Ya Allah,
Aku mohon keampunan kepada-Mu
Atas segala dosa dan noda
Atas segala kesilapan
Yang telah aku lakukan
Wahai Tuhan sekalian alam,
Ampunilah diriku
Jika Kau tak ampuni daku
Jadilah aku dari golongan hamba-Mu yang rugi
Tuhanku,
Kepada-Mu aku mengadu
Berikanlah daku sinar yang baru
Setelah semalam penuh kelam
Bantulah daku
Agar aku sentiasa
Berada dalam redha-Mu
Ya Allah,
Sucikanlah hatiku
Seperti hati seorang bayi
Kerna hati ini telah ternoda
Dek dosa semalam
Ampunkan aku Ya Allah
Kerna aku melakukan larangan-Mu
Kerna aku meninggalkan perintah-Mu
Aku mengaku Ya Allah
Aku digoda dek nafsu
Serta syaitan yang menghasut
Sehingga aku menjadi alpa
Tergoda dengan nikmat dunia
Sedangkan ia hanyalah sementara
Ku mohon dengan sepenuh jiwa
Berkatilah kehidupanku ini
Bersihkanlah hatiku ini
Agar aku rindu
Tuk melakukan suruhan-Mu
Lantas meninggalkan larangan-Mu
Agar aku hidup
Dalam KEREDHAAN-Mu
Wahai Tuhan Yang Satu..
Thursday, February 25, 2010
Tuesday, February 23, 2010
Ciri perajurit muslim.
1) Menghambakan dirinya kepada tuhan dengan menolong agama dan negeri, itulah sebab manusia dicipta ke alam ini.
2) Merebut kemenangan di negeri akhirat yang akan diduduki dengan menjual jiwanya, hartanya dan usahanya semata-mata kerana Allah dan untuk mencapai redha-Nya. Itulah sebesar-besar kemenangan bagi diri mukmin.
3) Mengenal diri sebagai hamba tuhan, membezakan pekerjaan hamba dan tuhan, mengetahui akan kebinasaan seorang hamba dan Tuhan Yang Maha Kekal.
4) Iktikad bagi tentera-tentera Muslim yang mati di medan peperangan, hakikatnya bukanlah mati bahkan mereka hidup berjaya lagi mulia kerana dianugerahkan syahid.
5) Yakin dengan pertolongan Allah. Pertolongan dari Allah itulah sebab bagi kemenangan yang berkekalan.
Sumber, buku Semangat perajurit-perajurit muslim karangan Maulana Abdullah Awang Nuh.

Sunday, February 21, 2010
Umar menjadi contoh..
Pada suatu malam yang tenang, kedamaian menyelimuti mereka yang sudah kembali ke peraduan. Seorang lelaki bangun meninggalkan selimutnya. Dia bangkit lantas keluar menyusuri lorong-lorong yang sepi. Sesungguhnya, lelaki itu tidak boleh tidur. Dia bimbang jika ada musafir yang tidak menemui tempat berteduh, orang sakit yang ketiadaan ubat serta orang yang kelaparan dan tidak menemui sesuatu untuk mengalas perut. Bahkan dia berasa bertanggungjawab terhadap segala urusan rakyat yang mungkin dia terabai.
Lelaki itu ialah Amirul Mukminin, Umar bin Khattab.
Tidak pernah walau sesaat fikirannya melupakan rakyatnya. Betapa bimbang jika rakyatnya menghadapi sebarang masalah. Betapa bimbang jika dia mengabaikan tugasnya, Allah akan menyoalnya di akhirat. Apa yang akan aku jawab di hadapan tuhanku nanti jika ditanya mengapa..
Itulah sifat yang perlu kita contohi. Walaupun kita sedia maklum Saidina Umar merupakan seorang yang tegas, namun disebalik ketegasannya itu kecintaan terhadap rakyatnya sangat tinggi.
Begitulah hebatnya seorang pemimpin Islam. Yang memimpin berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. Setiap saat dan tiap perkara yang dilakukan pasti memilkirkan kesan yang akan diterimanya. Pemimpin Islam yakin bahawa janji Allah pasti berlaku tidak kira bila dan bagaimana.
Dalam melakukan setiap pekerjaan, pemimpin Islam pasti meletakkan al-Quran di tangan kanannya dan as-Sunnah di tangan kirinya. Melakukan setiap perkara dan perintah hanya berlandaskan kedua-duanya. Tidak meninggalkan syariat walau dalam apa jua perkara.
Sejarah membuktikan hanya islam mampu menyatukan umat walau berbagai bangsa dan agama.
Kembalilah kepada Islam yang sebenar.

Friday, February 19, 2010
Banyaknya dosa!!..
bismillahirrahmanirrahim..
saat saya menulis entry ni,saya merasa sangat hina di sisi-Nya..saya rasa selama saya hidup,telah banyak dosa yang saya lakukan...betul,x terkira banyaknya sampaikan saya bimbang jika taubat saya tak diterima.
saya takut,benar-benar takut jika amal yang saya lakukan selama ini menjadi sia-sia.
saya takut,jika syariat yang saya jaga diruntuhkan oleh godaan nafsu dan syaitan serta akal yang tidak waras..
saya takut,jika satu hari Allah menarik nikmat taufiq dan hidayah yang diberiNya..
saya takut,jika satu hari saya lari dari medan jihad dan mati bukan sebagai syuhada'.
saya takut sangat jika itu berlaku..
saya sedar,dulu saya insan yang lemah. tapi saya bersyukur, Allah beri saya petunjuk.
saya bersyukur, Allah bimbing saya tuk lebih memahami dinNya. saya bersyukur, Allah tunjukkan kesilapan saya. saya bersyukur, Allah beri saya peluang tuk bertaubat.
tapi Allah beri saya taklifan. taklifan yang berat,sebagai daie..saya kena ajak orang-orang disekeliling saya, fahamkan mereka dengan ajaran agama.sedangkan saya terlalu khilaf.terlalu banyak melakukan dosa dan noda.saya x tahu dari mana saya harus mulakan langkah.
argh,bagaimana ingin saya mulakan??sebelum bermula sudah terasa goyah..
Ya Allah,
hambaMu yg lemah ini sangat-sangat mengharap kasih dan petunjuk dariMu..bantulah daku Ya Allah.
jalan pulangku-UNIC
Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
kuadukan sesalanku
apakah kan Kau terima
kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga
suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala hiasan indah cintaMu
ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang

ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
kelakku zalimi diriku
Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya kau seru hujung nyawaku(x2)

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu....

Result da kuar??
Firstly, jgn terkejut bace tajuk entry nie..
Saya cume berasa sedikit tertekan.
Bayangkan, 2 hari berturut-turut saya bermimpi result SPM telah keluar. Betapa gerun dan takutnya saya. Apatah lagi dalam keadaan yang sebegini. Namun, saya tetap redha dgn apa yg berlaku..
Semalam, saya mimpi Sakinah Faizal mendapat straight A+..Semoge apa yg saya mimpi itu menjadi kenyataan. Tapi saya bimbang jika mimpi saya pd hari yg sebelumnya pula menjadi kenyataan. Saya mimpi saya mendapat 2A. Add Math dan Math. tapi yg len sume teruk. xde B dan saya gagal Sejarah. Yg peliknya, saya x menangis tapi ketawa sambil berkata, "dah agak da.sejarah mesti failed"..
semoge mimpi itu hanyalah mainan tidur semata..

Friday, February 12, 2010
Stand Up.
"قم يا فلان فأذن أنه لا يدخل الجنة الا مؤمن"
"ان الله يؤيد الدين برجل فاجر"
Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man
Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier
Feel the heart of everyone
See through our differences
You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other
******************************************
hayatilah lirik & lagu nie. salah satu daripada lagu favourite ana. lagu yg byk memberi smgt pd ana.
Just for Nisa'..
Aku bukanlah seorang pelukis
Untuk ku ukir potret kita
Aku bukanlah seorang penyanyi
Untuk ku alunkan irama syahdu
Aku bukanlah seorang tentera
Untuk melindungimu setiap waktu
Namun...
Kau adalah guru
Yang menasihatiku tika aku tersilap
Kau adalah kaunselor
Yang memberi aku semangat tika aku buntu
Kau adalah pengemudi bahtera
Yang mengajarku banyak perkara
Thanks a lot sbb jd kwn aku!
We are J..
-Johorean-
Sorry for anything...
Thanx for everything..
P/S; dlm hidup ni memang byk N yg aku jumpe.. Tp, satu N je aku xkn lupe.. Nisa’
Dlm hidup ni, buatlah apa yg kita suka.. Tp, b’dsrkn Al-Quran da As-Sunnah. InsyaAllah.
Hh_6
11.58 a.m
16 Dis 2009
Last paper in SPM 2009
**************************************
Actually, ni surat yg ana dapat sblm ana balik. Mase tengah check2 barang, sekali terjumpe surat ni atas katil. Mase bace tu, terharu yg amat hingga TERmengalirkn air mata.hehe.involuntary action. Surat ni besfren ana yg kasik. Bes fren dari form 4. Time form 4, dye duk sblh katil ana & kebetulan same-same dak Johor. Mase form 5 plak, kitorang duk sekatil(jgn salah faham..katil 2 tingkat.ana duk bawah dye duk atas).
Saje je ana post surat ni supaya ana akan ingat dye slalu. Byk kenangan kitorg bersama. Antaranya yg paling ana ingat;
1) kitorang tido pukul 5 pg time hari sukan sbb hias tangga.
2) Dye penah tido lewat sbb jage ana demam.huhu. Terharu sgt time tu. Memang rase tul2 ukhwah.
3) Kitorang pernah di kuarantin same-same time wabak H1N1 melanda.
4) Kitorang selalu duduk depan loker tuk study sesame.
5) Byk lg laaa. X tertulis.
Thanx my fren..
Sahabat yg ana ceritakan tu ialah;
Nur Hidayah binti Md Tahir
Kg. Sagil, Tangkak, Johor
405/08, 505/09
E31, E25, F22

Thursday, February 11, 2010
Harap Kasih-Nya
Di antara cinta yang hadir menyapa
Hanya cinta Dia tiada dusta berbicara
Walaupun wujudnya tak zahir di mata
Tetap ku rasakan kelembutan sentuhanNya
Pujian dan puja tak lagi rahsia
Tiada sembunyi walaupun darjatnya berbeza
Tak pernah menjauh hakikat kasihNya
Biarpun diri yang menghampiri penuh nista
Bagai rayuan sang pendeta
Yang bersimpuh dalam gelita
Mengharap kasih yang tercinta
Berbisik memujuk hati berduka
Penuh malu ku bersuara
Merayu kesempurnaan kasihNya
Masih mahu untuk memandang
Diriku yang hina
Ingin ku miliki seluruh cintaNya
Dan sepenuh hati menghulurkan kasih padaNya
Tetapi ku bimbang pesona yang maya
Akan menjadi penghalang rindu kepadaNya
Sesungguhnya diri tak pernah upaya
Mengejar pantasnya tarian masa dan usia
Adakah dapatku mengucup cintaNya
Sebelum terhenti nadi ini selamanya
Munstid : Amar
Lagu:Manis Helma(Hijjaz Records Publishing)
Lirik:Atie (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit:Isman Isam
Susunan Muzik:Along Exists
Hakcipta:Hijjaz Records Sdn. Bhd

Wednesday, February 10, 2010
Bicara tentang CINTA..
Cinta adalah tanda kesampaian kepada maqam ubudiyah. Ahli-ahli sufi mengatakan; sesiapa yang merasai nikmat cinta, tidak akan luput daripadanya walau sebiji bijian sekalipun. Sehubungan dengan itu, menjadi kewajipan kepada orang arif terus kekal di dalam suasana cinta dan apabila cinta mula hendak luntur darinya, hendaklah diperbaharui kembali cinta itu. Ia juga hendaklah berperanan menyalakan cahaya-cahaya cinta di dalam hati mereka kepada Allah.
Orang yang mencintai bukanlah orang yang mengharapkan balasan dari orang yang dicintainya atau mencari apa yang diharapkan daripada orang yang dicintainya. Sebab orang yang mencintai anda ialah orang yang memberi sesuatu kepada anda dan bukannya anda yang memberikan sesuatu kepadanya.
-Kalau kita mengaku sebagai orang-orang yang mencintai Allah, janganlah mengharapkan balasan daripadaNya dan janganlah mempunyai maksud untuk memperoleh syurga selamat daripada neraka dengan amal yang kita lakukan itu.
-Sebaliknya hendaklah kita lakukan amalan tersebut samata-mata kerana melaksanakan ubudiyah kepada Allah sebagai objektif utama amalan yang kita lakukan tersebut.
-Harapan kepada balasan syurga dan keselamatan dari bakaran api neraka hendaklah kita letakkan di tempat kedua iaitu sebagai ojektif sampingan kita sahaja.
Sifat keistimewaan manusia hanyalah bagaikan terangnya matahari siang hari di kaki langit, tetapi tidaklah termasuk daripadanya(siang hari, kaki langit terang menjadi gelap setelah matahri terbenam). Apabila Allah memancarkan cahaya sifatnya pada dirimu, kamu dapat mengalami berbagai-bagai hal yang tidak dapat dialami oleh orang lain. Namun pada ketika lain, Allah mengambil pancaran cahaya sifatNya darimu sehinggakan kamu kembali kepada batasan. Jadi cahayanya siang hari itu bukannya datang dari kamu dan kembali kepadamu sebaliknya ia datang kepadamu.
-Di dalam kata-kata hikmah di atas menjelaskan tentang sifat-sifat kemanusiaan yang terdapat pada diri manusia seperti fakir, lemah dan tidak bermaya.
-Kesemua sifat ini diibaratkan sebagai kegelapan malan. Apabila zahir kepada seseorang itu sinaran matahari, bercahayalah dirinya.
-Apabila Allah menarik kembali cahaya tersebut, kembalilah kita menjadi insan yang lemah dan fakir.
-Dengan cinta Allah sahajalah kita mampu menerima pancaran yang membezakan kita dengan insan lain.
-Justeru wahai sahabat, ayuhlah kita mencari cinta yang agung, cinta yang sejati iaitu CINTA ILLAHI.

