Wednesday, April 07, 2010
Mati mengajar kita untuk hidup?
Dalam sebuah hadis, Rasulullah S.A.W ada mengatakan bahawa orang yang paling bijak ialah orang yang banyak mengingati mati. Pernah tak kita terfikir kenapa? Kenapa Rasulullah tak mengatakan bahawa orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak ilmunya?
Pada pendapat saya, mengingati mati merupakan perkara yang perlu dilakukan oleh setiap individu setiap hari. Saya tekankan, “setiap individu setiap hari”. Kenapa?
Yakin tak bahawa setiap yang hidup akan merasai mati? Yakin tak bahawa selepas kematian, akan ada hari kehancuran? Dan selepas itu, saat sangkakala kedua ditiup, semua manusia akan dihidupkan kembali. Kemudian semua manusia akan ditanya mengenai amalnya di dunia. Yakin tak dengan janji Allah bahawa semua itu pasti berlaku?
Jika anda semua tidak yakin, usah teruskan pembacaan anda.
Kepada yang yakin, terima kasih kerana meneruskan pembacaan. Sekadar selingan..
Baiklah, kita semua yakin bahawa mati itu pasti. Dan untuk itu, kita perlu menyediakan diri untuk menghadapi saat-saat kematian. Bagaimana? Apa yang perlu dibawa?
Ayuh kita anggap seakan-akan kita ingin pergi melancong. Mesti membawa bekalan baju, wang dan sebagainya. Ataupun, kita anggap seakan-akan tuk menghadapi peperiksaan. Mesti baca buku, pen mesti ada dakwat, bawa pemadam, pensil dan sebagainya. Begitu juga mati. Mesti ada persediaan. Dan persediaan itu hanyalah boleh dibuat ketika kita masih hidup. Bagaimana persediaannya? Melalui amalan kita setiap hari.
Sekarang adakah anda lebih faham? Persediaan mati ialah melalui amalan kita sehari-hari.
Jom kita cuba sama-sama. Bila nak menonton televisyen, kita ingatkan diri kita bahawa “mati itu pasti”. Kemudian, kita tanya diri kita, “macam mana kalau aku mati saat menonton televisyen ni?”. Andai kata ketika itu rancangannya bagus, alhamdulillah. Andai kata ketika itu, yang sedang kita tonton rancangan yang menayangkan perempuan yang mendedahkan aurat? Bagaimana? Apa jawapan yang kita perlu berikan jika ditanya dihadapan Allah nanti?
Lupakan sebentar mengenai televisyen. Jom kita berangan seketika berada di tempat kerja. Anda nak memegang watak apa? Eksekutif? Atau CEO syarikat? Pilih satu watak. Ok, bayangkan anda sedang berada di dalam pejabat. Hari itu, bos anda terlalu pemurah kerana tidak memberikan anda sebarang kerja. Argh, bosannya!! Apakah yang anda akan lakukan? Tidur? Berborak? Atau keluar shopping sekejap?
Nanti! MATI ITU PASTI!! Anda kata anda yakin setiap pekerjaan anda di dunia ini akan disoal di Akhirat kelak. Adakah anda akan “curi tulang” di tempat kerja? Saya yakin, kalian bukan insan sebegitu. InsyaAllah.
Owh, azan telah berkumandang. Apakah anda akan duduk diam, menyambung bicara dengan rakan atau terus bangun untuk berjemaah disurau? MATI ITU PASTI. Ayuh beramal! Bangkitlah dan solatlah di awal waktu.
Seorang sahabat saya pernah memberitahu, kita perlu mengingati mati sekurang-kurangnya 21 kali sehari. 21 kali! Saya mengaku, saya sendiri belum mampu untuk mencapai tahap itu. Tapi, apa salahnya jika kita sama-sama mencuba kan? Saya ingatkan anda, anda juga ingat-ingatkan lah saya. Sesungghnya orang yang berkata akan diuji terlebih dahulu. Jadi, janganlah persalahkan saya jika saya telupa mengingati mati tapi bantulah saya. Kita saling melengkapi antara satu sama lain.
Sekarang, adakah anda lebih faham dengan penjelasan saya ini? Bagaimana mengingati mati itu mengajar kita untuk hidup.
Wallahu a’lam.
~Cetusan pendapat dari hamba yang khilaf~
Semoga bermanfaat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment