Wednesday, February 10, 2010

Bicara tentang CINTA..

Cinta adalah tanda kesampaian kepada maqam ubudiyah. Ahli-ahli sufi mengatakan; sesiapa yang merasai nikmat cinta, tidak akan luput daripadanya walau sebiji bijian sekalipun. Sehubungan dengan itu, menjadi kewajipan kepada orang arif terus kekal di dalam suasana cinta dan apabila cinta mula hendak luntur darinya, hendaklah diperbaharui kembali cinta itu. Ia juga hendaklah berperanan menyalakan cahaya-cahaya cinta di dalam hati mereka kepada Allah.

Orang yang mencintai bukanlah orang yang mengharapkan balasan dari orang yang dicintainya atau mencari apa yang diharapkan daripada orang yang dicintainya. Sebab orang yang mencintai anda ialah orang yang memberi sesuatu kepada anda dan bukannya anda yang memberikan sesuatu kepadanya.

-Kalau kita mengaku sebagai orang-orang yang mencintai Allah, janganlah mengharapkan balasan daripadaNya dan janganlah mempunyai maksud untuk memperoleh syurga selamat daripada neraka dengan amal yang kita lakukan itu.
-Sebaliknya hendaklah kita lakukan amalan tersebut samata-mata kerana melaksanakan ubudiyah kepada Allah sebagai objektif utama amalan yang kita lakukan tersebut.
-Harapan kepada balasan syurga dan keselamatan dari bakaran api neraka hendaklah kita letakkan di tempat kedua iaitu sebagai ojektif sampingan kita sahaja.

Sifat keistimewaan manusia hanyalah bagaikan terangnya matahari siang hari di kaki langit, tetapi tidaklah termasuk daripadanya(siang hari, kaki langit terang menjadi gelap setelah matahri terbenam). Apabila Allah memancarkan cahaya sifatnya pada dirimu, kamu dapat mengalami berbagai-bagai hal yang tidak dapat dialami oleh orang lain. Namun pada ketika lain, Allah mengambil pancaran cahaya sifatNya darimu sehinggakan kamu kembali kepada batasan. Jadi cahayanya siang hari itu bukannya datang dari kamu dan kembali kepadamu sebaliknya ia datang kepadamu.

-Di dalam kata-kata hikmah di atas menjelaskan tentang sifat-sifat kemanusiaan yang terdapat pada diri manusia seperti fakir, lemah dan tidak bermaya.
-Kesemua sifat ini diibaratkan sebagai kegelapan malan. Apabila zahir kepada seseorang itu sinaran matahari, bercahayalah dirinya.
-Apabila Allah menarik kembali cahaya tersebut, kembalilah kita menjadi insan yang lemah dan fakir.
-Dengan cinta Allah sahajalah kita mampu menerima pancaran yang membezakan kita dengan insan lain.
-Justeru wahai sahabat, ayuhlah kita mencari cinta yang agung, cinta yang sejati iaitu CINTA ILLAHI.

2 comments:

pejuang 21 said...

alhamdulillah..
post yg sgt b'manfaat..
tp kte kne igt bhwsnye Allah adlh pemilik cinta yg sjati..
Dia xkn mnitipkn scbis cinta kpd org yg dbnciNya utk mrasai cinta kpdNya..
Justeru, dlm kta mggapai cintaNya, kte mstilh mnjge hbgn kte dgn Allah..

thepioneer said...

syukran atas peringatan yg sgt2 bermanfaat.