Monday, August 29, 2011

Ramadhan bakal pergi..

السلام عليكم ورحمة الله


Bismilahirrahmanirrahim..

Ramadhan tahun ini tinggal beberapa detik sahaja lagi.. Sejak aku ditarbiyah di Bumi Waqafan, sudah menjadi kebiasaan pada ayah bertanya;

“Tahun ni dapat berapa juzuk?”

Malu sendiri bila ditanya. Tahun ini, mencari yang luar biasa hingga meninggalkan yang biasa..

‘Tahun ni dapat beberapa juzuk jer’..

“Ayah dah khatam. Nak ulang semula dah ni..”

Ibarat 1 perlumbaan buat aku dan ayah.. Berlumba, siapa paling banyak dapat menghabiskan al-Quran.

“Cik kan dah pandai baca Quran. Cuba baca tafsir pulak.. Sehari dapat dalam 5-6 ayat pun dah kira bagus,” nasihat ayah..

Aku mengganguk lemah..

“Tolong buatkan ayah air.. Ayah nak sambung mengaji,”

Mengangguk lagi.. Ayah bangun meninggalkan aku..

3 a.m:
“Cik nak tidur lambat lagi ke? Kalau dalam pukul 3.45 tak tidur lagi, tolong kejut ayah.”

Aku terfikir.. Tak penatkah ayah? Siang mencari nafkah, malam hanya berehat sebentar..

Aku melihat semula diri ini.. Terkadang menjadikan ‘sibuk’ sebagai alasan. Alasan untuk TERlebih berehat, alasan untuk kurang usaha untuk menambah amal, alasan untuk tidak buat sesuatu.. Layakkah aku? Ayah yang sibuk tu pun mampu menghabiskan bacaannya, tapi aku?

Detik2 penghujung Ramadhan kali ini..
Berjayakah aku dalam pencarian TAQWA?

Tuesday, August 16, 2011

h-a-t-i

السلام عليكم ورحمة الله

Bismillahirrahmanirrahim..
Salam Ramadhan...

16 Ramadhan.. Lebih separuh bulan kita berpuasa.. Terus bertanya pada diri, apakah yg telah aku peroleh sepanjang 16 hari ini? Mampukah aku mencapai tujuan utama dalam institut Ramadhan ini?
'Agar kamu bertaqwa'

Semenjak kebelakangan ni, hati dibolak balikkan... [Allah, tetapkanlah hati ini]..
Sekejap, rasa ingin meneruskan perjuangan ni.. Sekejap rasa, 'Allah,, x laratnya'..
Apatah lagi apabila semalam, ditawarkan dengan perletakkan jawatan..
Rabbi, moga keputusan ini terbaik untukku dan agama-Mu..
'Fastaqim kama umirt'

Meneliti kembali ucapan awal, mudahnya insan berkata tapi dalam mengamalkannya..?
Bukan mudah menjaga hati, apatah lagi untuk mengawal diri..
Nama pun manusia, selalu alpa n leka.
Mujur iman mengingatkan kembali tika tersimpang..
'aku x perlu mengenali'

Manusia diuji dengan apa yg dia ketahui..
Moga kita tergolong dalam golongan yg berjaya melepasi ujian ini..

Ya Allah, kuatkan hati-hati kami untuk menempuhi ujian yang Kau cipta.. Ujian yg kami tahu, bukan bermaksud menjatuhkan kami, tapi untuk mendekatkan kami pada-Mu