Berdasarkan ilmu kemasyarakatan, manusia terdiri daripada 3 golongan. Golongan pertama ialah golongan yang hanya patuh adat resam seperti golongan primitif di belantara.
Golongan kedua ialah golongan yang mematuhi undang-undang. Golongan ketiga pula yang patuh kepada syariat agama Islam.
Golongan pertama adalah golongan yang paling rendah dari sudut tamadun manusia. Golongan kedua yang patuh kepada undang-undang, kedudukannya lebih baik sedikit berbanding golongan primitif.
Yang paling luhur nilainya ialah golongan yang mematuhi ajaran agama Islam kerana syariatnya meliputi hubungan dengan Allah dan sesama insan.
Undang-undang hanya urusan manusia secara luaran. Jika dia duduk seorang diri maka tiada undang-undang yang mengikat dirinya. Mematuhi undang-undang hanya jika ada penguatkuasa memerhatinya.
Golongan ketiga yang patuh dengan agama khususnnya agama Islam, setiap perkara yang terlarang pasti ditinggalkan meskipun dia seorang diri. Ini kerana Islam mengajar semua perkara diawasi oleh Allah.
Justeru, orang yang beragama adalah yang paling tinggi dari segi tamadun.
No comments:
Post a Comment