Segala pujian ku panjatkan kepada Yang Maha Kuasa dan dengan nama-Nya ku mulai suratku ini. Selawat dan salam ku hulurkan kepada junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Dan dengan panduannya, ku atur risalah ini. Khas untukmu, wahai gadisku,..
Sesungguhnya aku tidak tahu benar tentangmu wahai gadisku. Aku sedar, ilmuku tentang tubuh lahirmu tidak lebih daripada pakaian pembalut tubuhmu. Jauh, jauh sekali untuk aku memahami tubuh batinmu yang berupa emosi, fitrah akal dan jiwa halusmu. Ku akur kekurangan tentangmu. Maka di awal suratku ini ku susun sepuluh jari memohon maaf darimu. Kalau-kalau coretanku terlanjur melukai hatimu, atau mencemarkan kesucian fitrahmu atau meleset daripada hakikat dirimu.
Wahai gadisku,
Ketika aku mengingati kalimah ini.... wahai sekalian manusia, takutlah kamu akan Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari tubuh yang satu. (surah an-nisa’; 1). Seringkali aku merungut tentang kejahatan sebahagian lelaki. Mereka tak ubah seperti binatang atau lebih sesat. Adakalanya aku juga terfikir mengapa perempuan seringkali menjadi mangsa sebahagian lelaki? Dan bukan lelaki yang menjadi mangsa perempuan? Atau,,, lelaki juga menjadi mangsa.. Mangsa runtuhan nafsu! Mangsa pengongkolan adat! Mangsa penyakit sosial! Mangsa perempuan jalang! Ah, aku kesal..
Wahai gadisku,
Aku turut bimbang kau yang ku cintai juga menerima angka giliran pemangsa-pemangsa itu. Umpama ramai gadis yang berjinak-jinak dengan jerat pemangsa, akhirnya mereka menjadi mangsa. Paling tidaknya, mangsa CINTA!! Peringkat awalnya hanya mahu main-main cinta kononnya mahu mengecap nikmat cinta. Sesudah sekian lama,, cinta itu menjadi barah yang tidak mampu dirawat lagi. Akhirnya ia terlantar di wad ‘pesakit cinta’. Aku teringat ungkapan bapak Hamka, cinta itu suatu penyakit tetapi orang yang ditimpanya tidak mahu lagi sembuh. Ganjil bukan?
Bukan juga kalimah itu. Orang yang diserang demam cinta, atau dijangkiti penyakit cinta, jangan diusik-usik. Tak usah dirawat-rawat. Nanti orang yang merawat menjadi mangsa korban orang yang sakit cinta. Kenapa? Kenapa orang yang ditimpa penyakit cinta merasa segar dengan lamunan cintanya, nikmat dengan khayalan cintanya! Apabila kesegaran dan kenikmatannya dicerobohi, tentu saja bangkit mempertahankannya. Padahal kalau dihitung masa bercintanya yang menelan usia bertahun-tahun atau mungkin puluhan tahun. Tentu kita insaf betapa banyaknya umur muda dan kaya dengan kekuatan minda dan tenaga akan lenyap dalam api yang membakar. Kesiannya! Kesiannya orang itu! Dia terpaksa memasuki alam dewasa dengan kekayaan api cinta tetapi kehilangan erti dewasa. Dia hidup dengan bara-bara cinta bersama kekosongan ilmu di dada.
Inilah yang aku bimbang!
Jangan-jangan kita juga menjadi mangsa cinta!
Wahai gadisku,
Buat akhirnya, jutaan kemaafan ku pinta seandainya surat ini menganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan juga ku pinta seandainya terdapat dalam suratku ini kesilapan yang tidak dapat ku temui. Besarlah harapanku daripadamu wahai gadisku, agar kau bersedia menjadi seorang kekasih untuk-Nya dan seorang sahabat dalam perjuangan.
Dan ingatlah,...
Laki-laki yang baik berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak berkahwin melainkan oleh laki-laki yang berzina atau yang musyrik, dan yang itu diharamkan atas orang-orang mukmin. (surah an-nur;3)
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah buat laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik,...(surah an-nur;26)
Sekian buatmu, wahai gadisku.....
No comments:
Post a Comment