Wednesday, January 28, 2009

Pengkid: bukan isu baru

Ketika seluruh negara digemparkan dengan pengeboman Israel ke atas Gaza, negara kita pula digemparkan dengan isu pengharaman pengkid. Penkid, satu isu baru. Bukan baru berlaku tapi baru diharamkan oleh negara Malaysia. Ketika isu ini diharamkan, terdapat pelbagai pihak yang tidak menyetujuinya. Ana sedikit pelik lantas mengambil peluang cuti tahun baru cina ini untuk membuat sedikit kajian.

Memetik slogan yang dilaungkan oleh katagender dan Food-Not-Bomb, `pengkid bukan jenayah’, `nenek saya berambut pendek,ada masalah?’ dan sebagainya membuatkan ana lebih berkobar-kobar untuk mengetahui apa itu `pengkid’ sebenarnya.. Pengkid ialah wanita yang mencintai wanita seumpama pasangan hidupnya. Jadi, melihat definisinya sahaja sudah jelas menyatakan perkara itu haram. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda,`bukan dari golongan kami siapa saja wanita yang menyerupai lelaki dan siapa saja lelaki yang menyerupai wanita’. Dalam satu hadis lain, daripada Abdullah ibn `Abbas menerangkan bahawa: Rasulullah amat melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. Menyerupai di sini termasuklah dalam bentuk tingkah laku,penampilan,pakaian serta perhiasan. Baru sahaja menyerupai sudah dilaknat apatah lagi menyintai kaum sejenis seperti pasangan hidup.

Pengkid merupakan `anak’ kepada lesbian. Lesbian berasal daripada nama sebuah pulau iaitu Lesbos. Seorang penyair wanita Greek Purba iaitu Sappho telah mengukir cintanya kepada wanita melalui ayat-ayat indah dalam sajaknya. Malahan, Sappho pernah menjalinkan hubungan serius dengan anak murid perempuannya.


Isu pengkid tidak boleh dianggap enteng kerana kesannya amat besar kepada masyarakat. Mengimbau sejarah yang berlaku pada tahun 1996, Rosdi Ahmad atau nama sebenarnya, Azizah Abd. Rahman yang cuba menipu pegawai agama bagi menikahi seorang wanita daripada Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan. Dalam satu kes lain yang berlaku di Johor Bahru pada 2005, seorang isteri meninggalkan suami dan anaknya kerana mengikuti teman lelakinya yang merupakan seorang pengkid. Ibu kepada anak berusia 7 tahun yang mendirikan rumah tangga dengan pekerja kontrak mendedahkan pergolakan yang membawa kepada pilihan melarikan diri dengan pengkid bermula daripada sikapnya yang mengambil berat, empati dan penyayang. Dapat kita lihat di sini betapa rendahnya aqidah umat islam pada masa kini. Rasulullah bersabda, `tidak boleh seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh seorang lelaki menyentuh badannya kepada badan lelaki yang lain dalam satu selimut dan tidak boleh seorang wanita menyentuh badannya kepada badan wanita lain dalam satu selimut,’ Menurut Imam al-Nawawi berkenaan penyentuhan badan sejantina dalam satu selimut,`hadis ini menunjukkan larangan yang bersifat haram jika tidak ada penghalang di antara kedua-duanya,’. Sudah terbukti bahawa sesungguhnya pengkid adalah HARAM!!


Sebelum mengakhiri, ana memetik bait-bait syair Ibn Farid;

Selamatkan dirimu dari cinta pembawa becana

Aku tidak memilihnya selagi masih ada akal di kepala

Menghirup ketenangan hidup

Kerana permulaan cinta adalah ketenangan

Pertengahannya derita dan kesudahannya nyawa melayang..

No comments: