Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ku panjatkan segala kesyukuran kepada-Mu, tuhan sekalian alam yang menciptakan bumi dan segala isi kandungannya.
Satu hari, aku mendapat satu mesej ringkas daripada seorang sahabat.
Sabda Rasulullah S.A.W, akan datang atas umatku dimana ia lebih menyukai 5hal dan melupakan 5 hal.
1) Suka DUNIA lupa AKHIRAT
2) Suka HARTA lupa HARI HISAB
3) Cintakan MAKHLUK lupa KHALIKNYA
4) Suka BERDOA lupa BERTAUBAT
5) Suka RUMAH lupa KUBUR
Astaghfirullah.. Ya Allah, apakah aku juga tergolong dalam golongan ini ya Allah?
Kau ampunilah dosa-dosa ku wahai Tuhan Yang Maha Pengampun.
Aku sedar, terkadang aku melebihkan dunia sehingga aku terlupa bahawa destinasi abadi ialah akhirat.
Aku sedar, terkadang aku mengaduh sekiranya hartaku berkurang tapi tidak pula aku menyesal jika amalku hilang.
Aku sedar, terkadang aku merindui makhluk yang Kau ciptakan lebih dari aku merindui-Mu. Kecewa jika berpisah dengan makhluk-Mu tapi tidak berasa apa-apa jika berpisah dengan-Mu. Sanggup meluangkan waktu berjam-jam melakukan perkara tapi tidak rela memperuntukkan sedikit waktu dengan-Mu.
Aku sedar, terkadang aku lebih banyak memohon kepada-Mu diberi kekuatan menghadapi segala ujian, memohon memperoleh kejayaan, memohon keperluan duniawi tapi aku terlupa memohon ampun, terlupa bahawa seandainya Kau tak ampuni aku, terhijablah segala doa-doaku.
Aku sedar, terkadang aku lebih merindui rumah dan segala isinya berbading mengingati kubur. Aku lupa Ya Allah bahawa sesungguhnya mati itu pasti. Tapi, mengapa aku masih lalai dan leka. Masih tidak membuat persiapan untuk mengahadapinya. Jika peperiksaan tiba, aku sedaya upaya mengulangkaji pelajaran untuk mendapat keputusan yang cemerlang namun mengapa tidak aku lakukan persiapan yang rapi sedangkan aku tahu MATI ITU PASTI..
Memang benarlah manusia itu pelupa. Sudah diingatkan dalam al-quran dan as-sunnah, mengapa masih leka. Meengapa masih tidak mahu mengambil pengajaran.
Disebabkan itu, Allah menciptakan makhluk-Nya agar saling mengingati antara satu sama lain.
Syukran buat sahabat-sahabat yang mengingatkanku ketika aku lalai.
Terima kasih Wahai Penjaga Hati kerana menggerakkan hati-hati kami untuk mengingatkan antara satu sama lain.
Wallahua’lam..
No comments:
Post a Comment