Tuesday, May 25, 2010

Preparation..

Bismillahirrahmanirrahim.. Rase macam lame sangat tak update blog ni. Maaf, sedikit sibuk.

Alhamdulilllah, tadi sy ke hospital untuk membuat medical check up. Petang, baru berkesempatan bertemu doktor. Ingin saya kongsi sedikit mengenai apa yg berlaku tadi. Perbualan yg ringkas tapi cukup padat dan sangat terkesan di jiwa. Sedikit nasihat dari insan yg bergelar seorang doktor.

Doktor : awak dpt tawaran ke mana?
Saya : uitm shah alam..
Doktor : kos apa?
Saya : sc aktuari.
Doktor : (sambil ketawa) awak agak2 sy taw x apa tu sc aktuari?
Saya : (tercengang jap..) erm, taw kot..name pn doktor.
Doktor : msti la sy taw. Sy pernah ditawar kn kos tu. Degree kat oversea tajaan BNM. Berkaitan statistik kn? Belajar betul2 kat sana. Shah alam tu liar sikit. Hari ni awak guna tudung labuh, esok kat sane nengok2 tudung dah makin pendek. Pastu terus hilang. Jaga diri baik2. Jangan tertipu. Pergi sana niat nak belajar.
Saya : insyaAllah doktor. Minta dijauhkan dari perkara2 macam tu.

Sy terfikir, hari ini Dia memberi saya kekuatan untuk menggunakan tudung labuh. Esok? Siapa yg dapat menjamin saya akan kekal istiqamah? Sedangkan manusia tu berubah setiap saat. Saya berdoa agar perubahan itu adalah perubahan kepada kebaikan.

Ingin saya ingatkan para pembaca sekalian, daie itu tak semestinya terdiri daripada kalangan insan yg sentiasa di masjid2, yg sentiasa memberi ceramah dan tazkirah di surau2 tapi semua insan adalah daie. Seperti doktor yg saya berjumpa tadi, walaupun seorang doktor, dia mengambil kesempatan untuk menasihati pesakitnya agar sentiasa tetap berada di landasan menuju Rabb.

Sekian buat saat ini. Ucapan ribuan terima kasih buat Dr. Amir Sufyan atas nasihat yg diberikan.

Saturday, May 08, 2010

Rasulullah dan para sahabat sebagai model perjuangan.

Para da’i di jalan Allah seharusnya mendapat bekalan dari sirah ar-Rasul, dari perjalanan hidup perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dan dialami oleh para sahabat peringkat pertama dakwah Rasulullah kerana Islam di zaman ini telah kembali dagang semula. Jahiliyah pula telah kembali mencengkam dan mengancam masyarakat dari segala penjuru kehidupan. Para da’i ditentang dari kiri dan kanan. Mereka diserang dengan serangan yang tidak mengenal ampun, tiada maaf untuk mereka sama ada dari dalam atau luar oleh puak jahiliyah. Mereka diseksa, dipenjara, dikejar di mana-mana, ditindas malah ada yang dibunuh dan dihukum gantung oleh boneka-boneka jahiliyah yang menguasai negara Islam. Para da’i dan para pendokong tugas dakwah tidak boleh lari dari intipan, ancaman dan berbagai-bagai tuduhan yang jahat.

Itulah sebabnya mengapa kita perlu mencari bekalan dari sirah Rasulullah di dalam pelbagai peringkat dan jurusan dakwah serta perjuangan baginda dan para sahabat. Rasulullah adalah pemimpin kita, ikutan kita, juga pemandu kita.

Begitu juga para sahabat. Mereka berjalan di atas jalan dakwah yang sama. Mereka bersama-sama membangunkan Daulah Islamiyyah yang pertama di atas kehancuran kuasa jahiliyyah. Mereka adalah contoh teladan kita di atas jalan dakwah dan perjuangan Islam yang wajib kita ikuti.

Sirah mengajar kita untuk hidup di dalam Islam di segala jurusan hidup. Bagaimana Rasulullah membentuk para sahabat menurut acuan al-Quran? Bagaimanakah Rasulullah mengubah jahiliyah dan menggantikannya dengan Islam? Bagaimanakah Baginda mengatur negara Islam Madinah menurut syariat Allah dan al-Quran sebagai perelembagaan?

Di atas sebab-sebab itulah kita perlu mengkaji semula dan mempelajari dengan lebih terpeinci akan sirah Rasulullah. Dari sinilah kita akan menggali segala hikmat dan mutiara yang terpendam untuk dijadikan bekalan disepanjang jalan dakwah. Marilah kita teliti segala peringkat sirah baginda dan para sahabat. Bagaimana akhlak mereka, bagaimana jihad mereka, bagaimana pengorbanan mereka dan bagaimana mereka mampu membebaskan hidup mereka dari cengkaman tradisi jahiliyah dan masuk Islam secara keseluruhannya dan akhirnya mereka mendapat kebahagiaan dan kejayaan yang luar biasa dari segenap jurusan hidup.

Qudwah amaliyah (contoh yg praktikal) yang sangat berkesan ini sangat mempengaruhi jiwa dan ia adalah lebih baik dari nasihat-nasihat tanpa model dan teladan. Inilah sebaik-baik bekalan.

Dalam kita membaca sirah Rasulullah, kita akan dapati baginda telah menanggung azab penyiksaan dari puak jahiliyah. Namun baginda menghadapinya dengan penuh kesabaran dan terus menyebarkan risalah tanpa jemu kepada kaumnya. Demikian juga kita dapat bekalan dari kisah kesabaran Yasir dan Sumaiyyah yang disiksa oleh puak jahiliyah sehingga akhirnya mereka menikmati syahid. Kita lihat pula bagaimana kuat dan utuhnya keimanan Bilal dalam menerima siksaan dari mereka.

Rasulullah pernah dituduh dengan pelbagai tuduhan. Baginda tidak pernah marah malah lebih bertambah sabar dengan cemuhan-cemuhan itu. Tidak hairanlah jika para da’i di zaman ini juga mendapat dugaan dan mihnah. Dituduh dengan pelbagai tuduhan, berjuang bertopengkan agama dan berbagai tuduhan lagi. Jelas sekali tuduhan itu adalah palsu belaka.

Kenangilah kembali wahai saudaraku,
Bagaimana sabar dan tabahnya para sahabat menahan lapar sewaktu pemulauan selama 3 tahun. Namun tidak pernah terlintas di fikiran mereka untuk berganjak dari aqidah mereka.

Oleh itu saudaraku,
Dalam pengkajian sirah Rasulullah ini, dalam membaca dan menelaah kembali, marilah kita meneliti dan membacanya seolah-olah kita berada di kalangan mereka, di zaman mereka dan berjuang bersama-sama mereka. Kelak kita akan mendapat faedah yang amat besar.

Tatkala kita diuji dengan peristiwa dan tentangan seperti zaman Rasulullah di dalam dakwah Islam dan perjuangan Islam, kita perlulah bersikap seperti sikap baginda dan para sahabat kerana merekalah model ikutan kita.

Monday, May 03, 2010

~nk sedapkan ati~

” Murid-murid, dah besar nanti nak jadi apa??”

“doktor!”

“cikgu!”

“polis!”

“Jurutera!”

“Saya nak jadi seorang aktuari!”

Bayangkan kalau ada seorang anak murid menjawab hendak menjadi seorang aktuari, pasti cikgu akan menggaru-garu kepala, tertanya-tanya, mungkin juga selepas itu terus surf internet, mencari makna ‘aktuari’. Apa agaknya, berkaitan laut ke??marin ke??ada pula perkataan sains kat depan tu??

Saya selalu tergelak, apabila orang bertanya tentang kos yang saya pilih, semua akan membuat muka pelik bila saya menyebut kos ‘sains aktuari’. Payah untuk saya menjawab kerana saya pun tidak tahu bagaimana untuk menerangkan dengan sejelasnya. Ada yang mengatakan kos berkaitan laut kerana mungkin bunyinya dekat-dekat dengan ‘akuari’, mungkin. Saya akan sedaya upaya menerangkan atau untuk mudah, saya akan menjawab, lebih kurang sains matematik, banking, insurans. Saya pun tidak pasti adakah penerangan itu yang terbaik, tetapi itu sahaja yang mampu saya terangkan lantaran saya juga baru sahaja memasuki alam aktuari ini.

Jadi pada post saya kali ini, saya akan berkongsi sedikit tentang kursus ini bagi menerangkan kepada sesiapa yang masih tertanya-tanya, dan juga untuk adik-adik yang akan menamatkan peperiksaan SPM tidak lama lagi. Sedikit sebanyak mungkin mereka akan berminat untuk mengambil kursus ini.

