Di antara cinta yang hadir menyapa
Hanya cinta Dia tiada dusta berbicara
Walaupun wujudnya tak zahir di mata
Tetap ku rasakan kelembutan sentuhanNya
Pujian dan puja tak lagi rahsia
Tiada sembunyi walaupun darjatnya berbeza
Tak pernah menjauh hakikat kasihNya
Biarpun diri yang menghampiri penuh nista
Bagai rayuan sang pendeta
Yang bersimpuh dalam gelita
Mengharap kasih yang tercinta
Berbisik memujuk hati berduka
Penuh malu ku bersuara
Merayu kesempurnaan kasihNya
Masih mahu untuk memandang
Diriku yang hina
Ingin ku miliki seluruh cintaNya
Dan sepenuh hati menghulurkan kasih padaNya
Tetapi ku bimbang pesona yang maya
Akan menjadi penghalang rindu kepadaNya
Sesungguhnya diri tak pernah upaya
Mengejar pantasnya tarian masa dan usia
Adakah dapatku mengucup cintaNya
Sebelum terhenti nadi ini selamanya
Munstid : Amar
Lagu:Manis Helma(Hijjaz Records Publishing)
Lirik:Atie (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit:Isman Isam
Susunan Muzik:Along Exists
Hakcipta:Hijjaz Records Sdn. Bhd
No comments:
Post a Comment