Tuesday, April 06, 2010

Faiza azamta fatawakkal ‘alallah.

Sy yakin, saat ini most of us (lepasan SPM 09) sedang wat preparation tuk temuduge JPA, MARA, etc.. Dalam setiap perkara, kita mesti nak yang terbaik kan. 24 jam berdoa supaya lulus temuduga. Preparation pun sebulan awal dah buat.

Bila kita nak buat sesuatu, pastikan kita letak target untuk dapat yang TERBAIK. “Aku tak layak la...”..
“Siapalah aku ni, aku biasa-biasa je. Mana layak letak target tinggi-tinggi”
Biasa tak dengar alasan ni? Atau anda antara orang yang menggunakan alasan ini?

Kembali kepada al-Quran dan as-Sunah.. Jika berdoa, Allah menggalakkan kita mohon syurga yang mana? Syurga Firdaus kan? Kenapa? Kerana syurga Firdaus ialah syurga yang tertinggi. Lihat! Untuk meminta, mintalah yang paling besar. Untuk meletak target, letaklah target yang tertinggi bagi kita.

“watpe letak target tinggi-tinggi, kalau x dpt nanti kecewa”
Jauhi diri anda daripada berkata sedemikian kerana saya x suka!!

Pernah x dengar ayat, “faiza azamta, fatawakkal ‘alallah”? Apabila kamu berazam (berkehendak sesuatu), maka bertawakkallah kepada Allah. Adakah ayat ini menjelaskan bahawa apabila kita menginginkan sesuatu kita hanya perlu bertawakkal? TIDAK! Menurut jumhur ulama’, ayat ini menjelaskan perkara pertama yang perlu kita lakukan ialah meletakkan target (azam) kita. Dan perkara terakhir ialah bertawakkal. Apa yang berada di antara target dan tawakkal? Jawapannya, USAHA.

Setiap individu muslim perlu memahami, menghayati dan mengamalkan konsep tawakkal. Berserah diri dengan sepenuh penyerahan kepada-Nya selepas berusaha dengan bersungguh-sungguh. Baik atau buruk keputusannya, itu adalah hak Allah. Jangan kecewa dan berputus asa jika mendapat kegagalan kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya cuma kita sedar atau tidak. Mungkin kegagalan itu adalah ujian untuk menguji keimanan kita ataupun kafarah atas dosa-dosa yang telah kita lakukan. Jika berjaya, usah bangga dengan kejayaan anda kerana kejayaan itu datang dengan izin Allah. Mungkin sebagai hadiah atau ujian untuk menguji adakah anda akan bersyukur atau tidak apabila menerima nikmat.

Letaklah target dan mula buat perancangan dalam hidup anda. Tapi ingatlah, sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah.
Wallahu a’lam.

~hamba yg khilaf~

2 comments:

Anonymous said...

Nice post. Betul tuh, ramai makin lalai dan x faham erti tawakkal. Mudah-mudahan syiar Islam kembali di pemikiran ummat..

thepioneer said...

syukran atas pndgn enta...sama2 kita perjuangkn Islam.