Sunday, February 07, 2010
Warkah buat gadisku..
Segala pujian ku panjatkan kepada Yang Maha Kuasa dan dengan nama-Nya ku mulai suratku ini. Selawat dan salam ku hulurkan kepada junjungan besar baginda Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Dan dengan panduannya, ku atur risalah ini. Khas untukmu, wahai gadisku,..
Sesungguhnya aku tidak tahu benar tentangmu wahai gadisku. Aku sedar, ilmuku tentang tubuh lahirmu tidak lebih daripada pakaian pembalut tubuhmu. Jauh, jauh sekali untuk aku memahami tubuh batinmu yang berupa emosi, fitrah akal dan jiwa halusmu. Ku akur kekurangan tentangmu. Maka di awal suratku ini ku susun sepuluh jari memohon maaf darimu. Kalau-kalau coretanku terlanjur melukai hatimu, atau mencemarkan kesucian fitrahmu atau meleset daripada hakikat dirimu.
Wahai gadisku,
Ketika aku mengingati kalimah ini.... wahai sekalian manusia, takutlah kamu akan Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari tubuh yang satu. (surah an-nisa’; 1). Seringkali aku merungut tentang kejahatan sebahagian lelaki. Mereka tak ubah seperti binatang atau lebih sesat. Adakalanya aku juga terfikir mengapa perempuan seringkali menjadi mangsa sebahagian lelaki? Dan bukan lelaki yang menjadi mangsa perempuan? Atau,,, lelaki juga menjadi mangsa.. Mangsa runtuhan nafsu! Mangsa pengongkolan adat! Mangsa penyakit sosial! Mangsa perempuan jalang! Ah, aku kesal..
Wahai gadisku,
Aku turut bimbang kau yang ku cintai juga menerima angka giliran pemangsa-pemangsa itu. Umpama ramai gadis yang berjinak-jinak dengan jerat pemangsa, akhirnya mereka menjadi mangsa. Paling tidaknya, mangsa CINTA!! Peringkat awalnya hanya mahu main-main cinta kononnya mahu mengecap nikmat cinta. Sesudah sekian lama,, cinta itu menjadi barah yang tidak mampu dirawat lagi. Akhirnya ia terlantar di wad ‘pesakit cinta’. Aku teringat ungkapan bapak Hamka, cinta itu suatu penyakit tetapi orang yang ditimpanya tidak mahu lagi sembuh. Ganjil bukan?
Bukan juga kalimah itu. Orang yang diserang demam cinta, atau dijangkiti penyakit cinta, jangan diusik-usik. Tak usah dirawat-rawat. Nanti orang yang merawat menjadi mangsa korban orang yang sakit cinta. Kenapa? Kenapa orang yang ditimpa penyakit cinta merasa segar dengan lamunan cintanya, nikmat dengan khayalan cintanya! Apabila kesegaran dan kenikmatannya dicerobohi, tentu saja bangkit mempertahankannya. Padahal kalau dihitung masa bercintanya yang menelan usia bertahun-tahun atau mungkin puluhan tahun. Tentu kita insaf betapa banyaknya umur muda dan kaya dengan kekuatan minda dan tenaga akan lenyap dalam api yang membakar. Kesiannya! Kesiannya orang itu! Dia terpaksa memasuki alam dewasa dengan kekayaan api cinta tetapi kehilangan erti dewasa. Dia hidup dengan bara-bara cinta bersama kekosongan ilmu di dada.
Inilah yang aku bimbang!
Jangan-jangan kita juga menjadi mangsa cinta!
Wahai gadisku,
Buat akhirnya, jutaan kemaafan ku pinta seandainya surat ini menganggu ketenteraman. Jutaan kemaafan juga ku pinta seandainya terdapat dalam suratku ini kesilapan yang tidak dapat ku temui. Besarlah harapanku daripadamu wahai gadisku, agar kau bersedia menjadi seorang kekasih untuk-Nya dan seorang sahabat dalam perjuangan.
Dan ingatlah,...
Laki-laki yang baik berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak berkahwin melainkan oleh laki-laki yang berzina atau yang musyrik, dan yang itu diharamkan atas orang-orang mukmin. (surah an-nur;3)
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji(pula), dan wanita-wanita yang baik adalah buat laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik,...(surah an-nur;26)
Sekian buatmu, wahai gadisku.....