Di Malaysia, kursus ini masih tidak berkembang dengan pesat tetapi nampaknya kini keperluan seorang aktuari semakin dirasai oleh syarikat-syarikat besar. Baru-baru ini, kakak saya menghadiri pameran kerjaya di UKM dan melihat kebanyakan syarikat-syarikat besar kini memerlukan seorang aktuari. Pada saya, ini perkembangan yang baik kerana apabila saya menamatkan pengajian nanti, lebih mudah untuk saya mendapat pekerjaan :)

Setakat ini, dalam pengetahuan saya, cuma ada beberapa buah universiti sahaja di Malaysia yang menawarkan kursus ini iaitu UKM (sarjan muda), UITM (diploma dan sarjana muda), USIM dan saya baru terbaca baru-baru ini di Institut Sains Matematik Universiti Malaya juga ada menawarkan bidang Sains Matematik pengkhususan dalam Matematik Aktuari dan Kewangan. Bagi di luar negara pula, negara yang bagus untuk kursus ini ialah USA, UK dan Australia. Untuk tajaan JPA, biasanya JPA akan menghantar ke US atau Australia untuk sains aktuari, seperti saya, saya akan dihantar ke US dan sekarang saya sedang menjalani American Degree Transfer Program (ADTP). Kalau tiada aral melintang dan dengan izin Allah, saya akan ke sana pada musim luruh tahun 2010 :)

Yang pasti membuatkan ia lebih menarik lagi ialah, kerjaya aktuari ini adalah antara 25 most highest paid job pada masa sekarang!

Apakah yang dimaksudkan dengan sains aktuari?

Seorang aktuari merupakan ahli perniagaan profesional yang berhubungkait dengan rekacipta insurans, pencen dan program-program kewangan yang lain. Melalui aplikasi kebarangkalian, statistik, teori risiko dan prinsip-prinsip kewangan, seorang aktuari dapat mengira risiko masa hadapan berkaitan dengan program insurans, anuiti dan pencen.

Untuk mencapai kesemua ini, seorang aktuari harus terdahulunya mengumpul dan menganalisa data untuk membentuk model matematik. Model-model kebarangkalian penyakit, kematian, kemalangan dan sebagainya serta jadual-jadual kebarangkalian pengangguran dan sebagainya dibina. Selepas kesemua kebarangkalian dan kos syarikat dikira, seorang aktuari mampu menetapkan harga premium yang akan memenuhi keperluan pembayaran manfaat insurans yang dijangkakan.

Seorang aktuari pernah dikenali sebagai arkitek kewangan dan ahli matematik kemasyarakatan disebabkan oleh kombinasi unik kemahiran analisis dan perniagaan mereka dalam menyelesaikan masalah kewangan dan sosial yang kian meningkat. Pengiraan dan perancangan seorang aktuari adalah tulang belakang industri insurans dan sekuriti kewangan. Kerja-kerja aktuari banyak melibatkan matematik, seorang aktuari juga mesti senantiasa mengikuti perkembangan isu-isu semasa dan tren perniagaan, sains kemasyarakatan , undang-undang dan ekonomi. [1]

Siapa yang sesuai untuk menjadi aktuari?

* Pelajar cemerlang yang sangat baik dalam matematik.
* Seorang suka menyelidik dan senantiasa ingin tahu yang gemar mempelajari sesuatu dan suka menyelesaikan masalah rumit.
* Seorang yang gemar permainan strategi seperti catur dan permainan komputer yang mencabar.
* Seorang yang gemar menulis dan berkomunikasi dengan orang lain.
* Minat dalam isu-isu sejarah, sosial, perundangan dan politik.
* Seorang yang mempunyai motivasi diri dan mempunyai sifat kepimpinan. [1]
* Kebolehan yang baik dalam matematik untuk membolehkan pentafsiran ,penganalisaan dan penyelesaian masalah dilakukan.
* Pandangan praktikal
* Minda yang sentiasa analitis
* Boleh menghadapi masalah kewangan,pengurusan dan perhubungan manusia
* Boleh bertutur dan menulis dengan baik untuk tujuan komunikasi
* Pendidikan universiti dalam bidang matematik, statistic dan Sains aktuari.
* Boleh membuat keputusan dengan baik,mempunyai imaginasi dan berfikiran logic
* Kefahaman mendalam dalam ekonomi am,kecenderungan sosial ,perundangan dan kesihatan[2]

Ini adalah sedikit sebanyak tentang sains aktuari di Malaysia. Mungkin apabila saya sudah menyambung pelajaran di US saya boleh menceritakan tentang kursus ini di sana pula,insyaAllah. Tetapi setakat pengetahuan saya kini, subjek teras bagi sains aktuari ini ialah economics, calculus dan accounting.


sumber:http://aireensamirah.wordpress.com/2008/11/19/sains-aktuari/