Sejak upu fasa kedua dibuka, hati ini berasa tidak tenang dan tenteram dek kerana terlalu memikirkan ke mana hala tuju ana. Apa yang harus ana lakukan seterusnya? Memang benar, result belum keluar. Tapi, kita perlu merancang,kan?
Sedangkan adik ana yang baru berada di tingkatan tiga sudah merancang hala tujunya, bagaimana pula dengan ana? Ana bimbang adik ana melihat langkah kakaknya yang tidak teratur. Bahkan ana bimbang andai kesilapan ana hari ini bakal membawa kecelakaan kepada Islam itu sendiri. Bimbang andainya kesilapan seorang daie ini menjauhkan seribu mad’u dan menggagalkan dakwah itu sendiri.
Berdasarkan keputusan percubaan, ana membuat satu analisis. Untuk meneruskan bidang perakaunan, jujurnya ana tak mampu kerana minat ana bukan di situ. Sayang rasanya untuk meninggalkan bidang agama kerana lima tahun ana berjuang untuknya. Kekuatan ana pada subjek pengiraan (bukan perakaunan), tapi adakah ana perlu meneruskannya dan meninggalkan bidang agama? Tambahan, ana lebih menggunakan otak kiri berbanding otak kanan. Sebab tu ana kurang minat subjek-subjek yang memerlukan kepada hafalan (sebab tu sejarah ana teruk)..
Ana pernah berharap untuk menyambung pelajaran ke ******. Tapi kini ana rasa harapan itu hanya akan tinggal harapan jika melihat kepada usaha ana sewaktu SPM dan disebabkan beberapa masalah yang timbul yang menyebabkan ana kurang study sewaktu menduduki SPM.
Bila difikir, direnung dan dianalisa kembali, ana tak mampu untuk berbuat apa-apa. Kini, hanya doa dan tawakkal saja yang mampu ana lakukan. Ana memohon agar Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat ana. Kerna ana yakin, 11A+ tak semestinya yang terbaik dan ana yakin, berjaya dalam pelajaran tak menjamin kejayaan dalam kehidupan yang sebenar. Ana hanya mampu melakukan apa yang terdaya. Selebihnya, ana serahkan kepada Allah. Ana tahu, Dia takkan menzalimi hamba-Nya.
kita hanya merancang, Dia yang menentukan..
No comments:
Post a Comment