Wednesday, December 01, 2010

Kisah Korea..

Sedang mengalami sedikit masalah ketika ini. Mungkin akibat cuti sem yang terlalu panjang serta mendapat berita yang sedikit mengecewakan.hehe..

Cuti semesta lebih 50 hari. Seakan-akan tidak tahu apa yang ingin dilakukan lagi. Hanya mampu menonton kisah The Fugitive: Plan B. Drama korea yang tengah ditayangkan di televisyen (Astro KBS). Lakonan Rain, pelakon dalam cerita Full House dan juga merupakan seorang penyanyi.

Bukan latar belakang Rain yang ingin diceritakan tetapi mengenai matlamat Rain dalam cerita The Fugitive:Plan B. Mula-mula tak terniat pun ingin menonton drama itu tapi TERmenonton (sbb ade Rain). Rain (as Jiwoo), seorang PI (Personal Investigator) yang mempunyai seorang clien. Clien tu suruh Rain mencari pembunuh ahli keluarganya terutama pak cik saudaranya. Pembunuhan itu disebabkan ingin merebut emas.

(tu je sinopsis yg sy taw sbb cite x habis lg..)

Matlamat Rain, ingin menjadi seorang PI yg hebat yg dapat menyelesaikan 1 kes dalam masa sehari. Berbekal matlamat yang ada, dia mengumpul maklumat dan bukti setiap kali ada kes jenayah walaupun tidak menyelesaikan kes tersebut. Tapi, terdapat usahanya disitu iaitu mengumpul maklumat dan bukti.

Dikaitkan dengan kehidupan realiti, pertama yang perlu dimiliki oleh setiap individu ialah MATLAMAT. Yang keduanya, langkah untuk mencapai matlamat tersebut.

Sebagai pengejar ilmu, antara matlamat yang ingin sy capai ialah PhD. Dan langkah harus dimulakan dari sekarang. Masih mencari tajuk yang sesuai dengan diri untuk dibuat tesis suatu hari nanti. InsyaAllah..

1 comment:

Anonymous ahahahahahaha said...

........................................................... kesian, kalo ko dah bosan sangat tanyalahlah senior ko yang sem 2 dan keatas tu apa yang diaorang belajar waktu diaorang sem 2 dan keatas, lepas tu ko studylah sendiri diri subjek tu kan senang nanti bila naik sem 2. aku dah habis belajar budak sem 3 punya subjek tu pun tak berhenti2 lagi study ahahahahahahahahahahaha