??

Keduanya, jangan mencari kesalahan orang lain. Telah Allah ciptakan manusia ini sebagai hamba yang tidak sempurna. Memang lumrah, manusia sentiasa melakukan kesilapan. Berilah kesempatan pada insan untuk membetulkan kesilapannya bukan mencari kesalahannya dan mengaibkannya. Tambahan, diri kita juga sering melakukan kesilapan.

Ketiganya, jangan mengumpat orang lain apatah lagi jika orang itu adalah saudara seislam kita. Dalam tanpa kita sedari, kadangkala kita mengatakan; “aku berkata sesuatu yang betul mengenainya. Memang dia begitu dan begitu,”. Sesungguhnya tanpa kita sedar, kita telah mengumpat saudara kita sendiri. Mengumpat ialah mengatakan sesuatu (yang benar) mengenai orang lain yang apabila didengarinya pasti boleh mendatangkan perasaan kurang senang. Dalam erti lainnya, memceritakan aib seseorang.

Wa akhiran, Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Mengasihani. Allah menyuruh kita agar BERTAKWA. Kenapa Allah menyuruh kita bertakwa bukan bertaubat? Kerana takwa itu adalah kunci ketaatan kepada Allah. Apabila hamba itu taat pada Pencipta, maka lahirlah taubat dan penyesalan atas dosa-dosanya..

Wallahu a’lam.

Wednesday, December 15, 2010

Result 1st Sem..



Setelah seminggu result keluar, baru aku berdaya untuk menceritakan kisahnya.. Mungkin tidak perlu sebenarnya,, hehe..

Untuk pertama kalinya dalam hidup aku cuak untuk menyaksikan keputusan peperiksaanku. SPM pun tak secuak ini.. Mungkin penangan universiti.. Tepat jam 9.00 pg, try tuk nengok result kat student portal tapi biasa la, traffic jam.. So, check kat emel je la..

Keputusannya: tidak perlulah dicoretkan disini.. mungkin kerana terlalu rendah..

Sejujurnya, macam2 perasaan dirasai cuma tidak dapat dijelaskan satu persatu..

Kecewa?? Mengapa perlu sedangkan aku telah melakukan yang terbaik untuk diriku (walaupun sempat main game n nengok cite korea).. Sedangkan aku telah pun redha dengan natijah yang bakal aku hadapi..



Bangga?? Perlu ke sedangkan DL pn x dapat.. Sedangkan ramai lagi tinggi dari aku..

Mungkin ini keputusan atas kesilapanku yg byk main dulu (mengaku pun).. Next sem, kena wat betul2... insyaAllah!!

Wednesday, December 08, 2010

kenangan dulu2...

ape yg ley wat kat alamanda, tp xley wat kt tapah..??

- main lif.. pastu bile tetibe lif berenti kat tingkat 12 mlm2, dah cuak..

- turun tangga 16 tingkat sbb lif penuh mase nk gi kelas..

- pastinya dah xde canggih, rengit dan qatar.. maksudnya, dah xde harimau yg tggu dlm bas..^_*

- balik kelas dah xjmpe econsave, domino pizza, subway,...

- gi Midvalley tiap2 ari..

- gi jln2 pastu masuk kolej sharp pukul 11, lintas jln kene hon, lalu dpan pak guard dgn muke slamber..

- main jongkang-jongket kat PPR (rahsia aq n azza)

- baling roket, wat sampah mase ari ujan sambil bukak OST stairway to heaven..

- lepak kat ruang tamu yang besar giler sambil nengok movie..

- masak nasi, lauk n sbgainya..

- wat assignment kat surau sampai pukul 1 lbey pastu kene halau ngan pak guard..

- lumba jalan kaki ngan mak cik bedah

Wednesday, December 01, 2010

Jika Tapah, jika S.Alam, apa bezanya..??

Sedang menikmati cuti yg 'sedikit' membosankan.. ditengah kehangatan cuti ni, dapat pulak berita yg tak jadi pindah Tapah, kena pindah Shah Alam semula. Ada yg happy, ada gak yg sedey.

Tak berape lama, dengar cite lagi, kena pindah Tapah semula. Kampus yg disediakan khas utk pelajar Fakulti Sains Komputer & Matematik terutamanya.. Jadi isu lagi~~

Tapah ke, Shah Alam ke, penting ke semua tu??

Mungkin bagi insan yg tak biasa berjauhan dengan mak ayah, itu adalah satu isu besar dalam diri..
Okeyla, mungkin bagi aku itu akan menjadi isu bila nak balik kampung yang tercorok ni kan.. Ye la, daerah tercorok sangat sampai agak sukar mendapatkan bas..

Tapi, bila difikirkan semula tujuan asal aku ke universiti tak lain tak bukan adalah tuk menimba ilmu. Then, whats the prob..?

Kalau dulu Imam Syafie sanggup bermusafir beribu batu, menumpang kabilah yg nak berdagang tuk mencari ilmu, kita pulak sekarang ni juz naik kereta je. Highway pun dah ada. Setakat kena pindah ke Tapah, dah nak keluar perkataan2 yg tak sepatutnya.. Tak boleh ke nak bersusah sikit tuk dapatkan seciput ilmu?

Ask ur self.. Datang kata nak belajar tapi kalau nak berkorban sikit pn tak boleh,,... Hmmm, tepuk dada tanya iman la..

Kisah Korea..

Sedang mengalami sedikit masalah ketika ini. Mungkin akibat cuti sem yang terlalu panjang serta mendapat berita yang sedikit mengecewakan.hehe..

Cuti semesta lebih 50 hari. Seakan-akan tidak tahu apa yang ingin dilakukan lagi. Hanya mampu menonton kisah The Fugitive: Plan B. Drama korea yang tengah ditayangkan di televisyen (Astro KBS). Lakonan Rain, pelakon dalam cerita Full House dan juga merupakan seorang penyanyi.

Bukan latar belakang Rain yang ingin diceritakan tetapi mengenai matlamat Rain dalam cerita The Fugitive:Plan B. Mula-mula tak terniat pun ingin menonton drama itu tapi TERmenonton (sbb ade Rain). Rain (as Jiwoo), seorang PI (Personal Investigator) yang mempunyai seorang clien. Clien tu suruh Rain mencari pembunuh ahli keluarganya terutama pak cik saudaranya. Pembunuhan itu disebabkan ingin merebut emas.

(tu je sinopsis yg sy taw sbb cite x habis lg..)

Matlamat Rain, ingin menjadi seorang PI yg hebat yg dapat menyelesaikan 1 kes dalam masa sehari. Berbekal matlamat yang ada, dia mengumpul maklumat dan bukti setiap kali ada kes jenayah walaupun tidak menyelesaikan kes tersebut. Tapi, terdapat usahanya disitu iaitu mengumpul maklumat dan bukti.

Dikaitkan dengan kehidupan realiti, pertama yang perlu dimiliki oleh setiap individu ialah MATLAMAT. Yang keduanya, langkah untuk mencapai matlamat tersebut.

Sebagai pengejar ilmu, antara matlamat yang ingin sy capai ialah PhD. Dan langkah harus dimulakan dari sekarang. Masih mencari tajuk yang sesuai dengan diri untuk dibuat tesis suatu hari nanti. InsyaAllah..