Monday, March 29, 2010

kawan, sahabat, teman...

Pernah tak korang menyelami apa erti sebenar sebuah persahabatan?? Apa beza kawan, rakan, teman dan sahabat? Adakah pesahabatan korang tu sekadar berkongsi suka duka kehidupan? Atau sekadar tempat tuk mengadu masalah? Ataupun tempat korang mendapatkan sesuatu?

Bagi saya erti kawan, teman dan sahabat tu mempunyai makna yang berbeza tiap satu. Erti kawan bagi saya, simple je. Sesape yang korang jumpe even sekejap, taaruf name pun dah boleh dikira sebagai kawan. Sebab tu pepatah melayu cakap, berkawan biar beribu. Sebab kawan senang nak cari. Tul x??

Kalau sahabat plak, ayat yang biase dengar “sahabat seperjuangan”. Saya pun kurang pasti apa maksud sahabat yang sebenar. Tapi saya ertikan yang sahabat tu, orang yang rapat dengan kita. Atau mungkin ada satu kelebihan berbanding kawan kita yang lain. Contohnya, orang yang banyak bersusah payah bersama-sama. Pergi usrah sama-sama ke. Pergi menuntut ilmu kat pondok 2-3 bulan sesama ke. Or pape je la..(x terfikir idea len)

Saya letakkan maqam yang tertinggi dalam persahabatan ialah TEMAN. Kenapa? Sbb kalau kita nengok, suami atau isteri akan dipanggil “teman hidup”. Betul x? Teman tu org yang sgt2 rapat ngan kita. Selalu hadapi susah senang bersama. Kalo nak pinjam duit ke, komfom die x fikir panjang, terus kasik. Tempat kita mengadu masalah. Tempat kita everything lah. And yang paling istimewanya seorang teman ni, dia akan tegur kita kalau kita tersilap dan alpa. Best kan kalau ada seorang teman? Tapi, dalam berteman, perkara yang paling penting ialah tadhiyyah dan mahabbah. (bukan setakat “truth and trust”)..

Yang paling ramai dan senang tuk dicari ialah kawan. Selepas beberapa tapisan, kita akan terjumpa insan yang bergelar sahabat. Tapis lagi, jumpa pulak teman. Dan teman paling susah tuk dicari. Beruntunglah orang yang dalam hidupnya terjumpa walau seorang yang bergelar TEMAN. Dan saya bangga mengatakan saya dah berjumpa seorang teman. Siapa? Hmm, saya rasa x yah mention pun org dah taw..

Teman sejati sentiasa di hati.

(erti kawan, sahabat dan teman tu juz pandangan sy yg khilaf ni. Nak taw makna sebenar bukak lah kamus dewan ea. Karang ada pulak yang gi buat BM ikut makna mengarut saya nih..hehe)

1 comment:

zazzy said...

never thought that teman is superior than sahabat till i read your explanation.

:P