Saturday, February 06, 2010
Sepenuh harapan hanya pada-Mu..
Sejak upu fasa kedua dibuka, hati ini berasa tidak tenang dan tenteram dek kerana terlalu memikirkan ke mana hala tuju ana. Apa yang harus ana lakukan seterusnya? Memang benar, result belum keluar. Tapi, kita perlu merancang,kan?
Sedangkan adik ana yang baru berada di tingkatan tiga sudah merancang hala tujunya, bagaimana pula dengan ana? Ana bimbang adik ana melihat langkah kakaknya yang tidak teratur. Bahkan ana bimbang andai kesilapan ana hari ini bakal membawa kecelakaan kepada Islam itu sendiri. Bimbang andainya kesilapan seorang daie ini menjauhkan seribu mad’u dan menggagalkan dakwah itu sendiri.
Berdasarkan keputusan percubaan, ana membuat satu analisis. Untuk meneruskan bidang perakaunan, jujurnya ana tak mampu kerana minat ana bukan di situ. Sayang rasanya untuk meninggalkan bidang agama kerana lima tahun ana berjuang untuknya. Kekuatan ana pada subjek pengiraan (bukan perakaunan), tapi adakah ana perlu meneruskannya dan meninggalkan bidang agama? Tambahan, ana lebih menggunakan otak kiri berbanding otak kanan. Sebab tu ana kurang minat subjek-subjek yang memerlukan kepada hafalan (sebab tu sejarah ana teruk)..
Ana pernah berharap untuk menyambung pelajaran ke ******. Tapi kini ana rasa harapan itu hanya akan tinggal harapan jika melihat kepada usaha ana sewaktu SPM dan disebabkan beberapa masalah yang timbul yang menyebabkan ana kurang study sewaktu menduduki SPM.
Bila difikir, direnung dan dianalisa kembali, ana tak mampu untuk berbuat apa-apa. Kini, hanya doa dan tawakkal saja yang mampu ana lakukan. Ana memohon agar Allah menunjukkan jalan yang terbaik buat ana. Kerna ana yakin, 11A+ tak semestinya yang terbaik dan ana yakin, berjaya dalam pelajaran tak menjamin kejayaan dalam kehidupan yang sebenar. Ana hanya mampu melakukan apa yang terdaya. Selebihnya, ana serahkan kepada Allah. Ana tahu, Dia takkan menzalimi hamba-Nya.
kita hanya merancang, Dia yang menentukan..

Tuesday, February 02, 2010
3 golongan manusia..
Berdasarkan ilmu kemasyarakatan, manusia terdiri daripada 3 golongan. Golongan pertama ialah golongan yang hanya patuh adat resam seperti golongan primitif di belantara.
Golongan kedua ialah golongan yang mematuhi undang-undang. Golongan ketiga pula yang patuh kepada syariat agama Islam.
Golongan pertama adalah golongan yang paling rendah dari sudut tamadun manusia. Golongan kedua yang patuh kepada undang-undang, kedudukannya lebih baik sedikit berbanding golongan primitif.
Yang paling luhur nilainya ialah golongan yang mematuhi ajaran agama Islam kerana syariatnya meliputi hubungan dengan Allah dan sesama insan.
Undang-undang hanya urusan manusia secara luaran. Jika dia duduk seorang diri maka tiada undang-undang yang mengikat dirinya. Mematuhi undang-undang hanya jika ada penguatkuasa memerhatinya.
Golongan ketiga yang patuh dengan agama khususnnya agama Islam, setiap perkara yang terlarang pasti ditinggalkan meskipun dia seorang diri. Ini kerana Islam mengajar semua perkara diawasi oleh Allah.
Justeru, orang yang beragama adalah yang paling tinggi dari segi tamadun.

Subscribe to:
Posts (Atom)