Diceritakan dalam sebuah hadis, Allah mengutuskan malaikat Jibril AS menemui malaikat Malik dengan tujuan supaya malaikat Malik dapat membawa api kepada Nabi Adam supaya dapat digunakan untuk memasak.
Malaikat Jibril berkata; Wahai Malik, aku diutuskan Allah untuk mengambil api neraka bagi kegunaan Nabi Adam.
Malik menjaga pintu neraka bertanya; Wahai Jibril, berapa banyak yang kamu inginkan? Berkatalah Jibril; Sebesar biji kurma. Kemudian malaikat Malik berkata; tahukah kamu wahai Jibril bahawa andai kata aku diberikan kepada kamu api neraka sebesar biji kurma maka akan hancur leburlah tujuh petala langit dan bumi disebabkan oleh kepanasan api neraka tersebut.
Dan Jibril berkata lagi; jika begitulah yang akan terjadi, maka berikanlah kepadaku separuh daripada biji kurma. Kemudian malaikat Malik berkata; andai kata aku berikan separuh daripadanya sebagaimana yang kamu minta, ketahuilah bahawa langit tidak akan menurunkan hujan walau setitik pun kerana kepanasan api neraka tersebut dan ini akan menyebabkan bumi tidak akan ditumbuhi oleh tanaman serta kering-kontang.
Mendengar penjelasan malaikat Malik itu, Jibril pun berdoa kepada Allah memohon petunjuk. Berkatalah Jibril; Wahai Tuhanku…Sebanyak manakah yang sepatutnya aku ambil api neraka?
Kemudian Allah berfirman; ambillah sebesar biji sawi. Kemudian Jibril mengambil sebesar biji sawi dan membawanya ke syurga untuk dibasuh di 70 buah sungai yang berada didalamnya. Kemudian dia turun ke bumi dan meletakkan di atas gunung yang tinggi. Sebaik sahaja Jibril meletakkannya maka larutlah gunung tersebut menjadi rata dan api itu kembali semula ke tempat asal dan yang tinggal hanyalah asapnya yang melekat pada batu.
Daripada apa yang digambarkan, jelaslah bahawa api neraka sangat panas. Ada riwayat mengatakan bahawa malaikat Jibril datang bertemu Rasulullah SAW dan baginda bertanya kepadanya; Wahai Jibril, terangkan kepadaku tentang sifat-sifat api neraka.
Kemudian malaikat Jibril berkata; sesungguhnya Allah menjadikan neraka dan menyalakannya selama 1000 tahun hingga menjadi merah menyala. Kemudian dinyalakan 1000 tahun lagi sehingga menjadi warna putih. Ia dinyalakan lagi selama 1000 tahun hingga menjadi hitam pekat bagaikan malam yang gelap gelita. Tidaklah padam nyalaannya dan tidak pula mati baranya.
No comments:
Post a Comment